Image

Saturday, July 21, 2012

EKSPEDISI MEMBURU BOTOL DI PERAK EPISOD 2

Sambungan dari episod lepas mari kita layan gambar-gambar botol yang telah digali keluar yang kebanyakannya dari spesis botol 'Codd' dari jenama F&N.


Botol 'Codd' F&N
Image

Image

 Kaca botol yang bertaburan.
Image

Image

Image


 Sayang.. kebanyakan botol ini telah pecah..
Image

Image

Image


Botol F&N dari spesis 'Black Shadow' juga ditemui.
Image

Image


 Kaca botol dari spesis F&N 'Embossed' hijau tua! Sayangnya, dah pecah!
Image

Image

Image


 Kawasan yang sedang digali..
Image

Image


 Botol 'Codd' F&N 200ml yang telah terkorban!
Image


Walaupun hanya serpihan kaca tapi kami tetap ambik untuk dibawa balik!
Mungkin ada info-info yang menarik yang kami boleh perolehi dari kaca-kaca pecah ini.
Image


 Kawasan yang digali..
Image

Image

Image

Image


 Bersama Adi 'Giant'.. Kepuasan terpancar dari muka masing-masing!
Image

Kaca-kaca yang pecah dipunggah kedalam kereta untuk dibawa balik.
Image

Image

Image
Kebanyakan botol yang kami gali keluar telah pun pecah, bukan pecah kerana cangkul kami tapi memang telah pecah kerana apa yang kami tahu kawasan ini telah disodok oleh jentolak sebelum ini. Tapi kami tetap berpuas hati kerana beberapa biji botol yang dijumpai agak pelik dan yang belum pernah kami lihat sebelum ini khususnya dari spesis 'Codd' F&N.  Ada yang bersaiz 400ml dan juga 200ml malah ada juga yang lebih kecil sedikit dari 200ml! Warnanya juga ada pelbagai iaitu dari warna hijau muda, hijau tua, hijau 'clear', hijau 'Frosted' dan juga berwarna 'Aqua'(Hijau kebiruan). Ada juga botol 'Codd' yang kami jumpai dalam keadaan cacat! Cacat yang bagaimana?? Nanti aku akan paparkan dalam entri akan datang.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Botol Soda mengucapkan..
Image

Sunday, July 15, 2012

EKSPEDISI MEMBURU BOTOL DI PERAK EPISOD 1

Tahun lepas dalam bulan puasa aku mendapat info tentang botol codd yang tertanam di dalam tanah dan perlu dibongkar di Perak. Apalagi aku dan geng-geng Botologi yang lain mengatur rancangan untuk kesana. Amir mencadangkan alang-alang pergi korek botol apa kata kita terus buat dokumentari memandangkan dia sendiri mempunyai kamera yang sesuai untuk tugasan sebegini. Sampai pada hari yang dijanjikan aku bersama kawan-kawan iaitu Adi Giant, Sham dan Amir terus bergerak ke Ipoh. Dalam perjalanan Amir mula merakam proses ekspedisi ini.

Adi Giant(kerana saiznya yang mencapai 6 kaki lebih!)
 salah seorang kawan yang kami rekrut untuk tugasan memburu botol kali inI
Image


Amir mula merakam papan tanda di lebuhraya.
Image

Image


 Proses perjalanan dirakam oleh Amir
Image


 Sampai di Perak aku tidak melepaskan peluang untuk meredah bangunan lama yang ada di sana. Mana la tau kot-kot ada botol terselit dalam bangunan lama ni.


Bergambar dihadapan bangunan lama yang aku tak tahu
bangunan rumah kedai ini menjual barangan apa pada masa dahulu.
Image


Pemandangan di dalam bangunan, agak mengerikan..
Image


Di salah sebuah bangunan lama rumah kedai yang masih beroperasi.
Image


Pagar yang mempunyai papan iklan besi Kickapoo.
Dipercayai bangunan ini dulu adalah kilang air soda Kickapoo
Image


Sampai dilokasi korek kami disambut oleh bro Halim. aku dan Amir perlu merancang dengan teliti untuk memastikan proses mencarigali dan proses rakaman berjalan lancar.


Halim memberi pos yang menarik!
Image

Setelah memasuki kawasan mencarigali kami dapati banyak kaca-kaca dari spesis botol Codd berselerak di kawasan ini maka proses rakaman dimulakan. Kita ikuti episod seterusnya botol-botol yang menakjubkan yang telah kami gali keluar dari tanah.

Proses rakaman dimulakan di lokasi mencarigali.
Image
Bersambung...

Monday, June 11, 2012

F&N EMBOSSED 400 ML 1921.

Dalam proses mencarigali botol di Perak pada tahun lepas muncul sebiji botol F&N yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Kualiti kaca dan cetakan kaca timbul pada botol ini tak ubah seperti botol F&N guli atau 'Codd' tetapi botol ini adalah dari spesisi botol bertudung biasa atau 'Crown Cap'.

Mempunyai ketebalan kaca yang amat mengkagumkan aku serta setiap tulisan timbul pada botol ini amat tebal dan mempunyai logo singa yang amat 'oldschool' dari segi rekaan grafiknya menunujukkan botol ini adalah dari spesis botol F&N yang agak tua. Mari kita lihat gambar botol yang bagi aku amat menakjubkan ini.


.Mulut botol yang telah pecah.
Image


Logo singa dari salah satu rekaan grafik 
yang terawal dari variasi F&N 'Embossed' ini.
Image


Tertera Fraser & Neave Ltd(Limited)
Tulisan yang tebal dan benar-benar terserlah timbulnya.
Image


Tulisan 'Singapore' yang sememangnya tebal.
Image


Tertera 1921!
Image

Dan dari cetakan nombor 1921 inilah aku dapat merumuskan bahawa nombor yang tertera pada bawah botol ini adalah tarikh botol ini di keluarkan iaitu pada tahun 1921 kerana aku juga memiliki sebiji lagi botol F&N yang bertarikh 1928 dibawahnya yang pernah aku paparkan sebelum ini. Aku cuba selidiki apa yang berlaku pada tahun 1921 yang ada kaitan dengan F&N, mungkin ada acara atau ulangtahun tertentu pada tahun itu tapi gagal untuk mendapatkan sebarang info. Mungkin juga pada masa itu botol di era ini diberi tarikh pembuatannya. Apa-apa pun dek kerana tarikh 1921 ini membuatkan aku merasa botol ini amat tua walaupun tidak setua botol F&N 'Codd'. Alangkah baiknya jika botol F&N 'Codd' juga mempunyai tarikh pembuatannya, menyenangkan kita lagi tentang makhlumat penting atau tarikh lahir botol-botol soda kita yang hebat ini.

Sunday, May 20, 2012

RAJA BAIK PULIH-EPISOD SENAPANG, BHG 1.

Bro Azmal
Image
Azmal: Hari ni saya ditemani oleh Mat Wey ke kedai membuat bingkai gambar di Puncak Alam, kedai bernama Jinjit. Saya di beritahu yang di kedai ini bukan saja membuat bingkai gambar tapi juga mengambil inisiatif untuk membaik pulih barangan khususnya yang diperbuat dari kayu!

Image
Azmal: Barang yang saya bawa ini adalah senapang kayu yang pernah digunakan untuk pengambaran filem Leftenan Adnan kira-kira sedekad yang lalu.

Senapang Kayu
Image
Inilah senapang kayu yang dibawa oleh bro Azmal untuk dibaik pulih, dua laras lagi!

Bro Rock
Yang akan mengendalikan kerja baik pulih ini.
Image
Rock: Hai! Saya Rock aka tukang kayu dalam bengkel ini! Bermacam-macam barangan yang dibawa oleh pelanggan ke kedai saya ni selalunya untuk di'frame'kan, tapi kali ini agak berlainan sikit kerana tugasan kali ini adalah untuk membaik pulih, oleh kerana yang membawa barang ni di'rekomen' oleh kawan seperjuangan maka saya terima tugasan ini sebagai cabaran!

Image
Rock: Senapang ini walaupun kayu tetapi hasil kerjanya agak bagus dan bentuknya memang dari pengamatan saya adalah saiz sebenar senapang lama kita dulu. Memandangkan senapang ini dibuat untuk filem Leftenan Adnan maka sudah tentu ia dibuat mengikut spesifikasi yang betul..

Image
Rock: Jadi macam mana yang en. Azmal nak saya buat dengan senapang ni??

Image
Azmal: Tak payah ber encik-encik bro! Hehe.. Kalau boleh saya nak bro baik pulih biar nampak macam senapang betul dari segi penampilannya, biar kalau saya bawak keluar habis orang berterabur lari termaksuklah perompak dan polis!

Rock: Eh? bro nak buat apa dengan senapang ni??

Azmal: Takde la bro, tu perumpamaan je.. Biar nampak 'real' la bro!

Rock: Oooo..


 Perbincangan diteruskan..
Image
Azmal: Agak-agak boleh ke buat bro??

Mat Wey: Jangan bagi malu aku Rock!



Image
Rock: Boleh tu boleh bro.. tapi saya kena selidik dulu macam mana rupa asal senapang ni, kalau boleh saya nak buat biar nampak asli semasa senapang ini dikeluarkan masa era 40an dulu..

Azmal: Mana bro tau ini senapang 40an??

Rock: Eh! hehe.. saya agak-agak je bro!

Azmal: Tapi betul la tu!

Rock: Ye ke?? Dah tau dah..

Azmal: Agak-agak berapa kosnya ya??


Bro Rock mengamati senapang-senapang kayu ini..
Image

Image

Image

Image
Rock: Saya kena 'Research', 'sand' balik permukaan, tukar balik bahagian-bahagian yang patah ni, syelek dan cat.. Mungkin mengambil masa dalam dua minggu, saya bajet dalam lingkungan RM300 ke RM400 untuk kedua-dua senapang ni..

Azmal: Ok  saya setuju bro! Mungkin nanti senapang ni saya nak di 'frame'kan sekali!

Rock: Ok boleh! No hal punya! Tapi tu kira lain la..

Azmal: Hehe.. ok ok..


Bro Rock memberi pos yang menarik tanda menyahut cabaran!
Image
Apakah bro Rock akan berjaya menghidupkan senapang ini?? Kita akan saksikan di episod akan datang dalam RAJA BAIK PULIH!!(Bergema)