Posts

Amalan Sementara Masih Bernyawa

Image
  Amalan yang dianjurkan untuk kita  lakukan. 1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 2) Baca Al Mulk sebelum tidur. 3) Sedeqah subuh hari hari. 4) Baca Ayat Qursi lepas solat. 5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain. 6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat. 7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur) 9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,   "وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"  Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi 12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum sola...

Pemergian Ibu Mertua 21/12/2025

Image
  Bismillah, Harini masuk hari ke 3 ibu mertua maq pergi meninggalkan kami.Kembali kepada pencipta.Dan tinggalkan semua hal tentang dunia. Urusan ibu mertua untuk dunia akhirnya selesai pada pagi Ahad bersamaan 21/12/2025. Semua kesakitan yang ditanggung selama ini dah tak rasa lagi. Ubat ubatan yang diarahkan doktor untuk dimakan berbelas biji setiap sesi tu ,dah tak perlu ditelan lagi. Ibu mertua dah bebas dari semua ujian dan kesakitan dunia. Kini cuma tinggal urusan anak anak dan ahli keluarga yang ditinggalkan untuk memberi talian hayat buat arwah. Didoakan roh arwahyarhamah Katijah bte Surip ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Mak,Anis doakan semoga alam barzakh menjadi tempat istirehat paling selesa dan paling tenang buat mak. Allahhumma Aamiin.

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

Image
  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber ,laman sosial manatah,maq dah lupa tapi maq masih ingat point point tu.Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan orang keliling. Maq -dalam fasa mendidik cucu

Berat Ujian 2025

Image
  Bismillah, Awalnya dipanjatkan rasa syukur alhamdulillah untuk berita yang ini. Tapi sehari dua ini kita dikhabarkan dengan satu berita,bahawa : what!?? 50% Jemaah Haji 2026 tolak tawaran haji sebab simpanan kurang? Serius lah!? Apa yang difahamkan mereka yang dapat surat tawaran tu adalah pendeposit yang dah lama menunggu giliran dari tahun ke tahun.Tetiba bila dah dapat tawaran kok ditolak? Ramai bakal jemaah haji dapat SMS dari tabunghaji untuk cukupkan simpanan dalam akaun tabunghaji mereka. Minima RM15K. Kenapa ek? Apakah setiap tahun memang macam tu ye? Apakah semua ni terkesan dari kes pendeposit yang ramai keluarkan simpanan mereka baru baru ini? So sekarang pihak tabunghaji dan BH 2026 terpaksalah menanggung kesan sampingannya? Kenapa sebelum ni takda ke usaha nak  'rebranding' untuk tambahkan simpanan pendeposit ? Rasanya tiap tahun ada pemberitahuan, nanti dapatlah bakal jemaah haji usaha buat persiapan.Tapi kenapa cakap 50% menolak tawaran?Dah last minutes macam ...

Dari Johor Untuk Johorean

Image
  Bismillah, Video dibawah adalah Perbentangan belanjawan 2026 Negeri Johor oleh Menteri Besar Dato Onn Hafiz. 23 inisiatif telah disebutkan dibawah bantuan kasih Johor. Moga semua golongan rakyat Johor yang ada didalam senarai bantuan tersebut akan dapat manfaatnya.Inshaallah. Ada banyak lagi peruntukkan untuk rakyat Johor yang sedang dirancang dan telahpun berlangsung. "Hasil negeri dikongsikan kepada rakyat semula" - Itulah janji dari MB Johor. Nak tau apa lagi program Menteri besar Johor untuk kesejahteraan rakyat Johor?   Jom masuk akaun tiktok beliau  

Ruang Komen DiBlog Hilang Lagi?

Image
  Bismillah, Kalau korang selalu masuk blog acik sorang ni,confirm korang tau benda satu ni. Apakah?  Haaa dah lama dah maq sorok ruang komen.Entri kat blog maq dah tak boleh nak dikomen. Apa alasan maq?  Ni kan blog ai,ai punya shuke laa ... hahahaha gurau jelah. Sebetulnya maq taknak apa apa komen melekat disini semata mata sebab nak jaga hati.Jaga hati maq dan hati orang lain. Actually tak semua orang berpendapat sama dengan kita.Kadang orang taip ayat lain tapi ada orang lain maksudkannya yang lain. Kadang pengkomen niatnya ikhlas tapi pembaca komen hatinya pulak rasa rimas. Haaa banyak sangat masalahnya disitu. Harap maq lepasni masalah komen tak jadi problem lagi.Pening baca ayat ni ?  sorry heee. So lepasni, korang anggap jelah apa yang maq taip dalam blog ni sekadar buat geli geli kat mata korang je. Mana yang baik tu simpan je sebagai pemangkin semangat.Itu pun dah mencukupi. Nak jugak beri komen? takpayah lah ,biarlah semuanya hilang begitu saja ,biar semua...

Majlis Walimatulurus Shazni & Natasha

Image
  Bismillah, Alhamdulillah, 08/11/2025 Sekali lagi keluarga maq sebelah ibu telah berkumpul dimajlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga kami. Kalini Mak Ngah & Pak Ngah buat majlis terima menantu.Lokasi majlis berlangsung di Balai raya ,Jalan Limau,Kempas,Johor Bahru. Alhamdulillah semua urusan majlis berjalan lancar.Dari hari Khamis sanak saudara dah mulakan aktiviti rewang hingga ke hari Sabtu ( majlis besar berlangsung). Mak Ngah guna khidmat ahli keluarga sendiri je untuk persiapan majlis. Dari bahagian rewang memasak,hiasan dewan ,urus makanan dan semuanya adalah dari air tangan keluarga kami sendiri. Mereka terdiri dari Adik beradik,anak anak saudara,cucu cucu saudara hinggalah ke cicit cicit saudara.Hampir semua hadir pada majlis tersebut. Walau bagaimana pun Maq dan encik suami hanya dapat hadirkan diri pada hari majlis berlangsung disebabkan anak kami masih bekerja pada hari Jumaat sebelum majlis itu. Di bawah ini sedikit memori pada majlis 08/11/2025. Mak Ngah Pa...