Friday, December 24, 2010

Ek`s MONSTER

FZR 1000 GENESIS 2GH 1987 20 VALVE

Image FZR GENESIS 1000 adalah jentera YAMAHA yang mempunyai teknologi termaju di zaman itu dan sehingga kini sistem GENESIS masih lagi digunakan pada model YZF.
GENESIS ADALAH TEKNOLOGI 5 VALVE/INJAP SETIAP KEBUK/SELINDER.

Kelajuan maksimum motor ini adalah 250 km/h mengikut maklumat YAMAHA.Hanya dengan sedikit ubahsuai, motor ini mampu mencapai kelajuan 295 km/h.

Chasis pula dikenali sebagai DELTA BOX. Mempunyai saiz yang lebar dan besar untuk tujuan memberi keteguhan ketika mengambil selekoh `S'.


Image



Frame belakang dah bukak...... Baru nampak togel... Hugger baru..masih dalam plastik lagi tauuu...he he he.




Hugger tue.....utk mto kawa zzr .... nampak ngam jer...terus sambar lerr...

Rege , boleh tahan lah jugak.

Beli kat...motosing Jln. Pudu.

Lepas tu dok pk lak nak buat mto tue ...ekor biar nampak tinggi dan tajam....cucuk langit..he he he.

Sebulan masa dok pk jer.....sambil2 tue...surf kat mudah.com sambil cari idea.

Dalam dok cari2 tue...jumpa lak ekor zx....custom

tapi tak complete....rege murah..so apa lagi...sambar lah. Nak kena tunggu lak,pasal dia buat ikut
tempahan....

Lepas booking ekor zx pegi lak merayau kat Shah Alam, belakang UiTM dekat ngan Icity....Kedai mto kat ctu memang murah compare ngan kat Ampang. Beli lampu after market,Image handle bar RENTHAL hand guard dan throttel.



Sementara tunggu ekor siap, merayau pula kat NSK Sentul. Jumpa under tail cover /mud guard, handle holder Virago, lampu brek dan signal LED.

Semua kerja pengubahsuaian dibuat kat rumah aje. Sama macam mat salleh buat tu...he he he.

Sekarang ni di peringkat mengumpul idea, macamana nak cantum biar jadi naked atau monster. Sebelum kerja ni berjalan, nak kena tanggalkan dulu apa yang patut kat moto tu.

Image










Lepas tu pasang dulu lampu dan handle bar supaya dapat gambaran awal tentang rupa yang dihajati.
Banyak bahan yang pelik2 aku guna kat moto ni.
Sekarang kerja mengimpal rangka belakang sedang dijalankan. Image
Image













Yesss.... gambaran awal dah dapat.amacam, ok tak?

ImageImage













Tuesday, January 5, 2010

KERETA

Image
Repair kereta kawan baik aku Mohsin, Perdana V6, tukar timing belt.


Image
Image

Nyaris putus,nasib baik dia pakai timing belt original.



Image
Image
Yang ni kereta ayah Mohsin,Honda Civic Ferio, ganti getah rocker cover, leaking.


Image
Image
Image
Kereta ni kakak ipar aku yang punya, Honda Accord. Putus timing belt, valve bengkok empat biji.




Image
Honda Stream Abg. Lan, ganti absorber semua.



Tuesday, December 22, 2009

SUPER & SPORT BIKE

Image
Image
YAMAHA R1 (Superbike)
Four cylinder
Four Stroke
Water Cooled

Image
Image

LAVERDA 668 (Super Sport)
Twin cylinder
Oil Cooled System


Image
Image
Image
Image
Image
CB 400 Super Four (Sport Bike)

Four stroke and Four Cylinder

With water cooled system.
Best handling in town.

Monday, July 13, 2009

TWO STROKE ENGINE

Image



Image

DUA LEJANG SEJUKAN CECAIR/AIR
Image

Image


Injin dua lejang adalah sejenis injin yang mudah dijaga dan juga rendah kos penyelenggaraan.

Tetapi harus diingat, injin ini menggunakan pelincir tambahan,iaitu 2T. Bererti ada kos tambahan.

Injin ini memang berkuasa tetapi tidak untuk perjalanan yang jauh, kerana injin jenis ini tidak tahan `endurance'.

Injin jenis ini juga tidak mesra alam. Asap hasil daripada pelincir tambahan yang dibakar.

Injin ini ada dua jenis sistem penyejukan;




  1. Sejukan udara


  2. Sejukan air


Sejukan udara adalah jenis yang paling senang diselenggara.
Ketahanan injin ini kurang berbanding sejukan air.

Minyak pelincir tambahan (2T) perlu dilaras dengan sempurna untuk memastikan injin mendapat pelincir yang cukup supaya `piston'/omboh tidak melekat pada `block'/kebuk.

Injin ini bergantung 100% kepada 2T untuk melincirkan permukaan piston dan block dan juga sebagai penyejuk.

Pelarasan yang kurang tepat akan berlaku `power lost' dan `jammed'.
Bila 2T terlalu banyak dalam campuran petrol akan menyebabkan asap tebal keluar dari ekzos dan kehilangan kuasa. Sparkplug juga tidak tahan lama.


2T kurang pula menyebabkan injin cepat panas. Piston akan mengembang dengan cepat kerana kesan geseran akibat kekurangan pelincir dan seterusnya melekat pada block. Sekiranya berlaku dan menyebabkan kerosakan atau calar pada block, kos baik pulih dianggarkan sekitar RM 200.00.


Injin sejukan air,
biasanya digunakan untuk motosikal jenis sport dan skuter.



Kos penyelenggaraan agak tinggi berbanding sejukan udara kerana beberapa sebab;





  • Block/kebuk biasanya menggunakan teknologi baru seperti Diasil atau boron composit. Ianya tidak boleh di `rebore' sekiranya berlaku kerosakan. Kerana ia dicipta untuk tahan lasak. Perlu diganti baru dan harganya pun agak mahal juga.


  • Memerlukan gasket yang sesuai untuk menahan air dari masuk kedalam block.


  • Mempunyai water-pump/pam air.


  • Memerlukan 2T yang sesuai.


  • Sebahagiannya mempunyai `power valve' yang mana ada yang dikawal secara mekanikal dan ada juga dikawal secara elektronik.

Image

POWER VALVE






Tuesday, June 23, 2009

Jenis-Jenis Spana

Image Image


Ada beberapa jenis spana yang biasa kita lihat dan mungkin pernah kita guna




Image
A set of chrome-vanadium metric wrenches.




Image


Double open-end wrench or open-ended spanner





Image


Ring spanner (UK) or Box-end wrench (USA)






Image

Combination spanner (UK) or combination wrench (USA)



Image

Adjustable




Image

Socket wrench





Image
Allen Keys









Image
Allen Wrench Ball End






Image
Allen Screws


Image Image
Screw Driver


Dua jenis yang biasa digunakan oleh kita, iaitu.



Image Image



Jenis Slotter (kepala leper) dan jenis Phillip (kepala bunga)