Check List Selepas Pembedahan Slipdisc 30 Hari
Pergerakan fitrah selepas sebulan Open Surgery Slipdisc L4-L5 : 27/11/2025 - 26/12/2025 - Pergerakan solat - masih duduk semasa solat. - Cangkung - masih sakit, bangun perlu bantuan. - Turun naik tangga - perlu bantuan masih berat nak angkat kaki - Bersila - Sedikit sakit di belakang bahagian pembedahan - Duduk - masih sakit - Rukuk/bongkok - masih gagal dan sakit Nampaknya selepas 30 hari MC selepas Pembedahan masih banyak aktiviti yang belum normal... Hari ni juga merupakan temujanji physio saya yang ke-4 selama sebulan... Ibarat seminggu sekali set physio... 2 aktiviti physio sahaja yang doktor benarkah... Renjatan elektrik dan ais pad.. Yang mana setiap satunya dibuat dalam masa 15 minit... Hope akan datang ada lagi kemajuan... Aamin...