Salam,maaf tak sempat update di sini.latest update bolehlah tengok FB.sebab di sana laju sikit banding dgn di sini.
Esok kami akan berwukuf, di Malaysia bagi yg mampu puasalah .gamjarannya diampunkan dosa setahun yg lps dan setahun g akan dtg .selamat hari raya juga in case kalau tk sempat update lg sblum raya(mmg pun sbb tgh pulun wukuf dan doa utk semua)
Perjalanan kami kali ini saya kira mungkin berbeza dengan perjalanan perjalanan kami sebelum ini. Bukan sahaja perjalanan kali ini bakal merentasi jarak yang jauh yang merentasi banyak negara dan sempadan,ianya juga adalah perjalanan yang kami harapkan insyallah bakal menyempurnakan apa yang 'membina' islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan.

Bukan setakat itu sahaja, pelbagai rentetan peristiwa yang kami lalui sehingga membawa kami bersama untuk melalui perjalanan ini.

2001

Saya masih ingat tahun di mana saya dan keluarga menunaikan umrah buat pertama kali pada September 2001.Di selubungi kebimbangan, serangan balas Amerika terhadap Makkah yang membuatkan saya dan keluarga memanjatkan doa dan harapan kepada Allah supaya dilindungi dan dijauhkan daripada segala bahaya. Saya masih ingat antara doa saya dalam tawaf dan saie selain kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, saya turut memohon kepada Allah supaya urusan walimah saya dan ummu amiir dimudahkan dan dicepatkan dan kami dapat sama sama menunaikan haji pada masa yang akan datang. Saya kira itulah yang saya dan ummu amiir pada ketika itu berada di Sudan harapkan.

Ummu Muhammad pula pada tahun sama selepas mendirikan rumah tangga dengan Abu Muhammad terus mendaftar untuk menunaikan haji.Pendaftaran dibuat di Terengganu dengan harapan untuk menunaikan haji lebih awal berbanding jika mendaftar di Selangor.

2002

27 Mei 2002, Abu Muhammad kembali ke rahmatullah meninggalkan Muhammad yang menjengah dunia tiga hari kemudian bergelar anak yatim. Sepatutnya Muhammad dijadualkan lahir 26 Mei 2002, tapi perancangan Allah melangkaui batas pengetahuan dan kemampuan manusia. Tahun yang sama disember 2002 saya dan ummu amiir mendirikan rumahtangga, setahun selepas saya kembali dari Makkah.


2004

Tawaran mengerjakan haji untuk Ummu Muhammad dan Abu Muhammad datang dari Lembaga Tabung Haji, Ummu Muhammad menolak dan haji badal disempurnakan oleh Ayah Abu Muhammad pada tahun tersebut. Tahun yang sama juga seperti yang ramai sedia maklum, Disember 2004Ummu Amiir kembali ke Rahmatullah sewaktu dalam perjalanan pulang untuk menghantar sepupu kami yang bertugas sebagai petugas kesihatan untuk rombongan haji pada tahun itu. Saya masih ingat bagaimana saya 'menengking' pegawai tabung haji yang menjawab panggilan saya setelah beliau kedengaran meninggikan suara bila saya meminta untuk ditangguhkan menghantar sepupu saya bagi membolehkan saya ke hospital.(Saya menerima panggilan kecemasan sewaktu dalam perjalanan menghantar terlebih dahulu sepupu saya, setelah menunggu ummu amiir yang tidak pulang pulang, telefon tidak berjawab). Tahun berikutnya saya terus sempurnakan haji badal untuk Ummu Amiir beserta dengan badal untuk datuk saya.


Malam ini Insya Allah kami akan memulakan perjalanan yang kami kira satu bab besar dalam hidup kami setelah melalui pengalaman masing masing yang begitu berbeza. Moga moga Allah menerima dan mentakdirkan catatan amal yang baik untuk perjalanan kami ini. Moga moga juga doa ummu amiir dan abu muhammad yang tidak kesampaian di dunia digantikan dengan takdir yang lebih baik untuk mereka berdua di'sana'. Mungkin apa yang kami masing masing doa dan hajatkan iaitu untuk sama sama mengerjakan haji tidak menjadi realiti di dunia Allah jualah yang maha arif lagi maha bijaksana mengetahui takdir yang terbaik untuk kami semua. Tidak semua yang kita doakan dan hajatkan dimakbulkan sama dengan apa yang kita hendak tapi hikmah yang Allah sediakan jauh melampaui batas pengetahuan makhluknya yang lemah.

Salam maaf untuk semua terutamanya kepada keluarga kami di Kelantan, Bangi, Kedah dan Terengganu. Saya sendiri secara peribadi amat terhutang budi kepada kedua dua keluarga ummu amiir dan ummu muhammad atas faham dan tolak ansurnya mereka kepada kelemahan saya. Sungguh dalam banyak situasi seringkali saya merasa bersalah, rendah diri dan sebagainya kerana tidak dapat mengimbangi dan menunaikan permintaan kedua dua belah keluarga selain daripada keluarga saya sendiri. banyak lagi yang saya dan ummu muhammad ingin nyatakan disini tapi rasanya tiada yang lebih baik selain dari mengharapkan Moga moga Allah menyediakan balasan yang sebaiknya, diampunkan dosa, diangkatkan darjat disisi Allah untuk mereka semua.

Salam sayang untuk Muhammad, Amiir Husaini dan 'Ali Huzaifi, moga moga mereka menjadi anak anak soleh yang bakal menjadi bekal kami. Moga moga kami selamat pergi dan balik, dikurniakan haji yang mabrur, saie yang masykur dan perniagaan yang tidak merugikan.Kepada Allah kami gantungkan harapan dan tawakkal

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka


Image


Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba





Kutip barang haji di pejabat LTH bangi

Image
ImageNi semua yang nak collect barang dan urusan lainlah

ImageApa yang dapat dari sponsor tahun ni?

ImageNi gudang mydin, beli barang barang


Image
Kami mendapat maklumat pengesahan terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini kira kira sebulan dua sebelum berpuasa. Masa tu kursus haji bersiri di masjid masjid negeri dan dan daerah telahpun hampir ke penghujung. Kami hanya berkesempatan untuk mengikuti kursus haji intensif yang diadakan sebelum puasa (bertembung dengan beberapa event seperti konvokesyen Ayahsu Amiir di Darul Quran dan beberapa 'arrangement' lain.

Kursus Haji Perdana peringkat negeri Selangor pula diadakan seminggu selepas kami balik dari cuti Eidul Fitri. Bertempat di Masjid Negeri Shah Alam



ImageUmmu Muhammad baru sampai untuk mendaftar.Ingatkan kami sahaja yang lewat sejam, rupanya ramai lagi jemaah yang terlambat sampai, jem 'rumah terbuka' kot.

ImageKhemah makanan untuk jemaah haji lelaki

ImageKalau tak mahu makan makanan yang diediakan boleh menjamu selera di gerai gerai jualan yang dibuka khusus sempena kursus ini.

Image'Model Kaabah' yang bersedia untuk' ditawafi'. Saiznya kira kira 1/berapatah daripada saiz asal.

Image
ImageSuasana di 'Arafah' selepas solat Asar, kira kira 2000-3000 jemaah yang menyertai kursus ini.Kat sini boleh lagi merasa aircond, kat sana khemah VVVVVVVIP jerlah kot...



Image

ImageJemaah sedang 'bertawaf umrah' dengan dibimbing oleh pembimbing dari Lembaga Tabung Haji. Kemudiannya diikuti dengan saie.

ImageMalamnya pengisian diteruskan dengan sesi forum perdana menampilkan Ust Zahazan(yang akan pergi pada 20/11/2009) dan Ustazah Ummi

ImageSelesai berforum, jemaah semua mengikuti kursus praktikal mengutip dan melontar. Kenapa buat malam? sebab kat sana nanti pun akan melontar sebelah malam.

ImageSelesai 'Tawaf haji' Jemaah teruskan dengan 'Saie haji'

Gambar saie ni kredit to arsadik.blogspot.com



Image
Perasmian penutup oleh Sultan Selangor. Maaf gambar tak elok, mana nak capture gambar,mana nak bersalam dengan raja lagik :P

ImageLepas majlis penutup, semua balik meninggalkan tapak kaki dan botol botol kosonng bersepah di dewan seminar masjid, Deyyy ingat ini botol macam pasir/batu makkah ka kena tinggal tak boleh buat balik.
Antara peristiwa yang saya tak dapat ikuti bila saya dan ummu muhammad pergi nanti adalah ihtifal sekolah amiir yang akan diadakan pada Sabtu 14/11/2009 dari jam 1:30 hingga 6:30 petang.

Tahun ni mungkin amiir gi dengan tok ma ngan tuk dia lah kut..

Kalau tahun lepas amiir kena buat syarahan bahasa arab bertajuk birrul waalidain (berbuat baik kepada ibu bapa), pastu kena sajak (nabi anak yatim) tahun ni Insya Allah kena persembahkan Ching Ai (kalau tok wan dia tengok agaknya sah aku kena antar pergi sekolah cina :P ), Your Mother dan 1234.

Masa berlatih ngan amiir duk baca lirik satu satu

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.


Jatuh plak air mata, nasib baik budak budak ni tak perasan....
Image
Almarhum Dr Fathi Yakan dalam kitabnya “Qawarib al-Najat fi Hayat al-Du’at (Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Para Pendakwah) mengupas panjang satu hadith pendek yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghifari. Ini menunjukkan peri pentingnya penelitian kepada 5 perkara yang menjadi wasiat Rasulullah SAW kepada kita dalam permusafiran menuju kepada hari kiamat. Sabda Baginda SAW:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لأبي ذر: “لو أردت سفرًا أعددت له عدة؟ قال: نعم، قال: فكيف سفر طريق القيامة، ألا أنبئك يا أبا ذر بما ينفعك ذلك اليوم؟ قال: بلى بأبي أنت وأمي، قال: صم يوما شديد الحر ليوم النشور، وصل ركعتين في ظلمة الليل لوحشة القبور، وحج حجة لعظائم الأمور، وتصدق بصدقة على مسكين، أو كلمة حق تقولها، أو كلمة شر تسكت عنها”

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Zar: “Jika kamu ingin bermusafir, adakah kamu mengadakan perbekalannya?” Katanya: Ya. Baginda bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan permusafiran kamu untuk menuju ke hari kiamat. Mahukah kamu aku tunjukkan beberapa perkara yang akan memberikan manfaat kepada kamu pada hari tersebut?” Katanya: Bahkan, dengan nama ibu dan bapaku. Baginda bersabda:

“(1) Berpuasalah kamu pada hari yang panas terik, sebagai bekalan pada hari dibangkitkan kelak,

(2) Bersolatlah dua rakaat pada kegelapan malam, sebagai bekalan dalam kesunyian kubur,

(3) Tunaikanlah satu ibadah haji, sebagai bekalan menghadapi urusan-urusan (akhirat) yang besar/ agung,

(4) Bersedekahlah kepada orang-orang yang miskin dan

(5) Berkatalah dengan kalimah-kalimah yang benar, dan diamlah daripada mengatakan kalimah-kalimah yang jahat.”

Dipetik dari Blog Ust Nazri Chik


Download Screensaver with 360 degrees view of Masjidil Haram at : http://www.3dmekanlar.com/sites.html#MEKKE_MescidiHaram
H1109

Mungkin ada yang perasan bila saya mula keluarkan istilah tu, beberapa orang juga yang buat tak kisah dan ramai yang mungkin meneka neka apa di sebalik perkataan di atas. Ada kaitan dengan H1N1 kah?

Ya secara tidak langsung (sipi sipi) memang ianya menyentuh juga wabak yang sedang merebak di seluruh dunia pada ketika itu sehinggakan bila terjadinya pandemik tersebut baru saya teringat kembali satu hadis ( tak pasti sahih ke tidak sebab saya baca dulu dalam buku syiah-mereka pertikaikan hadis ini) yang mana bila akhir zaman nanti semua khinzir akan dibunuh, lalu pemuka pemuka syiah persoalkan kenapa dicipta khinzir kemudian dibunuh tanpa apa apa sebab.

Bagi yang perasan dan dapat meneka saya kira memang mereka dapat meneka dengan betul bila dikaitkan dengan suasana saya menulis dan saya ungkapkan istilah di atas dalam posting sebelum ini.

H1109 adalah singkatan kepada H-1-10-9 @ H + A + J + I@ Haji November 09. Bagi yang masih belum mengetahui Insya Allah saya dan Ummu Muhammad akan berangkat menunaikan Haji pada sabtu 14 November 2009. Kami akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada sabtu jam 3:00 pagi. Pesawat akan berlepas pada jam 7:30 pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada jam 11:10 pagi.

Image

Semalam (7/11) Alhamdulillah kami telah adakan sedikit majlis kecil kecilan untuk bersua muka dan bermaaf maafan sebelum kami pergi. Mohon maaf kalau ada yang tidak dapat jemputan memandangkan keputusan untuk buat majlis tersebut pun dibuat pada saat saat akhir dan ianya tidak dibuat di kediaman kami ianya dibuat di rumah keluarga ummu Muhammad.

ImageHari ni pun masih ada yang datang berkunjung dan insya Allah pintu rumah kami terbuka kalau ada yang ingin mencuri sedikit masa untuk turun ke Bangi sebelum hari sabtu nanti. Seperti yang saya pernah minta pada teman teman yang bakal menunaikan haji seblum ini iaitu memohon supaya kami dimurahkan rezeki untuk sampai ke Makkah, kali ini giliran kami pula menerima 'pesanan' untuk turut mendoakan mereka supaya dapat juga menunaikan haji. Insya Allah kami akan doakan. Insya Allah yang saya tahu akan turut sama berangkat menunaikanhaji pada tahun ini ialah Menteri Besar Kelantan , Naib Presiden Pas dan Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd harap harap kalau ada rezeki dan kemudahan bolehlah berjumpa disana.

Insya Allah dari semasa ke semasa sebelum Sabtu ni saya akan cuba update blog ni seberapa kerap yang saya dapat. Doakan kami...
16 Oktober 2009 - Jumaat

Sambutan Hari Raya T* Ibu Pejabat. Antara menu eskrem, roti nan, tandoori, rojak, mihun, rendang, nasi impit, kerepek bla bla bla..Tahun ni makanan nampak berlebih sangat sampai berpusu pusu orang beratur bawa plastik untuk bawa balik sate kajang, mihun dsb.

Image17 Oktober 2009 - Sabtu

Tujuh (7) jemputan rumah terbuka termasuk 1 kenduri jiran yang bakal menunaikan haji - yang sempat pergi 4 tu pun sampai berusung usung dah tiga heroes tu pergi rumah mama wafi. Petang lepas solat Asar kena pergi stadium pulak persiapan untuk Hari Terbuka. Sampai tengok tengok sepuluh(10) khemah nak kena usung dari tempat parking ke tengah padang, camne boleh miscommunication dengan MPKJ nih!

ImageBerat Satu satu khemah mau dekat setengah tan kot...

ImageImageMaghrib baru habis, tu pun selepas minta tolong geng geng bola kat padang tu.



18 Oktober 2009 - Ahad

Hari Terbuka Pakatan Rakyat Kompleks Stadium Seksyen 15 BB Bangi

Image
Suasana persiapan pada sebelah pagi. Sebelum pergi stadium pekena dulu ubi rebus dan kelapa parut rumah ust jamir, lama sungguh tak makan menu tu.

Rumah Terbuka tahun ni menu apa pula untuk pengunjung?


ImageBuah buahan

ImageAbg Agus dan Roti Pop nya.... memang Sedap !!!

ImageRojak buah, bagi yang tak mahu makan buah sahaja.

ImageImageMurtabak dan Roti canai pun ada... Errr...Cawangan kami buat apa tahun ni?

ImageMestilah Kambing !!!!. Jamuan bermula kul 2 tapi bila jam menunjukkan pukul 2 dah habis dah gulai, nak buat macam mana orang dah start kerumun dan makan dari lepas zohor lagik... Selain dari makan, majlis diserikan dengan acara kuiz dan juga acara yang paling ditunggu tunggu oleh kanak kanak- penyampaian duit raya... apa lagik....

Image
Suasana luar khemah dan dalam opsss bukan dalam tapi bawah khemah


Image
ImageAda yang bentang tikar sebab terlalu 'sardin' bawah khemah, sekali tengok macam gi piknik laks...

ImageYang tak bawak tikar nasiblah... :P

ImagePukul 330 terpaksa menguzurkan diri untuk balik bersiap sebab kul 6 nak ke LCCT pulok. Gganung Kite...

Sampai di Gganung dekat pukul 10, terus ke tempat Majlis Hari Raya untuk kakitangan baru T*. Sempat jumpa dengan ayah pengurus PASTI Ar Raihan Puchong ( Nama dirahsiakan :P )
ImageSketsa daripada kakitangan kursus

19 Oktober 2009- Isnin
Program dengan peserta kursus.


ImagePemandangan dari tempat tidur - menghadap laut china selatan... Sebelum balik singgah di 'port' baru untuk keropok lekor, khabarnya Raja dan orang orang besar pun pesan dari sini untuk dibawa ke KL. Banding dengan 008 Kelulut dan L**s**g, Boleh tahan juga sedapnya, lokasi depan Sekolah Ibrahim Fikri dekat dengan rumah Tok Teh Amiir. Sapa pergi Gganung lepas ni bolehlah singgah kalau datang dari airport.

Image

20 Oktober 2009 - Selasa

Pagi ada seminar di Subang ( dah start update dalam FB) Petang terus ke bertolak Taiping.

Image
ImageFrom Taiping With Love...... :P

ImageHajat di hati nak cari Doli.. jenuh pusing tapi tak jumpa (buat malu jer...pegi taiping berkali kali tapi tak jumpa cari Doli), last last Bihun Banjir Udang Mak Teh ajerlah..


21 Oktober 2009 - Rabu

Program di Taiping

- Muzium Taiping -Sampai sudah tak jumpa jugak cari Doli - Kuala Kangsar - Galeri SAS - Bangi

22 Oktober 2009 - Khamis

Satu Hari Conference di Lembah Tengah

23 Oktober 2009 - Jumaat

Jalan Semarak

24 Oktober 2009 - Sabtu

Seremban - Pre Deployment Projek

25 Oktober 2009 - Ahad

Bandar Sri Damansara

26 -27 Oktober 2009 - Isnin-Selasa

Workshop Taman Tun, Sempat lari kejap pergi Telaga Biru jumpa Ust Zahazan

ImageImagePemandangan ruang pameran tbsb


28 Oktober 2009 - Rabu

Tingkat 40 -29 - 32

ImagePemandangan dari Tingkat 40 menghadap Selatan Yang merah tu Plaza Pantai. Maaflah ni ajer yang ada dalam Nokia dari tingkat lain (eg. Dalam Bilik CEO, Di Tingkat 50 dll semua dah tak ingat letak mana)

29 Oktober 2009 - Khamis

Hari ni lah :P


Maaf sebab lama tak update, tak sempat. Insya Allah sebelum mula projek H1109 ni saya akan cuba update dengan lebih keraplah blog ni. Tengah nak persiap yang tu dulu...

La ni baru berjinak jinak dengan FB ( jangan gelak), tu pun lepas baca cerita prof Kamil Ghupenya samalah saya sebelum ni denial syndrom jer dengan Fb, sekali daftar log in sesat dalam FB.

Lepas ni latest update banyak saya akan buat dekat FB. Update yang sikit sikit sahaja saya akan update di sana. yang panjang masih lagi di sini. Di FB agak senang sebab saya perasan bila pakai Nokia masa untuk access ke FB lagi cepat banding masa untuk access blogger.

Twitter bila lagik?

Sabar ..........satu satu........

Apa alamat FB saya?

Carik Sendirik :P
1. Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

2. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

3. Rasulullah Bersabda dalam hadis yang lain pula:

……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

4. Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

5. Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

6. Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a katanya :
Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , IstighfarNo Hadis – 2348)
Kita bila lagi??? paling kurang pun baca sahaja no 6 di atas...
Credit to Pengarang Asal email ini..........

"Saya pernah bertanya dengan seorang doktor haiwan dari nigeria (Abdul Qadeer) yang kebetulan satu kursus dengan saya sekarang.

Negara Nigeria mempunyai komposisi yang sangat ketara iaitu bahagian utaranya (14 negeri) didiami oleh masyarakat muslim dari keturunan Hausa sementara bahagian selatan didiami oleh penduduk kristian.

Saya bertanya mengenai kadar jenayah (crime rate) di kawasannya.
Dia kata sangat-sangat rendah.
Sangat rendah yang bagaimana?
Kami boleh tidur pada malam hari tanpa menutup pintu.
Wallahi?
Wallahi.

Undang-undang apa yang kamu pakai?
Undang-undang Islam.
Kalau orang mencuri pun, ada keadaan-keadaan yang tidak membolehkan 'hukum potong tangan' dijalankan.

Bolehkah kita di Malaysia, tidur tanpa menutup pintu pada malam hari?
Bahkan perkara pertama yang kita lakukan apabila masuk rumah adalah menutup pintu dengan segala selak dan penyendal yang ada.

Kerana apa? Kita semakin rasa tidak selamat.

Apakah petunjuk yang menyatakan kita tidak rasa selamat?

Terlalu banyak. Tindakan penambahan CCTV di jalan dan tempat-tempat tertutup, pembelian mitsubishi lancer sebagai kereta peronda polis kununnya untuk mengurangkan kadar peragut jalanan, penambahan polis penyiasat, penambahan kadar jenayah yang semakin luarbiasa, peningkatan kos perbelanjaan perniagaan dalam isu keselamatan bahkan penambahan syarikat penyedia keselamatan seperti ADT dan syarikat sekuriti adalah penanda aras bahawa rakyat Malaysia semakin rasa tidak selamat.

Semasa kes Nurin Jazlin dibunuh dengan kejam, banyak emel yang saya terima mengenai doa untuk mengelakkan diri sendiri atau anak perempuan di rogol.

Mengapakah hanya kita yang mesti meningkatkan itu dan ini, sedangkan bakal-bakal penjenayah tidak pernah rasa takut untuk melakukan jenayah, tidakkah pernah terdetik dalam fikiran mereka..sebagaimana yang dikatakan Hadith Rasul(SAW) seseorang tidak akan mencuri sehingga keluar IMAN dalam dirinya atau seseorang tidak akan berzina sehingga keluar IMAN dalam dirinya..?

Apakah mencukupi dengan memasang sebesar-besar papan tanda yang berbunyi "bebaskan diri anda dari budaya jenayah" untuk "memujuk" , "merayu" secara diplomasi bakal-bakal penjenayah untuk tidak melakukan jenayah?

Sebuah papan tanda yang besar di simpang jalan Bagan Datoh tidak mampu menahan rumah Pak Imam yang hanya 10 meter dari surau dari dirompak oleh seorang penjenayah pada ketika dia sedang khusyuk mengimamkan solat tarawikh yang baru lepas.

Apakah ini yang difikirkan oleh peragut di T'ganu yang meragut seorang ibu mengandung sehingga maut hanya kerana RM2 di dalam tas tangannya?

Bukankah lebih baik sekiranya papan-papan tanda ini berbunyi sedemikian " Janganlah anda mencuri harta-benda orang lain kerana hukuman potong tangan akan disabitkan sekiranya ada bersalah. Sekiranya anda terpaksa mencuri kerana sangat-sangat kelaparan disebabkan apa juga alasan sila pergi ke rumah tok Imam yang dibuka 24 jam untuk membantu anda."Sekiranya anda pernah mencuri sebelum kuatkuasa undang-undang ini, pulangkanlah harta benda tersebut, mohon maaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana segala dosa yang pernah dilakukan kecuali syirik akan mendapat pengampunan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang bertaqwa."

Utopia?
Undang-undang syariah Islam pernah dilaksanakan semasa Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman kegemilangannya. Ia lenyap disebabkan penjajahan, pemahaman sempit, ketidakupayaan umat Islam sendiri yang hilang jati diri dan faham sekularisme pemimpin-pemimpinny a sendiri.

Oleh yang demikian saya mengajak dan menyeru keseluruhan umat islam yang berada dalam ***** agar cuba MEMAHAMI konsep undang-undang Islam yang sebenar, MENGHAYATI, DAN MELAKSANAKAN bahawa hak untuk mengamalkan hukum Islam yang sebenar adalah hak umat islam yang telah lama dinafikan. Ia adalah "social right", "the right of practising one's religion" yang telah lama secara sedar atau tidak kita tinggalkan dan kita relakan untuk tidak melaksanakannya bagi diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, Wasalam.

Sunnah yg dianjurkan pada hari Jumaat


Hari jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia. Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara - perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini saya akan sertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakukan:
1. Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.
2. Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat atas Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ’anhu, dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :

"Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan" . Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri] .

3. Solat Jumaat itu diwajibkan atas setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qosor di dalam solatnya, dan seorang budak serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar’i) seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang berkecamuk). [Asy-Syarhul Mumti’ V/7-34].
4. Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam sebagaimana dalam sabda beliau ’alaihi Sholatu wa Salam :

"Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi." [Muttafaq ’alaihi].

5. Berperfum, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya." [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].

Dan Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang yang mimpi, lalu bersiwak dan berparfum dengan minyak wangi semampu yang ia miliki." [HR Muslim].

6. Disunnahkah bergegas untuk menunaikan solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini, semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam beliau bersabda :

"Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah." [Muttafaq ’alayhi].

7. Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Qur’an sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini.
8. Wajib diam ketika khutbah dan berkonsentrasi dengan apa yang dihuraikan di dalam khutbah. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Apabila engkau berkata kepada temanmu : "diamlah" pada hari Jum’at sedangkan imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)" [Muttafaq ’alayhi].

Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya : "Barangsiapa yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada Jum’atnya sesuatu apapun." Di dalam riwayat Abu Dawud : "Barangsiapa yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia telah mengesampingkan (pahala)." [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]
9. Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ’anhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat." [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].

10. Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma’ad I/382].
11. Dibenci (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, beliau bersabda :

"Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang biasa kalian laksanakan." [HR Muslim].

12. Wajib bagi yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, bahwasanya beliau bersabda :

"Janganlah salah seorang dari kalian berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari sebelumnya atau setelahnya." [Muttafaq ’alaihi dan lafazh ini lafazhnya Bukhari].

13. Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam melakukan solat dua rokaat setelah Jumaat (Muttafaq ’alayhi), dan datang pula sebuah hadits bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat sebanyak empat raka’at. (HR Muslim). Ishaq berkata : "Apabila beliau solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka’at, dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua roka’at." Abu Bakr al-Atsram berkata : "Kesemua hal ini boleh dilakukan." [al-Hadaa`iq karya Ibnul Jauzi II/183].
14. Apabila seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin ’Abdillah Radhiyallahu ’anhu beliau berkata : "Sulaik al-Ghothfani datang (ke Masjid) pada hari Jum’at dan Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. Maka Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Apabila salah seorang dari kalian masuk (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka’at lalu duduklah." [HR Muslim].

15. Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum’ah dan al-Munafiqun, atau al-’A’laa dan al’Ghoosyiah, karena Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam membacanya. [HR Muslim].
Rujukan:
1. Lihat QS az-Zumar : 68,
2. Dengan memisahkan duduk atau menempati duduk seseorang atau melewati pundak-pundak jama’ah yang duduk,
3. Maksudnya membuat-buat garis di lantai masjid ketika khutbah, atau perbuatan serupa seperti bermain-main baju, memijat-mijat tangan supaya bunyi, atau lainnya yang menunjukkan sikap tidak konsentrasi dengan khutbah.
[ Sumber ini diambil dari Maktabah Abu Salma- Ebook Fikih & Adab ]
Raya 2009

ImageMalam Raya.... main bunga api kat rumah Mak Tuk...



ImageNi dah sampai kat rumah Tok Ma, Raya Kedua, tengah tengok Geng Upin dan Ipin....Gambar pagi raya, tak de dalam henpon takleh lah nak share..
Image
Main bunga api mana boleh miss, acara wajib ni


ImageNi kat Terengganu rumah Ngah Muhammad...

ImageGambar ni dan seterusnya diambil dalam kereta waktu balik semalam. Rasanya sekarang anda boleh tahulah kenapa Ummu Muhammad selalu pening kepala bila naik kereta especially kalau travel jauh.. boleh tengoklah apa depa buat....
Image
ImageBerebut apa tah...
Image
ImageBelieve it or not?