Latest Event Updates
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2024
Berikut diserta jadual waktu peperiksaan SPM 2024 untuk rujukan semua.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2024
Alhamdulilah, kebanyakan calon SPM 2024 sudah selesai menduduki peperiksaan percubaaan SPM pada tahun ini. Semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang. Jadikan peperiksaan ini sebagai pemangkin untuk terus cemerlang dalam SPM 2024 yang akan bermula pada 2 – 5 November 2024 (Bertutur), 31 Disember 2024 (Mendengar) dan 2 Januari 2025 (Bertulis). Semoga kalian berjaya dengan cemerlang. Aamiin.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon SPM tahun ini. Didoakan agar kalian dapat menjawab soalan SPM kali ini dengan jayanya. Semoga Allah permudahkan kalian untuk menjawab soalan dan seterusnya mendapat keputusan yang yang cemerlang. Amin

SOALAN PERCUBAAN SPM 2018
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua pelayar laman bahasa?
Seperti biasa setiap tahun penulis akan memasukkan koleksi soalan percubaan SPM ke dalam blog laman bahasa.
Oleh itu, penulis amat mengharapkan sumbangan soalan percubaan SPM 2018 sama ada soalan negeri/daerah/sekolah masing-masing.
Mohon tuan/puan yang ingin berkongsi soalan hantarkan ke e-mel penulis iaitu [email protected]
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada calon-calon SPM dan guru-guru bahasa Melayu.
Terima kasih.
SEMINAR A+ (BAHASA MELAYU & SEJARAH)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekali lagi pada tahun ini saya dan rakan-rakan akan menganjurkan SEMINAR A+ (BM & Sejarah).
Calon-calon SPM yang berminat bolehlah menghubungi urus setia seminar seperti yang terdapat dalam brosur untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Cepat, tempat terhad.





