Friday, July 22, 2016

Negaraku Masyur

Diwaktu masih 'kecik'
bernyanyi lagu patriotik
Malaysia sudah berjaya
terkenal seantero dunia
terasa begitu bangga
sebagai warganegara
sebuah negara baharu
yang selalu mendahulu

Namun selepas itu
di abad ke dua puluh satu
negaraku masyhur di merata
dalam dan luar negara
disebut-sebut dikata-kata
dengan skandal kleptomania
paling gergasi dalam sejarah dunia.

Negaraku masyhur
imej dan maruah bertabur
namun tiada kebanggaan
hanyalah malu dan segan
sebagai warganegara
yang tidak berdosa
pembayar cukai dan pengundi setia
tetapi menjadi bahan jenaka
bersama bilion dana rakyat
dihabiskan oleh pengkhianat
dari kasino Sands dan Venitian
ke koleksi lukisan-lukisan
aset-aset hartanah mewah
sakan mereka membeli belah
seakan-akan duit mak dan bapak
para politikus dan kroni haprak
aktor bertaraf antarabangsa
yang dianggap pahlawan bangsa!

MRMY
21 Julai 2016