CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 1, 2009

Cite 1st Syawal Kami...

Ohhhh..aku rasa aku yang paling lewat upload cite pasal raya..bukan apa...masuk jer office kerja memang lah bertimbun..lepas tu mood pun masih mood raya..nak buat apa-apa pun malas. Tahap kemalasan tu amat lah tinggi...:) Jadi rasanyer masih belum terlambat utk aku menceritakan tentang sambutan Syawal kami kan..

Aku pulang ke kampung Seremban, N9 selepas sesudah nyer subuh pada hari Sabtu 19/9/2009. Serious..aku bertolak tepat pukul 7 pg dan selamat sampai pada pukul 9 pg. Siapa sangka balik ke Seremban pun mengambil masa 2 jam. Selama nie perjalanan aku hanya mengambill masa1 1 jam ajer.Tak tahu lah pada mereka-mereka yang pulang menuju ke arah Selatan tu...berapa jam perjalanan lah u olls semua lalui. Perjalanan mulai sesak dari Nilai sampai lah ke tol Seremban..hish..hish..tak ku sangka-sangka bertolak awal pagi pun highway dah sesak. Nasib baik bukan aku driver nyer..kalau lah aku..membebel jerlah mulut aku kan...aku mmg benci traffic jam..stress okay...hehehehehehehe..alasankan. Walaupun aku beraya di rumah nenek ku..tapi kami sekeluarga tak menetap di rumah nenekku..Kami sekeluarga bermalam di Royal Bintang Hotel...bukan apa ek...utk keselesaan bersama. Keselesaan anak-anak aku, diriku dan juga suami ku...:)

Okaylah..balik pada cite pasal Syawal kami..Tahun nie ku rasakan...Syawal yang menyeronok kan bagi kami sekeluarga...especially nenek ku...sebab anak-anak nyer hingga ke semua cucu dan cicit nyer balik beraya..tak kiralah yang balik menyinggah seketika ker...yang bermalam ker.. yang pasti aku nampak cahaya keceriaan di muka nenek ku.:) Yang best nyer cicit nyer yang 2 org nie pun ada bersama untuk buat kekecohan :)

Image
Seperti mana yang aku cite kan di post sebelum nyer..tahun nie kami sekeluarga bertema kan purple..:)ImageSesudah subuh...kami semua bersiap dan terus turun ke cafe dulu utk breakfast. Setelah selesai breakfast..hubby ku terus menuju ke Masjid Negeri utk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri. Sementara menunggu tu..nie lah aktiviti aku dan anak-anak..berposing di ruang lobby dan bilikImageMaid aku pun mengambil kesempatan utk berfoto buat kenangan..hehehehehe.:)

ImageMaid aku dan anak-anak

ImageImageTrisyia dan Sara yang ceria ..siap berjoget-joget menyanyi kan lagu Hari Raya

Setelah selesai hubby ku solat sunat..kami semua terus shoot ke rumah nenek ku ...utk beraya. Sampai jer rumah nenek ku..makcik dan pakcik ku sudah ramai berada di rumah. Agenda nyer pasti makan dan makan lagi dan salam bersalaman.

ImageMy family and my beloved mum

Cite malam raya dan seterusnyer bersambung nanti k.....

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1 Syawal 1430!!!!

Dam dam dummm bunyi mercun...che!!!wah!!!...menyanyi plak aku hehehehe. Uihhhhh...rasanya tak sabar-sabar nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau ikut check list aku ....alhamdullillah persiapan semua dah beres..dari aku sampai lah ke anak-anak. Nak kata tahun nie kami beraya sakan tidak lah...mcm biasa jer). Berbelanja ikut kemampuan..:). Tahun nie gilirian beraya dengan omak den plak jadi aku akan beraya di Seremban, N9 di rumah nenek ku di Taman Dato' Shah bandar. :) Sesiapa yang ada lalu di kawasan rumah nenek ku..sudi-sudi lah datang ke teratak nenek ku! Buat utk tahun nie..1st raya aku sekeluarga bertemakan purple.:). 2nd and 3 rd raya aku belum decide lagi..hehehehehehe yang pasti sama ada merah atau pun pink..hehehehe..:). Tahun nie seperti tahun sebelum-sebelumnya..aku cuti tak lama..aku akan mula bercuti Sabtu dan mula bertugas semula pada hari khamis. Malas lah nak cuti lama-lama..nak simpan cuti utk tahun depan..ada plan kebaboooommmmm..hehehehehe..:)

Dengan ini di bulan yang mulia ini...kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri.. Sekiranya ada terkasar bahasa..tersalah kata...terambil...tersentuh...hehehehehe Maaf Zahir dan Batin ek. Kita 0-0 ek...Berhati-hati di jalan raya...selamat pulang ke kampung dan selamat kembali...:)


Image




Tuesday, September 1, 2009

Dah nama adik beradik

Dah lama rasa nyer aku tak update cite pasal anak-anak kan.Bukan apa...sebulan sebelum pose aku memang sibuk dgn urusan kerja paduka baginda, sibuk dgn menguruskan rumah baru...campur plak dgn mood swing yang sekejap okay sekejap tak okay...dan mcm-mcm bagai lah...Dah pulak sekarang sibuk dgn penyakit H1N1 lepas tu di iringi dgn bulan pose jadi aktiviti luaran mmg dikurangkan....

Cuma beberapa hari yang lalu..ada kejadian yang pelik berlaku yang aku ingin kongsikan bersama. Selepas aku dan hubby selesai bersahur..kami masuk bilik jer...tengok dua beradik nie tido..dengan gaya yang sama..nak tengok...
jeng...
.
.
.
.
.
jeng...
.
.
.
.
.

jeng..
.
.
.
.
.
Image
Sama jer kan....:) Ajaib..dah nama adik beradik. Naluri dan sifat tu mesti ada yang sama kan..kan..kan..

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum!!


Seribu senyuman belum tentu menawan hati

Satu jelingan sudah cukup menimbulkan

rasa benci membina kemesraan mengambil masa

meruntuh hanya sekelip masa

Semoga RAMADHAN mengukuhkan

Ukhwah yang telah terbina


Kami sekeluarga...ingin mengucapkan,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,

Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan,

Di dalam sedar atau pun tidak sedar,

Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT


Kengkawan....


Sila baca peringatan & pengajaran di bawah

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll).
Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.

SELAMAT BERPUASA


Kemaafan dipinta.....

Thursday, July 16, 2009

4 years 2gether!

Image

Today 16/7/2009 is our 4th wedding anniversary. Time flies...dah 4 years aku bergelar seorang isteri...:) dan dalam tempoh 4 tahun aku berkahwin nie....pelbagai dugaan..rintangan yang aku lalui.Ada yang gumbira..ada yang sedih..ada yang senang dan ada yang susah.. Biasalah kan asam garam berumahtangga. Alhamdullilah..aku and hubby masih bertahan...dan mudah-mudahan bertahan sehingga akhir hayat...AMINNNN!!! Setalah 4 tahun juga aku berkahwin..Allah s.w.t sudah mengurniakan aku 2 cahaya mata yang comel...Alhamdullilah!!..;)

Btw..hari nie tak ada yang special kami lakukan..nak kata celebrate sakan pun tak ada..cuma aku and hubby spent more time together today...gie jalan-jalan..main agenda is shopping!!!!! hehehehe..:) shopping for coming Hari Raya;), tapi apa yang pasti dalam kesibukan bekerja aku sempat juga mengorder cupcakes sebagai kenangan ke 4 tahun nie..;)

ImageImage

To my dearest hubby...

Happy 4th Anniversary!! Nothin else that i want to say rather than I luv you so much...luv you..luv you..luv you..Muaaaaahhhhhsss!!!

Pssssstttttt!!! Btw...I still waiting for the pressie okay...!!!!!

Tuesday, July 14, 2009

Pre- School Searching for Batrisyia

Starting from now...aku and hubby dah mula searching pre-school utk Batrisyia. Aku and hubby planning utk enrol kan Trisyia ke pre school next year. Harus okay!! Trisyia pun dah terlalu excited nak ke sekolah..hehehehe.:) Anak sulung ku ini sudah mengerti perkataan dan makna "BOSAN". Dia dah mula tahu bosan duduk di rumah.Tak ku sangka....pening juga memikirkan pre-school yang mana satu sesuai utk anak sulung ku ini. Aku dan hubby harus buat penyelidikan..che wahhh!!! buat research dari pelbagai aspek. So far aku baru buat research melalui internet dan tanya pengalaman dan pendapat dr member-member terdekat aku.Dari aspek apa yang aku and hubby lihat adalah

1. Location
2. Environment dan
3. Konsep pembelajaran

So far pilihan dari mata ke hati...

1. Q-dees
Image
2. Genius Aulad -Islamic Enrichment Centre

Image
3. Smart ReaderImage
Di antara 3 pilihan ku ini...Yang mana satu sesuai utk anak ku??? Ermm..yang pasti aku and hubby berhajat utk membuat rombongan cik kiyah ke setiap pre-school nie...:). Satu kemestian kan kengkawan utk melihat sendiri environment, bertemu dgn semua bakal-bakal guru dan melihat semua silibus pembelajaran dan teknik nyer. Baru aku boleh menilai nyer dr segi pro's and con's kan...

Frenz...Ada sesiapa yang sudi memberi idea dan berkongsi pengalaman dalam mencari pre-school utk anak???? Help!!! Help!!!! Aku harus membuat keputusan yang cepat...sbb registration sudah pun bermula!!!

Monday, June 22, 2009

Princesses Birthday Party-30/5/2009

Event: Batrisyia 3 rd birthday and Qaisara 1st Birthday Party
Venue: Kelana Jaya
Date: 30/5/2009
Time :4.30p.m till 7 p.m
Theme: Disney P
rincess

Setelah sekian lama ku tunggu...album Birthday Party Trisyia dan Sara telah pun ku terima..:) Gumbira nyer rasa hati bila dah dpt album..birthday girl jgn lah ckp..dapat-dapat jer terus tak sabar nak buka dan lihat..siap berebut lagi adik beradik. 1st off all thank you so much to the photographer of the day "Evlensa". Thanks for the nice shoots..puas hati.:) Aku pun tak tahu lagi nak cerita apa..pasal birthday party nie...sbb dah basikan..tp kenangan nyer tetap ku ingat....:)
Just enjoy the photos okay kengkawan...selain nyer akan aku upload dlm FB ku secepat yang mungkin ya..:) Kepada sesiapa yang ada add FB ku boleh terus mengambil photos anda di sana kay!!


ImageImageImageImageSuasana majlis


Image Princesses Birthday Cake

Ramai yang admire dgn kek yang aku order nie. Thanks to the cake designer Pn. Ellie. Aku order dari jualan siber juga di kedai de'heart. Menu makan petang pada hari itu adalah meehoon goreng singapore, ayam goreng tepung kentucky, roti jala, satay, kuih muih, rojak buah dan pelbagai lagi.Image
ImageImage

Goodies pun tidak ku lupa khas utk tetamu-tetamu ku. Tak kiralah org tua ke muda ke..kanak-kanak semua pun dpt goodies nie..:)


ImageGoodies for guest

Dalam goodies nie aku hadiahkan tetamu sekotak kismis, pelbagai jenis coklat, kek, air vitagen, dan sumi jelly.

ImageHamper for lucky guest!

Aku adalah buat sedikit kelainan dr yang lain. Aku adakan aktiviti khas utk semua tetamu...iaitu lucky draw, teka berapa biji koko jelly dlm balang dan kombinasi berat Trisyia dan Sara. Kepada semua pemenang sekali lagi aku ucapkan tahniah..:). Lucky draw di cabut oleh mak mertua aku dan Trisyia.
Di antara winner'snya

Athia rakan office ku

ImageNur Ain pemenang teka berapa biji koko jelly dlm balang. Jawapan nyer 149 biji..tekaan dia yang paling hampir. Hadiah di menangi ialah balang koko jelly tu & voucher Giant RM30

ImageLin (menantu jiran di rumah mak mertuaku)pemenang bg teka kombinasi berat Trisyia dan Sara. Jawapannya tepat 23.5kg. Hadiah di menangi berupa voucher Giant RM30

Tak lupa juga..aku ada menjemput En. badut utk entertaiment majlis ku pada petang itu...hehehehe.:) Ini semua idea hubby ku.

ImageEn.Badut..entertainer of the day

Nak cite skit tentang badut nie..riuh rendah masa En.badut nie serbu rumah aku..ada budak-budak yang suka..ada budak-budak menjerit ketakutan dan gembira, ada yang menangis.. macam-macam riaksi ada..mengambil masa 10 minit juga utk meredakan keadaan..even birthday girl pun menangis ketakutan.

ImageImageTrisyia dan Sara menangis ketakutan..pada awal kehadiran en. badut

ImageUntuk perbukaan majlis aku adakan sedikit doa selamat utk keluarga dan anak-anak.Selepas tu baru aku mulakan majlis dgn sessi memotong kek

ImageAntara tetamu dan family yang sama-sama menyanyi "Happy Birthday to youu"

ImageCutting cake session

ImageImageImageAntara kawan-kawan bloggers ku yang hadir

ImageImageImageImageImageAntara rakan lama ku, rakan ofis, jiran tetangga dan ahli keluarga yang hadir

At the end of the day..Trisyia dah pun bermesra dgn abg Badut. Boleh plak berborak dan menyanyi dgn abg badut nie..Pandai juga abg badut nie ambil hati anak dara aku nie. Sara tak payah ceritalah..sampai penghabisan majlis pun dia tetap takut ngan abg badut nie...sampai nak berkepit ajer dgn aku dan ayah nyer.

ImageImage

Image
Last but not least.....terima kasih byk-byk pada semua yang telah menjayakan majlis ku ini dgn secara tidak langsung atau pun secara langsung..hehehe. InsyaAllah ...sampai kita jumpa lagi di tahun hadapan..Peace!

Image