Sabtu, 27 Disember 2025

Percutian ke Kuala Lumpur 2025

ImageSaya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam. Percutian sempena Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami telah beberapa kali bercuti dengan bermalam di Kuala Lumpur beberapa tahun sebelum ini. RM717.65 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Seramai tujuh orang menginap di bilik G09 (tingkat G) yang mempunyai dua buah bilik. Blok A (Madison), Upper View Regalia Hotel (UVRH), Nombor 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

Kami menginap di hotel dua bilik tidur dengan sebuah katil kelamin (bilik besar) dan sebuah katil bujang (bilik sederhana). Apabila masuk di pintu utama G09, pintu bilik sederhana terletak di sebelah kiri dan pintu bilik besar terletak di bahagian belakang pintu utama. Hotel penginapan (bilik besar) kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Peti ais, saterika dan cerek elektrik cuma berada di bilik besar yang terdapat balkoni. Di bilik sederhana juga mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (seperti yang dinyatakan di bawah) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Jumaat, 26 Disember 2025. Ketika mendaftar masuk di kaunter, bayaran deposit RM100.00 (tunai) dikenakan dan dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti.

Jumaat, 26 Disember 2025 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada waktu petang sebelum masuk Asar. Saya memandu Proton Exora dengan bantuan peta Google pada paparan skrin kenderaan. Masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG) di Plaza Tol (PT). Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya Kuala Lumpur (KL). Semasa tiba di UVRH, kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4 kerana kami belum tahu nombor bilik yang ditempah. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar masuk. Letak kenderaan di parkir berbayar (bayaran mengikut jam) di tingkat G. Masuk ke bilik. Solat Asar. Kami naik lif ke tingkat 5 melihat kolam renang (Family Pool) tetapi ditutup dan turun tangga ke tingkat 4. Membeli barang-barang di pasar mini. Kami turun lif ke tingkat G. Berehat, solat Maghrib dan Isyak. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaan di tepi Jalan Hassan Salleh. Berjalan kaki dan pergi naik jejantas di Pintasan Saloma merentasi Sungai Kelang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12) AKLEH (Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway). Kami berpatah balik dan kembali ke Jalan Sungai Baru yang bersambung dengan Jalan Hassan Salleh. Singgah santai, makan dan minum. kembali mendapatkan kenderaan dan saya memandu pulang ke hotel.

Perbelanjaan hari pertama. Tempahan dalam talian untuk UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM409.43). PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM (RM1.30). MyDebit kepada Pasar Mini BilaBila Mart, UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM92.00). MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM8.25). Santai Saloma, KL (makan dan minum) dengan pengeluaran tunai L (RM48.00).

Sabtu, 27 Disember 2025 (hari kedua). Tengah malam, kembali berada di bilik hotel dan tidur. Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di bilik. Kami naik lif ke tingkat 37 dan mandi di kolam renang atas bumbung. Infinity Pool iaitu Kolam Renang Infiniti (ruang yang tidak ada batasnya). Nampak pemandangan indah bangunan-bangunan pencakar langit. Kami turun lif ke tingkat G. Bawa barang-barang masuk ke dalam kenderaan. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan naik ke tingkat atas. Kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar keluar dari G09 pada jam 12:00 tengah hari. Kami bertujuh pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaaan di parkir berbayar (bayaran sekali masuk) di belakang Restoran Suraya Seafood. Makan pelbagai jenis nasi lemak dan minum air di restoran yang lain. Kemudian, kami berjalan kaki ke stesen tren (LRT2). Tambah nilai sekeping kad T'nG berserta caj. Kad-kad T'nG yang lain, bakinya masih mencukupi. Naik tren di stesen Kampung Baru (KB) dan turun tren di stesen Pasar Seni (PS). Berjalan kaki ke Central Market (CM). Singgah minum di dalam CM. Solat Zohor di surau dalam CM. Ketika dalam perjalanan kembali ke stesen tren yang sama, kami membeli dua botol air untuk diminum. Naik tren di stesen PS dan turun tren di stesen KB. Berjalan kaki mendapatkan kenderaan. Saya memandu pulang dari KL ke Kajang. Sengaja memandu di beberapa buah lebuh raya dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang (E19) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (E27). Kenderaan kami sampai di depan pintu pagar rumah TJ pada 5:05 PM.

Perbelanjaan hari kedua. MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM21.45). Parkir (hujung minggu) untuk Proton Exora di KB dengan pengeluaran tunai J (RM7.00). MyDebit kepada Nasi Lemak Wonjo KB menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM49.61). Scan and Pay kepada kaunter LRT2 untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB menggunakan MAE Wallet J (RM30.00). Caj untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB melalui aplikasi T'nG J pada 1:15 PM (RM0.50). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70).Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk R (percuma). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk D (percuma). Drinks Counter, CM, KL (minum) dengan pengeluaran tunai L (RM20.60). Dua botol air minuman (gerai di tepi jalan) dengan pengeluaran tunai L (RM2.00). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk R (percuma). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk D (percuma). PT Datuk Keramat di E12 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM (RM2.13). PT Ampang (B) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:22 PM (RM2.30). PT Ampang ke PT Sungai Long di E27 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:43 PM (RM6.08).

Khamis, 25 Disember 2025

JIBRIL Bangi 2025

ImageBangi, 25/12/2025 (Khamis) - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah pergi ke Restoran dan Kafe (JIBRIL Bangi) yang terletak di 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam (pesanan terakhir pada jam 11:30 malam).

Happy 24th Wedding Anniversary. 25th December 2025 (Thursday). 25/12/2025 (Khamis): Hari ulang tahun pernikahan yang ke-24. SAYA DAN ISTERI. 25/12/2001 (Selasa): Hari akad nikah.

Pesanan kami bertujuh (meja 4) dibuat pada 1:57 PM. Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Asam Pedas Tetel (Beef) × 1 (RM21.90), Pineapple Fried Rice × 1 (RM14.90), Carbonara with Streaky Beef × 1 (RM22.90), French Fries × 1 (RM9.90) and Salted Egg Butter Chicken (normal) × 2 (RM37.80). Kami minum Honey Lemon (Ice) × 1 (RM6.90), Iced Chocolate × 1 (RM10.90), Matcha Latte (Iced) × 1 (RM13.90) and Mineral Water (Cold) × 2 (RM7.80). SST (6%) = (RM8.81) and Service Charge (10%) = (RM14.69). Kami telah membayar sebanyak RM170.40 untuk harga makanan dan minuman menggunakan Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL).

JIBRIL Bangi dimiliki oleh orang Islam yang berbangsa Melayu dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia merupakan restoran cawangan ke-3. Keunikan kafe yang tersembunyi di sebalik dinding batu dan rak buku.

Hari ini merupakan hari ke-6 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Khamis, 25 Disember 2025.

Rabu, 24 Disember 2025

Cuti dan Kuala Lipis 2025

Image

Kajang, 24/12/2025 (Rabu) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ. Rumah SI terletak di negeri sama dan rumah TTD terletak di negeri lain. Siang tadi, saya sempat berada di rumah TTD dan rumah SI. Malam ini, saya berada di rumah TJ.

Hari ini merupakan hari ke-5 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Anak sulung dari Negeri Sembilan baru sampai malam ini ke Selangor. Kami cukup bertujuh orang ahli.

Saya dan keluarga sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak enam kali berdasarkan bulan dalam kalendar pada tahun 2025.

Rekod Balik Ketika Percutian, Rumah TTD 2025.

Mac 2025 (Cuti Hujung Minggu) berenam orang (Proton Exora) dan jadi berlima orang. Anak sulung berada di asrama tempat pengajian dan hantar anak ketiga ke asrama:
15/03/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/03/2025 (Sabtu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
16/03/2025 (Ahad). Dari RTP SU singgah ke Jelebu dan balik ke Kajang.

April 2025 (Cuti Aidilfitri 1446) bertujuh orang (Proton Exora):
01/04/2025. Selasa. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
02/04/2025 (Rabu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
03/04/2025 (Khamis). Di RTP SU. Bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Mei 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
31/05/2025 (Sabtu). Dari Dungun ke rumah TTD. Bermalam.

Jun 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 dan sebelum Cuti Aidiladha 1446 yang bersambung dengan cuti sekolah) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
01/06/2025 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
02/06/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

September 2025 (Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026) bertujuh orang (Proton Exora):
13/09/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke RTP SU. Bermalam.
14/09/2025 (Ahad). Di RTP SU. Bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Disember 2025 (Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026) berenam orang (Proton Exora). Anak sulung berada di asrama tempat pengajian:
20/12/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
21/12/2026 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
22/12/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
23/12/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
24/12/2025 (Rabu). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Perodua Axia yang diambil 09/02/2025 (Ahad) belum sampai ke Pahang setakat 24/12/2025 (Rabu) tetapi sudah sampai ke Melaka pada tahun 2025 ini.

Ahad, 14 Disember 2025

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026

ImageKajang, 14/12/2025 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2025/2026 pagi tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat dan anak kelima pula merupakan pelajar di sini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Anak kedua dan anak ketiga sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Anak sulung yang juga tinggal di asrama, minggu ini dia ada pulang ke rumah. Saya, isteri, anak sulung, anak keempat dan anak kelima telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang pagi tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ beberapa minit sebelum jam 9:00 pagi. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Perarakan masuk perasmi majlis. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan bacaan Qunut Nazilah. Seorang pelajar TPH membacakan doa pembukaan.  Anak kelima saya membacakan surah an-Nasr. Seorang pelajar pula membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dan seorang lagi pelajar membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.

Atur cara program diteruskan dengan persembahan multimedia (video montaj), persembahan pembukaan semua pelajar, ucapan Pengetua TPH, ucapan pengerusi Tadika Alami Asasi Minda (AAM), ucapan perasmian, gimik perasmian , persembahan kelas Little Hafiz berkenaan Palestin (anak keempat dan anak kelima terlibat), persembahan pelajar-pelajar Tadika AAM, persembahan kelas 4 tahun (2025), persembahan kelas 5 tahun (2025), persembahan kelas 6 tahun (2025), acara uji minda sesi 1, persembahan penutupan semua pelajar, persembahan syair, persembahan bercerita, acara uji minda sesi 2, penyampaian hadiah semua pelajar, penyampaian sijil tamat prasekolah kelas 6 tahun, penyampaian anugerah (anak keempat menerima Anugerah al-Qur'an Terbaik dan Anugerah Terbaik Keseluruhan), saya dan isteri naik ke atas pentas, saya memberikan ucapan, sesi bergambar dan kami juga menyampaikan hadiah kepada guru-guru selepas majlis. Jamuan ada disediakan di dewan makan.

Anak kelima saya berumur lima tahun pada 2025. Anak keempat saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2025, anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Keempat-empat mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016 dan 2025.

Majlis pagi tadi berakhir pada waktu tengah hari. Tetamu yang hadir mula beredar meninggalkan majlis selepas jamuan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026 dengan tema ihtifal 'Si Kecil Menggapai Bintang'. Motto tadika ialah 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Khamis, 11 Disember 2025

Lenovo Chromebook 2025

ImageKajang, 11/12/2025 (Khamis) - Di Selangor, hari ini merupakan Cuti Umum Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Saya sedang berada di rumah TJ. Saya telah memesan sebuah Lenovo (N23) Chromebook terpakai yang asli (tulen) model MTM: 80YS daripada TikTok Shop pada hari Selasa, 9 Disember 2025 ketika berada di Sekasih dan barang yang dipesan telah sampai hari ini (Khamis, 11 Disember 2025) ke rumah SI (bukan rumah TTD). Dari rumah TJ, saya mengambilnya di rumah SI dan kembali ke rumah TJ.

Penghantaran barang cuma mengambil masa dua hari dari Klang ke KajangPengeluaran GrabPay Wallet J pada 11/12/2025 (Khamis) sebanyak RM103.19 bagi pesanan 09/12/2025 (Selasa) untuk TikTok PayLater. Hadiah percuma yang diberi ialah pen sentuh skrin dan tetikus ada wayar.

Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.

Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Lenovo (N23) Chromebook ini bersaiz 11.6 inci pada skrinnya (Touch Screen, Intel Celeron / 4GB RAM / 16GB Solid State Drive). AC/DC Adapter (45W). Replacement AC Adapter. Input (Entrada): 100-240V 50/60Hz. Output (Salida): 19V == 2.31A. Berat komputer ini kira-kira 1.25 kilogram sahaja. Apabila hendak dihidupkan, buka sahaja pelipatnya dan ketika mahu dimatikan, boleh klik pada skrinnya untuk log keluar serta mematikannya. Chrome OS Google ini ialah Versi 103.0.5060.132 (Binaan Rasmi) (64-bit) merupakan kemas kini perisian dan keselamatan yang terakhir untuk Chromebook 2025 ini. Bagi mendapatkan kemas kini pada masa akan datang, tingkatkan kepada model yang lebih baharu. Saya menulis artikel ini menggunakan Chromebook yang baru diterima.

Selasa, 9 Disember 2025

FlyModem M86 Wi-Fi(6) Pocket 2025

ImageKajang, 09/12/2025 (Selasa) - Saya sedang berada di rumah SI. Saya telah memesan sebuah modem mudah alih daripada TikTok Shop pada hari Ahad, 7 Disember 2025 ketika berada di rumah TJ dan barang yang dipesan telah sampai hari ini (Selasa, 9 Disember 2025) ke rumah SI (bukan rumah TTD).

Penghantaran barang cuma mengambil masa dua hari dari Alor Setar di Kedah ke Kajang di SelangorPengeluaran GrabPay Wallet J pada 09/12/2025 (Selasa) sebanyak RM158.57 bagi pesanan 07/12/2025 (Ahad) untuk TikTok PayLater.

FlyModem M86 Wi-Fi(6) Pocket (TD LTE Modem). Model (FM_M86). Input (5V==1.5 A). Modem yang amat sesuai untuk sambungan Wi-Fi kepada komputer dan peranti-peranti yang lain.

Sebuah modem yang boleh menggunakan pelbagai jenis talian internet daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, Maxis, U Mobile dan YES. Ia jenis Prabayar tanpa Kad SIM.

Pilihan untuk tambah nilai kredit melalui laman web setakat ini ialah 12GB untuk 7 hari (RM10.00), 24GB untuk 15 hari (RM19.00), 48GB untuk 30 hari (RM29.00), 48GB untuk 60 hari (RM39.00), 120GB untuk 30 hari (RM50.00), Unlimited untuk 30 hari (RM60.00), RM53.00/month Unlimited untuk 90 hari (RM160.00) dan RM50.00/month Unlimited untuk 180 hari (RM299.00).

Sabtu, 6 Disember 2025

Kumpulan Hijjaz di Jualan Gudang Minaz 2025

ImageBangi, 06/12/2025 (Sabtu) - Anak sulung dan anak kedua tidak pulang dari asrama tempat pengajian masing-masing pada cuti hujung minggu ini. Anak ketiga ada pulang dari asrama ke rumah di Kajang.

Saya, isteri, anak ketiga, anak keempat dan anak kelima telah pergi ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Bandar Baru Bangi pada jam 12:21 tengah hari. Kompleks PKNS merujuk kepada pelbagai bangunan fizikal dimiliki atau diuruskan oleh PKNS. Selain pembangunan hartanah, PKNS terlibat dalam pelbagai inisiatif pembangunan dan juga menganjurkan acara seperti karnival jualan dan lain-lain. 

Apabila saya tiba berhampiran pentas utama di Jualan Gudang Minaz, Isman berteriak dan menyebut nama saya (Ustaz Jeehan, Sahabat Hijjaz). Kumpulan Hijjaz dianggotai oleh Isman, Ariffin, Munif dan Faizal. Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu dakwah dan nasyid kontemporari. Mereka berempat mempersembahkan nasyid bertajuk Sumayyah pada kali ini.

Sesiapa yang datang ke Jualan Gudang Minaz di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, kita tidak perlu membawa beg yang besar sebab mereka telah menyediakan beg di gudang. Terdapat bahagian Minaz Hijab, Pijama (pakaian tidur) dan lain-lain lagi.

Memang berbaloi. Jualan Gudang Minaz di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, Selangor diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (5, 6 dan 7 Disember 2025) dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ada diskaun harga untuk pembelian.

Isnin, 1 Disember 2025

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 11.2025

Image
Kajang, 01/12/2025 (Isnin) - Saya sedang berada di rumah SI pada hari pertama bulan Disember 2025. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan November tahun 2025.

01/11/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di Kuala Selangor Boutique Hotel (bilik 2). Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

02/11/2025 (Ahad) malam Isnin, 03/11/2025 (Isnin) malam Selasa, 04/11/2025 (Selasa) malam Rabu, 05/11/2025 (Rabu) malam Khamis dan 06/11/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

07/11/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 08/11/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

09/11/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

10/11/2025 (Isnin) malam Selasa, 11/11/2025 (Selasa) malam Rabu, 12/11/2025 (Rabu) malam Khamis dan 13/11/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

14/11/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 15/11/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

16/11/2025 (Ahad) malam Isnin, 17/11/2025 (Isnin) malam Selasa, 18/11/2025 (Selasa) malam Rabu, 19/11/2025 (Rabu) malam Khamis dan 20/11/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

21/11/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

22/11/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 2, ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

23/11/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

24/11/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

25/11/2025 (Selasa) malam Rabu, 26/11/2025 (Rabu) malam Khamis dan 27/11/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

28/11/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 29/11/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

30/11/2025 (Ahad) malam Isnin. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

Ahad, 30 November 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) November 2025

ImageKajang, 30/11/2025 (Ahad) - Saya sedang berada di rumah TJ. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/11/2025 (RM585.00) dan (RM536.00).
02/11/2025 (RM588.00) dan (RM539.00).
03/11/2025 (RM583.00) dan (RM534.00).
04/11/2025 (RM590.00) dan (RM541.00).
05/11/2025 (RM582.00) dan (RM533.00). 
06/11/2025 (RM583.00) dan (RM534.00).
07/11/2025 (RM582.00) dan (RM533.00).
08/11/2025 (RM583.00) dan (RM534.00).
09/11/2025 (RM585.00) dan (RM536.00).
10/11/2025 (RM585.00) dan (RM536.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/11/2025 (RM599.00) dan (RM548.00).
12/11/2025 (RM595.00) dan (RM545.00).
13/11/2025 (RM606.00) dan (RM555.00).
14/11/2025 (RM601.00) dan (RM551.00).
15/11/2025 (RM591.00) dan (RM542.00).
16/11/2025 (RM590.00) dan (RM540.00).
17/11/2025 (RM590.00) dan (RM540.00).
18/11/2025 (RM585.00) dan (RM536.00).
19/11/2025 (RM589.00) dan (RM540.00).
20/11/2025 (RM591.00) dan (RM542.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/11/2025 (RM594.00) dan (RM544.00).
22/11/2025 (RM590.00) dan (RM540.00).
23/11/2025 (RM590.00) dan (RM540.00).
24/11/2025 (RM590.00) dan (RM540.00).
25/11/2025 (RM597.00) dan (RM546.00).
26/11/2025 (RM596.00) dan (RM546.00).
27/11/2025 (RM601.00) dan (RM551.00).
28/11/2025 (RM601.00) dan (RM550.00).
29/11/2025 (RM612.00) dan (RM560.00).
30/11/2025 (RM609.00) dan (RM558.00).

Sabtu, 29 November 2025

EPSA EEA0008 Guru November 2025

ImageKajang, 29/11/2025 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ. Pendaftaran telah lama dibuat dan hari ini saya menyelesaikan tugas yang diberi tengah hari tadi. Guru di sekolah sebagai peserta kursus perlu mendaftar akaun E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menggunakan Nombor MayKad (tanpa -) sebagai dokumen pengenalan atau Identity Document (ID) akaun EPSA.

Peserta perlu menggunakan e-mel peribadi atau e-mel rasmi jabatan yang aktif semasa pendaftaran. E-mel yang dikongsi bersama pengguna lain (pool) atau menggunakan e-mel individu lain adalah terlarang.

Peserta bertanggungjawab untuk melindungi data peribadi termasuk ID dan kata laluan masing-masing agar tidak disalahguna oleh pihak yang tidak berkenaan.

Setiap kursus di EPSA hanya boleh diikuti sekali sahaja dalam tahun yang sama. EPSA hanya menyimpan sijil bagi kursus yang aktif sahaja.

Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) telah diberi mandat untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada kakitangan awam bagi tujuan pembelajaran berterusan sepanjang hayat. EPSA menyokong pelaksanaan pembelajaran bercampur yang memperkayakan sistem pembelajaran di INTAN.

Modul Latihan EEA0008 menerangkan berkenaan Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam yang mengandungi beberapa topik iaitu Konsep Malaysia MADANI, Nilai Teras Kemampanan, Nilai Teras Kesejahteraan, Nilai Teras Daya Cipta, Nilai Teras Hormat, Nilai Teras Keyakinan dan Nilai Teras Ihsan.

MADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI. M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.