Destinasi hari ke-2 adalah ke Pulau Kemaro yang terletak ditengah-tengah persimpangan Sungai Musi. Manakala, perut perlu diisi sebagai bekalan di Pulau Kemaro. Jetinya terletak dibawah Jambatan Ampera.
Kami mencuba makanan ‘snak’ di jeti ini. Empek-empek rasanya seperti keropok lekor dengan bercecahkan cili.
Suasana disekitar dipenuhi oleh penjaja jalanan yang akan bekejar ke arah mangsa sambil menawarkan pelbagai barangan. 
Palembang banyak menghidangkan aksi kanak-kanak yang spontan. Walaupun hidup didalam kesempitan, akan tetapi, ketika bermain adalah waktu untuk bergembira riang.
Kami menyewa sebuah bot laju yang boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan kadar bayaran sebanyak 150,000 rupiah pergi dan balik.
Keadaan bot dengan permukaan air hanya sejengkal jari.
Cukup mengerunkan, bot sekecil ini memecut laju memecah Sungai Musi dengan dibadai ombak gelora angkara bot-bot penumpang lain. 
Dalam pada itu, Sungai Musi turut memaparkan kehidupan penduduk Palembang yang mengalir bagaikan sungai meneruskan hidup dengan bergantung sepenuhnya terhadap saliran keramat ini.


Sungai Musi merupakan laluan air yang cukup sibuk, bukan saja ‘bot-bot rempit’.. bahkan, kapal-kapal besar, kapal pengangkut, bot tunda, rumah terapung dan pelbagai kenderaan air yang menjadikan sungai ini ‘trafik’
paling sesak.


Lebih kurang 20 minit kami dihambat badai, kelihatan sayup-sayup pagoda di Pulau Kemaro yang terletak ditengah-tengah Sungai Musi. Katanya pulau ini tidak pernah ditenggelami banjir walaupun sekitar tebing Musi dilanda bah. Nama Kemaro juga berasal dari perkataan kemarau.
Mengikut kisahnya, kejadian pulau ini timbul secara tiba-tiba di Sungai Musi ini angkara cinta terhalang.
Dipercayai terdapat makam Tan Bun An (putera asal dari Tiongkok) dan Siti Fatimah (puteri Raja Palembang), dengan legenda cinta sejati antara dua bangsa dan budaya besar pada zaman dahulu.


Di Pulau Kemaro ini terdapat tokong, makam Puteri Sriwijaya Siti Fatima dan pagoda yang indah. Pulau ini akan dipenuhi oleh penduduk berbangsa Tionghua untuk merayakan perayaan Chap Goh Meh ketika menyambut tahun baru cina.
Kemeriahan Cap Go Meh di Pulau Kemaro makin terasa dengan berbagai pertunjukkan khas, seperti barongsai, opera cina dan seni tradisional etnik Tionghoa.


Selain tokong dan pagoda yang tersergam indah, lensa tertumpu kepada sekumpulan manusia yang sedang memerah keringat dibawah sinaran mentari yang terik.


Kumpulan 20 orang manusia ini sedang mengangkut pasir dari kapal pengangkut ke Pulau Kemaro. Kerja-kerja ini amat berat dan mengambil masa selama 6 jam untuk kerja-kerja memungah pasir dan dilakukan hampir setiap hari.
Bila ditanya kepada salah seorang pengangkut pasir ini, mengapa tidak digunakan jentera korek. Jawapan ringkas yang diberikan.. “nah! kalau begitu kami tiada pekerjaan..pak!”.


Kami meninggalkan Pulau Kemaro dengan lagendanya dan penghuni pulau keramat ini. Pulau yang sebesar Dataran Merdeka ini bakal dibangunkan dengan lebih pesat lagi, cuma pembinaan pasti mengambil masa yang agak lama selagi tenaga manusia tanpa jentera digunakan.

Dalam perjalanan pulang ke jeti Ampera, tiba-tiba bot laju menjadi perlahan dan terus terhenti dilaluan sibuk ini. Keadaan bertukar menjadi panik seketika kerana bot-bot laju dan kapal-kapal besar yang lalu-lalang disini tidak diberi amaran dan kerosakan bot kami tidak dibantu oleh ‘kon kecemasan’.. terdampar dan hanyut di tengah-tengah laluan ‘lebuhraya sungai’ ini. Mujur ada bot yang simpati, menarik bot kami ke tepian sebelum enjin bot dijana semula. Kurang pasti adakah penarik bot ini ‘tonto tarik bot’..kerana tiada sepatah perkataan pun yang tersembul di mulut beliau.


Lega setelah sampai di jeti Ampera, dan pastinya Sungai Musi memberi kami pengalaman baru dan kamera ‘kenyang’ dengan bahan-bahan serta aktiviti penghuninya.
Sekian.
Penerbangan ke Palembang, bandar Srivijaya ini dari LCCT, KLIA hanya mengambil masa lebih kurang 45minit dengan tambang pergi-balik 300 ringgit sahaja. Agak berbaloi untuk berlibur atau dengan perkataan yang lebih tepat ‘pergi memburu’. Puas juga meredah internet mencari ‘lubuk-lubuk buruan’, ternyata kekurangan informasi yang boleh membantu ‘peta’ buruan kami.
Sungai merupakan jaringan perhubungan yang paling tua di Palembang dan masih terpenting sehingga kini. Sungai-sungai ini memaparkan aktiviti manusia yang hidup dengan alam sekitar serta menggunakan sungai sebagai sumber bekalan air.
Penduduk Palembang agak mesra dengan ‘pendatang asing’ lebih-lebih lagi kelihatan ‘gadget’ tersangkut di tengkuk. Mudah memberikan ‘post’ spontan dan suka ‘di gambarin‘ (bergambar).
Kami singgah di Muzium Srivijaya, Sumatra Selatan ini bagi menjenguk peninggalan khazanah Datuk Parameswara, founder of Kesultanan Melaka. Hampa.. ‘hidangan’ kami hanyalah sebuah ‘balairong seri’ dan seketul batu asas perasmian tapak sejarah ini oleh Suharto. Dimana Parameswara?
Tenunan Songket Palembang agak terkenal didaerah ini. Kerja-kerja menenun dilakukan oleh gadis-gadis muda yang begitu pakar bermain dengan benang. Dan kepantasan mereka menenun bukanlah jaminan menyiapkan sebidang kain songket seharian. Ia mengambil masa berbulan bagi menyiapkan 2 meter songket yang berkualiti.

Mula menyusur masuk ke Kota Palembang, maka terhidang pula pandangan yang amat biasa disetiap kota di Indonesia. Penjaja dan anak kecil meminta simpati menghiasi jalanan. Kekadang menyentuh perasaan bila melihat keadaan anak-anak kecil digendong oleh ‘ibu kecil’ yang menadah sedekah.
Jambatan kebanggan penduduk Palembang, iaitu Jambatan Ampera yang merupakan mercu ‘visata’ atau tempat yang wajib dilawati. Ia umpama Golden Gates, San Francisco, cuma jambatan yang boleh diangkat-angkat untuk laluan kapal-kapal besar sudah tidak berfungsi lagi.
Sungai yang mengalir dibawah Jambatan Ampera adalah Sungai Musi, ia begitu penting bagi pergerakkan ekonomi Palembang. Sepanjang sungai yang lebar ini kelihatan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menjadikan sungai ini sebagai laluan utama. Pelabuhan, kilang, pasar dan rumah-rumah terapung dibina ditebing-tebing sungai.




Ketika candi Borobudur ini ditemui, ia dilitupi dengan lava gunung berapi dan dipenuhi dengan tumbuhan hutan yang menyembunyikan kewujudannya. Usaha-usaha memulih candi Buddha ini telah lama dilakukan akibat hakisan, gempa bumi dan sistem saliran air purba yang telah meruntuhkan sebahagian kawasan candi Borobudur.
Ia umpama menyelesaikan ‘puzzle’ raksaksa yang besar. Dengan batu-batan yang berat disusun semula, dinomborkan, direkodkan dan di’purba’ kan permukaan batuan yang baru menjadi lama.
Kerja-kerja membaik pulih dilakukan dengan teliti dengan mengikut tradisi seni pertukangan tangan yang rumit. Masih tiada mesin yang membantu pekerja-pekerja ini membaik-pulih, segalanya dilakukan dengan tangan dan kudrat manusia.

Apapun, manusia memang mengkagumi tuhan mereka, dan tempat bersembahyang atau menyembah tuhan akan dibina sebesar-besarnya dan keagongan tuhan perlu dijelmakan melalui seni bina halus yang tersendiri.
Kami meninggalkan Pasar Cepogo dengan kenangan yang sukar dilupakan. Warga Cepogo yang ramah dengan senyuman memenuhi koleksi didalam kamera. Keunikan yang jarang ditemui.

Mereka bagaikan kumpulan keluarga yang melakukan kerja keras ini. Kelihatan ayah, ibu dan anak kecil bergelumang didalam timbunan pasir yang berjaya dibawa turun dari gunung berapi berhampiran.
Tanah yang diambil di puncak gunung berapi merupakan tanah yang berkualiti untuk dijadikan tanah baja. Kerja-kerja menurunkan bakul tanah yang seberat 20kg ini dilakukan setiap hari tanpa merasa jemu kerana inilah mata pencarian bagi menyara keluarga.






