Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya!

More or less, lagi 4 hari kita raya kan?.. x sangka cepat sangat waktu berlalu. tau2 je now nak raya. korang kat mana now ni?..kg yer?.. ke x balik lagi mcm aku ni ha. Aku baru nak balik hari niha. Sebab apa balik lambat?.. sebab x habes shopping lagi!MySpace

Dah beberapa hari berturut2 aku keluar to do some shopping. Selasa, g Masjid India, Rabu, KLCC, Khamis g Jusco Maluri, Jumaat rehat, today aku g Sungai Wang. Aku dan Sungai Wang.. mana buleh dipisahkann. kannnnnn....

Masa aku g Masjid India, aku x bawak armand. Aku tinggalkan dengan kakak ipar aku. GILA nak bawak. x mau aku. Sat lagi dia nyanyi corus kang, haa...haru aku nak menyelesaikan. G KLCC konon2 nak beli baju armand, last2 aku belikan baju dia selai jer. Harga dan pilihan x banyak di KLCC. tensen.. tu yang membuatkan ke-esokkan hari nya kami ke Jusco Maluri. Alhamdulillah..banyak yang kami beli. Total RM 263.45. Semua new king tu punyer k. dia only. Banyak gak dapat. Tapi baju budak2 memang mahal kan ols now.. saper parents mesti dia paham. Aku terlupe nak amik gambar apa yang aku dah beli. Aku dah cuci dan dah pack pun. nanti nak balik senang.

Image
Baju dot2 merah and baju munge2. Dua2 kain cotton..

Korang tema tahun ni apa?..kami tema merah. di sebabkan aku ni low profile (ecey!), aku beli baju kain cotton jer. Yang merah tu english cotton and yang cream tu, cotton biasa la aku rase. Yang tu aku beli kat Muaz masjid india tu and it's cost me about rm43 only. Yang merah tu mahal skit la, RM 99. haa.. kan aku dah kata aku low profile!MySpace

Tadi g Sungai Wang is for me to shop. En husbend x beli paper pun kat Sungai Wang,aku sjaaa..

Image


Image

Singgah I-Setan kat Lot 10 jap dan belikan lagi baju untuk armand.

Image

Baju aku murah2 jer. Korang pepaham jela sungai wang.. kan barang dia murah2. nak giler kat aku membeli tadi. Ramainyer oranggg... x yah cakap la kan. Bila aku dah balik tu baru aku sedar yang awat banyak kaler biru tahun ni aku beli nih?.. x sengaja pungg.

Lepas pergi SG, aku g Pavillion. Konon nak carik jeans. Almaklumlaa...mak bukanla size 0 anymore. sudah besar skit pungkok maa.. turns out to be heart break sebab Zara dah x keluarkan edisi straight cut. diaorang more to skinny jeans and slim fit katanyer. and slim fit is actually more or less like skinny too. x padan untuk mak.. Masuk Tangs, Parkson..sema pun hampa. MySpace

En husbend cadangkan supaya kami ke Uniqlo (betul ke aku eja tu..alah pepandai la korang betulkan k). A before that, Saphora tu hebat gak kan. suka aku masuk dalam tu. aku rase aku mcm masuk kedai kat Hong Kong lak. HK nyer kedai kecantikkan ala2 cam tula. Product penoh gilerrrr!.. tp aku x beli apa2.

Masuk Uniqlo baru nak pilih2, king besar dah mengamuk. Masa tu aku yang jaga coz daddy tgh mentry jeans. Yang king besa ni mengamuk pulak dia. haus mungkin. so, he can not wait. aku bila armand dah mengamuks, mummy can not wait also. terpaksala daddy mengjoin kami untuk keluar dan balik trus. and at tat time it's only 9:56 pm. hailaa... kalo x de anak ni, x denyer kami nak balik awal cenggini. lagi2 musim nak raya ni. di sebabkan anak.. terpaksalaaa..MySpace

Ok, kalo tengok2 balik.. yang aku perlu beli kan:

1- Nursing bra

2-Tudung aku/mak

3-Baju kurung mak

4-Baju lagi 2 lai

5-Baju melayu daddy n armand

6- Angpow paper-org x yah beli, tapi aku siap beli bagaii. sebab apa?..sebab x de orang yang nak bagi pungg.. yang kami ada x ckop..

hmm...tu je kut. K lah korang, kalo aku x update blog lagi before raya, aku mengucapkan..

'Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Daddy, Mummy and Baby Armand to those kengkawan yang aku kenal, dan juga tidak. To all the followers and all the silent readers. Semoga raya ni memberi keberkatan kepada korang dan kita sema. Balik tu bawak keta elok2 yer. Jgn pulak buka posa budget musafir eh.. aa.. jgn mengader. Dah tua, jgn wat hal. Selamat Hari Raya ols.. and Maaf Zahir Batin!'

MySpace

Thursday, August 25, 2011

G6PD

First and foremost, aku marah ni. Kenapa ko Intan x baca blog aku?.. Busy sangat ke ko kat Ho Chi Minh City tu?.. nak kena ko ni.. mara aku tau! mara..MySpace

Second, as promised topic G6PD. According to pamphlet yang aku dapat dari Jabatan Pediatrik Hospital Ampang ni, G6PD ialah Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese iaitu sejenis ENZIM dalam sel darah merah.

Fungsinya?.. Ia akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Semasa bersalin, sampel dari tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.

Sekiranya bayi anda di dapati kekurangan G6PD, bayi anda perlu tinggal di wad sehingga berumur 10 hari. Pemerhatian perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan pendengaran. Bayi dibenarkan pulang kerumah setelah dipastikan tiada apa masalah. owh..patutla masa day 4 tu ada specialist for kanak2 tetap x benarkan armand balik walaupun jaundis dia sikit. aku still ingat lagi doktor tu kata..'this is G6 tau. very easy to come high one. so, better stay for another day'---> kata dr tu kepada dr mata pojaan hatiku, dr. Hilmi.MySpace

Untuk ibu bapa, sila ELAKKAN dari:

1- Kacang Parang

2-Memberi ubat sendiri tanpa arahan doktor

3-Ubat gegat

4-Ubat2 tradisional, jamu atau ubat sense.--> tat's y aku x leh makan jamu.

5-Ubat nyamuk


Apa akan berlaku kalo termakan ubat2 tersebut?..

1- Mengakibatkan sel darah merah akan musnah dengan cepat

2-Bayi akan mendapat jaundis

3-Pucat

4-Demam

KATANYER: Kekurangan G6PD ini sepanjang hayat. Bukan penyakit berjangkit. Diwarisi melalui penyakit genetik dan sering melibatkan anak LELAKI. PEREMPUAN adalah sebagai PEMBAWA.MySpace

One of the nurse yang datang berbual ngan aku, dia kata anak dia lelaki 3 orang. tiga2 ada G6. Tiga2 diaorang x tau ada G6 until one of the anak one day dah pitam, muka trus kuning. Then she send him to hospital. Tau2 dia G6. Then dia pun check anothe 2, same result. She told me that, this penyakit is common. Told me to relax. It happens..

Di antara ubat yang x buleh diambil:

Anti Malaria
Chloroquine
Hydroxychloroquine
Primaquine
Pentaquine
Quinine
Mapacrine

Antirheumatik/Analgesik
Phenicetin
Aminopyrine
Acetllsalictic Acid
Antipyrine
Probenecid
Aetalinid

Anti Bakteria
Chloramphenicol
Furazolidine
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
P.Aminosalicyclic Acid
Sulphonamide
Sulphasoxazole
Sulphamethoxypridazine
Sulphatizole
Sulphanerazine

Lain2
Chloropheniramine
Dapsone
Dimercaprol
Antihispamine
Ubat gegat
Phenthydrazine
Expectorant Dipenhydramine
Triplelennamine
Procainamide
P.Aminophenol
P.Aminobenzoic Acid
SSD Cream
Fava Beans
Vit K Analoques
Pyrimidone
Methylene Blue

tuuuu dia. penat aku menaip aihh.. semua yang aku type ni x de satu pung yang dekat kat kepala otak dan pemandangan aku. satu haprak aku x paham. nak selebihnya korang google la yer.

Masa aku kat spital tu, en husbend datang melawat kami dia kata penyakit ni kebiasaanya menyerang those yang kat africa. pulok.. dah aku ni standard org aprika ker?.. style gak kan?.. haha. Since this case is common, kat obersea tu (aku google keluar yang obersea jer, Malaysia x banyak pun) mereka ada website yang dedicated for G6 ni punya. So, for parents yang rase2 lost, they can always refer to here.

Menurutnya en husbend lagi, mat saleh siap pakai pendant lagi untuk menunjukkan dia G6. coz, if somthing happened to them, people can always know tat person is having G6. so dr tau la ubat apa yang can and can not. Aku tanyer pada dr pojaan hati, yang aku baca it could be vital kalo dah teruk sangat. Dia dengan mata yang ayu dan bulu mata yang lentiks dan panjang mcm elephant Sesame Street tu kata, actually this thing x de la sampai mati. Tapi dia more to efeks alergic yang truk. haii..why la aku asyik teringat kat dr ni jer.. berkenan sunggoh hati aku kat dia la. Pak kal aku x de anak perempuan. MySpace

Childrens, di nasihatkan parents kasitau cekgu2 mereka. Penting. I have read yang G6 ni ada sesetengah budak yang umoq mereka 6 months hilang, 5 years hilang PERMANENTLY tho it's been said that it is a permanent illness. Ada yang suggest kan product tu, product ni la..well, I am not totally against it la kan tapi bila aku baca bagi aku website mcm tu more to mempromote product yang mereka2 tu jual. Mcm x ikhlas jer nak share topic G6 ni.. Aku rase mcm mereka2 tu plastico. But then again, it's no harm of trying kan. Well, tepuk dada tanyer selera.

MySpace

Wednesday, August 24, 2011

One Month already..

Hye people.. Selamat berpuasa. Selamat menyambut hari raya jugak.. Amacam persiapan?..Baper lai baju?.. ada 5 lai?.. gila la korang. gempaks!..

Last 18 was Armand nyer anniversary. He is one month old now. Kata orang tua2 dah makin bijak. Dah pandai berbual dengan mummy dia. Walaupun kata orang, aku ckp bahasa itek, dia bahasa angsa. x kesahla dia pakai bahasa apa pun. Bila bercerita dengan dia tu, seems like he understand jer. Dengan terganga2 mulut dia tu.. dengan senyum ternganga dia tu.. dengan 'aaa' 'aaakaa'. tu jela yang dia pandai buat now ni. Lagi satu, dia pandai wat apa tau nw?.dia pandai mengeluh. 'humm' adoih. mengalahkan orang tua! aku kena ajar dia bila dia besar nanti ni. 'x baik mengeluh sayangg..' mmy mengeluh x per.. awak jgn. Ye mummy bias!MySpace

Like any other baby, one month dia kena amik 1st injection dia. Well, it's not really the first la kan. Because dia lahir2 je dah kena bcg. so.. x silap aku this is his 4th ke 3rd nyer injection. Since we are kat kampung, kami ke Klinik Kg dan Kesihatan Batu 10. Seperti biasa, masa kami kat kg ni sepupu aku, Ain ialah supir kami. Mana2 mau pigi, dia yang bawak. Pak Busu Armand. And alhamdulillah, Pak Busu never say no!

Masa pigi tu, mengenangkan nak inject, korang tau tak mak aku x mau ikut. Dia kata dia kesian nanti tengok si Armand nangis. So dia x mau ikut. Macam tu sekali tok mak dia..

Image
on his first week of birth

Masa aku masuk tu, seperti biasa procedure menimbang dan mengukur ketinggian armand. Alhamdulillah, berkat susu ibu dan sihat badan dia, Armand now is 3.70. Actually it was 3.75. But since misi x leh nak bukak pampers Armand, coz he biyak sikit..so dyeorang - la .05 tu.. So, dia kata cincai 3.70. Dia x kata cincai, aku yang kata. Korang jgn pulak nak hantar memo kutuk misi tu. Mereka baik and muda2 belaka.---> owh,now i know why pak busu dia x keberatan hantar kami. Why didn't i c this thing before?..MySpace

Lepas menimbang, mengukur Armand..mak pulak kena amik air kencing. Cek perut. I tot process2 test air kencing ni over sudey, rupenyer still on going yer. Until when eh ols?.. mak rasa mcm malas pulak nak kena kencing2 ni.

Then cek perut mak untuk cek peranakkan. Alhamdullilah sema ok. Kecut sudey. Walaupun pantang x beria, tapi kecut sudey. Siapa nak kecut peranakkan cepat, sila minum air chill ya.--->haha. jgn ikut petua aku yer. kang korang bentan, aku tatau!..MySpace


Tibalah masa yang di tetapkan. Well, aku bukanla 100% berani pun when it comes to this jarum2. Aku ingatkan masa aku balik dari toilet tu Armand dah inject, rupenyer belum lagi..Aisheh, aku kalo buleh pun x mau tengok. Then misi tu suruh aku pegang Armand dalam position untuk bf. Pastu dia suruh aku kepit tangan kanan. Pegang tangan kiri. Then one misi pegang kaki kiri Armand.

Aku mati2 ingat inject kat lengan, rupe2 nyer inject kat peha yer.. a aaa... x tau mak. Then misi tu keluarkan jarum dia. Omak aii! Besau jugak. Misi ni dah x de butterfly nyer jarum ker. Masa aku tengok tu, pungkok mummy dia pulak yang takut. Mummy dia pulak yang resah. Kerana tahap keresahan dan pengecut akan needle, korang tau aku buat apa?.. Aku palingkan muka Armand and aku tutup separuh muka dia buleh?..MySpace

Tapi masa misi dia masukkan jarum tu,before masuk aku sempat usha jarum tu. 90' dia masuk kan jarum ols. Apa lagi.. Hingak armand nangis. Masa masukkan air tu pun he's still crying. And when misi keluarkan, aku pujuk2 skit.. dia trus tido. LAH.. awat kejap sangat nangis?.. dalam conpused dan terpinga2, aku bawak armand balik. Aku macam... eh..ok ke idok armand ni?.. apahal kejap je dia nangis and trus tido beriya nih?.. Pak Busu dia kata..' dia majuk tuu...' Memang cam ni eh ols baby? Pelik mak..MySpace

Bukan tu jer yang aku pelik. Aku pelik jugak bila anak aku ni kejap aku tengok putih.. kojap itam. kojap putih balik..kojap itam. Ke mata aku yang nak kena tambah power?.. ke... mata aku ni ha yang dah juling haa?.. mungkin now dia tukar2 kaler kut kan?.. later dia besau skit, masuk 2nd to 3rd month baru nampak kut kan yang 'true' color dia kan?.. xkesahla putih ke itam ker. Dia lelaki. Yang penting, dahi mcm tiang gol! Sama macam mummy. Rambut jarang2, sama macam mummy too when i was smile. Rambut lurus. Alhamdulillah.. Kalo kerinting, Ronald Mc Donald la gamaknyer dia nanti..

Image
dahi gol
Sekejap je times flies kan?.. Aku still remember doctor yang tolong aku melahirkan armand. Walaupun aku x ingat nama dia. Aku still remember dr Hilmi yang in charge of us masa kami kat wad to monitor Armand for kuning. Dr Hilmi cute, bulu mata. pergkhhh... mcm di taruk aloe vera ols. Melentik dan redup.. Owh dr, matamu menawan hati aku.aaa...mcm bulu mata ko mien! sooo beautiful!MySpace

Image
armand di bawah photog

Masih lagi aku teringat masa armand kena duduk bawak photog tu. Bukan fotograph yer..photog machine yang untuk journdise tu. Aku ingat lagi yang badan sekecik dia diletakkan di bawah lampu tu. Aku ingat lagi 3rd day aku cried kat hospital. Sebabnyer aku penat.. aku x leh tido. Aku x de susu, Armand x benti nangis. Dia lapar. Bagi susu formula pun dia x ok.. dia x pandai nak isap dari sipping cup tu. Aku rase bersalah kerana bawak G6PD tu pada dia. At first, aku tot aku di antara manusia rare yang terpilih untuk penyakit nih. i feel really sorry for him. lagi aku tengok dia bawah lampu tu, lagi aku nak menangis. I remember aku menangis on and off masa tu. Malu kan.. kang orang kata aku meroyan lak..MySpace

Alhamdulillah ternyata Armand membesar just fine. And G6PD is no longer a burden to my heart coz, it could happened to any of us. And it is a common ilness. To tell u the truth, i am kind of lega coz some of my friends also ada anak yang berpenyakit begini. to Armand, happy one month bufday k baby. Mummy loves you and will always love u. Be a good boy k. Jgn mengamuk lebih sangat kalo susu x ckup. Bersabar selalu. and.. jap lagi kita g KLCC yer. Shoppingggg!MySpace

Image
mmy and armand masa discharge hospital. happy to go home..


Wednesday, August 17, 2011

The Power Of a Song

Hari ni x mau cter psl g6 lagi (nti korang kata aku menipu lak. Aku postpond smpai blik kl k. Aku blik kl ahad ni). Balik kl awal sb nk carik nanny @ pengasuh untk armand. Dah hbes pantang ke kami? Belum.. Tp kami redah jerrrr

Pagi ni dgn mood yang sgt baik, wlaupun armand bangun setiap 20 mins since 7 pagi ni, aku menghirup udata segar kt beranda umah. Cuaca sejuk, langit mendung mengingatkan aku pada keadaan di Bandung indonesia. Bandung yang sejuk, matahari masih memancar tapi suhunya dan keadaanya, enak sekali! Dingin loh..

Tgh2 lepak dengar lagu. Macam2 lagu aku dgar. Kebetulan aku dengar lagu selamanya cinta, by unggu (ala lg background aku ni ha la). Fkiranku melayang teringat kawan aku yang sorang nih. Lama x bertanyer khabar. Dah kawen ke blum dia. Hendak saya tegaskan di sini yer, yang sy bukan purposely ingat dia. Terrrr ingat. Atau shud I say lagu yg membawa pkiranku terbang. Fly fly fly away! Korang mesti ada rase cenggini jugak kan? Aku x mau tau la kan lagu2 korang dengar akan mengingatkan x2 boyprend or gf korang. Tu mesti banyak punyerr. Salah satu lagu aku bet, mesti Sampai Hati dari Spring. Kan kan kan?..

Bagi aku, lagu yang berjaya membawa balik kenangan aku ialah:

1) Got to be somebody-nickleback. Each time aku dengar lagu ni aku mesti 'tenggelam'pada rase aku masa aku single last time. Rase free, rs x pedulik dgn org lain.. Sema ada. Rs sdg mencari cinta.. Rase dia adala mcm.. Ikan kerapu masak suweet sour.

2) Hari ini & semalam-sixth sense. Lagu ni kami (aku,yana,mawai,ana) selalu nyanyi kalo kami keluar sesama. Kebetulan lagu tu keluar la. Yang paling ingat, pada 1 mlm tu ms nak g giant kj. Sema nyanyi. Naik savvy merah dia tuh. Walaupun suara hadoihhh..lagi2 mawai yg x hafal lyrics sgt tuh.. Syoiknyerrrr

3) Taking back my love-enrique. Aku teringat member aku kat kelas malam. Duk gaduh ngn dia ms aku tumpangkan dia g kedai mamak kat seberang jalan. Dia kutuk aku dgr lg ni. Dia nk dgar cookie jar. Aku pedulik apa, kereta aku kan. Trus bergaduh dgn dia. Gaduh2 pun dia selamat smpai ke destinasi yer..

4) Tentang Seseorang-Anda. OST of Ada Apa Dengan Cinta. Wuish lagu ni berantu wo dulu kat hostel. Ingat ni, teringat balik orang2 dalam bilik aku. Adik2 kecik tu.. ingat sema saat tu.. ingat lagi kami (aku n mek tek) duk skodeng the owner of that kereta kuning. Ko ingat x tek?.. mamat tu selalu parking kat seroja. dan2 time dia balik la ko dan aku menyidaikan diri kat tingkap tu.. tu bila ko ada. ko x de pun aku sidaikan diri aku sorang2 juga. hahaha. semata nak menyekodeng dia!

5) Lara Hati-katon bagaskara. Sebab kawan aku ada sorang muka macam dia. Aku rase mcm puas pulak kalo kawan aku tersiksa macam muke katon dalam tu. sebab dia tu playerrrr!

6) Fiona -4u2c. woo korang ingat x lagu nih?..aku x pasti aku ke abang aku ntah yang beli kaset ia. aku ingat lagi aku selalu bukak tape dia, pastu berjoget depan cermin. perh.. aku memang kuat berangan dulu. aku buat tau tarian mcm 4u2c tu..yang mcm slide2 tu kan.. ke kiri kanan tu kan..haa.. aku buat sema tu depan cermin. selalu kantoi kat mucu aku!

lagi?.. banyak la. korang pulak apa?..

Monday, August 15, 2011

Berbengkung

Hye sumaaaa! sorry aku agak lama x update blog. I have been busy. Well, i have a small boy inside my house, so korang pepaham je la kalo baby boy. X dapek nak rehat sangat oiii!.. Ni pun curik2 masa..MySpace

Ok macam yang aku janjikan. Entry ni aku nak citer pasal berbengkung. Berbengkung bermaksud amalan memakai bengkung (kain yang melilit perut dan sebahagian peha) untuk mengembalikan bentuk asal. Kamus Dr Noey. haha.MySpace

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna---> haa yang ni sohih. yang ni bukan buat2 tan k

Banyak sebenarnya makna di sebalik niat berbengkung ni. the main purpose untuk berbengkung dalam rata2 blog yang ada kat tenet niha, untuk merapatkan kembali peranakkan dan juga mengempiskan perut. Dikatakan juga waktu terbaik ialah bermula seawal hari ke4. Sampai bila?.. sampai habes pantang!MySpace

Apa issue bengkung tradisional- bengkung yang bermeter2 bagaii dan bengkung modern @ arti kata lain waist trimmer. Inila issue yang aku nak merapekkan disini.

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? Dikatakan bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.MySpace

Macamana dengan tru c-section pulak? ramai org kata orang cut ni x leh pakai bengkung. Tapi, tukang urut aku pun kata buleh pakai. x de pun mention kena pakai bengkung modern je bagaii. dia kata bengkung berjela pun buleh dipakai. COMA adalah tekniknyer. sorry ols, aku x blajar pulak teknik nyer. Ana sudah tetido la masa dia urut!MySpace

Mari kita jenguk bengkung modern. According to here, orng yg cut pun mulehhh... Haa according to them,

KEBAIKAN-KEBAIKAN BENGKUNG MODEN

Direka khas untuk ibu-ibu yg bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.

Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.

Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.

Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

Mudah untuk di pakai. Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan "Velcro Strap" melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

Bengkung moden lain yang terdapat dipasaran terhad kepada bahagian yang dikhaskan untuk velcro strap sahaja. Selepas beberapa lama dipakai, ia akan menjadi longgar terutama jika ditarik dan telah melebihi tempat untuk "Velcro Strap" tersebut.

Image

Selain dari ni, yang aku beli tu haa itu juga dikatakan bengkung modern walaupun more to waist trimmer. Actually masa aku google tu, aku x jumper pun website nih. aisey! tapi kalo aku jumpe pun, aku x mamfuu nak beli kut. Bengkung dia mahal sangat!.. sapa yang mampu, haa..tepuk dada tengok pocket k.

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.MySpace

Ok, aku insap k. as i google bengkung modern ni, lagi banyak pulak option untuk bengkung modern ada. cerempet betul! masa aku google tu x de lak nak menjelma! Abis tu yang aku nyer waist trimmer tu nak buat apa?..penyudahnyer lepas2 tu la aku pakai. x pun aku bagi kat mak aku. dia dah duk usha2 jer kat aku tu. naper laa before aku beli aku x baca pun info2 gitu?..

Since aku bengang, korang google la sndri option yang ada untuk bengkung modern. Aku x mo tolong korang! ye..aku busuk hati!..adehh... ruginyaa...ruginyerrrMySpace

Credit to http://mybengkung.com/

Wednesday, August 10, 2011

Meh dekat, meh dekaat!

Lupakan pasal bengkung, lupakan fasal G6PD. Mak nak bergossip olsss!!

First n foremost, agak naper ngn keypad aku ni ha hurup D bukn main susah nk di taip! kena taip 2x baru keluar D nyer haa.. jgn wat hal vaio. haa... ni vaio tau, bukan laptop jalan pasar!!...

Ok, berbalik ke tajuk kita ni. As the term implies, ecey.. aku nak tanyer korang nih. Aku tadi baca newspaper Metro tentang ally yang putus tunang tu. Dalam baca tu baru aku tau yang Apek, goal keeper tersohor malaysia tu pun dah putus tunang yer??.. Oh amb Gee!.. mak soo ketinggalan ols!!.. disebabkan naluri penyebok aku yang meruap ni, aku pun google la kenapa..

Ni yang mak dah jumper..

10 sebab Apek putuskan pertunangan nya:

khairulfahmisedih 10 Pengakuan Khairul Fahmi  Tentang putus tunang Dengan Elia Di Media apek yang handsome

1. Keputusan Nekad Putus Tunang

“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

Haa..gituw. Mak tau mak tertinggal bab ni. Tapi mak ada 10 info nih. Korang ada?.. x der kan..haa x der baca jer..

Mari kita jenguk pengakuan host pojaan malaya ni pulak tentang keretakkan pertunangan nyer. ewah! bukan retak lagi dah..ke-'putusan' tunang nyer..
Image
Kenangan lalu di angin lalu..jap, tunang dia ni free hair ke pakai tudung eh?.. ke on-off?..apadaaa!
photos courtesy of mediamalaya

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.

Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu,

“Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

Hmmm.. sabar jela korang. Untuk kedua2 mamat handsome ni.. carikla yang lain. Untuk x kedua mamat handsome ni pun, carikla yang lain. dah x der jodoh. tulah, dulu aku suruh ngurat aku x mau! wah.. TETIBE!!

Untuk sepupu2 aku, korang ada chance lagi! apa lagi..tingkatkan usahaa! Keturunan Tok Arab akan berjaya! aku sokongggg!..

mulut celupar aku: what did i told you about tat girl rite?..huhu.. ops! bulan posa jgn buat fitnah!