The Followers..!!

Monday, August 6, 2012

Berpuasa Di KL

Image

Salam Ramadhan semua.

Arini hari ke 17 kita berpuasa dibulan ramadhan. Secara tidak langsungnya, semangat raya semakin lama semakin mendalam. Cumanya. Nak cite pasal 1st Ramadhan aku di KL ni dan sebagai seorg officer Bank.

Pada kali ni puasa agak sunyi dan agak suram. Sbbnya rumah yg aku duk ni tak meriah sangat utk berbuka dan bersahur. Tak seperti dulu di Lembah Beringin mahupun di Arau. Sungguh meriah ngan mulut, perangai dan sebagainya, Oh I miss that moment. Tp tu la. aku dah bekerjaya sekarang, Sudah berubah. Kena la terima.

Image

Bekerja di Bank Islam Ampang ni agak best la dengan semua yang ada. Semua staff pun sporting. Bleh layan sangat. Cumanya bila kerja di kawasan Operation Bank ni. mana la bleh balik awal. Bleh kira aku gi bazar ramadhan brapa kali ja. Majoriti aku pegi kedai mamak bungkus nasi je. Tak sempat kot. Pkul 7 baru keluar. Tp ini dinamakan tugas. Terima sahajalah. hehehe. 

Image

Kali ni memang tak dinafikan, aku berpuasa agak sederhana. Biasa-biasa sahaja. Takde lebih2 pun.
Tp okeylah. Aritu balik kampung aku happy plak. Sronok berpuasa di kampung. Rasa macam live sangat. Huhuhu. Mak abah dah beli baju raya kaler light orange. Aku je blum lagi. Nanti nak gi Jalan TAR (yg penuh sesak gila). hehehe. Tp saje sronok2 pergi.

Image

Kite puase puase gak. Raya pun raya gak. Jangan lupa ibadat ye. Blan posa ni jarang nak dapat anugerah pahala cam blan ni. Dan belum tentu akan merasa ramadhan tahun depan.
Huhuhu. Ape2pun semoga berbahagia semua.!!

Thursday, July 12, 2012

The best Letter for Majikan

Image

Surat yang paling best untuk majikan.! Hahahaha,!

Kisah Hidupku (Part 6)

Assalamualaikum Kalian semua..

Kejap je kan masa berlalu.. Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah. Dan pada tahun ni aku akan sambut ramadhan di tengah metropolitan ni. Ntah la rasa macam mana. Nak buka puasa tu la. Hehehe.

So kali ni entry aku nak stoly moly skit pasal zaman aku skolah dulu. Its just a walk of life. Especially waktu SPM dulu. hehehehe.

FORM 5 aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth (SMKDOB) begitu mengujakan (excited) hahaha. Sebabnye macam2 pengalaman aku disana yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata2 mahupun nyanyian sumbangsih.

Aku ni bdak ambil Lukisan Kejuruteraan. So masa form 4 kami bdak2 LK 1 kelas ja. tp bila masuk form 5 kami digabungkan dengan bdak IT. Makna kata makin meriah la kelas tu kan. Hahahaha. Lagi ramai pompuan (wiwwwiitttt). Masa form 4 ada 4 orang ja kot pompuan. Takdak semangat langsung. Hahahaha.

A year of thrilling and adventure. Antara yang paling aku ingat time form 5 ni la kan.

1. Baru nak blajar Math Tamb btul2 sbb masa form 4 haram tak tau apa. 
2. Mula semangat nak blajaq sebab ada ramai pompuan.
3. Baru tau kimia dan fizik tu apa. (tapi dah terlambat)
4. Aktif gila ngan olahraga (sampai masuk wakil zon kot) sukan lain seperti hoki, bola baling (walaupun kebanyakannya simpanan ja).
5. Aktif gila ngan pengakap sampai jadi penolong ketua. Aktif gila kot. Masuk kawad kaki sampai peringkat negeri. Tp no 4. Teruk kot. Dulu masa form 3 dapat no 2. Adoih. Dah nasib kan. takdak rezeki nak wat camna.
6. Kejadian eksiden kaki yang mengubah segala hidupku. Patah tulang di betis. Aku bertongkat begitu lama di dalam sekolah. Tp tu pengalaman la kan. hihihi.
7. Moto 125z hilang di komtar time buka posa. Merana aku time tu. Huhu. Moto yang sama eksiden.
8. Tgk member aku bergaduh ngan member aku di dalam sekolah. Macam lawak ada.
9. SPM la apew lagi. Hahaha.

Cerita sal SPM ni kadang2 lawak la gak bila nak fikir balik. Cam tak caya ja aku ambil SPM dengan jayanya dan result tak segempak mana tp Alhamdulillah aku bersyukur.

Paper time SPM yang paling aku target utk dapat A adalah Lukisan Kejuruteraan (LK), Math Moden dan Pendidikan Islam. Dan apa yang aku target tu semua aku dapat A1. Yang lain wal punnah wal ghannah. Hahaha. Especially kimia. Sebabnya, esok nak exam, haritu baru pergi rumah cikgu study kimia. Cam bangang ja kan. Dan hari tu gak baru tau skit2 pasal kimia. 

Bab fizik dan kimia ni toksah duk habaq la. Aku memang wat SPM cam kartun. Semua aku tembak pakai machine gun, hahaha. Yang ada kena wat eksperimen tu lagi la tak leh blah. Aku tembak semua wat eksperimen sendiri. Ntah haram tak kena mengena. Tp yang aku tak leh lupa pasal KIMIA la. Paper 3 tu tajuk ESTER. Aku leh ingat benda tu sampai skarang sbb aku buka ja soalan aku jumpa gambar buah.Time tu aku duk pikiaq apa aku nak wat nih. Tajuk mana nih. Menatang apa ni??? truih aku wat eksperimen sendiri. Guna segala alat radas yang aku ingat. Hahahaha.

Pasal fizik pun sama la. Memang aku tak tau apa langsung. Nak jadi cerita bila keluar result Kimia aku dapat 7 fizik aku dapat 6. Hahahaha. Sadis tui. Memang kena reject la nak jadi Engineer. Tp tuhan tu maha kaya. Tu yang aku dapat kos akaun. Hehehe.

Yang pendidikan Islam plak bkan aku nak kata aku cam ustaz ka apa sampai leh dapat A1. Tp semuanya kerana ustazah aku. Dia ajak PI cara rumus. Memang wat aku dapat A1 truih. Memang lain dari lain. Sampai mudah aku nak menjawab. Segala hukum tajwid aku tau time tu. Skarang ni banyak lupa. Makan semut banyak kot.

Subjek2 lain alhamdulillah. Range 3-4 la semua. Math Tambahan yang susah pun leh dapat 4. Kira okeyla. 
Masa keluar result tu aku amat-amat bersyukur sbb aku tak failed. Dan aku antara yang ok la dalam kelas tu.

Tu la sedikit sebanyak pasal aku dan SPM. Kisah cintan cintun ni ada la skit2 time form 5. Sampai eksiden patah kaki tu sbb nak pi dating la tuh. Tuhan marah. Hahaha. Eksiden tu banyak bagi manfaat kat aku. Banyak menukar aku menjadi orang dari menjadi binatang. A good reminder from God Almighty Allah s.w.t.

Nanti aku sambung cerita hal pas SPM aku ek.!!








Wednesday, July 4, 2012

Menghilang Menyepi Sementara

Assalamualaikum.. Hihihi.. Salam Nisfu Syaaban.!!

Maaf rakan2 sebab lama tak update. Thanks gak pada adik Syahirah yg tegur pasal tak update blog.

Bkan pe kawan-kawan. Teman tak update blog sbb bz skit skarang (alasan tak leh blah). Sebenarnya internet takde kat rumah sewa nih. Skarang br pasang bg ade. Hehehehe. 

Mungkin pasni akan kerap update blog nih.

By the way. Just nak info yang saya skarang ni bekerja di BANK ISLAM CAWANGAN AMPANG. Bile free2 datang la jenguk. Saya blanja makan.!! Serius.!!

Saturday, February 18, 2012

Aku dan KL????

Assalamualaikum dan salam hormat..

Hua hua hua.. Dah hampir setahun aku training kat Kolej Yayasan UEM nih. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Thanks a lot especially to my mentor, Tn Syed Hanafi Syed Hassan dan juga Pn Haslinda Ahmad Zamdi yang banyak membantu, membangun serta menyedarkan insan yang tengah belajar ini.

On the other hand. Aku macam tak percaya ja apa yang berlaku hari ini. I was like what??? is that possible??? Me and KL??? when I was a kid, i never imagine that I will work in KL. But somehow, Allah made it possible. I received the offer to work as Assistant Manager at Bank Islam Malaysia Berhad. MEDAN MARA Branch. hahaha.. In the middle of the town. Waaa... I dont believe this. huhu..

Whatever happens, I have received the letter and accept it. So, I have to focus on building a career in BIMB. No more UEM after this. Im pretty sure I will miss my time during at KYUEM. It has been exciting to be there. Even in LB (Not Las Begas but Lembah Beringin).

On monday, I will send my exit letter from this training program and go on to the next step. However, I still feel sad about KYUEM don't offer me early the executive position. Why they have to wait for the end of my training. Why cant they follow other UEM subsidiary where they convert their YES (Young Executive Scheme) to permanent post about six months training only. Hmmm.. Maybe Allah has put my fate in BIMB.

I look into the sky and my mind was empty... I still dont believe that I (Si Muhammad Rasyaik Murad yang kuat merapu nih) will be working at the National City. Huhuhu... Syukran ya Allah.. For Him made everything possible. For Him who gives me guidance and give me chance. I really-really appreciated.!!

Mom and Dad... I will be going to KL..! Please pray me for my success and bless me for what I will do. I dedicated my life for both of you. Thank you mom and dad. I love u. (Sebak cam nak nangis bile fikirkan mak dan ayah yang telah doakan kita, bagi semangat pada kita, yang bagi segalanya untuk anak mereka)

My fellow friends, as for info, BIMB ask me to get 10 resumes for whom interested in joining BIMB in Central Region. Please do so by email me at [email protected].

(Sebenarnya aku tulis dalam BI ni sbb aku nak tingkatkan English skill, walaupun mungkin ada lobang sana lobang sini, aku tak kisah.. Sebabnya Practice Make Perfect)


Wednesday, February 8, 2012

Kisah Aku D' Fraser Hills


Salam and Hi Folks.!!

Benda ni aku nak post lame dah.. tp takde mase (Brape kali bagitauda..)

Kali ni aku nak stoly moly to U Alls tentang kebosanan aku melampau sampai ke Fraser Hills..

Image
Jangan Jeles. Cover Page Kali Ini
Pada suatu hari, di waktu pagi yang cerah, aku bangun dan terfikir ape yang bakal aku buat. Oleh kerana pemikiran aku mengingatkan aku tentang tempat yang aku nak pergi sewaktu ketika dahulu, aku terus membuat keputusan aku nak pergi Fraser Hills. Akan tetapi, takkan aku hendak pergi seorang. Tanpa segan silu serta slamber badaknya aku menghubungi rakanku yang baru bangun tido.

Aku : Salam bro, dah bangun blum??
Rizal : Dah bangun dah. Awat?
Aku : Ko free tak ari ni? ade wat ape2 program tak?
Rizal : Ade. Tgk tv sampai pecah tv. Hahahaha. Takde. Knape?
Aku : Cet. Jom ikut aku gi Fraser Hills. Aku teringin kot. Dah lame tak pergi. Tp naik moto aku jela. Almaklumla aku takde kereta Ferrari nak bawa kau.
Rizal : Jap aku fikir. (tak sampai 5 saat) Rasyaik, jom.! Aku pun boring nih.
Aku : Okeh. Cantik..! Dalam pkul 9 kau ready ek. Aku ambil kau kat rumah kau.

*Perjalanan pergi adalah dipandu olehku dan perjalanan pulang dipandu oleh rakanku.

Aku ni suke bercerite, so layan je la ek. Hahaha. Dalam pkul 9 pun kami bertolak dari Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin (LB) nih. Nak memendekkan cerita kami cuma singgah di Kuala Kubu Bharu untuk bersarapan disana. Sesudah melantak, kami meneruskan perjalanan ke atas.

Dalam perjalanan tu aku nak habaq mai (UTARA VERSION). Lepas skit dari KKB, kami lalu kat area Dam (Empangan). Cantik gile Dam tu.. serius weh. Permandangan menarik gile. Aku khayal jap kat situ. Hahaha. DIa macam lebih kurang Timah Tasoh punya tasek la pemandangan. Tp memang syok. Layan gila.
Sesudah ja tasik tu. Keadaan mula agak rancak. Bagi penunggang motosikal, anda mesti layan gila. Sebabnya jalan berliku-liku macam ular da. Bleh la layan corner. Kona kot nu. Kona kut ni. Memang layan ar. Tp bagi pemandu kereta dan penumpangnya anda mungkin loya dan muntah.

(*Amaran Keras, Sila bawa plastik takut muntah)

Jalan yang kami naik ke Fraser Hills tu sebenarnya merupakan perjalanan dari KKB ke Raub. Dipertengahan jalan itu ada simpang ke Fraser Hills. Time di persimpangan itu, aku ambil kiri untuk naik ke Fraser Hills. Aku mula pelik sebab jalan besar menjadi jalan yang kecil. Satu lorong sahaja. Agak2 macam mana kalau ada kenderaan lain turun. Rupa-rupanya jalan ke Fraser Hills ni naik satu lorong dan turun satu lorong. Jalan yang berbeza.
(Dulu diorang wat jalan tu setiap sejam. Maksudnya sejam naik sejam turun. Skarang dah okey.)

Jalan naik tu lagi berliku. Wa.. memang stylo bagi penunggang moto dan amat mencabar tp BEST GILER bawa moto camtu. Dah la cuaca semakin sejuk. Aku semakin menggeletar.

Setelah hampir sejam. Maka kami pun sampai. Oleh itu bermula la Slot bergambar.

Image
Ni La Jam Fraser Hills. Terletak di tengah2 pekan Fraser Hills. Menjadi Mercu Tanda kawasan tersebut.
Image
Sejarah Fraser Hills. Tu pun kalau bleh baca. Hahahaha.


Image
Pemandangan di atas bukit

Image
Permandangan dari sebuah Villa.

Image
Permandangan dari Villa. Jalan di hadapan adalah jalan turun ke KKB

Image
Cantik Kan.

Image
Kawasan Resort berhampiran Jam Fraser Hills


Gambar di atas permandangan sahaja. Sekarang ni gambar2 yang ada manusia skali. Aku dan Rizal la. Hehehe..

Image
Di Balai Polis Bukit Fraser  (G Tandas Je Pun)

Image
Ni La Member aku. Namenye Rizal

Image
Kononnya Best la.

Image
Bersama Pokok. Blkang tu ada Villa.

Image
Cantikkan Gambo nih.

Image
Dengan Moto ni je Kami Naik

Image
Food Court. Tempat Makan tengahari
Kawasan kat Fraser Hills tu amat sejuk dan menyamankan. Tenang je rasa. Selain itu, kawasan itu amat dipenuhi dengan udara segar, awan, kabus yang sempoi. Skarang ni ada la juga attraction yang agak menarik kat kawasan atas tu. Macam-macam ada. Tp bagi aku kalau nak best bawa family, sewa satu villa (bungalow) pastu have a nice vacation.

Hotel di kawasan atas itu banyak la juga tetapi ia lebih kepada kawasan villa. Ada juga padang golf satu kat atas tu. Selain itu, ada kawasan untuk main swan boat. Ada mini tasik kat atas tu.

Punya la duk bangunan lama yang menarik kat atas tu, tiba2 nampak satu signboard. Dia tulis pasal ada waterfall. Huhu. So, aku dan member aku ni pun cekkeddout la. hehehe. Perjalanan dari pekan dia amat jauh juga. Nun dalam jauh ke bawah. Tp worth wile la kalau pergi sana. Nak tau sebab apa. Tgk gambo ini.

Image
Gambor Waterfall kat Air Terjun

Image
Ni pintu masuk Air Terjun tu

Image
Cantik kan Air Terjun ni.!!
Hampir semua tempat kami pusing. Itulah untungnya naik moto. Boleh pergi kemana sahaja.Nak pusing pun senang. Parking pun senang. Tp tula. Cuaca cerah je la ok. Kalau hujan jahanam. Hehehe. Dugaan naik moto. Hehehe.

Lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg, kami pun pulang. Perjalanan pulang yang mengambil masa 1 jam lebih. Dari cuaca sejuk kepada panas.

Jejak je kaki dirumah. Hati ini merasakan alangkah indahnya jika suatu hari nanti aku akan kembali ke sana. Hehehe. Itulah kisahku sedikit sebanyak tentang Kisah Aku D' Fraser Hill.


Sekian. Assalamualaikum dan salam Keamanan.!

Image
Baju Sweater Pinjam.!!!


Friday, February 3, 2012

-Memories in UiTM Perlis-

Assalamualaikum...
Selamat Pagi - Sapa baca waktu pagi..
Selamat Tengahari - Sapa baca waktu tengahari..
Selamat Petang - Sapa baca waktu petang..
Selamat Malam - Sapa baca waktu malam..

Ai.. Berapa banyak selamat da...

Hari ini Jumaat 3 February 2012... Pejam mata celik mata dah Jumaat... 3hb February plak tu... sat ja noh...

Sedang aku memerhatikan blog ini.. Aku terdengar lagu Sungai Lui oleh Aizat.. Seperti apa yang telah aku poskan di dinding Facebook aku, aku merasakan bahawa lagu ini telah membawa aku kepada suasana ketika berada di Perlis. Entah kenapa dan mengapa. Aku merasa rindu kepada suasana di sana.



Aku telah setahun lebih meninggalkan UiTM Perlis iaitu tempat aku menimba ilmu dunia, akhirat, pengalaman dan sebagainya  selama 5.5 tahun yang lalu. Tempat yang merupakan satu kenangan terindah dalam diari hidupku. Kawasan yang aman, tenang dan penuh dengan gelak tawa riang rakan seperjuangan serta rakan sepermusuhan..

Kalaulah aku diberi peluang untuk mengundurkan masa. Aku pasti ingin kembali ke zaman menuntut ilmu itu. Dengan bermusimkan 4 musim iaitu Musim Panas Terik - Blan 1 - 3 (sampai rumput jadi kuning).. Musim Hujan - Blan 10 - 12 (sampai banjir berulang kali).. Musim berangin sejuk - Blan 12 (sampai terbang abis pakaian di ampaian) dan Musim terakhir iaitu Musim Salji Hitam - Blan Taktau (Ikut masa tebu dibakar)..

Seingat aku Arau telah difemeskan oleh Keluarga OC dengan panggilan Araustralia di Perthlis.. bkan Perth Australia.. Ketika waktu itu OC berniat untuk mengurangkan rasa "citysick" orang bandar masuk kampung.. Selain itu juga ada yang menyelitkan bahawa ARAU : CITY OF ENTERTAINING.. Kenapa dan mengapa.. hanya orang yang tertentu dapat merasakannya..

Kalau bleh nak je aku menceritakan lagi tentang zaman aku berada di UiTM Perlis. Itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau ada 5 permintaan. Aku akan tunaikan. Tp jika tiada. Mungkin aku hanya perlu simpan didalam memori aku sahaja.

Hope to hear from you..!!

Sekian..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...