Saturday, 27 December 2025

Abang ~ SPM 2025

SPM 2025 sudah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun di awalnya Abang diuji dengan lutut terseliuh 😅 

Jadual SPM 2025 (bertutur, amali dan bertulis) bermula 23.11 - 23.12.2025. Sebelum tu dah mula beberapa siri ujian lisan dan trial SPM

Simpan sini kenangannya... 

Minggu pertama back to back peperiksaannya... Setiap kali nak masuk dewan, depa baca doa depan dewan sekolah. Adalah murid yang ditugaskan untuk baca doa. 

Minggu kedua lagi tough, 4 paper 💪🏻

Image
Minggu ke-3 relax sikit, 2 paper. 

Abang ditugaskan baca doa sebelum masuk exam Add Math ni. Habis paper Add Math ni budak² kelas Sains tulen hip hip hooray jap. Gap 8 hari untuk paper seterusnya dan yang terakhir ie BA. Kawan² Abang yang kelas akaun, agama eko dan agama pula yang berasap kepala. Sebelum ni depa rehat lama. 

Paper terakhir alhamdulillah. 

Sujud syukur sebelum keluar dewan. 
Semua dah buat yang terbaik. Kita serahkan kepada Allah SWT dan teruskan berdoa ❤️

Friday, 26 December 2025

Kenduri Kesyukuran Cik Tah

Alhamdulillah rezeki hujung minggu lepas; Sabtu kenduri kahwin Uncle Akmal, Ahad pula Cik Tah jemput ke rumahnya. CT buat kenduri kesyukuran sempena anaknya Marwa dan sepupu²-nya khatam Al Quran dan si bongsu Mecca masuk jawi :D 
Orang sekarang tahu ke masuk jawi tu apa? Hehe... 

Pelamin yang cantik...
Untuk majlis Khatam Al Quran dan port bergambar. 

Selain lauk standard kenduri (ayam masak merah, dalca, papadom) ada juga masak lemak ikan masin + nenas, kerabu kacang botor + timun dan semestinya ikan masin. Ada juga kuih muih dan kek marble kesukaan Ummi. Semuanya sedap alhamdulillah. 

Cendol pun ada. 
Kena cedok cendol dan tambah sendiri air gula. Ummi ni tak pernah buat cendol. Tak reti nak bajet berapa banyak air gula nak kena letak. Itu yang pucat (dan tawar le) cendol Ummi 🤭 Tapi bila dah disesuaikan rasanya tu sedaplah. Hari pulak panas membahang, memang nikmatlah hirup cendol. 

Buah tangan dari tuan rumah. 

Vacuum Flask ni CT bagi special untuk Ummi je, bukan semua tetamu. Alhamdulillah orang memberi kita menerima :) 

Tak cukup dengan itu, CT tapaukan juga makanan. Jazakillah dear 😘

Thanks again for having us
Semoga dimewahkan rezeki selalu dan berkekalan ukhuwah kita hendaknya  🤲🏻 


Soto in da House

Mood rajin datang lagi... 
Makanya terhasillah soto untuk sarapan di pagi Jumaat yang barokah :) 

Belah sini... 

Belah sini pulak :)

Soto simple;  takde kacang dan tauge tapi dah cukup sedap bagi kami alhamdulillah. 

Kali ni nasi impit Ummi jadi elok. Ummi rebus dalam pressure cooker manual (rebus atas api dapur), 2x tambah air sebab air kering. Ikutkan kena rebus 90 minit, tapi dalam sejam je lebih kurang Ummi rebus. Ketupat segera jenama Jasmine.  #notetoself

Kuah soto Ummi tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, serai) bersama ½ peket serbuk sup hingga pecah minyak. kemudian baru masukkan pes soto jenama Shahid. Ada jual di online platforms. Ummi beli di kedai Acheh, pembantu kedai kenalkan dengan jenama ni. Sedap 👍🏻

Begedil anak² tolong buat. Kakak goreng kentang, Angah kisar kentang. Then pakat buatlah begedil tu. Abang pula siapkan dinner.  Memasak ramai² gini tak la terasa penat sangat. 

Semua ni Ummi masak malam, paginya cuma celur bihun, goreng begedil, potong nasi impit dan panaskan kuah soto je. Kena cepat sebab Walid kerja. 

Puashati dapat makan berulang², sebab masak sendiri kan. 

Alhamdulillah.

Thursday, 25 December 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)


Segmen pencarian bloglist Roziah Muhammad Nor (Cie) kembali lagi... Yang #1 hari tu Ummi tak sempat join, kekangan masa. Lupa dah sibuk apa time tu 😅

Anyway, untuk edisi ke-2 ni Ummi cuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Cara nak sertai segmen pencarian bloglist Cie ni senang je 👇🏻

Cara Penyertaan
1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026). ✅
2. Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini ✅
3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini ✅

Tempoh Segmen
Tarikh mula: 22 Disember 2025 11.59am
Tarikh tamat: 28 Disember 2025 11.59pm

Jom kawan² 🤗

Sarapan @ Roti Canai Kari Kambing, Fasa 4 Taman Sri Gombak

Pagi tadi Ummi Walid singgah sarapan di warung Roti Canai Kari Kambing yang terletak di Fasa 4, Sri Gombak. Tak jauh dari SMK Hillcrest. 

Jika di Bangi atau Shah Alam disebut Seksyen utk merujuk kepada sesuatu kawasan, di Sri Gombak ni disebut Fasa. Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan seterusnya hingga Fasa 10, yang terakhir kalau tak silap. 

Geram tengok roti canai tu, lembut! 
Ini roti canai Melayu ye, bukan mamak. Sekeping RM1.50. Puas makan sebab saiznya besar, padan dengan harga. 

Kari Kambing sepiring RM8. 

Warung biasa je tapi roti canainya luar biasa :) 

Nampak sedap bihunnya, ambillah sepinggan bersama sebiji telur rebus. Kongsi makan dengan Walid. 

Untuk bihun ni biasa je rasanya tapi roti canai tu sedap. Kuah dhal biasa pun ada. Ada customer request nak makan dengan gula pun. Terus teringat kecik² dulu, bila arwah Tok buat roti canai kami cicah dengan gula ja. Sekali-sekala  dapat cicah dengan kuah kari, yang mana kuahnya tu lebihan lauk makan tengahari/malam. Memang kuah semata-mata tapi tetaplah nikmat. Momen paling seronok tengok Tok tebar roti canai atas talam (dulang). Seronok tengok doh tu ditarik² sebelum dilipat² pula. Roti canai Tok 4 segi, bukan bulat. Tapi itulah, Ummi ni pandai tengok je. Buatnya tak reti 😁


Recap Week 51, 2025

Week 50 ✅
Week 51: 16/12-23/12/2025

RABU Alhamdulillah Adik dilantik semula sebagai Pengawas Sekolah. Sekolah depa setiap tahun kena reapply dan re-interview untuk jadi pengawas semula. 

KHAMIS 18/12 Sesi terakhir bacaan Yasin Gexxin anjuran KSIB F5. Kali ni Ustaz Abu Z, Pengerusi KSIB F5 sendiri yang lead bacaan. 

JUMAAT Bersendirian menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Hari ni jemput Angah balik dan ada sesi serahan result UASA. Kena kerja keras lagi Angah ni.

SABTU Tengok penutup Sukan SEA Thailand 2025. Next two years, Malaysia pula jadi tuan rumah. Seingat Ummi, last Malaysia jadi host Sukan SEA masa tu KJ jadi Menteri KBS. 10 tahun dah ye... 

AHAD Sedih pulak 🥹

ISNIN Mengemas kotak² simpanan, terjumpa lukisan Abang masa Darjah 6. Macam tak percaya anak sulong Ummi dah habis sekolah.

SELASA Menguruskan Kakak dan Abang yang keduanya dah habis sekolah


Wednesday, 24 December 2025

Kakak - UKK JAIS


Selesai temuduga MITS, disusuli pula dengan Ujian Kelayakan Khas (UKK). UKK ni ujian bertulis (berkomputer) untuk pelajar² yang memohon MITS, SAMBEST atau SAM Muhammadiah. 

Tarikh ujian Kakak 16/12 sesi 8.00 - 9.00 pg. Tarikh dan masa ujian ni kita pilih sendiri, berdasarkan slot yang available. Soalannya merangkumi pelbagai subjek macam PKSK. Soalan Math susah sikit kata Kakak. 

Zaman Angah dulu ambil UKK dulu. Kalau lulus  baru temuduga. Yang Kakak ni temuduga dulu baru UKK. Mungkin kesuntukan masa agaknya. Alhamdulillah apapun selesai sudah semua ujian yang Kakak perlu hadapi untuk ke sekolah² pilihan. 

Jika ditanya kenapa mohon banyak sekolah, jawapannya 👇🏻

1. Aliran yang Kakak minat ie tahfiz perlu melalui prosedur permohonan yang ditetapkan, bukan auto dapat tawaran
2. Saingan yang sengit kerana pelajar² cemerlang di Selangor & KL sangat ramai, kena usaha untuk dapatkan penempatan dgn mohon sekolah² JAIS dan MAIWP juga selain sekolah² KPM atau MRSM. 
3. Single entry application untuk ke SBP/SMKA/ MRSM. Pelajar hanya akan dapat 1 tawaran sahaja sama ada SBP/SMKA atau MRSM. 

Jadinya kita usahakan mana yang boleh. Angah dulu lagi banyak ujian sebab masa tu ujian kemasukan MRSM berasingan dari PKSK. 

Yang terbaik untuk semua In Sha Allah.