olok2

Friday, December 07, 2012

Tragedi Janjiditepati #2


Hari ini Rudeen berkebaya Saloma, cantik. Jalannya berlenggang lenggok. Umpama itik pulang petang. Kebayanya ketat, menyerlahkan bentuk badan, juga dadanya. Makhluk paling seksi kat kampung JanjiDiTepati. 

Rozinor yang asyik menonton WWF sudah beralih pandangan pada Rudeen. Asyiknya dia pada Rudeen. Halkumnya tergerak-gerak seperti menelan sesuatu, gulp!

Terasa seperti diperhati, Rudeen memperlahankan langkahnya kemudian menoleh ke arah Rozinor, dan senyum.

Rozinor membalas senyuman sambil spontan bertanya. "Dari kenduri kawen ker dik Rudeen?"

"Taklah, Rudeen dari cybercafe kat kampung sebelah".

"Oooo update blog ker?"

"Taklah, Rudeen accept friends dengan update status kat fbee"

"Oooo, meh laa minum dulu sambil tengok wrestling"

"Tak pelah bang Rozinor, lain kali saja. Rudeen nak cepat. Mak dah wassap suruh balik tolong mak masak."

Rudeen menyambung perjalanan. Rozinor masih memerhati tanpa berkedip, mengiurkan. Sambil menghirup air kopi, dia menggeleng-geleng perlahan kepalanya.

"Kamu hati-hati dengan Rudeen tu. Takut jadi macam Hadi. Jenuh google cari bomoh berubat." Sahut Pak Sharul dari dalam tempat buat air.

Rozinor tersentap. Mukanya berubah bila Pak Sharul menyebut Hadi dan Rudeen. Ada perkara yang belum terlunas. Mereka pernah bertekad dan satu hati untuk melaksanakan tugas ini. Itu KPI mereka, janji mereka, antara dia dan Hadi.

...bersambung

Wednesday, May 30, 2012

Guru Umpama Lilin yang membakar diri


Saya punya guru.Guru perempuan. Badan berfigura jumbo ala Adibah Noor, Rambut mengembang seperti Hafiz AF, kerinting. Dia guru Bahasa Melayu. Pelajaran hari ini adalah Perumpamaan. Saya suka cikgu saya. Karangan saya pernah dijadikan contoh kepada rakan-rakan. Oleh kerana itu saya suka cikgu saya.  Dia baik hati. Di samping mengajar ada lawak sekali. Walaupun ianya lawak yang tak jadi.

Hari itu saya bergaduh. Saya sudah lama pendam. Emosi sudah tidak boleh ditahan-tahan. Sesuatu harus dilakukan. Perlakuan harus dilakukan dengan tumbukan. Saya mengenggam erat tangan kiri saya. Segala tenaga dialirkan terus pada gengaman saya. Mata saya kecikkan agar menyasar pada target. Nafas saya kencang. Langkah yang pada mulanya perlahan kini semakin pantas ke sasaran.


Saya menolak kasar hingga tersandar ke dinding. Saya cekak kolar bajunya. Tangan kiri saya angkat. Genggaman erat sudah bersedia menerima arahan hati. Pada saat tumbukan menuju sasaran....



“Sumi!!!!!!” jerit cikgu kesukaan saya.

Gerakan buku lima saya terhenti.

............................................................................

Bilik Guru.

Di hadapan saya berdiri guru yang saya sukai, bersama guru displin.

“Kenapa kamu tumbuk dia?” Tanya cikgu.

Saya hanya tertunduk. Takut pada guru displin. Saya menjawab setelah didesak dan disoal beberapa kali.

“Dia buat perumpamaan, cikgu besar macam gajah”

Hari itu saya belajar sesuatu. 

Niat yang baik tidak menghalalkan cara yang tak betul.

Pedih kena rotan ditangan masih terasa.


Sekian.

Wednesday, April 25, 2012

sepak bola

penyokong chelsea tersenyum sampai ke langit
penyokong barca murung tunduk senbam ke bumi

Friday, December 30, 2011

Alif Ba Ta Duniamu...

Untuk melakukan perkara yang baik untuk anak, si ayah perlukan keberanian.

Keberanian itu akan datang sendiri apabila si ayah punya azam yang tinggi untuk anaknya lebih baik dari dirinya. 

Sesuatu yang aku mahukan adalah anakku lebih baik dari ayahnya. Itu yang aku inginkan. Janji aku.

Untuk mendapatkan itu, aku perlu memberikan anakku ibu yang baik, persekitaran kehidupan yang baik, dan alam persekolahannya yang baik. 

Kalau si ayah diperkenalkan dengan huruf rumi pada awal persekolahannya, biarlah si anak mengenal huruf dari mukjizat yang masih kekal hingga hari ini.

ABC duniaku... Alif Ba Ta duniamu... 

Selamat Bersekolah Nabil!!!

Thursday, September 22, 2011

Setelah Hujan

Hujan.

Musim sepanduk dan papan tanda begitu banyak di tiang lampu isyarat. Musim kawen-kawen sudah kembali.

Hujan mula lebat.

Waktu kanak-kanak, wa menci sama kenduri kawen. Berpanas, orang ramai, riuh bunyi kompang, semuanya buat wa rasa tak selesa. Mujur ada apek jual aiskrim, bunyi loceng aiskrim buat wa rasa sedikit tenang. Wa tarik lengan baju mak wa. Mak, nak aiskrim.

Hujan makin lebat.

Bantal besar dihias-hias. Wa bakal duduk di bantal itu. Kadi masih tak muncul lagi. Makcik-makcik, akak-akak, tok nenek semua sudah menunggu. Kepala mereka kelihatan dari celah tingkap, di muka pintu, balik tirai langsir bilik, berebut-rebut mengambil posisi paling VIP.

Hujan masih lebat. Tiada tanda ia akan berhenti.

Dulu di hutan kami camping berkhemah berasingan. Kini di rumah kami sebilik. Sunyi dan senyap.

Setelah hujan.

Katak bersahutan riang. Bau daun kering dan ranting basah. Sungguh nikmat alam ciptaanNya. Nikmat juga alam berumahtangga. Hujan itu rahmat. Rahmat dariNya. Tanah subur. Benih pokok mengeluarkan tunasnya. Wa dipinjamkan Nabil dan Nina di dunia.

Monday, August 22, 2011

layakkah aku beraya?

aku
si anak kecil
umur hanya sejumlah jari disebelah tangan
kenapa aku mesti berlapar di bulan ramadhan
tanya ku kepada ibu

dia ibuku
cantik manis bergaya
serius dalam hal beragama
yang berkata kepadaku kawan-kawan kamu semua berpuasa

dia ayahku
tegas orangnya
hanya perlu berdehem mengejutkan aku sahur
yang berkata ayah dulu sebaya kamu sudah pandai berpuasa

jiwa ku tersiksa
batin meronta
nafsu meminta
hanya segelas air sejuk sahaja

kata ibu,
tak puasa tak boleh raya

kata ayah,
tak puasa tak dapat duit raya

tersenyum ibu melihat aku masih mampu bertahan
walaupun air pili ku telan
kerna bayangan air sejuk menjelma dalam ingatan

malam itu kulihat gambarku dikomputer ibu
begitu bangga denganku
kenapa bangga denganku tapi fesbuk yang diberitahu?

"Anakku hebat, seusia 5 sudah berpuasa penuh!!"

Wednesday, August 10, 2011

terawih

Dahulu.

Pak Lang memang terkenal dikalangan kami. Tegas dan garang. Beliau diberi tugas oleh geng surau untuk persediaan moreh. Sesuatu yang kami tak suka.

Murtabak Pak Din memang terkenal dikalangan kami. Jualannya selalu 'sold out' di Pasar Ramadhan. Jika jualannya habis, maka tiadalah disedekah ke surau untuk moreh hari itu.

Mercun tarik adalah sejenis mercun yang tidak perlu bahan api atau sumbu untuk dibakar. Hanya tarik dan meletup. Terbaek dan selamat!

Ketika itu waktu petang dan hujan lebat. Makanya, Murtabak Pak Din tiadalah kehabisan. Ini yang kami suka.

Halangan utama kami adalah Pak Lang. Memang pantang Pak Lang kalau budak-budak duduk belakang surau tempat penyediaan moreh. Makanan moreh selalu 'short' kalau kami berada disitu. Memang betul pun tuduhan Pak Lang. Lebih lagi kalau juadah murtabak Pak Din adalah menu malam tu.

Kami ushar dari jauh. Pak Lang khusyuk menunggu air masak. Air teh buatan Pak Lang memang diakui sedap. Pak Lang bangun ke meja juadah moreh. Toleh dia ke kiri ke kanan, kami tiada pun dia perasan. Perlahan dia gerak ke bilik stor bersama murtabak di pinggan. Sejurus dia masuk stor, kami buat serang hendap. Mercun tarik diikat di pincu pintu stor. Sepantas halilintar kami ke baris jemaah. Terawih rakaat penghabisan sebelum witir. Poom!!! bunyi letupan sejurus pak Imam memberi salam.

Semalam.

Semalam wa terawih. Pak Lang sebelah wa. Tiadalah khusyuk sesangat dek kerana kenangan silam.