Thursday, August 27, 2009
Akitiviti Semester Ogos 2009
1. seminar seni bela diri wanita jemputan MSU
2. pertandingan silat jemputan UM
3. Kem kepimpinan PSSGMU
4. Krusus dan seminar seni bela diri PSSGMU
** segala pembaharuan tertakluk kepada perubahan
MENSYUARAT SESI OGOS 2009
Segala butiran lanjut adalah seperti berikut :
Tarikh : 2.09.2009
Masa : 12.30 tgh hari
Tempat : BK 10
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK SEMUA AHLI!!!
Wednesday, February 18, 2009
Latihan
Kehadiran Ahli DIWAJIBKAN..!!!
Thursday, September 4, 2008
Sukatan Pelajaran
Peringkat pertama pelajaran Silat Seni Gayong dinamakan TAPAK. Ia dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu pelajaran Tapak Gayong dan pelajaran Seni Tapak Gayong.
Dalam pelajaran Tapak, murid Gayong diajar cara memanfaatkan senjata-senjata asli pada anggota badan untuk membela diri dan membalas serangan musuh. Pelajarannya merangkumi Senaman Anak Harimau, kaedah elakan dan pukulan serta tangkapan bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.
Pelajaran Seni Tapak Gayong pula ialah permainan pentas atau kaedah membuka buah kuncian serta teknik membuat serangan balas yang lebih halus dan berbahaya. Dalam lain perkataan, ia merupakan perincian pelajaran Tapak Gayong dan dikenali juga Pecahan Tapak Gayong.
Peringkat kedua dinamakan Seni Gayong. Pada tahap ini, murid Gayong mula diajar cara menggunakan senjata tradisional Melayu. Manakala mereka yang terpilih pula akan diajar cara beramal dengan ilmu kebatinan. Ilmu kebatinan ialah ilmu kerohanian, dimana amalannya merupakan bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran dan doa-doa tertentu. Tahap keyakinan dan pengabdian diri kepada Allah secar total amat diperlukan beserta pengetahuan agama yang betul. Ini adalah untuk memastikan segala amalan yang dilakukan tidak terseleweng dan sentiasa menepati kehendak syara'.
Dalam pelajaran Silat Seni Gayong, konsepnya ialah selagi ada gerak, selagi itulah ada Gayong. Sukatan matapelajaran boleh ditamatkan tetapi ilmu Silat Seni Gayong tiada pengakhirannya.
Semakin tinggi tahap kebolehan seseorang murid, maka semakin banyak pelajaran Silat Seni Gayong yang dapat dipecahkan tanpa mengubah keaslian silat itu sendiri. Permainan Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya mereka yang telah menjiwai Gayong (Ga, Alif, Ya, Wau, Nga) sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.
SUSUNAN PELAJARAN
1. Tapak Gayong
2. Seni Tapak Gayong
3. Seni Keris (keris, pisau, kapak dan seumpamanya)
4. Seni Simbat (tongkat, simbat suk, parang panjang dan lembing)
5. Seni Yoi (pergerakan lincah dan pantas bagi memperdaya dan mengelirukan musuh yang disertai dengan pukulan dan serangan maut)
6. Seni Belian (ilmu kebatinan dan pelajaran tapak harimau berlawan dan mengoyak mangsa)
7. Seni Cendai (kain tudung, kain sarung, rantai, tali dan seumpamanya)
CORAK LATIHAN
Latihan Silat Seni Gayong dibahagikan kepada beberapa sesi seperti:
1. Senaman Gerak Anak Harimau
2. Ulangkaji pelajaran
3. Latihan kemahiran
4. Pelajaran baru
5. Senaman Anak Harimau
6. Serangan bebas
7. Sesi perbincangan dan nasihat
PAKAIAN LATIHAN
b. Kelengkapan:
i. tengkolok @ tanjak.
ii. baju kurung Melayu dengan potongan leher bujur sirih dan berlengan 3/4 panjang.
iii. bengkung berbentuk tali pinggang mengikut taraf pencapaian:
- Awan Putih
- Pelangi Hijau
- Pelangi Merah
- Pelangi Merah Tinggi - cula I hingga IIII
- Pelangi Kuning
- Pelangi Kuning Tinggi - cula I hingga V
- Hitam - Harimau Pelangi Cula Sakti - ccula I hingga VII
iv. seluar dengan 3/4 labuh kaki.
Bagi murid wanita, panjang lengan baju dan seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali (menutup aurat) serta memakai kain sampin.
PAKAIAN RASMI
Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat istiadat Silat Seni Gayong.
Lelaki
a. Warna: serba hitam.
b. Kelengkapan:
i. tengkolok songket atau songkok.
ii. sepasang baju Melayu.
iii. sandang kebesaran adat atau kehormat yang dianugerahkan.
iv. sebilah keris.
v. sampin songket.
vi. sepasang capal / kasut dan stokin hitam.
Adat Gelanggang
Saturday, 28 June 2008
Last Updated Sunday, 17 August 2008
Adat Gelanggang
Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:
1.Surah Al-Fatihah (1 kali)
2.Surah Al-Ikhlas (11 kali)
3.Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)
4.Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut. - semasa membuka gelanggang.
5.Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.
6.Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.
Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah
menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak
11 kali.
ADAB DALAM GELANGGANG
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:
1.Tidak meludah.
2.Tidak memakai alas kaki.
3.Tidak bergurau senda
4.Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang. 5.Menghormati rakan-rakan dalam latihan.
6.Tidak makan atau minum.
Bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan di tempat yang elok semasamenikmati juadah
atau makanan.
Adat Menjadi Ahli
Saturday, 28 June 2008
"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong" - ALLAHYARHAM DATO' MEOR A. RAHMAN
Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengeras ini adalah hak Mahaguru / warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.
Istiadat yang perlu ditempuh oleh seseorang itu sebelum diterima sebagai murid Gayong ialah Perlimauan Tapak bagi ahli lelaki dan Perlimauan Seni bagi ahli wanita. Upacara ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai murid Gayong
Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata -( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab dalam melatih dan mengembangkan Gayong.
Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.
Antara bahan-bahan asas sebagai simbolik bagi upacara ini ialah:
-Sebiji limau nipis Peralatan mandi orang dahulu.
-Akar sintok Peralatan mandi orang dahulu.
-Asam jawa & garam Semua kepayahan akan disudahi pengalaman yang manis.
-Sesisir pisang Sebagai hidangan untuk tetamu.
-Bunga 7 warna (mandi seni shj) mengharumkan badan dan unsur sesuatu yang seni.
-Air Gayong Air yang telah didoa untuk memohon keberkatan dan sebagai penerang hati bagi murid yang ingin menuntut ilmu Gayong dan segala ilmu Allah
Setelah selesai upacara mandi atau Perlimauan Tapak, maka rasmilah seseorang itu sebagai murid Silat Seni Gayong. Dengan itu, murid tersebut layak mempelajari ilmu Tapak Gayong. Apabila murid tersebut menjalani Istiadat Mandi Seni pula, beliau dengan sendirinya boleh mempelajari semua ilmu yang ada dalam Silat Seni Gayong beserta syarat-syarat tertentu.
Dalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah dalam keadaan berwudhu.
Asal Usul Silat Seni Gayong
Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.
Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Syed Zainal telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia. Di Pulau Temiang, yang terletak berdekatan dengan Pulau Bangka, mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai urusan yang diamanahkan oleh Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.
Syed Zainal Al-Attas ialah nenda kepada Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Daeng Uda Hashim. Dato' Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong daripada nendanya sendiri, Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas ketika berusia 12 tahun.