Saturday, 29 May 2021

MSc jadi surirumah je??

Image
Bsc.MSc.Next[?]



"Abati, boleh ke kalau umur 40 nanti ummi sambung PhD?"

"Ingat lagi ke ummi? Berkarat dah masa tu." Abati gelak kecil.


PhD. Entah kenapa, aku nak sangat sambung. Sebab ilmu. Walaupun aku sedar, 'permanent head damage' itu sukar dihandle, dan suamiku akan kerap mendengar isterinya ini mengadu itu dan ini. Tanpa henti.

Master holder, and now a housewife. 

Kerap saja orang akan bertanya dua kali. "Eh, housewife? Bukan ade master ke?" Dan aku tersipu-sipu malu. 

Anakku, aku mahu kau membesar dengan tanganku. Membesar dengan didikanku. Membesar dengan air tanganku. Membesar menjadi saham syurga buat ummi dan abatimu.

Entah. Aku mengharapkan orang luar (mahupun keluarga sendiri) menghormati keputusan ini. Walaupun hakikatnya, ada perasaan ingin bekerja dengan kelulusan yang ada. Tapi aku merasakan awlawiyat mendidik anak amanah Allah itu tergalas besar di bahu ku.
.
.
.
Catatan ☝ aku tulis pada 21/04/16, pada usia MM 1 tahun 9 hari. Perasaan nak sambung, masih ada. Juga seiring dengan ketidakyakinan diri. Mampu ke nak handle stress dengan 3 orang anak dan seorang suami yang perlu diurus? 
.
Siapa sangka, tahun 2021 ini kita diuji dengan kelas di depan skrin saja, tidak perlu atau tidak boleh ke lokasi belajar dek penangan Covid 19. Mungkin wajar untuk aku pertimbangkan perkara ini. Hehe. Ada 6 tahun lagi menjelang 40. 😁Tapi jangan kecam aku, kalau aku masih jadi surirumah. Doakan saja okay.
.
.
.
Ummu MuMuMaRuSaNu
Lama gilak sik menulis, rindu oh!

Monday, 9 February 2015

Ketentuan

Hari ini aku mengelamun, setelah bangun dari tidur.

Bila aku tengok kembali post lama aku, baru aku tersedar.

Kalau aku tahu jodoh dengan orang Perak, mesti aku bersungguh dalam temuduga Pegawai Batu Kapoor itu. Haha.

Maklumlah, interview yang post itu kemungkinan besar di Perak is on bulan Julai. Dipropose bulan Ogos. Setuju bulan September. Maka, terlepas lah aku peluang pekerjaan yang sememangnya aku mimpikan bila letak kepala atas bantal. Pfftt..

Tapi, tidaklah aku menyesal menyalahkan sesiapa. Aku sendiri puncanya kan. Syukur masih lagi pada yang Esa. Kerana, dapatlah aku menyandang gelaran surirumah sepenuhmasa. Hehe.

Sebenarnya, hari ini aku merancang sesuatu untuk masa depan. Dan cara untuk aku mendisiplinkan diri, membuang tabiat buruk, walaupun 2015 dah menjenguk bulan Februari. Ohhoi. Lambah daaah nii..

Blog usang ni takdak reader pun. Hihi. Kalau ada pun mungkin hanya Merpati dan Anaigh. Langsung tak dapat ilmu dari penulisan aku. Maap ye. :p

Post ini post buang masa. Aku janji, aku nak kongsi sesuatu nanti. Moga aku tak lupa. Moga Allah bagi peluang.

Jumpa lagi. Ila liqo'.


Tuesday, 5 August 2014

4 bulan yang berlalu

Image

Saat lafaz sakinah.

18.04.14. Sekitar jam 6 petang, aku bertukar kepada status Puan. Daripada seorang anak kepada isteri seseorang. Daripada bujang kepada berkahwin. Alhamdulillah.

Bebanan status itu kini tergalas di bahu ku. Nasihat emak, abah, ustaz, ustazah, abang, kakak, naqibah, sudah diambil. Tinggal masa untuk praktikkan saja. Harap aku sukses dalam perlaksanaannya.

Persefahaman masih lagi dibentuk, dari hari ke hari. Kami masih belajar tentang diri masing-masing.

Yang cuma aku mahu tekankan di sini, tidak perlu bercouple-putus-sambung-putus-couple lain banyak kali untuk mencari seseorang yang serasi dengan kita. Hanya akan menambah dosa dengan hubungan yang belum halal, tapi sudah dicanang ke seantero dunia.

Hakikatnya, seorang lelaki dicipta memang berbeza sifatnya dengan wanita. 

Pernikahan itu bukan mencari yang sempurna, tetapi saling menyempurnakan antara dua insan.

Betul kata seorang kekanda. Pernikahan yang sebelumnya dijaga pergaulannya akan terasa lebih indah saat akad dilafaz.

Ingatlah pesan kakak. 

Jaga kecantikan yang ada pada dirimu, khas untuk seseorang yang halal untuk kamu kelak, adikku.

Kita wanita, punya maruah yang tinggi.

Jadilah yang istimewa pada pandangan Tuhanmu.