Friday, December 26, 2025

AKTIVITI | THE 3RD MALAYSIA INTERNATIONAL MUSLIM FOOD CULTURE & TOURISM FESTIVAL - PPIM - 25/12/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture & Tourism Festival yang berlangsung pada Khamis, 25 Disember di E-Street, 1 Utama Shopping Mall, sekali gus menyerlahkan sokongan terhadap usaha pemerkasaan budaya makanan Muslim serta pembangunan pelancongan halal bertaraf antarabangsa.

Festival ini dianjurkan oleh Pasar Eatai dan berlangsung dari 25 Disember hingga 4 Januari, menampilkan pelbagai jenis makanan halal. Para peniaga yang terlibat mewakili latar belakang antarabangsa yang pelbagai, termasuk dari China, Palestin, Pakistan, serta usahawan tempatan Malaysia.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Thursday, December 25, 2025

DI SEBALIK KEJAYAAN DUNIA: KOS KUDA & LATIHAN JADI CABARAN TERBESAR ATLET NEGARA - AATVMEDIA - 23/12/2025

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2025 - Di sebalik kejayaan besar atlet memanah berkuda negara di pentas dunia, realiti sebenar yang dihadapi adalah cabaran kewangan yang sangat mencabar, khususnya melibatkan kos pelatihan dan penjagaan kuda.

Menurut Muhammad Akmal Muhammad Dahlan, jurulatih pasukan junior negara, perbelanjaan untuk menembusi kejohanan bertaraf dunia bukan sahaja melibatkan yuran pendaftaran dan tiket penerbangan, malah kos pelatihan yang tinggi menjadi beban terbesar kepada pasukan.

"Dalam memanah berkuda, bukan satu atlet sahaja yang kita latih, tetapi dua - anak-anak murid dan juga kuda itu sendiri. Kuda perlu dijaga, diberi makan, dirawat dan dilatih secara berterusan, dan ini memerlukan kos yang sangat besar," katanya.

Walaupun berdepan kekangan kewangan, pasukan memanah berkuda negara tetap berusaha keras mencari alternatif bagi menampung perbelanjaan, termasuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil seperti penjualan produk makanan.

"Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya meminimakan kos dan berusaha sedaya upaya untuk terus bertahan demi memastikan atlet-atlet ini dapat mengharumkan nama negara," ujarnya.

Beliau turut menyeru mana-mana pihak yang berkemampuan agar tampil memberikan sokongan, sama ada dalam bentuk penajaan kewangan mahupun sokongan moral, bagi membuka lebih banyak peluang kepada atlet muda Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.

DaIam perkembangan yang membanggakan, Muhammad Akmal mendedahkan bahawa Malaysia kini dianggap antara kuasa besar dunia dalam sukan memanah berkuda, khususnya selepas kejayaan luar biasa sepanjang tahun 2025.

"Tahun ini, kami berjaya memenangi banyak gelaran dunia dan World Cup. Nama Malaysia kini sudah mula menjadi perbualan dan kegusaran jurulatih serta atlet memanah berkuda dunia," katanya.

Antara kejayaan terbesar termasuk kemenangan bergaya di World Kids Championship IHA 2025 di Bogor, Indonesia, yang menyaksikan Malaysia menewaskan negara-negara Eropah, serta kejayaan mengungguli World Horseback Archery Global Mastership 2025 di Shenzhen, China, menewaskan kuasa-kuasa besar Timur dan Barat.

Mengulas perancangan 2026, pasukan junior negara menyasarkan untuk mengekalkan dominasi dunia, termasuk penyertaan dalam World Horseback Archery Championship 2026 di Mongolia dan World Nomad Games di Kazakhstan, selain kembali bersaing di China dalam kejohanan hujung tahun.

Namun, Muhammad Akmal mengakui persaingan bakal menjadi lebih sengit, terutama apabila bertemu negara-negara yang mendapat sokongan penuh kerajaan dan teknologi latihan canggih.

"Walaupun kami pemah mengalahkan mereka, cabaran akan jadi jauh lebih besar. Sebab itu kami sangat memerlukan sokongan semua pihak untuk latihan, perjalanan dan penyertaan kejohanan," katanya.

Beliau yakin, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, atlet muda negara mampu terus mencipta sejarah dan kekal duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan juara dunia lain.

MemanahBerkuda #AtletMalaysia #MalaysiaJuaraDunia #HorsebackArchery #SukanTradisional

Sumber: AATVMEDIA (TikTok)

DI SEBALIK KEJAYAAN DUNIA: KOS KUDA & LATIHAN JADI CABARAN TERBESAR ATLET NEGARA

https://www.tiktok.com/@aatvmedia.officials/video/7586933195409591572?_r=1&_t=ZS-92SF1vJ56oi

AKTIVITI | MEMARTABATKAN SUKAN MEMANAH BERKUDA: TOQQI BERTEMU TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD - PPIM - 23/12/2025

23 Disember 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Pengasas Ladang Alam Warisan merangkap jurulatih pasukan memanah berkuda, Saudara Muhamad Akmal Mohamad Dahalan, serta pasukan pemanah berkuda negara.

Kunjungan ini bertujuan memberi pendedahan kepada Tun Dr. Mahathir mengenai kejayaan pasukan memanah berkuda yang telah meraih pingat di peringkat pertandingan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada sukan.

Selain itu, pertemuan ini turut diadakan bagi mendapatkan sokongan agar sukan memanah berkuda—yang merupakan antara sukan sunnah—dapat diberi perhatian serius, dibangunkan secara berterusan dan berpotensi melangkah lebih jauh di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk dari segi sokongan dana dan pembangunan atlet.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Tun Dr. Mahathathir Mohamad tekun mendengar serta meneliti video kemenangan atlet sukan memanah berkuda di China yang ditunjukkan oleh Saudara Akmal Dahalan.

MALAYSIA JUARA DUNIA: DOMINASI PASUKAN REMAJA DALAM MEMANAH BERKUDA DI CHINA 2025 - 92 NEWS - 24/12/2025

 

Sumber: 92 News

MALAYSIA JUARA DUNIA: DOMINASI PASUKAN REMAJA DALAM MEMANAH BERKUDA DI CHINA 2025

Wednesday, December 24, 2025

DARI KEKANGAN DANA KE PUNCAK DUNIA: KISAH KEBANGKITAN PEMANAH BERKUDA MALAYSIA - ADAN.DYNA.CHANNEL - 24/12/2025

 

Malaysia kini diiktiraf sebagai antara kuasa besar dunia dalam sukan pemanah berkuda. Di sebalik kos latihan yang tinggi dan kekangan dana, atlet negara – termasuk pasukan junior – berjaya menundukkan gergasi dunia di Bogor dan Shenzhen sepanjang 2025.

Kejayaan bertaraf dunia serta misi besar Malaysia untuk menakluk pentas antarabangsa pada 2026.

#PemanahBerkudaMalaysia #MalaysiaKuasaDunia #AnakMudaJuara #HarumkanNamaNegara #WorldChampion2025

Sumber: Adan.Dyna.Channel (A.D.C)

DARI KEKANGAN DANA KE PUNCAK DUNIA: KISAH KEBANGKITAN PEMANAH BERKUDA MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=pEXsFP8ZLsg

PEMANAH KITA KAUT TIGA EMAS - HARIAN METRO - 24/12/2025

Image

Artikel oleh: Harian Metro

PEMANAH KITA KAUT TIGA EMAS 

Tuesday, December 23, 2025

MALAYSIA RANGKUL 3 EMAS SUKAN MEMANAH BERKUDA DI CHINA - HARIAN METRO - 23/12/2025

 

Image

Kuala Lumpur: Pasukan memanah berkuda Malaysia meraih tiga pingat emas dalam Global Horseback Archery Masters 2025 di Honghuashan Sports Centre, Shenzhen, China.

Kejayaan cemerlang pada kejohanan 10 hingga 13 Disember lalu itu dimulakan dalam Kategori Junior apabila Abu Bakr Muhamad Akmal, 13, muncul juara dan meraih pingat emas bagi Serial Format.

Manakala abangnya, Muhammad, 15, selaku kapten pasukan, memenangi pingat perak dalam kategori sama.

Dalam Hungarian Format, Abdurrahman Ahmad Mu'az, 15, menghadiahkan pingat perak buat negara, sementara Muhammad menambah koleksi pingat dengan meraih gangsa.

Dominasi Malaysia diteruskan dalam acara Masahi Format apabila pasukan negara berjaya menewaskan pencabar dari pelbagai negara untuk merangkul pingat emas, sekali gus mengesahkan keunggulan mereka dalam acara berpasukan.

Prestasi konsisten atlet negara turut terserlah dalam Kategori Terbuka apabila Abdurrahman sekali lagi menaiki podium dengan memenangi pingat perak dalam Hungarian Format, manakala Abu Bakr menambah pingat gangsa dalam Serial Format.

Kapten pasukan, Muhammad berkata, kejayaan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya dan rakan sepasukan untuk terus mencipta nama di peringkat dunia.

Menurutnya, kejohanan berkenaan mempertandingkan dua peringkat umur iaitu junior (11 hingga 16 tahun) dan terbuka, selain tiga format utama iaitu Serial, Hungarian dan Masahi yang masing-masing mempunyai cabaran tersendiri.

"Serial format memerlukan atlet memanah tiga sasaran, Hungarian pula menuntut ketepatan dari jarak jauh sejauh 45 meter, manakala Masahi adalah acara berpasukan yang memerlukan kerjasama untuk menjatuhkan lima papan sasaran," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Muhammad mengakui persaingan sengit dengan kehadiran atlet elit dari Mongolia, China dan Turki, selain faktor cuaca sejuk dan hujan yang turut menguji kemampuan atlet.

Sementara itu, jurulatih pasukan, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan berkata, cabaran terbesar atlet Malaysia untuk bersaing di peringkat dunia adalah dari segi kos, khususnya perbelanjaan latihan dan penjagaan kuda.

"Dalam memanah berkuda, bukan hanya atlet yang perlu dilatih, kuda juga adalah atlet yang memerlukan penjagaan rapi, makanan, rawatan dan latihan berterusan.

"Kami terpaksa menggunakan simpanan sendiri termasuk menjalankan pelbagai usaha sampingan termasuk perniagaan kecil bagi menampung perbelanjaan pasukan.

"Namun Alhamdulillah, dengan pengorbanan semua pihak, kita berjaya membuktikan bahawa Malaysia kini berada di puncak dunia. Nama Malaysia sudah mula disebut-sebut dalam kalangan jurulatih dan pemanah berkuda antarabangsa," katanya.

Mengulas perancangan masa depan, beliau berkata, pasukan negara menyasarkan kejohanan utama pada 2026 termasuk World Horseback Archery Championship di Mongolia dan World Nomad Games di Kazakhstan.

"Persaingan dijangka lebih sengit terutama dengan kehadiran kuasa besar seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun kami yakin mampu bersaing jika mendapat sokongan dari segi penajaan, latihan dan logistik," katanya.

Kejohanan Global Horseback Archery Masters 2025 itu mendapat pengiktirafan rasmi World Horseback Archery Federation (WHAF) dan disertai lebih 70 atlet dari China, Kazakhstan, Turki, Iran, Iraq, Thailand, Indonesia, Mongolia dan Korea Selatan.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi perhatian dan sokongan dana kepada sukan sunnah berkenaan.

Artikel oleh: Harian Metro

MALAYSIA RANGKUL 3 EMAS SUKAN MEMANAH BERKUDA DI CHINA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1303306/malaysia-rangkul-3-emas-sukan-memanah-berkuda-di-china

PEMANAH BERKUDA MUDA MALAYSIA TAWAN DUNIA - SIDANG MEDIA PPIM - 23/12/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media bagi menzahirkan kejayaan cemerlang atlet muda negara dalam sukan memanah berkuda, yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sidang media tersebut memperincikan pencapaian pasukan pemanah berkuda junior Malaysia yang berjaya mencipta kejayaan membanggakan melalui penyertaan dalam 2025 Global Horseback Archery Masters, sebuah kejohanan bertaraf dunia yang berlangsung di Honghuashan Sports Centre, Shenzhen City, China, dari 10 hingga 13 Disember 2025.

Kejohanan bertaraf dunia ini disertai lebih 70 atlet dari pelbagai negara dan telah diiktiraf serta disahkan oleh World Horseback Archery Federation (WHAF). Kejayaan delegasi Malaysia membuktikan keupayaan atlet muda negara untuk bersaing secara kompetitif di arena antarabangsa, sekali gus mencerminkan potensi besar sukan pemanah berkuda sebagai aset kebanggaan negara.

Namun, di sebalik kejayaan bertaraf dunia ini, pasukan memanah berkuda tradisional Malaysia berdepan cabaran besar dari segi kewangan dan sokongan. Kesemua penyertaan kejohanan antarabangsa dibiayai secara sendiri, termasuk kos tiket penerbangan, yuran penyertaan dan latihan, tanpa sebarang tajaan rasmi kerajaan. Keadaan ini amat berbeza dengan negara pesaing seperti China yang mendapat pembiayaan penuh kerajaan.

Sehubungan itu, PPIM menyeru agar kejayaan ini disebarluaskan dan diberi perhatian serius oleh agensi-agensi berkaitan, pihak kerajaan serta sektor swasta supaya sokongan berbentuk tajaan, penghargaan dan pengiktirafan dapat disalurkan kepada atlet-atlet ini. PPIM percaya sukan memanah berkuda mempunyai potensi besar untuk berkembang ke tahap lebih tinggi dan mampu terus mengharumkan nama negara sekiranya diberikan peluang serta sokongan yang sewajarnya.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image












Monday, December 22, 2025

AKTIVITI | MAJLIS MAKAN MALAM SEMERAH PADI MALAYSIA - PPIM - 20/12/2025

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia atas jemputan Pengerusi Semerah Padi, Guru Besar Paduka Tok Ayah Khalifah Utama Mohamed Murad Kassim. Majlis telah berlangsung di Dewan Sri Iskandar Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian (UMNO).

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

AKTIVITI | PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN KE-16 PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA 2025 - PPIM - 20/12/2025

20 Disember 2025 - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi, telah menghadiri Persidangan Agung Tahunan ke-16 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atas jemputan Presiden PERKASA, Tuan Syed Hassan Syed Ali.

Persidangan tersebut telah berlangsung di Dewan Tun Hamdan, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, mantan Pengerusi dan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL