Aduhh… Kerja pula Epyy hari ni. Memang rugi betul la. Tapi kenapa ek?? Sebabnya Epyy terlepas nak tengok siaran langsung antara Malaysia lawan Taiwan. Dah la game mula pukul 7.00 ptg. Epyy pula habis kerja pukul 9.00 mlm. Rugi betul. Malaysia layak ke pusingan ke 2 menentang jiran tetangga, Singapura selepas menang 2-1 pada perlawan pertama dan tewas 3-2 pada perlawanan ke dua di Taiwan. Tapi Harimau Malaya layak ke pusingan seterusnya berdasarkan jaringan gol di tempat lawan selepas seri 4-4 secara agregat. Sama-sama kita memeriahkan Stadium Bukit Jalil nanti ye semua berkemungkinan pada 28 Julai nanti..

Epyy dari dulu lagi memang sokong pasukan Malaysia ni. Hehe… Betul la. Epyy tak tipu. Epyy sokong sebab adanya Akmal Rizal. Ya, seorang penyerang (bekas penyerang lagi sesuai kot) prolifik yang negara pernah ada dulu. Memang dia tak berapa nak lari laju macam lipas kudung. Tapi bila bola melekat kat kaki dia, dia akan buat turning dan melepaskan satu rembatan padu, kencang, dan menggegarkan jaring gol( kalau masuk la :P). Paling best bila dia sambut jaring gol. Akmal akan depakan tangan sambil lari-lari anak dan disambut pula dengan sorakan penyokong Hijau Kuning. Huhu… memang gamat suasana stadium ( terbayang sejenak). Bermula dari sini, Epyy mula kenal dengan Rosdi Talib. Bagi Epyy, dia ni memang power dari segi sepakan percuma dari jarak jauh. Rosdi memang berkebolehan menyepak bola menggunakan kedua-dua kakinya. Perghh… Terbaik kot. Kalau ada pemain yang nak terima hantaran dari beliau, pemain tersebut hanya perlu duduka diam ja. Gerenti bola akan sampai tepat ke kaki yang pemain yang tunggu hantaran dari Rosdi. Tapi coach dulu tak nampak kelebihan pemain-pemain kalau nak bandingkan dengan K.Rajagopal. He is the tactical mastermind.

Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, bola sepak Malaysia semakin meningkat dan mula mendapat perhatian kawan dan lawan. Ada tak sesiapa yang terlepas tengok aksi Malaysia masa menang Piala AFF Suzuki tahun lepas selepas menang pingat emas Sukan SEA di Korat, Thailand? Kalau ada, hangpa semua tukar je la I.C. Hahaha… Itu la detik paling manis dalam sejarah bola sepak kita untuk 20 tahun ini selepas puas dikutuk, dicemuh dan di caci di dalam dan luar stadium, dalam media cetak/elektronik dan juga rancangan bual bicara di semua stesen televisyen tempatan mahupun luar negara. Epyy cukup gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mendengar doa Epyy. Sujud syukur kepada Mu, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Apa yang telah bola sepak kita kecapi hari ini, jangan sesekali kita lupa akan kepada-Nya. Dari Dia kita mendapat kesenangan, dan dari Dia juga kita mendapat kesusahan.
-got brain, use brain-