SEJARAH PERMIS
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK yang lebih dikenali sebagai PERMIS merupakan sebuah persatuan berdaftar di Universiti Malaya.
Menyorot kembali sejarahnya, PERMIS ditubuhkan pada 1976 atas inisiatif mahasiswa Sarawak yang menuntut di Uni Perdana pada ketika itu atas tujuan untuk mengangkat martabat Islam di dalam hati mahasiswa Islam Sarawak.
PERMIS bergerak aktif memperjuangkan kebajikan Mahasiswa Islam Sarawak, menganjurkan pelbagai siri program dakwah, mengikat ukhuwah di kalangan mahasiswa Islam Sarawak serta bekerjasama dengan pelbagai badan pelajar yang lain untuk menjayakan misi dakwahnya.
Namun…
PERMIS terkubur selama hampir 7 tahun semenjak sesi pemerintahan tahun 2002/2003 hingga kini. Puncanya kepimpinan pada ketika itu gagal untuk mewarisi tampuk pemerintahan pada adik-adik selepasnya.
Kini…
PERMIS mula diaktifkan semula atas inisiatif Mahasiswa Islam Sarawak serta dorongan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar Uni Malaya sendiri.
Tanggal 23 FEBRUARI 2009, PERMIS mula kembali mengorak langkah kehadapan bersama kepimpinan generasi baru, berazam dan berusaha untuk memulihkan kembali nadi pergerakan Islam bersama-sama dengan mahasiswa Islam Sarawak yang lain.
Doakanlah semoga dengan usaha yang sedaya ada ini, Allah akan memberkatinya dan kerana kita beriman dengan firman Allah; “BANTULAH AGAMA ALLAH NESCAYA KAMU AKAN DIBANTU.”
OBJEKTIF, MISI DAN VISI PERMIS
OBJEKTIF
MISI
VISI
“FAHAM AQIDAH, FAHAM QURAN, FAHAM ISLAM”
Komentar Pelawat