Saturday, February 23, 2013

korupsi

bertaubat la wahai saudara2 ku.. aku tahu korang buat kerja terkutuk2 ini... fitnah itu 1 dosa yg besar.. apa pulak kita menjadi org tngh dgn mereka reka cerita dan menyebar agar kuasa terus depegang dgn cara kotor ini.. betapa hina kerja dan duit yg hempa dapat.. politik yg kotor.. xgentlemen langsung

Thursday, June 16, 2011

Tingkat persepsi terhadap BN

Oleh Meor Hisham Zulkifli[email protected]

2011/06/13

NAJIB pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, semalam.
NAJIB pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, semalam.
Najib mahu ahli UMNO bijak pengaruhi minda rakyat raih sokongan AMPANG: Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, ahli UMNO dan BN perlu bijak mempengaruhi minda serta cita rasa rakyat supaya mampu memberi sokongan padu kepada BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum kelak.

“Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti. Pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam Omega tidak terjawab sampai sekarang.
“Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana boleh mempengaruhi minda dan cita rasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang Kelapan dan Majlis Perasmian Bangunan Umno Bahagian Ampang di sini, semalam.

Najib yang juga Presiden BN berkata, kepemimpinan UMNO juga tidak seharusnya memberi tumpuan mengukuhkan sokongan ahli parti semata-mata demi menjaga kedudukan masing-masing, tetapi turut memberikan perhatian terhadap rakyat. “Dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa politik datang daripada rakyat. Jangan bertelagah sesama sendiri, rapatkan barisan dan kuatkan azam. UMNO dan BN mesti menyusun strategi dan pastikan melakukan sesuatu lebih berkesan. Kita mesti tunjukkan kita lebih mampu, lebih baik dan berkesan serta tidak sekadar retorik saja.

“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tetapi soalnya apakah kita sudah bersedia. Tidak cukup dengan dengan mengadakan pilihan raya olok-olok saja kerana yang penting adalah persepsi dan sentimen rakyat perlu lebih baik terhadap kita. “Parti tidak dapat melakukan sesuatu, melakukan perubahan melaksanakan wadah perjuangan dan memenuhi aspirasi rakyat jika tiada kuasa politik,” katanya sambil mencabar BN Ampang merampas ketiga-tiga kerusi di bahagian itu pada pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri turut membidas parti pembangkang yang disifatkannya hanya pandai menabur janji berbanding kerajaan BN yang sudah pun melaksanakan pelbagai program untuk rakyat. “Dalam Pelan Transformasi Ekonomi, kita akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun, selain kerajaan juga akan melancarkan program kedai barangan keperluan pengguna yang menawarkan harga paling minimum tidak lama lagi. “Pembangkang berjanji mengenai kenaikan harga minyak, sedangkan hakikatnya harga minyak di seluruh dunia meningkat,” katanya.

Thursday, April 21, 2011

Masjid dicemari, isu video lucah bahan khutbah



ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.

Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.

Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.

Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".

Saya mengenengahkan isu ini kerana Sultan Selangor telah pun bertitah sebelum ini tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan masjid yang sepatutnya menjadi tempat ibadah sebagai pentas politik individu tertentu.

Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menunggu 'khutbah' tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.