BENGKEL TUKANG PARANG SIBU SARAWAK - PARANG ILANG , PARANG NYABUR , PARANG LAPAH , PISAU , PARANG SARAWAK , PARANG SEMBELIHAN DAN TERABAI ( PERISAI ) IBAN

SALAM 1MALAYSIA KEPADA SEMUA
SELAMAT DATANG KE LAMAN BENGKEL TUKANG PARANG ILANG SIBU SARAWAK
(KRAFTANGAN PARANG ILANG DAN TERABAI)


KELUARAN PARANG ILANG, PARANG NYABOR DAN TERABAI (PERISAI IBAN)
DAERAH SIBU SARAWAK

PENGHASILAN PARANG ILANG, PARANG NYABOR
DAN TERABAI SARAWAK

Blog ini  adalah  dedikasi khas kami kepada untuk Parang Ilang dan Terabai. Ia juga merupakan suatu saluran bagi kami untuk menyebarkan  maklumat kepada generasi kini dan akan datang mengenai khazanah warisan Parang Ilang dan Terabai Iban. Sejak dahulu lagi, Daerah Sibu merupakan suatu daerah di Sarawak yang terkenal dengan terdapatnya ramai Tukang Parang Ilang yang mahir dalam Penghasilan Parang Ilang, Parang Nyabor, Parang Sarawak, Parang Candong  dan Terabai Iban di Sarawak. Warisan generasi terdahulu ini diteruskan oleh Bengkel kami dalam penghasilan parang Ilang dan Terabai Iban (Perisai Iban). Parang Ilang yang dihasilkan, mengekalkan ciri-ciri motif Iban dan Sarawak sejak zaman berzaman lagi.


Image
LAMAN JOHNNY BARANGAN
Bengkel Tukang Parang Ilang kami juga merupakan salah satu destinasi pelancongan di Sibu Sarawak.  Bengkel kami  menerima kunjungan pelawat-pelawat yang datang untuk melihat pembuatan parang warisan kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Bengkel kami...
Bengkel kami juga telah banyak menerima tempahan Parang Ilang, Parang Nyabor dan Terabai  tempahan dari dalam negeri Sarawak dan seluruh negara. Selain daripada itu Bengkel kami juga menerima tempahan parang lapah, parang sembelihan dan pisau. Keluarga kami mewarisi kemahiran membuat Parang Ilang dari waris generasi dahulu sejak turun temurun lagi... Semoga ianya kekal diwarisi di masa akan datang...

Image
ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS-TUKANG ULUNG
HARI KRAFTANGAN KEBANGSAAN 2011

Image
 ANUGERAH PADA HARI KRAF PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN KRAF TERBAIK 
 KATEGORI KRAF LOGAM

Image
 Nyabor ( Cenderahati)

Image
Parang Ilang dan Nyabor


Image
 Parang Ilang ( Cenderahati)
Image
Parang Ilang

Image
Parang Ilang Dan Nyabor

Image
 Parang Ilang dengan Sarung Kayu dan Hiasan Manik pada Sarung Parang

Image

HARI KRAF KEBANGSAAN PADA  21/3/2012 - 2/4/2012
Image

Hasil keluaran Kraftangan Sarawak kami mengekalkan identiti warisan dan ukiran halus berlandaskan anugerah alam semulajadi. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua.

Image

Image

Image
PARANG ILANG DAN TERABAI 

Image
Image
Image
Image

Image
Image


Image 
PARANG NYABOR

Image
TAMBAH LAGI DESIGN TERABAI TERBARU

Image
HARGA TERABAI  : RM150.00



Image

Parang Ilang Berukiran Kayu Berlian (RM 350)
Pisau dan Parang Lapah Sarawak (RM 150)

Kayu Berlian lambang Semangat Tinggi sesuai
 dengan kayunya yang keras. Semakin lama
disimpan semakin keras kayunya. Dahulukala
orang Sarawak membuat membuat rumah termasuk
atap rumah menggunakan kayu berlian. Bayangkan
ketahanan kayu yang dinamakan BERLIAN

Image
Kraftangan Parang Ilang Mata Kayu
Matu Kayu guna kayu Berlian
(RM 200)

Image
 PARANG NYABOR SARAWAK (RM350)

Image
PARANG NYABOR TANDUK RUSA (RM 450)
Image
PARANG ILANG TANDUK RUSA DAN PANGKAL KAYU

Image
PARANG NYABOR....RM 300

Image
Kami juga menerima Tempahan Kraftangan Manik
Untuk Tempahan...Hubungi pihak kami...


Image
SELAMAT DATANG KE SIBU.....


SEJARAH  PARANG  ILANG

Salah satu senjata tradisional yang menjadi Warisan Negeri Sarawak sehingga ke hari ini ialah Parang Ilang. Pada era peperangan menentang penjajah, parang ilang dijadikan senjata untuk berperang.  Pahlawan seperti Rentap  menggunakan  Parang Ilang dalam penentangan beliau ke atas penjajahan Raja Brooke di Sarawak.  Bagaimanapun, berakhirnya zaman peperangan pada abad ke-20, parang digunakan oleh orang-orang Iban dan kaum-kaum Dayak lain untuk pergi berburu, mencari sayur-sayuran di hutan, melakukan kerja-kerja di kebun, menebang pokok dan sebagainya. Kepentingan parang ilang bagi masyarakat peribumi Sarawak sama seperti keris yang digunakan oleh orang-orang Melayu. Seperti keris, parang ilang juga mempunyai ulu, sarung dan bilah parang. Ulu parang biasanya diperbuat daripada kayu dan lazimnya ia mempunyai ukiran serta hiasan tertentu.

Setiap bilah parang mempunyai panjang yang berbeza iaitu dari 70 hingga 80 sentimeter. Bahagian hujung parang ini agak runcing dan lebarnya sekitar enam hingga tujuh sentimeter manakala di bahagian pangkal ia hanya selebar tiga hingga empat sentimeter. Di bahagian belakang parang ini juga terdapat ukiran yang diperindah dengan logam tembaga berwarna kuning keemasan. Secara umumnya, bentuk parang ilang dalam suku kaum Iban, Kayan, Kenyah, Penan agak sama, cuma yang membezakannya ialah saiz dan bentuk bilah (sama ada melengkung, lurus atau condong ke belakang). Ciri-ciri inilah yang membezakan sama ada ia dibuat oleh kaum Iban atau Kayan. Parang ilang kaum Iban atau ‘Nyabor’ misalnya berbentuk seperti pedang samurai manakala parang yang dihasilkan kaum Kayan bilahnya panjang seperti pengait. Pada hari ini menjadi simbol budaya kaum peribumi di Negeri Sarawak. Kini, parang ilang dihasilkan dalam pelbagai variasi yang unik dan menarik. Malah, parang itu sering dijadikan cenderamata atau buah tangan kepada para pelancong yang datang ke sini. Seni yang terdapat pada parang ilang sememangnya sukar digambarkan, namun ia tetap menarik jika disimpan sebagai kenang-kenangan. 

Image
TEMPAHAN DAN JUALAN PARANG

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MENGIKUT REKABENTUK PARANG DENGAN KOD TEMPAHAN DIBAWAH:

Spesifikasi Parang Ilang dan harga :
Panjang : 25 inci (Mata parang 20 inci)
Mata : Chainsaw Blade
Jenis kayu : Meranti Putih (RM 280-RM300), Meranti Merah(RM280-RM300), Belian(RM350-RM400), Kayu Malam(RM350)
Kalau Pangkal (Pemegang parang) Guna Tanduk Rusa : RM350-RM450
Kalau Pangkal Tanduk Rusa+Sarung Kayu Berlian : RM 500
"Semua harga boleh kita runding" dan Senarai harga termasuk kos penghantaran.



KOD TEMPAHAN : 001 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Image

Parang Ilang Berukiran Kayu Berlian (RM 350)
Pisau dan Parang Lapah Sarawak (RM 150)

KOD TEMPAHAN : 002 (GAMBAR DIBAWAH) :


Parang Nyabor
Image


Image
Parang Dengan Ukiran Mata & Sarung

Image
Pangkal (Pemegang Parang) Penuh Ukiran

Image
Mata Parang Berkilat...Dengan Logam Tembaga

Image


Parang Nyabor (RM 300)

KOD TEMPAHAN : 003 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Parang Sarawak
Image



Image

Parang  Lapah Sarawak (RM 150)

KOD TEMPAHAN : 004 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Image



UKIRAN SARUNG DAN MATA PEDANG SARAWAK  KELUARAN KAMI (RM 300)
ADA UKIRAN PADA MATA PEDANG BERTEMBAGA TEMPA BESI CHAINSAW BLADE 

KOD TEMPAHAN : 005 ( GAMBAR DIBAWAH) :


Image
BESI DITEMPA CHAINSAW BLADE
PEDANG YANG BERHULU TANDUK RUSA DAN UKIRAN KAYU

KOD TEMPAHAN : 006 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Image
DARI HADAPAN NO 1& 2 UKIRAN TANDUK RUSA....NO 3 & 4 UKIRAN KAYU


KOD TEMPAHAN : 007 ( GAMBAR DIBAWAH) :
  
Image


Image



Image
PARANG NYABOR TANDUK RUSA (RM 450)


Image
 Parang Ilang Tanduk Rusa (RM450), Parang Ilang Tanduk Rusa + Sarung Kayu Berlian (RM500) termasuk belaja pos


KOD TEMPAHAN : 009 ( GAMBAR DIBAWAH) :


Image

Image
PARANG DAPUR

KOD TEMPAHAN : 010 ( GAMBAR DIBAWAH) :


Image
Kraftangan Parang Ilang Mata Kayu
(RM200)

 KOD TEMPAHAN : 011 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Image
 PARANG NYABOR SARAWAK (RM350)

Image


 KOD TEMPAHAN : 012 ( GAMBAR DIBAWAH) :

Image

 KOD TEMPAHAN : 013 ( GAMBAR DIBAWAH) :
 PARANG SARAWAK


Image
Image

 KOD TEMPAHAN : 014 ( GAMBAR DIBAWAH) :
 PARANG SARAWAK CENDERAHATI


Image


KOD TEMPAHAN : 015 ( GAMBAR DIBAWAH) :
 PARANG SARAWAK SARUNG KAYU DENGAN HIASAN MANIK (CENDERAHATI)




Image
LAIN-LAIN REKABENTUK PARANG:
Image


Image


PILIH YANG MANA SATU BERKENAN DIHATI..... 

KIRA DARI NOMBOR SATU SAMPAI EMPAT  DARI DEPAN PARANG ILANG...YANG LAIN PEDANG IBAN SARAWAK


Image



Image

TERABAI DAN ILANG YANG TERBILANG!!!



Image

HASIL MATA PARANG ILANG (KIRI) DAN MATA PARANG NYABOR (KANAN)

Image
 MATA PARANG DITEMPA DENGAN MENGGUNAKAN BESI  PAPAN CHAINSAW...DIJAMIN TAHAN LASAK. MENGIKUT ADATNYA... ASAL GUNA PAPAN  BESI  CHAINSAW UNTUK TEBANG SEBESAR-BESAR BALAK. MALAHAN JASANYA TIDAK DILUPAKAN APABILA MASIH BOLEH MENGHASILKAN PARANG LAGI  BERKILAT LAGI  BERKUALITI.

Image
MEMBUAT SARUNG PARANG ILANG



SEJARAH PARANG ILANG 

CARA MEMBUAT TEMPAHAN :

1. HUBUNGI KAMI JOHHNY AK BARANGAN  
    (NO TELEFON : 013-8486337 atau 013-8437611)
2. NYATAKAN KOD TEMPAHAN
3. MASUKKAN WANG DALAM AKAUN :
     NAMA : JOHNNY AK BARANGAN 

   NO AKAUN : 164089870747   (MAYBANK)
4. HUBUNGI SAYA & SMS NAMA DAN ALAMAT ANDA UNTUK TUJUAN POS
5. PENGHANTARAN SEGERA AKAN DIBUAT SECARA POS LAJU


Image 

 ZAIBO BERSAMA PARANG ILANG KAMI