29.1.16

#Part1 - Surprise & DubuYo

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad lepas, Epi datang Selangor kononnya nak keluar dengan birthday girl lah. Mula-mula aku tak bagi pun dia datang, jauh kot. Aku lek je pun kalau dia tak sambut birthday aku *yelah sangat haha*. Tapi sebab dia dah buat ayat sedih and hari tu memang tak ada plan dengan famili, aku setuju je lah.

Masa dalam kereta tu aku perasan dah padia lah mamat ni tersenyum-senyum. Lepastu tetiba dia bagi bunga. Okay, maluuuuuu hahaha. First time kot dapat bunga. Fefeeling pwincess haha ada ke princess dapat bunga haha diam.

Image
Jatuh cinta ahhhh cantik sangat 

And then tiba-tiba dapat call dari unknown number. Bila angkat, dia tanya rumah kat mana, nak delivery. Aku dah konpius, delivery apa pula. Ada ke poslaju kerja hari Ahad? Tanya dia delivery apa pastu dia cakap awak tunggu je lah. Eh eh dia. Lepastu aku bagi direction rumah pun tunggang terbalik haha sebab aku pun tak ingat nama jalan -.- Last sekali nasib baiklah jumpa. Rugilah juga sebab dia delivery time aku tak ada kat rumah. Tak cukup surprise iols haha.

Image
So birthday girl lagi satu yang tolong terimakan. Gambar dari instagram @supriseplanner_ir

Aku clueless gila taktahu siapa bagi. Mula-mula ingatkan Epi tapi dia kata bukan. Aku jerit-jerit dalam kereta sampai dia cakap siapa yang bagi. Rupa-rupanya...

Image

Image
Thank you, Aidot & Dijot! Ingatkan korang tak ingat aku dah cuti-cuti ni hahaha. Love you girls 

Image

Masa dalam kereta lagi, Epi cakap ada lagi hadiah. Dia bagi satu kotak. Aku taknak buka sebab sayang nak leraikan reben dia haha. Tapi dia paksa buka juga. Seronoknya ada banyak-banyak benda hehehe!

Image

Paling penting ada ni! Fon aku sekarang tak ada tempered glass haha memahamikan epi ni. Buka-buka, jeng jeng jeng ada bunga-bunga. Pink pula tu! Suka suka suka hiks. Next entri aku bagi gambar okay.

Image

So kami plan nak pergi makan Korean cuisine sebab aku dah lama teringin. Disebabkan kedai makanan Korea halal yang lain agak jauh, so kami decide pergi Dubu-Dubu je. Ohh dorang dah tukar nama, DubuYo. Tuhan je tahu betapa bahagianya dapat makan ni setelah sekian lama terseksa craving masa tengok Running Man...

Image

Image
Cheese bibimbap. Sedapnya kimchi!

Image
Honey garlic bulgogi.

Percayalah dalam seminggu ni aku akan teringin lagi sebab hari-hari aku marathon Running Man haha. DubuYo yang kami pergi ni kat Berjaya Times Square. Banyak lagi cawangan kat tempat lain. Engkorang boleh google ye. Kat sini aku sertakan menu DubuYo ni, biar air liur engkorang meleleh.

Image

Image

Image

Image

DubuYo
Website: http://www.dubuyo.com/index.html
Facebook : DubuYo

27.1.16

Our Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah, genap dah umur aku 21 tahun dan Angah 18 tahun pada 23 Januari yang lepas. Yessss,  birthday kitorang memang sama tarikh haha jangan tanya aku macam mana. Disebabkan birthday kitorang jatuh pada hari Sabtu, syoklah dapat keluar dengan mak ayah sebab dorang cuti. Adik tak ikut. Biasalah budak lelaki, dah besor malas nak keluar, duduk rumah main game. Mula-mula plan nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi fikir-fikir balik, Adik yang teringin nak makan tapi dianya tak ada, so tukar rancangan. Makan kat sebelah The Chicken Rice Shop.

Kami makan dekat Restoran Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk. Ambil family set, harga lebih kurang RM50. Set ni termasuk bahan-bahan steamboat dan dua mangkuk nasi goreng. Kami ada juga tambah makanan lain.

Image
Credit : SFRZNRH

Image
Pipi bulat sebab ada makanan...

Image

Lot LB-1A,Level 1, Plaza Shah Alam,
 Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 - 5510 3359
Facebook : Pak Long Nelayan Steambot & Luk Luk

Kuah untuk steamboat kami pilih tomyam. Not bad tapi agak manis. Lama-lama makan bertambah manis pulak rasanya hahaha. Teringin nak makan Johnny's. Suka sangat tomyam dan sos dia. Tapi orang kata Johnny's tak halal T.T

Image

Image

Lepas makan, mak bawa ke Poh Kong. Dapat hadiah hehe tapi bukan cincin kat atas ni ok. Terima kasih, Mak Ayah 

Terima kasih kepada semua yang wish di facebook, twitter, instagram dan whatsapp. I'm blessed to have you guys in my life ♥ Moga aku dan angah akan menjadi lebih baik sempena umur baru ni :)