The Followers..!!

Tuesday, December 27, 2011

Jawa Pop


KPOP terbaru dari Tanah Jawa.. Memang style la diorang ni.. Nak gelak aku rasa.. Tp penuh makna.. Tu la korang.. Asyik layan KPOP.. Ni ha.. Jawa Pop.. hahaha... Bagus tul idea diorang nih..

Salute..!!

My Wishlist

Salam.. Hehehehe..

Dah lama nak post benda nih.. Tp tak dapat2 lagi.. So kali ni nekad akan post juga benda nih..

My Wishlist for my life.. As at 27/12/2011

1. Get Married - 27 @ 28 Years..

2. Buy a car

3. Buy a Samsung Galaxy S II

4. Buy a house

5. Vacation in Sabah - Hiking Mountain Kinabalu.

6. Ease the life of my parents.

7. Help my brother in their studies and career.

8. Have a good career - Job Position (Aim to be CFO)

9. Buy a Camera - Like Canon (yang mahal tu)

10. Send my parents to Mecca for Umrah or another Hajj.

11. Get 5 Child - (to be discussed more with future wife)

12. Vacation  -  Bukit Fraser (Done)
                         Bukit Tinggi
                         Kuantan/Cherating
                         Pulau Tioman (Again)

13. The finale of my wishlist is to go to the England and watch direct from my eyes Barclay's Premier League  between Chelsea with any team. (Chelsea Fans!!)

Tu je la antara wish list aku.. Aku nak try untuk capai la semua nih..!! hehehehe..

Saturday, December 17, 2011

Seorang Nenek Yang Dipanggil Tok Jam

Assalamualaikum...

Aku menaip tajuk ini selepas sehari pemergian arwah Tok Jam ke Rahmatullah..

Ceritanya bermula...

Aku melihat jam di kaca monitor yang terpampang depanku bertulis 12.45PM. Ketika itu, aku sedang menyiapkan slide presentation terakhir untuk interview Bank Islam Young Leaders Programme. Tiba-tiba telifon maxis ku  berbunyi. Ada panggilan daripada paksu ku, lalu ku menjawab.

Paksu : Rasyaik, balik kampung tak?
Aku : Takkut, ada presentation isnin ni.
Paksu : Tok dah meninggal.
Aku : Ha??? Apa?? BIaq btui?? Bila meninggal??
Paksu : Pkul 12 td. Nak balik skali tak?
Aku : Innalilllah... nanti asyid tepon kak sha, rancang ngan dia.
Paksu : Okey. Apa2 bagitaula..

Selepas mendengar telifon itu, aku terdiam seketika. Aku blur. Lalu aku menelefon kakak-kakakku untuk memaklumkan berita ini. Aku amat terkejut apabila takde sorang pun kak aku yang tahu berita itu. Lantas aku telifon ayahku untuk bertanya. Ayahku menjawab telah berada di rumah tok.

Selepas perbualan ngan ayahku, aku merancang dengan kakakku untuk segera pulang ke Pulau Pinang. Aku bertolak dari rumahku dalam jam 3.30 ptg dan tiba di rumah tokku pada jam 7.30 malam. Setibanya di sana, arwah sedang dimandikan. Aku hanya mampu menunggu di luar.
ynya blur. Aku tak tau kenapa. Sedangkan aku yang mengangkat jenazah dari tempat mandi ke depan untuk dikafankan, aku yang mengangkat jenazah yang telah dikafankan masuk ke dalam keranda, aku yang mengangkat keranda masuk dalam van, aku yang naik bersama van jenazah ke masjid, aku yang sembahyangkan jenazah, aku yang bersama dalam mengebumikan jenazah. Aku masih tidak sedih.

Akan tetapi.. Kesedihan aku amat terasa apabila aku memerhatikan IBUKU.. Beliau ternyata sedih dan keletihan. Bersama makcik-makcikku (adikberadiknya). Ibuku amat kelihatan sedih. Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Apa akan terjadi jika ibuku pula meninggalkan ku.. Aku tak mampu nak fikirkan.. Hatiku pasti akan sebak.. (mungkin itu jua yang difikirkan oleh ibuku ketika melihat ibunya meninggal dunia).

Hidup ini tak lama. Hanya sementara sahaja.. Apa yang kuperhatikan, jenazah nenekku amat tenang. Beliau meninggalkan dunia pada hari jumaat, dengan hanya tenang meninggalkan dunia. Aku berdoa semoga arwah berada bersama golongan orang2 yang beriman. Untunglah bagi sesiapa yang mempunyai iman dan amal yang baik untuk di bawa ke akhirat.

Nenekku dikebumikan bersebelahan dengan arwah suaminya iaitu Tok Mat (Ahmad).

Sekian...!!

Wednesday, December 7, 2011

Presentation For Young Leaders Programme

Waaaa.... Terasa teramat apabila skarang ni aku jadi macam student.. huhuhu.. Kena study dan prepare for VIVA.. adoih,... Tu la duk kutuk student sangat... last2 aku yang kena jadi student balik.. huhuhu.. Tp apa leh wat.. Kena cuba loh..

Mesti korang tak faham kan.. Aku skarang ni kena wat slide presentation untuk Interview Young Leaders Programme under Bank Islam. Aku tak tau kenapa tp aku macam nak try habis-habisan..

Aku nak wat yang terbaik. Dengan guru yang aku ada. Aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Huhuhu.. Cuma perlu masa yang begitu kuat la.. Okeylah.. Pray for me ok.. Mane tau.. ade rezeki leh jadi young leaders untuk Bank Islam...

Monday, December 5, 2011

Diriku Yang Tak Reti Duk Diam

Alhamdulillah. Skarang ni pelajar KYUEM dah bercuti. Makna kata kami (staff) bleh rehat seketika walaupun dalam keadaan bekerja. Makna kata takperlulah nak melayan karenah kanak2 riang di Kolej dan juga tak perlu nak senyum lebih2.

Tetapi, tanpa pelajar di KYUEM agak sunyi, tiada suara so-called-manglish. Takde suara jerit-jerit dan juga tiada gedik-gedik. Hehehe. Bukan mengata pada diorang. Tp biasa la. Namapun pelajar, setakat gedik skit-skit tu adalah perkara biasa. Lagipun diorang ni dalam lingkungan 17 - 19 tahun je. Bukan tua mana, yang tua tu kami ni ha, so-called-staff.

Kembali kepada tajuk diatas. Apa yang nak diceritakan ini adalah sabtu ahad yang kosong. Makna kata tiada program tiada kerja tiada apa yang boleh dibuat di Kolej ini. Oleh itu, aku dengan selamber badaknya memulakan jelajah aku dengan moto terbaru SYM Symphony 250i. Best wo jalan2 ngan moto. Lagi syok dari kereta. Sbb minat aku yang mendalam terhadap moto ni sehingga membelinya dengan RM 18,000++. Hehehe. Mesti korang kata aku bengong kan. Moto sanggup beli mahal2.

Sebelum korang cakap aku dah kene dah. Bos aku, colleague aku dan semua la kata aku ni gila. Diorang cakap baik aku beli kereta dari beli moto tu. Huh.. Aku dengan selamber badaknya menjawab "Aku rasakan bahawa tiada KEPERLUAN untuk aku membeli kereta itu". Dengan ELAUN yang aku ade ni. Takde maknenye aku nak beli kereta. Tak mampu. Minyak lagi, tol lagi, bulanan kereta lagi.. Huhu. Bek naik moto je. RM 20 minyak dari Tg Malim sampai ke Penang lepas kot. Aku dah try. Murah kan.

Aku duk cerita ni macam aku yang tak reti duk diam. Padahal aku nak cite asal cuti je. Kalau aku boring aku akan pergi merata2. Seperti kisahku yang kuceritakan dalam blog ini. Ntah mengapa sehingga hari ini. Aku masih buat style macam tu. Baru-baru ni aku naik moto sorang2 merentasi Felda di Selangor. Melalui Felda Gedangsar, Soeharto dan juga Tengi. huhuhu.. Baru ku tahu keadaan Felda sebenarnya macam mana.

Itulah kelebihan berjalan2. Ni tak, asyik2 shopping complex. Asyik2 shopping complex. Takde tempat lain ke? ni la orang kite (Padahal aku pun sama ja). Dari Felda aku meneruskan perjalananku ke Bestari Jaya (Formerly known as Batang Berjuntai) dan terus ke Kuala Selangor. Dulu aku ada cakap kat Fayad kalau aku gi sana aku nak lepak ngan dia. Tp time dia ada aku tak pergi pun. Time dia takdak yang aku pergi. Teruk kan aku. Maaf aku Fayad (tu pun kalau ang baca blog aku). Aku kat K.Selangor layan gak wayang Puss In The Boots. Tgk 3D kut.. Sorang-sorang. (Soheh kena cop gila). Ada aku kisah. hahaha..

Dalam pukul 9 Malam aku sampai semula di Lembah Beringin. hehehe. Keesokan harinya aku melepakkan diriku di rumah HERY MUNIANDI dan juga AFNIZAN MUNIANDI. hehe. Hery memang baik orangnya. Dia wat makan2 untuk aku yang bujang nih. Hehehe. Makan free, tunggu lagi. Sampai terus aku.

Pastu aku lalu kut blakang Bukit Beruntung ke Rasa. Dan seterusnya ke Tanjung Malim. Hehehe. Pastu balik Lembah Beringin. Syok gak berjalan sorang2. Aku menanam impian untuk berjalan ke Bukit Fraser. Sorang ke beramai2 ke tak kisah. Kalau sorang lagi senang kan.!.

Inilah kehidpanku yang tak reti duk diam.!!

Thursday, November 10, 2011

A Food For Thought Edisi Perdana Menteri Malaysia

Salam..!!!

Bende ni terlintas waktu aku raya kat rumah tok aku..!! Pak wan aku datang dan cakap kat aku pasal benda ni.. Dan ia amat interesting dan giler menarik..!! Secara tidak sengaja atau dirancang.. Kita pun tak tau..!!


Kita mulakan dengan Sedar tak korang Nama Perdana Menteri Malaysia seperti disusun..!! Secara tak langsung la kot..!!


Perdana Menteri Pertama Kita adalah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Image

 Perdana Menteri Kedua adalah Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Image

Perdana Menteri Ketiga adalah Tun Hussein bin Dato' Onn 
Image

Perdana Menteri Keempat adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad
Image

Perdana Menteri Kelima adalah  Tun Abdullah Ahmad Badawi
Image

Perdana Menteri Keenam adalah Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak 
Image

 Secara tidak langsung Senarai PM Malaysia
1. R - Rahman  
2. A - Abdul Razak 
3. H - Hussein
4. M - Mahathir
5. A - Abdullah
6. N - Najib 

RAHMAN...!!! Hehehehe... Tetibe je..!! hehehe..!! 
Amazing isnt it... Hahahahaha...

Just food for thought..!! Fikir2kan dan selamat beramal..!!!

Source of full name is from :
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

Yang lain Original aku wat ek..!! Nice kan..!!

 

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Haji dan Makan Makan Makan

Assalamualaikum..!!!
Salam Hormat dan salam sekian alam yang sewaktu dengannya..!!

Tajuk potpet aku pada hari ini ye adalah berkenaan dengan Hari Raya Haji atau Aidiladha.. Apa itu Aidiladha? Aidiladha adalah sambutan perayaan kepada umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Ia diraikan pada 10 Zulhijjah setiap tahun.. Bukan tahun Masihi tapi tahun Islam...

Aku ingat tarikh ini pada tahun lepas, Ayahandaku dan Ibundaku berada di Makkah, Arab Saudi. Mereka penuh bahagia menyambut Hari Raya Aidiladha di sana... Kerana apa? Kerana perayaan paling bahagia pada Aidiladha adalah di Makkah kerana pada waktu itu Ayahandaku dan Ibundaku sedang mengerjakan Haji.. Bukan "balun" (mengerjakan) Pak Haji ye.. tapi melaksanakan Rukun Islam...

Pada Tahun ini pula.. Secara bersederhana perayaan disambut lagi.. Seperti biasa.. Aku akan beraya di rumah Tok aku di Kampung Tersusun, Sungai Ara.. Bukan sebut nama "Ara" tapi memang namanya Sungai Ara. Btul2 terletak di sebelah Masjid.. Masjid tu tiap2 tahun akan korbankan lebih 10 ekor Lembu.. Wa.. sampai berlawan untuk "Menyiang" Lembu... Kat rumah Tok aku makanan usah dikata la.. Makan tak ingat dunia.. Kerja MAKAN MAKAN MAKAN dan terus MAKAN sampai senak perut... Yang paling aku banyak makan adalah Ketupat Pulut + Rendang + Aiskrim...

Pada blah petang seperti luar biasa.. (Maksudnya jarang dilakukan).. Pak Ngah aku merangkap wakil Sponsor Dato Pirdaus (Bekas Imam Masjid Negara) memberi sekor Lembu untuk dikorbankan.. Pada petang tu tunggu pa lagi.. Pakait2 Lapah la... Aku tumpang skali.. Tumpang tgk, angkat, tarik, lompat, senyum dan lain2.. 3/4 dari lembu itu kami agih-agihkan kepada penduduk kampung kerana itulah niat korban yang sebenar.. lagi 1/4 kami wat BBQ.. malam tu juga.... Sambil wat kerja aku MAKAN MAKAN MAKAN dan MAKAN lagi...

Nak dijadikan cerita.. Malam tu.. pas maghrib dan pas gayut.. Ehem ehem.. Aku menolong orang untuk barbeque kan daging tu.. Sampai hangit.. hahahaha... Luar masak dalam tak masak.. Adoi.. Sapa la wat ni... Aku tolong dalam 15 minit ja.. pastu masuk rumah jap... Dekat kusyen.. baik punye letak kepala..!! Sedaq2 Dalam 12 ++.. Tanya kak aku ada daging lagi tak.. Kak aku cakap abih dikorbankan dalam perut dah..!! Waaaa... Sedih... Takpala.. sambung tidoq...

Kesian kan kat aku.. tak dapat nak makan.. Waa.a.a.a.a.a.!! Akan ku tuntut di lain hari... Esok tu aku pun balik la.. Best wo balik.. Bawa moto ngan kelajuan 130km/j - 160km/j.. Al maklumla.. moto baru.. hehehe.. Bila lagi nak kuda kan.. Hehehehe..

Sekian... Apa tah aku merepek nih..!!

Friday, November 4, 2011

Kahwin Kahwin Kahwin Dan Kahwin

Assalamualakum....
Salam Sejahtera...
Salam Budiman...
Salam Perantauan...
Salam Segalanya...
Salam Keamanan...

Duduknya saya pada hari ini adalah untuk membicarakan tentang perkahwinan... Apa itu perkahwinan.. Perkahwinan adalah penyatuan lelaki dan perempuan melalui cara yang sah dengan akad nikah serta perkara2 wajib nikah yang menjadikan mereka sah sebagai pasangan...

Apa itu nikah... Nikah itu boleh dicari melalui kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan di muka surat seribu seratus sebelas.. tu pun kalau jumpa... haahaha.. Takkan korang tak tau.. adoi...

Bulan ini sahaja aku mendapat 7 panggilan kenduri kahwin termasuk kawan-kawanku iaitu Alhushairi dan Azam... Diorang dah kawin.. walaupun tempat jauh.. aku kena usahakan untuk sampai.. kalau tak sampai tu tak bleh nak wat apa.. banyak halangan... uhuhuhu...

Image

Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi.. sebab itu banyak kenduri.. apabila banyak kenduri banyak la makan free.. bila makan free maknanya mak aku pun malas la nak masak (Kalau kat rumah la)... Bila mak aku tak masak kena la pi makan kat luar...kalau tak makan kang aku yang kelaparan.. hehehehe...

Apabila aku pergi kenduri mesti orang akan cerita benda yang sama kat aku... Bila ang nak kawin??? Calon dah ada ka??? Aku bengong tul pasal benda nih.. tu yang malas nak gi kenduri... Wahai abe kakok..!! Doh panje doh introduction.. kawe nok royak nih...watpo kawe tokse kawin lagi...

Aku ni mude lagi... baru 24 tahun... bagi aku... aku merasakan bahawa terlalu awal bagiku untuk kahwin... Aku belum bersedia lagi... Perkara ini turut dikuatkan dengan kak aku yang baru tahun ni kawin.. takkan aku nak kawin dah bile kak aku kawin... huhuhu...

Pastu plak.. Aku ada perancangan hidupku... bagi aku... aku nak kawin dalam umur 26-27.. dalam lingkungan itu... Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusanku... Sebelum ini aku rancang umur 25.. tp aku tau.. i takkan logik dengan masalah sekarang...

Aku nak fokus kepada kerjaya aku dan famili aku... Ini kerana pada perancangan aku... Aku nak pengalaman bekerja selama 3 tahun.. selepas itu aku nak wat professional program... dan buat master selepas itu.. insyaAllah... dalam umur 35 aku nak capai kedua2 tu...

Dalam segi keluarga plak.. aku adalah merupakan lelaki sulung dalam family.. Makna kata tanggungjawab aku lebih tinggi... dan memerlukan pengorbanan... Ayah aku dah pencen.. Mak aku tak kerja... Aku perlu membantu keluargaku meringankan beban... Adikku tahun depan nak sambung belajar... Masih memerlukan duit... dan dari situ.. aku kena bantu dia... ringankan beban... Takkan ayah aku nak support adikku lagi... Aku lah sebagai abg kena bantu... Kalau bleh... aku nak mak ayah aku skarang ni enjoy je ngan duit pencen... biar diorang hidup dengan ketenangan.. bukan dengan bebanan... I want to deal with all the things...

Bila aku fikirkan benda ni... aku tahu.. aku takkan kawin dalam umur 25... Selain itu.. Biarlah pasangan yang aku nanti dah bekerjaya... sebabnya... at least bila aku kekurangan wang.. dia akan bantu aku.. kalau die tak kerja... aku tak mampu untuk menguruskan semua beban... Itulah kelebihannya...

Inilah sebenarnya sebab aku taknak kawin dalam masa terdekat.. Ramai tertanya2... dan ini lah jawapan aku... Sekian... Terima Kasih...

Hehehehe... Diharap paham ye...!!

Thursday, October 27, 2011

Oktober 2011

October 2011...
A month that can be remembered.... A month of Outstanding... Outbreak... Outlook... Out-breach... and a lot of O.... hehehehe..

Konon blagak nak speaking la.. hadoiyaii... Maleh tul nak update blog.. tp rase cam blur plak kalau takde update ape2... Takpela... Saje la nak kongsi...

Aku ni dilahirkan 2hb Oktober 1987 di Hospital Butterworth.. Time bila dan berat berapa sila tanya mak aku...

Kalau nak kata aku comel ka apa ka... sila wat keputusan sendiri.. hehehe.. gambar aku taknak tunjuk... malu.. kang nampak cam hero hindustan...

Hahaha.. Sudah la pasai benda nih.. simple je intro kehidupan aku kan...

Minggu lepaih aku pi rumah kawan aku kahwin.. Nama dia Mohd Fitri Aznam... Dulu satu batch ngan aku.. Batch komander dan juga batch intake.. July 2005.. hahaha..

Kat sana aku jumpa la sorang lagi member aku yang dah tunang.. Nama dia Syed Zahir (Tok Wan)... adoi... semua pakat duk kawin la tunang la... Bab2 ni memang menyakitkan aku.. pening aku duk pikiaq.. adoih...

Si Fitri + Syuhada + Tok wan + Maziah (Nek Wan) duk hentam aku kaw2 pasal kahwin.. suruh kawin awal la apa la... jenuh aku lagu nih... adoi.. camna tah...

Bab kawin ni memang serabut... takpala.. lagi 2,3 tahun aku pikiaq lain... Hehehe.. Duit duit duit duit duit duit dan duit... hehehehe...

Tukar cerita la.. Masa Birthday aku aritu... Kak aku wat bbq malam bday aku... tak sangka malam tu aku dapat kek.. hehehe.. lama dah tak makan kek ngan family aku.. especially my bday.. hehehe.. aku suap mak aku, abah aku, tok aku dan kak aku yang mengandung.. hehehe... Senyum ja aku.. tu la hadiah aku... to be with my family.. is the best thing in my life.. i would do anything for them.. (Tetibe english side plak)

The next thing is in October, my PA (nebby), i and together with others, we go to Rafting at Slim River (AGAIN.!!!!).. hehehe.. im so excited... not to be there cauze i have been there last month.. but bcz of being together with my friend... We have a wonderful exciting time together.. hehehe... see the pict urself...

Image
Sempoi Aje..!!!
We have bbq together.. playing card together and smile together.. hahahaha... Even celebrate our friends b'day together... Not mine.. im saved.. we eat Secret Recipe's Cake and KFC... at Tanjung Malim... hehehe..

This is what I do in October.. other than that its all about work work work work... U have to work until u die... Even u do nothing still it is a work.. hahahaha...

Kaylah.. Thats all folks... My update on October 2011... Nothing much to say...


Monday, October 17, 2011

Nama Yang Amat Panjang

Sedang aku ngah membace FB orang td.. aku terbace benda nih.. Korang baca la dulu.. Tergelak aku..!!
 ______________________________________________________________________________

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

"Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

_________________________________________________________________

Lawak kan.. Hahaha.. tp tu la.. kita tak tahu.. skarang ni orang suke letak nama anak guna 3 nama.. mana la tahu suatu hari nanti orang akan letak 10 nama ka.. hehehe...

Renung-renungkan..!!!

Tuesday, September 27, 2011

Tak Boleh Kawin Gadis Sekampung

Aku dah dengar cite ni lame dah... Dulu jadi isu lebat.. Seorang lelaki mengeluarkan satu pernyataan iaitu 

LELAKI TIDAK BOLEH / HARAM SAMA SEKALI UNTUK BERKAHWIN DENGAN GADIS SEKAMPUNG

Image
Gambar Hiasan
Lelaki itu membuatkan semua orang bingung. Lalu perdebatan bermula. Lelaki itu dengan bersungguh-sungguh cakap Fatwa dah lama keluar. Dalam Islam pun tak boleh. Lelaki tak boleh kawin gadis sekampung. Memang habis jadi porak poranda.

Ustaz yang ada disitu pun bingung mana fatwa dikeluarkan. Hadis mana yang dipakai dan sebagainya. Bergaduh habih.

Lelaki tu tau semua orang akan pening. Dan semua orang akan menjadi masalah. Die dengan selambernye cakap..


GILA KA APA NAK KAWIN GADIS SEKAMPUNG?? LAKI BLEH KAWIN 4 ORANG JA. MANA BLEH KAWIN GADIS SATU KAMPUNG. HARAM. BTUL LA FATWA JAKIM TU.


Memang la bangang.. Semua belasah mamat tu.. Hahahaha.. Aku bkan apa. Dulu aku ingat Mat Komando dan member aku sorang ni duk wat teka teki pasal benda nih.. Aku pun punya la jawab.. Last2 jawapan bodoh.. Cilakoi toi.

Sekadar Perkongsian... Ppppeeeeerrrrgggghhh..!!!


Ketika Blan Oktober Semakin Menjelma

Asssalamualaikum Dan Salam Sejahtera...!!!

Image
Orange
Blan Oktober semakin menjelma.. aku rasa macam semakin panas plak punggung aku nih... Adoi... Dulu.. waktu memikirkan blan 10... terutama awal blan... tak senang aku... merana... Kalau kat europe (mcm aku penah gi je), blan 10 ni halloween la.. tp kite tak layan bende2 khurafat nih... cume teringat zaman kat U dulu... Time Diploma takut kat Si Aizat... Time Degree takut kat Hery dan Mat Keng... adoih... 

Tp aku tak tau kenapa.. time aku kerja ni pun still takut... hahahaha.. Sbb apa.. maleh la aku nak cerita.. Rujuk link Prank Tak Jadi.... Alhamdulillah.. tahun lepas aku tak kena... sbb apa.. tanya la Si Karipap.. hahahah... Selamat aku.. hehehe...

Aku takde la nak stoly moly sgt.. hmmm.. Cume aku pelik gak blan ni.. Aku diserang 2 human yang agak pelik... 1st skali... Housemate baru aku... Die leh plak baca blog aku.. Yang bestnye die cakap dah khatam.. Hampeh tul.. Segan aku jadinya.. Adoih... Yang kedua.. Bos aku panggil aku masuk bilik dia.. pastu cakap... "Rasyaik, ang cerita kat blog noh apa yang aku cakap" Aku pun ckp dlm hati "what the smurfing???"... Bos aku ni pun baca blog aku...

Sah2 aku dah bengong.. tak leh nih... aku kena ubah... Start dari aritu.. aku dah edit setting.. so far aku dah tak expose untuk Google search aku... selamat aku.. at least.. dia privatize la skit... So.. aku hanya akan expose dalam fb aku je.. 

Setelah 23 tahun aku hidup dalam dunia nih... banyak halangan dan cabaran yang aku hadapi.. susah senang... hmmm.. CINTA -> ada yang mengatakan aku dah tak kenal erti ini.. Aku diam seketika... hmmmm.. .. siapakah yang aku Cinta..!!! Biarlah aku simpan dalam hati ini... kerna hati ini lebih memahami...

Apa da cite sal Cinta.. hahaha.. Tukaq topiq.. Hehehe.. Its have been  a wonderful since I work here... I have experienced and participated a lot of activities and program... Teringat satu benda yang aku takkan lupa dalam hidup aku.. Aku menang pertandingan Bowling antara Staf KYUEM... hehehe.. Dah la menang group.. Dapat plak Hadiah best bowler... Huhuhu.. Senyum sorang2... dengan jatuhan pin sebanyak :
FRAME 1  = 16X (x tu aku lupa)
FRAME 2 =  148
FRAME 3 = 190

Image 


Aku dan En Fauzi
Apa2 pun aku syukur apa yang ada.. Dah lama aku berusaha.. Akhirnya tuhan bagi.. Excellence come with pain..!!

Okeylah.. Thats All from me.. Minggu ni aku nak balik.. Nak berehat.. Cuti hari Isnin... hehehe.. Take Care Everyone..

Bagi yang ngah Final Exam Skarang.. InsyaAllah aku doakan korang berjaya.. Dapat jawab ngan tenang dan gembira.. All the best..

Tuesday, September 20, 2011

Tawaran Biasiswa Di Bawah Skim Tenaga Pengajar Muda

Assalamualaikum...

Hurm.... Baru2 ni sedang aku asyik bekerja dengan jayanya... Aku disedarkan dengan bunyi deringan telefon... Pabila ku lihat telefonku itu, ternyata ia adalah panggilan dari ayahku..

Aku menjawab dengan salam lalu ayahku menyampaikan satu berita untukku iaitu aku telah menerima TAWARAN BERSYARAT BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA dari UiTM.. Wahh... Dasat tul.. tak sangka aku yang selamber badaks ni leh dapat.. Ingat lagi time interview.. Rase macam tak dapat dah.. tp last2 dapat gak.. Adoi...

Orang lain kalau dapat mesti rasa sronok.. YEEEHAAA..!!!.. tp aku... tak seronok malah membuntukan hidupku... Sedikit sebanyak menambahkan kekusutan hidupku... Ade orang cakap.. "ko fikir ape.?? orang bayar ko ambil master.. Ko pergi je la"... orang lain plak cakap "ko kan JPA scholar, mana leh ambil" orang lain lagi "Nanti jadi lecturer bagus.. keje senang.." orang lain lagi cakap "you will waste 7 years + 2 years just to be lecturer where as you can be a manager within that years.."

So aku buat la penilaian secukupnya.. adakah aku ingin jadi pensyarah mahupun ahli korporat. Hmmmm... Kalau jadi pensyarah amat susah untuk sertai korporat.. Tp menjadi ahli korporat mudah untuk jadi pensyarah.. Jadi pensyarah kompem dah selamat sbb kerajaan.. tp ahli korporat blum tentu..

Fikir punya fikir.. Aku dah wat keputusan.. Aku akan ikut perancangan awal aku iaitu bekerja selama 3 tahun untuk experience then get a master.... With or without any scholarship..!!
Itu keputusanku... lantak apa nak jadi..!!

Monday, September 12, 2011

Hujan & Banjir Di Arau..

Salam...
Aku rasa dah penah aku post pasal hujan dan banjir kat Arau ni..

Kesian pun ada. Terharu pun ada. Nak tergelak pun ada. Banjir la katakan..

Cukup la 2 kali pengalaman banjir dari Arau.. Aku cuma nak bt sedikit info yang leh tolong junior2 bile banjir.. Tu pun kalau UiTM Perlis takde air...

Ni ikut pengalaman aku sepanjang karier kat sana la..

1. Jangan duk wat brani nak redah air guna moto atau kreta.. Kalau agak2 kaya nak repair kenderaan tu. Sila la masuk.. leh jadi submarine.. Hahahaha... Pas sangkut.. tolak la sendiri..

2. Beli/simpan/curi air paip/masak sebanyak yang bleh dan simpan dalam bilik. Jangan simpan dalam bilik air. kompem orang kebas.. Bkan apa.. Setakat tak mandi takdak masalah.. tp kalau nak uhuk2.. kes naya beb..

3. Jadi pemancing ketegar.. G memancing.. jangan bawa joran mancing ja.. pa barang.. time2 ni orang bawa jala truih.. baru best.. nampak style... hahahaha...

4. Nak larang tak leh.. tp aku tau.. kompem mesti ada yang nak mandi, redah, menyelam ngan air banjir tu.. Sila la.. pastu jangan lupa mandi air biasa balik.. kang dapat penyakit macam2.. ramai2 pi UK.. Kasi bangunan tu roboh.. Jangan lupa noh..

5. DUIT di ATM... pi ambil sebanyak yang bleh.. sbb aftermath selepas banjir amat menyakitkan hati.. Cuba bayang.. ada 20 sen.. nak pi ATM.. kena beratur panjang.. sampai 3 jam.. duk ja dpn ATM tu tertulis "Duit Dah Abih, Padan Muka Ang".. Mau gila jadinya.. Zaman aku diploma dulu takpala makanan mkn kt dining.. kompem ada.. tp skarang semua kna beli..

6. Jangan duk pakai perfume banyak sampai berlebihan.. Orang leh tau ampa tak mandi p klas.. pakai biasa2 dah la.. ala2 kadar.. janji busuk tak mandi tu leh cover cukup la.. hehehe...

7. Selalunya HEP ni baik hati.. ada ja bantuan makanan sampai.. Hehehe. Apa kata kalau ampa tunggu announcement dari MPP.. hehehe.. Leh dapat makanan free..hahaha.. Wat muka tak malu dah la... Aritu dapat duit Raya sorang RM10 kan.. so tunggu ja..

8. Kalau bleh bagi aku.. Ampa toksah duk balik rumah.. Memang la rumah ada segalanya dan yang penting TAK BANJIR.. tp masalahnya plak.. Final tak lama dah.. takut ampa leh balik.. tp nak mai balik tak bleh.. itu masalah besq tu.. Takkan nak extend sbb banjir weh.. Jangan jadi sakai..

9. Sentiasa study.. dan jangan jadikan alasan banjir tak leh study.. jangan jadi mamat yang tulis blog ni.. wat ayat sedih jumpa lecturer.. last2 lecturer tu gelakkan dia ja.. padan muka.. hahaha..


Cukup la kot 9 benda nih.. lebih2 bkan korang nak baca.. tgk pun tak... Apa2pun aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

2. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT HARI MALAYSIA

3. SELAMAT MENEMPUH UJIAN PEPERIKSAAN AKHIR (FINAL) PADA SEMUA PELAJAR UiTM. SEMOGA MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG. INSYAALLAH..

p/s : - tips aku blajar leh tgk nih http://rasyaik.blogspot.com/2010/10/pengisytiharan-perang.html

Thursday, August 25, 2011

Idolaku Sewaktu di Universiti.!!



Assalamualaikum...!!!
Salam Hormat...!!!
Salam Sejahtera...!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak...!!!
Salam Selamat Hari Raya..!!!

Hari ini aku ingin berbicara tentang idolaku sewaktu di Universiti. Kenapa ingin ku perkatakan tentang itu kerana dari idolaku inilah aku mendapat ilham dan menjadi seseorang seperti sekarang.

Pada ketika di Universiti, aku tidak mempunyai seorang sahaja IDOL. Tetapi banyak. Akanku perjelaskan satu demi satu tentang Idolaku tentang mengapa dia dipilih dan apa jasanya yang dilakukan kepada universiti.

  • Idolaku dalam AkademikImage
Nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana mungkin apa yang aku sebutkan ini akan menyinggung perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah mempunyai ciri yang selalu failed dan repeat paper. Tetapi beliau akhirnya lulus dan mendapat segulung diploma mahupun Ijazah. Aku menjadikan beliau sebagai Idola dalam akademik
kerana ketabahan beliau, kesungguhan beliau dan keiltizaman beliau dalam mendapatkan diploma. Aku memilih beliau kerana aku lihat kuat sedangkan beliau tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan masih boleh memiliki diploma sedangkan aku yang cemerlang sedikit merasakan kepayahan. Oleh itu, aku cuba menggunakan daya kerjaku, fikiranku, inovasiku dalam mencapai lebih dari apa yang beliau capai. Bkan aku melihat cara beliau belajar tp aku melihat cara beliau menangani tekanan akademik. Perkara inilah yang telah membuatkan ku melakar kejayaan sehingga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Rujuk link Kejayaanku ini.

  • Idola dalam Sukan
Idola ku dalam sukan ialah sipulan bin sipulan (lupa nama da.) Kali ini aku menjadikan beliau sebagai idola adalah kerana keazaman beliau dalam ingin bersukan. Beliau bukanlah atlet mahupun memiliki stamina yang kuat. Beliau juga tidak mewakili mana2 kumpulan tetapi beliau sentiasa ingin mencuba. Beliau berusaha untuk menguatkan diri dan cuba untuk mencabar orang yang lebih kuat sedangkan beliau tahu kemampuan beliau hanyalah kecil. Semangat ini lah aku jadikan idolaku. Berdasarkan beliaulah aku mencuba pelbagai sukan yang boleh diceburi bagi memberikan aku satu pengalaman. Disitulah aku pelajari semangat sepasukan. Aku berpengalaman dalam menjadi pasukan kalah, kalah dan terus kalah. Kadang-kadang je menang. Tak mengapa bagi diriku kerana aku puas dalam mendapat peluang untuk bersukan.

  • Idola dalam Pengurusan (Management)
Kali ini terus terang aku menyatakan bahawa idola pengurusan terbaik bagi aku datangnya dari En Zailuddin Ariffin. Seorang pensyarah Kimia yang begitu dikagumi. Aku sempat berkhidmat dengan beliau dan bersama beliau sewaktu diriku menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Pembantu Minggu Mesra Siswa. Memang kadang2 keputusan yang dilakukannya agak tidak disenangi tetapi kalau diikutkan ada kebaikannya. Tegas dan berani dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun beliau tidak menjadi FEVERET dalam semua orang tp kita kena ingat, Semua yang dirancang berjalan lancar dan menjadi satu contoh bagi semua orang. Bak kata Ahli perniagaan, "U will be a good leader when everyone dont like u". Oleh sebab itulah aku cuba menjadi seperti beliau. Tp sampai sekarang aku masih gagal. Alhamdulillah waktu aku kerja pun aku dapat bos sebiji macam beliau. Executor punya style. Kalau diorang nak sesuatu, pasti ia akan dilakukan.
Image
  • Idola dalam Komander
Idola aku yang ni tak lain tak bukan Mohd Yassir Bin Kamil. Seorang yang sama batch denganku tetapi memiliki perwatakan yang hebat. Beliau cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dalam Kokurikulum iaitu KOMANDER KESATRIA. Beliau adalah merupakan Komander Kanan (Ketua segala komander) di UiTM Perlis pada ketika itu. Aku pernah berkhidmat dibawah rejim beliau. Sungguh terbuka dan menarik cara pengurusan beliau. Aku cuba untuk menyaingi beliau dalam cara2 lain tp masih gagal. Akhirnya aku bekerjasama dengan beliau. Aku memang berbangga mempunyai Idola seperti beliau.


Ni la serba sedikit tentang Idolaku di Universiti iaitu UiTM Perlis. Apa kata kalian pembaca sama2 menulis tentang idola dirimu dan berkongsi di blog ini. Kita lihat sama-sama idola yang kita sanjungi dan juga idola yang kita ingin cabar untuk menjadi lebih hebat dari idola kita.

Sekian, Terima Kasih..!!

RAPLA JINGGA BLEYH..!!

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung.. Edisi Raya la Pulak..!!

Balik kampung???
Bila??? Kat mana?? Dengan apa??? Dengan Siapa???

Image


Persoalan itu timbul apabila nak raya. Di saat ini sudah ada yang balik raya dah. Apa bleh wat. Disini aku cuma nak pesan kepada diri aku dan rakan2 tentang tatacara nak balik raya secara aman dan selamat...

1. Beli tiket bas, keretapi, kapal terbang, basikal, motosikal dan sewaktu dengannya awal2 dan pilih kenderaan yang cun dan comel.. Hahaha.. Sapa takdak tiket, cari alternatif lain.. sapa ada tiket lebih.. jual la kat member... kesian... Dont buy from ulat tiket... U know what will happen right..!! its your call.!!

2. Sapa naik kenderaan sendiri - pastikan kenderaan anda diservis tip top.. kasi mantap beb.. cuci kasi kilat bagi nampak muka balik... balik raya nanti.. leh tunjuk kat awek cun... (yg dah ada awek tak leh tunjuk.. nanti kena pang!!).. Servis dengan balang oliginal.. Dont save budget but save ur life..!!

3. Jangan bawa laju2 sangat.. stakat 150 - 160km/j tu okey la.. Hahahaha.. ingat orang tersayang.. yang berada dirumah, direban, dikandang mahupun dimana ia berada... Bawa tu berpada2... ikut pada tempat.. jalan kampung bawa la slow.. highway tu okey la gak.. so.. dont drink and drive kay..!!

4. Baca doa sebelum memulakan perjalanan.. Jangan tau doa cepat kaya ja.. doa keselamatan itu penting.. tak kira naik kenderaan awam ataupun kenderaan peribadi... BACA DOA..!! Moga Allah permudahkan perjalanan kita hendaknya..!! InsyaAllah..!!

5. Sapa naik kenderaan awam.. Habaq semua orang kampung, orang daerah, satu mukim yang ampa dah nak balik.. Baru meriah.. orang sambut ngan pelita, tombak, panah.. Hahahaha.. Yang penting family la.. At least diorang tahu korang dah nak balik.. Bagitau tarikh.. bila naik kenderaan awam tu.. bila agak2 sampai..

6. Sewaktu perjalanan, jangan duk drive sampai 25 jam tanpa henti.. punya la banyak tempat rehat.. berhenti la sat.. tak lama mana pun.. 30 minit memadai... Kalau malam.. leh la makan... tibai nescafe tarik panas2.. kopi ka.. cicah ngan roti.. ermm.. sedap... tp kalau siang.. jangan duk wat pasai.. kang pang..!! kena ngan orang tersayang.. hahahaha...

7. Jalan akan selalu jem.. (bkan jem cicah roti) tp traffic jam.. Sebab semua nak balik raya.. Terutama Highway PLUS, jalan ke KELANTAN... paham2 la.. semua nak balik.. tp mau sabaq.. blan posa kena sabaq.. bawa bertendang.. hiburkan diri anda dengan dendangan lagu raya... Jangan menangis plak.. kang orang lain tgk pe hal plak dia nih...

8. Sentiasa sediakan duit lebih dalam poket.. bkan apa.. kita tak tau apa akan jadi.. mungkin kita akan perlukan duit itu nanti.. takyah la bawak cek.. mampuih orang lain nak cheque in nanti.. bawa duit pun tak perlu sampai RM5,000.. ala2 kadar ja..

9. Pack barang sebelum gerak.. pack cukup2.. wat list betul2 sebelum nak balik raya.. kang tertinggal nu.. tertinggal ni.. tak sronok nak raya.. kalau bleh... sediakan sehari awal.. baru layan feel nak raya... haahha... Dan sapa yang dah ada anak pinak... dalam list tu jangan lupa anak.. kang nanti semua bawa balik.. tp anak tertinggal baik punya kat rumah.. hahaha...

Tu la serba sedikit pasal tatatertib balik raya yang bleh dikongsi, diteladani dan ditelan beramai2.. semoga semua perjalanan pergi dan pulang selamat hendaknya...
Kirim salam kat family semua ye apabila dah sampai.. Cakap Abg Comey Rasyaik kim salam.. (jangan muntah na..!!)

Sapa2 agak2 duk plan nak raya.. mai la rumah aku.. Tgk post aku tahun lepas di Rumahku Syurgaku Edisi Raya la Plak

Setakat itu sahaja.. Taking Care.. Always look beautiful kay..!! Senyum Sokmo..
Assalamualaikum..!!


ImageCopy from above link.!!

Tuesday, August 16, 2011

Puasa, Puasa & Puasa


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Selamat Pagi kepada pembaca yang baca pagi..
Selamat Tengahari kepada pembaca yang baca tengahari..
Selamat Petang kepada pembaca yang baca petang dan malam..

Image
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENGTOPUP IBADAH ANDA

Image
Saja nak menulis.. gatai tangan plak.. Sebab nakal blan posa kut.. hahaha... Nih nak habaq la.. 2 minggu sudah berlalu... kejap je.. pejam
celik pejam celik.. toinggg... 2 minggu dah... hahaha..
Tinggal lagi 2 minggu nak puasa... adoih.. kejap plak masa berlalu.. tensen tul..


Blan Ramadhan kali ini aku pelik skit.. tak tau pasaipa 2 minggu berturut2 aku balik penang.. huhuhu.. Bkannya dekat.. jauh tu... Dari Lembah Beringin Ke Penang.. Dalam standard kereta/moto 4 jam perjalanan.. hahaha...

Minggu 1st tu okeyla.. sbb nak berbuka puasa ngan family.. heppy giler.. hehehe.. ye lakan.. ngan family.. itu lagi penting.. Pastu minggu ke2 pun aku balik.. sahur ngan family.. pastu trus gi UiTM Perlis.. <-- Member aku cakap baik aku kawin ja ngan orang sana.. asyik gi perlis memanjang.. gila toi.. Hahaha..

Image
Aku bkan apa.. aku cuma rindu ngan suasana berbuka di Perlis. sbb tu aku ajak En Izwan and the geng berbuka kat sana.. Alhamdulillah.. impian aku dipermudahkan Allah... aku dapat gak berbuka puasa kat sana.. Dia blanja makan Secret Recipe.. hehehe.. Sedap.. Free lagi kan.. memang sedap...

Image

Bulan puasa ni kita kena banyakkan sabar la... Harga
makanan memang melampau naik.. Kita kena terima seadanya.. Sbb diorang (Peniaga) ni pun nak ambil kesempatan untuk berniaga untung. Bkan apa.. diorang gak leh beraya nanti.. Anggap ja macam kita bersedekah kat diorang.. Sedekah kan amalan mulia.. terutama blan Posa nih..

Banyak yang cakap bulan posa ni membentuk kita.. tp kita tak sedar yang kita hanya lakukan dia pada blan Ramadhan ja.. blan lain kita tak lakukannya.. alangkah ruginya... kan best kalau kita dapat laksanakan terus.. tp tu la.. aku tegur kat diri aku gak.. hahahaha...

PERLIS ooo PERLIS.. hehehe.. sori la.. aku tak gitau semua orang aku gi UiTM Perlis minggu lepas.. bkan apa.. maleh.. nanti semua banyak tanya.. aku nak pi pun sekadar untuk berjumpa member2 yang lama terpisah... antaranya MAT KENG, FAYAD, SEAH, BUNCHO, ZAID, EN IZWAN dan lain2.. ramai kalau nak sebut.. SEAH tu spesel skit.. hahaha.. tetttt..!!!
Image
Aku suka buka posa ramai2.. tp kadang2 aku kena terima hakikat.. aku di Perantauan... berbuka

puasa sorang2 tu amalan biasa.. aku kena tabah dan senyum.. sbb tu aku semangat gi jumpa member aku.. walaupun aku terpaksa penat, lelah, jauh, tak larat.. aku kena tempuh semua.. huhu.. Cuba fikir... 4 jam dari LB - PENANG.. Pastu 2 jam 30 minit lagi dari PENANG - ARAU.. Esok tu balik plak... macam tula.. tp semangat tu lagi penting... Hehehe...

Hmmm.. hehehe.. Sekadar berkongsi apa yang aku lalui dalam 2 minggu.. Hehehe.. thats all.. Berjumpa lagi ye...


Monday, August 1, 2011

Boolllaannn Puuuaassaa..!!!

Oooohhhh... Bulan Puasa...
Cepatnye Engkau Datang...
Tak Sempat aku nak posa sunat banyak2...

Aku teringat time KENAKALAN Aku di UiTM Perlis.. Time bulan Posa.. Hihihi... Antaranya..

1. Main Mercun. Kat Pulai banyak kali time Pt 1 Diploma dan Jati sekali time Pt8 Degree.. Pembuka dan penutup.. Kat Pulai banyak kali main.. Tak kantoi beb.. Tp Jati sekali ja aku baling.. Teroih Kantoi..!! Cikgu Salehuddin tangkap aku... Tp Hasil rundingan damai.. Aku slamat. Malu Beb..!!

2. Sambut Birthday Rakan2. Bkan bagi Kek.. Tapi bagi kenangan yg tak leh lupakan.. Prank la citanya.. balun sampai tak sudah..!! Refer Entry Ini.! Memang Merapu Giler ar.. Kesian sape yang terkena.. Redha Ja la kan.!

3. Pau orang makan..!! Biasa la time buka posa duk wat bek ngan orang.. Pastu wat ayat skit dapat la aku makan free.. Hihihihi.. Terok kan. Tp janji makan Free.. Ape aku kisah.!! (En Izwan jgn lupe ye blanje Secret Recipe Tahun Nih)..!!

Image
4. Lawan Game Bola (FIFA 2008 paling kaw) ngan Roomate. Kalau stakat lawan je takpe.. Masalahnya kami menyumbangkan suara penyokong sampai satu Kolej dengar.. Sampai RS datang bagi Hadiah la.. Hihihi..

5. Gerak orang bangun Sahur. Macam baik. Tp yang tak baiknye cara gerak tu. Dengan percik air. Dengan Main kaki orang. Ketuk pintu sampai pecah.. Pastu menjerit kat telinga orang..

6. Kacau orang study pas terawih.. Kalau stakat kacau ajak men game pe barang.. Kacau dengan pakai kain putih pastu g jenguk kut tingkap kat bilik member.. Ape yang korang fikirkan kalau aku wat camtu?? hihihih.. Hantu ler.. Mau tak menjerit.. Hilang 1000 ilmu dalam kepala..

7. Ni akibat aku nakal. Aku jadi mangsa. Mangsa kentut oleh MAT KENG dan IZNOOR.. tau depa wat camna.. depa mai bilik aku time sahur.. baguihnya duk sembang ngan aku.. pastu dia kentut kuat2.. bagi bau power.. pastu depa dua keluaq.. kunci dari luaq.. memang bangkai la rasa.. Sabo jela...

8. Yang kesiannya.. Aku ni semakin hujung hilang terawih.. Tahun lepas kat UiTM Dah la.. seminggu ja buka puasa kat bilik.. lagi 3 minggu kat luaq.. direct lak tu.. terok tui.. memang hilang punca.. tp tula.. tahun ni azam kena lebih la...

9. Memancing di petang hari.. Aku teringat time tu pas FESKEM yg tak jadi penutupnya akibat penyakit H1N1.. Program kami terpaksa dibatalkan.. Last2 hari pertama posa aku, heri, mat keng, karipap, yein g memancing kat tasik beringin.. banyak ikan keli dapat.. memang la dapat banyak 3hr sebelum tu kami dah lepaskan untuk pertandingan.. last2 kami yang tibai sendiri.. sapa suruh batal.. dah tu plak. dugaan Allah bagi hujan lebat dari pukul 5.00 ptg sampai buka posa.. kami memancing dalam hujan lebat.. best gila..!!

Hahaha.. ni la kenanganku.. Ada lagi nakal2 yang len.!! Stay Tuned.!!

Saturday, July 30, 2011

Konvoi Ke Teluk Batik

Image

Assalamualaikum...
Hye..!! Apa Khabaq Semua??? Lama tak nampak??? Mana tercampak??? hahaha..
Baru ja lepaih tengok bola Malaysia FA lawan Chelsea..
La ni nak crita la skit ttg program yang aku baru pi aritu.. Tengah2 blan 7...
Aku join Konvoi LC135 ke Teluk Batik, Setiawan, Lumut, Perak Darul Ridzuan...

Program ni nak habaq kat ang... Dianjurkan oleh rukun tetangga Taman Tempua di Kalumpang, Selangor Darul Ehsan... mesti pelik kan.. dengaq nama Kalumpang... hahaha.. Kompem kalau aku tanya semua tak tau kat mana.. Kalumpang ni dekat daerah Kuala Kubu Bharu.. Sama la ngan Lembah Beringin pun.. Tak la jauh mana.. dalam 10km jer.. Tu pun member aku yang ajak.. Aku join ja.. (muka tak malu).. Mau tak malu... makan free, tempat tidoq free, tshirt free.. tak mau lagi ka??? Minyak ja sendiri... (Tak mahal pun)..

Program ni terdiri daripada remaja taman tu termasuk diiringi oleh bapak remaja (pencen askar).. Depa ni yang organize.. So.. orang tua + orang muda + remaja = disiplin ok.. takdak la kami merempit.. Kami dengaq taklimat cara konvoi.. semua lah.. disiplin.. memang baguih la.. Nama team diorang ni TEMPUA 4 STROKE.

Kami bergerak pada pagi sabtu 23hb Julai 2011.. Berkumpul kat taman tu.. Ada la dalam 30 Biji motosikal majoriti LC 135 dan sebiji Van.. Model baru dan lama... Hehehe... Kitorang bertolak pukul 9.00.. Perjalanan kami dikawal oleh 3 orang Marshall dan 2 orang Polis (Sorang tu member aku).

Kalumpang -> Tanjung Malim- > Slim River - > Sungkai -> Bidor -> Teluk Intan -> Setiawan -> Teluk Batik
Perjalanan = Dalam lingkungan 3 Jam 30 Minit.

Berhenti dekat Sungkai dan Teluk Intan untuk buh minyak. Hehehe. Tapi dalam perjalanan. Memang dugaan gila sbb hujan lebat giler.. adoih.. memang mandi hujan.. basah abih.. Sabo je la.. Dengan berbekalkan LC135 kesayangan aku.. Akhirnya aku berjaya merempuh segala cabaran..
Kami sampai dalam pkul 12.30 tgh hari.. Makan kat sana.. pahtu pi homestay... kat Setiawan.

Sampai ja depan homestay tu.. bapak gila punya best.. rumah banglo beb... FULLY FURNISHED.. aircond ada, astro ada, water heater ada.. macam2 ada.. memang layan gila.. okey la.. kami dalam 40 orang duk satu rumah.. 2 tingkat.. 3 bilik air dan 4 bilik.. memang sempoi dah.. cukup la untuk kami..

Petang tu kami lepak kat Teluk Batik untuk mandi... sampai sana.. jumpa Ara ngan Marina.. lepak la sana skali.. hehehe.. Dapat makan buah buatan depa.. Ara blanja aku eskrim.. Tima kasih Ara.. nanti blanja lagi.. Nak jumpa Iznoor tp mamat ni balik perlis plak dah..

Malam tu kami lepak kat umah bersiap sambil tgk bola.. memang geram gak ar.. sbb 1st half kena 4-1... mau tak hingaq gila satu rumah... Pastu 2nd Half kami pi makan kat Setiawan. Nasi Ayam Mama.. (kononnya femes ler).. taktau la btul ka tak..

Pastu.. ronda-ronda la... Setiawan -> Lumut -> Marina Island -> Homestay (tidoq)..

Esok pagi kami bangun awal2.. baguih tak?? pukul 6 dah bangun solat mandi semua.. Mau tak bangun awai.. ada 40 orang nak berebut 3 bilik air.. baik aku sarbat dulu... Pahtu kami sarapan dalam 8.00 kat kedai.. Then kami teruskan perjalanan ke Kg depan TLDM.. untuk program KHIDMAT MASYARAKAT.. Baguih tak kami?? hahaha.. kami tolong bersihkan kawasan kubur, kawasan surau dan kawasan sekitarnya.. Sebagai habuan.. Kami dapat makan durian... Hahahaha.. Memang silap ar.. Tak berenti aku tiebai..!!

"AKU NI HANTU DURIAN + LAKSA"

Hahahaha.. Teruskan.. Pastu kami pusing2 last la KG DEPAN TLDM -> TELUK BATIK -> LUMUT . Pastu kami pun pulang...

LUMUT -> SETIAWAN -> KG MANA NTAH (Dkt swh padi makan kenduri daging kerbau) ->TELUK INTAN -> SUNGKAI -> SLIM RIVER ->Tg MALIM -> KALUMPANG

Pas doa slamat sampai.. taklimat skit2.. kami pun beredar balik Lembah Beringin. Alhamdulillah.. semuanya selamat.. Memang satu pengalaman yang manis.. dan Hebat.. Kalau bleh aku memang nak pi lagi.. What a wonderful moment..

ImageMoto Kesayangan Aku..

ImageBaru Sampai.. Kebasahan Dan Keletihan.. Tp Enjoy..
*Pakai baju free..

Image
Member aku Hamizon yang jadi Polis jaga jalan.. Takyah tunggu Traffic Light

Image
Secara Keseluruhan.. Memang Sempoi..!!

Monday, July 25, 2011

Malaysia (Olympic Team) vs Chelsea


Assalamualaikum...
Salam Sejahtera... Salam Hormat... Salam Muhibah... Dan Salam Negaraku Tercinta...

Apa khabaq semua... Tu dia.. lama cek tak cakap bahasa utara.. al maklumla.. duk lekat kat Selangor ni.. dah hilang punca nak cakap Penang... Kalau tak kat Mat Keng (Shahmi) mampoih aku.. Mau dia kutuk aku setahun... hahaha..
Image

Tarak pa.. ni nak habaq.. Aritu Malaysia lawan Chelsea aku pi tengok.. Bapak best gila.. Bkan apa.. memang lama dah nak tgk.. tp takdak rezeki.. nak jadikan cerita ada seorang junior aku yang pernah pengsan time MMS dulu.. dia msj aku habaq ada tiket lebih lg dua... mau tak mau.. aku sebat ar.. peluang keemasan tu... Kredit tu "JAJA"... Harga rundingan dapatla dalam RM45.. Harga sebenar RM58.. Jadila.. hahaha.. aku pi ngan member aku sorang lagi yang fanatik Chelsea gak... Aku pi sana bermotokan..

"I AM A CHELSEA FAN BUT I LOVE MALAYSIA FA"

Hahaha... Aku pun sampaila Stadium Negara Bukit Jalil.. Pergh.. Memang ramai gila orang kat situ... Adoi.. jenuh aku.. Aku masuk dalam stadium memang ramai gila... Orang kata macam penyokong gila sokong Chelsea.. tp padahal ape yang aku nampak... MALAYSIA'S FAN lagi ramai dan menggilakan.. hahaha... Terbaek wok...
Image
Aku tgk game tu dgn keadaan yang cermat.. tak mau miss apa2 kalau bleh... Aku saksikan kekebalan defense kita yang amat dasyat.. memang aku puji gila ar defend.. cuma masalah team kita nih.. takdak offence... striker tak power.. peluang pun tak banyak...

Conclusion for the game.. Chelsea have almost all the procession.. they have a good passing momentum and also good control of the ball.. however.. they are very lack of finishing because Malaysian Team are more good than them.. bla bla bla.. duk wat tera plak speaking.. hahaha.. gol drogba pun besa2 ja.. tak cantik mana... tu pun nasib ja gol.. kalau tak.. kita seri.. Power tul Malaysia FA (Olympic team nih)
Image

ImageImage
Sekian...

Saturday, July 16, 2011

Kena Marah Bos Sbb Exam PTD

Salam...
Nak cerita nih..

Dulu dalam hujung blan lepaih.. bos aku ada panggil aku masuk dalam bilik dia...
Dia cerita kat aku pasai aku patut cari kerja lain yang lagi mencabar.. Dia kata kat KYUEM tak berapa nak menaikkan semangat kerja ang.. Tak sesuai dengan aku.. katanya la..

Aku pun habaq la kat dia.. aku ada Exam PTD pada 16.8.2011. hari sabtu.. hari kerja.. pastu dia kata pi la try.. ambil cuti.. aku senyum ja.. mula2 macam nak pi la.. pastu pikiaq punya pikiaq maleh la.. PTD macam2 exam.. susah lak tu.. maleh ar aku...

Nak jadi cerita.. aku wat bodo sampaila semalam.. time aku duk ngan bos aku dan staff lain duk sembang2.. ada la staf sorang ni cerita sepupu dia masuk kerajaan.. bos aku pun cerita anak buah dia masuk kerajaan.. pastu dia teringat.. dia tanya aku... Exam ang bila.. aku jawab... esok.. hehehe.. dia kata pi tak.. aku cakap la tak pi... pastu dia tanya aku awat?? aku ckap malas dan sebb member duk cerita mcm2 pasai PTD...

BOS : Sapa masukkan duit dalam poket ang??
Aku : Saya..
BOS : Member ang tu sapa duk habaq kat ang?? ang ikut member ang wat pa. Dia bkannya masa depan ang..
AKU : takpala bos. saya malas nak gi kut.
BOS : bla bla bla bla bla bla
AKU :
BOS : Aku nak ang pi ambil form skarang.!!!.. Isi skarang gak..!! Balik petang ni gak..!!
AKU : Takpa la. Saya tak balik kut.
BOS : Aku cakap ambil skarang..!! ambil la.!!. Degil tul.
AKU : Baik bos..

Dengan itu aku pun balik la.. persediaan apa takdak.. bertolak 5.00 ptg.. sampai penang 8.30 Malam... lepaih balik sembang ngan abg ipar aku.. sembang ngan kak aku, pak aku dan mak aku... Pastu tidoq.. haram pa tak baca.. haram pa tak tau.. esok pi tibai ja..

16.8.2011
Aku masuk dalam dewan MRSM Kepala Batas.. wat muka slamber.. ambil la exam tu.. ada 5 bahagian.. 1. Pengetahuan AM 2. Daya menjawab soalan (Matematik) . Tak leh pakai kalkulator. 3. Pemahaman. Baca petikan jawab soalan. 4. Esay bahasa Melayu 5. Esay bahasa Inggeris..

Aku wat no 1,2,3 bleh la yakin... tapi no 4 terus rasa rugi gila.. Dari 3 essay plih satu.. Tajuk yang aku ambil pasal Teknologi Nuklear menggantikan sumber tenaga di Malaysia. Bincangkan.. Aku pi la bangkang.. aku tak nak sbb bla bla bla... bila dah abih.. tinggal lagi 15 minit.. adoi.. baru aku teringat.. sepatutnya aku kena sokong.. patut bagi pendapat lagi bernas.. aku ni negative thinking dan stereotype.. adoih.. rugi gila...

Mai satu lagi no 5.. aku dah maleh la.. goreng skit2.. pastu tawakal je la.. Aku dah buat semuanya.. aku tawakal jela.. nak wat camna...

So skarang kena tunggu 24.8 untuk keputusan.. Sebenarnya.. aku tak kisah sbb aku tak ready.. tp manala tau kan.. rezeki Allah.. tiba2 aku dapat teruskan untuk peringkat seterusnya.. mana la tau kan.. Kalau dapat.. mau aku golek2 atas padang sbb terkezut.. hehehe.. tp kalau aku tak dapat.. Aku redha ja la..

Sebelum aku start exam td.. aku msj bos aku.. cakap kat dia aku nak ambil exam tu. dia tulis dalam msj

"SEMALAM ANG BODOH. HARI INI ANG JADI BUDAK BAIK"

Mendalam ayat dia.. hahaha.. Apa2 pun thanks TUAN SYED HANAFI SYED HASSAN diatas paksaan mu itu.. aku dapat pengalaman ambil ujian PTD.

Sunday, July 10, 2011

Berani ke Tak Ini Adalah Pandanganku

Salam.. Apa yang ingin disampaikan sini adalah mengenai pandanganku.. Tiada kene mengena dengan apa jua keadaan. Aku cakap mengikut pandanganku.. Sesiapa tak suka atau suka ikutlah kepada hati naluri sendiri.

Yup. Blog sana sini tulis benda nih. Paper sana sini tulis benda nih. Macam2 lagi tulis benda nih. Tak lain dan tak bukan "CLEAN" @ "BERSIH 2.0". Ade orang cakap kat aku diorang ni nak jadi CLEAN atau CLEANER. Ada orang cakap kat aku menyusahkan orang sana sini dan macam2..

APa yang aku ingin sampaikan adalah berdasarkan fakta. Mungkin tambahan sikit dari pandangan dan juga pemikiran. BERSIH adalah satu pertubuhan HARAM <- Haram sbb tak didaftarkan menjadi Halal. Kalau diorang hantar permohonan pun kompem tak lulus.

BERSIH adalah satu pertubuhan gabungan NGO yang inginkan pilihanraya yang telus dan penuh integriti. Tiada penipuan dan sebagainya. BERSIH menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan pilihanraya Umum dengan lebih baik dan efektif. Setahu aku untuk kali ini mereka mempunyai 8 tuntutan, ada yang logik dan ada juga yang tidak logik tp tak mustahil.

Setelah lama mereka menuntut dari SPR, tetapi SPR tidak dapat menjawab kesemua tuntutan mereka kerana ia Pro Kerajaan <- Kata seorang Academician. Oleh itu, BERSIH cuba untuk menggunakan cara yang lain iaitu Mendemonstrasi bagi menunjukkan sokongan Rakyat terhadap Intergriti.

PARA CENDIAKAWAN & HEBAT VS KERAJAAN + POLIS

BERSIH ini diketuai oleh Ambiga iaitu bekas Ahli Peguam Negara. Bersih juga didokongi oleh Para Akademik, Para Cendiakawan dan juga Orang2 Hebat. Kenapa??? Mengapa??? Kerana mereka sudah bosan dengan Suasana Politik Malaysia yang penuh helah dan tiada amanah..

Akan tetapi, MALAYSIA adalah merupakan negara yang paling aman, harmoni dan selamat. Setelah sekian lama Malaysia telah mengekalkan suasana itu. Kenapa dan mengapa ia perlu diadakan demonstrasi??? Aku pernah dengar bahawa "tak larat dah BERSIH duk kejar SPR.. Depa wat dunno ja.. Bukan kami tak wat secara baik. Dah wat tp depa bolayan. La ni kami wat la cara Demonstrasi. Bkan kami nak guling kerajaan macam Mesir, cuma nak menunjukkan semangat menyokong keadilan.

Kejadian demonstrasi BERSIH pada sabtu tempoh hari telah menyebabkan kesesakan yang terlampau. Menyusahkan semua orang. Kedai habih tutup. Dan Ekonomi Malaysia jatuh buat seketika. Inilah akibat dari perbuatan Demonstrasi. Yang sesak sampai ke Shah Alam dan Tempat lain bkannya apa. Polis yang wat Road block. Tu je.

Aku rasa agak OK tuntutan BERSIH dalam mencari Keadilan. Cumanya kalau bleh takyah la wat sampai menyusahkan orang ramai. Seteruk2 mana pun kita adalah negara Demokrasi. Kita masih ada pelbagai cara. Ingatlah wahai orang2 hebat. Tak perlu Demonstrasi. Cari cara lain. Cara Keadilan melalui cara lain. Kita adalah negara membangun. Kita adalah serumpun. Kita adalah 1 Malaysia..

Dan.. Minta maaf Polis dan Kerajaan. Saya bukan nak menunjukkan kesalahan kamu. Tp setelah difikirkan dan dibicarakan oleh para cendiakawan. Saya mendapati yang menjadikan BERSIH 2.0 ni hebat adalah KERAJAAN DAN POLIS SENDIRI. Kerana apa??? Kerana desakan melalui media massa. melaui pelbagai Corong dan lorong untuk menunjukkan BERSIH ini kotor. Kononnya ada molotov Cocktail la parang la.. Asal tangkap mesti ada parang.. Come on la.. Korang yang telah MEMPROVOKASIKAN BERSIH kepada masyarakat menunjukkan Rakyat lagi menyampah..

AKU ADALAH MANUSIA... AKU MENYOKONG DASAR-DASAR MURNI KERAJAAN dan aku menyokong sepenuhnya KERAJAAN dalam menjadikan negara membangun seiring dengan negara-negara maju dengan Menjadikan semua sektor dalam negara hebat.. Syabas MALAYSIA.. SYABAS BARISAN NASIONAL DAN SYABAS UMNO...

Aku adalah penyokong Kuat UMNO.. Bkan penyokong pembangkang.. Maaf kalau buat korang keliru. Aku terus terang.. AKU SOKONG UMNO atas DASAR PERJUANGANNYA yang inginkan Melayu di tahap yang hebat dan seiring dengan semua bangsa. Aku sokong UMNO kerana DASARNYA menjaga kebajikan serta kekuatan bangsa Melayu. Aku menyokong UMNO kerana DASARNYA dalam Mempertahankan Agama Islam sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN dan juga aku meyokong UMNO kerana DASARNYA mendaulatkan YANG DIPERTUAN AGONG sebagai Ketua NEGARA.

Aku boldkan DASAR kerana atas DASAR. Bukan aku sokong UMNO kerana politiknya. Bukan Kerana wangnya. Bukan kerana dasar kekeluargaan. Bukan kerana Kuasa miliknya. Bukan kerana harta dan pangkat.

Aku ada berbincang dengan rakan-rakan lepasan graduan universiti. Yang dah mendaftar sebagai pengundi sepertiku. Kami blur. Sbb. Siapa perlu kami mengundi??? Kalau nak sokong kerajaan, kami taknak sokong duit, rasuah, penipuan dan kekurangan integriti yang ada. Kalau nak sokong pembangkang, adakah Kerajaan baru mampu menjadi seperti Kerajaan Sekarang yang Hebat.. ataupun takkan kami nak menyerah Maruah MELAYU kalau undi pembangkang. RAMAI MAHASISWA KELIRU..

walaubagaimanapun. Ingin sekali aku menyatakan bahawa ini cuma pandanganku. Fakta sedikit. Pandangan dan pemikiranku yang banyak. Jangan Tangkap aku ye. Cuma kata2 aku sahaja.

AKU PENYOKONG PERJUANGAN UMNO TETAPI DIATAS PAGAR KETIKA MENGUNDI

Sekian. Terima KAsih...

Friday, July 8, 2011

Program Santai OC 2011 di Genting Highland

Assalamualaikum kepada semua umat Islam dan salam sejahtera kepada bukan Islam...

Tajuk kami pada hari ini adalah mengenai Program Santai OC 2011..
Program ni bertarikh 1-3 July 2011 bertempat di GENTING HIGHLAND....

Bagi aku yang ke 9 kali jadi OC.. ini adalah merupakan program bercuti kali ke 2 Untuk geng2 OC..
1st time dulu kami wat kat Langkawi.. Time tu aku baru part 5 degree account.. tahun 2009...

So, pada kali ini.. Atas inisiatif boring tak tau nak wat apa.. Aku menganjurkan satu Program untuk OC iaitu PROGRAM SANTAI OC 2011. Pada mulanya aku blur nak wat kat mana.. Tp dengan dorangan dan iringan Shezrin Hawani Hamzah, dia mencadangkan Genting... Maka dengan itu terjadi la...

Tarikh asal Program ini adalah pada 23 -25 Jun 2011... Tp disebabkan Hotel penuh akibat Singapore masih cuti skolah, maka dengan itu, Pihak penganjur terpaksa menukarkan tarikh tersebut kepada 1- 3 July. Pertukaran tarikh tersebut telah mengakibatkan beberapa rakan baik tak dapat ikut serta. Sedih sgt2... Apa bleh buat..

Pelbagai halangan dan rintangan dihadapi dalam menjadikan Program ini satu realiti iaitu seperti tarik menarik peserta.. Kejap nak join.. Kejap tak nak join.. Begitu juga dengan peserta yang dah bayar tp tak leh masuk dan juga peserta yg nak join tak bayar... Macam2 la.. tp dengan tawakal dan juga teguh.. Akhirnya semua nya Menjadi...

Antara Peserta yang mengikuti Program tersebut adalah seperti Berikut :
1. Rasyaik 2. Yin Sherini 3. Wawa 4. Mimi 5. Heri 6. Tok Wan 7. Maziah 8. Fitri 9. Anis 10. Afiq 11. Taufiq 12. Atikah 13. Tima 14. Nora 15. Zaeen 16. Ashikin 17. Elanie 18. Dila 19. Liyana Radzi 20. Liyana Saffie 21. Ziera 22. Atikah Rane 23. Mazlin 24.Cik By 25. Najwa 26. Halim 27. Eg 28. Airul 29. Hanis 30. Karipap 31. Andy 32. Mar 33. Syuk 34. Jawe 35. Syaza.....

Ni semua OC yang serta la.. Tp ada juga bukan OC yang join...
1. Aimi 2. Ira 3. Omar 4. Mun 5. Naddia 6. Ariffah 7. Fazlin 8. Syafiqa 9. Hidayah 10. Nabila 11. Reihana 12.Qila 13. Asma 14. Afnizan 15. Shuhada. 16. Aslah 17. Fairuz 18. Munira

Jumlah semua adalah lebih kurang 53 Orang.. Hehehe... Ramai tak kami.. Best Kan...
Enjoy la da Pict Plak..


ImageUntuk Semua



Image

Image
Kami Di Bus Stand Genting pukul 1++ Pagi


Image
Kononnya Bdak ACCOUNT je la... Tapi dah teramai Join..




Image
Aku Dan Karipap. - Konon Membeli Belah

Image
Aku tak tau la sapa yang ambil gambo aku nih..
Image
Tgk kat tempat lain.. Kamera kat tempat lain

Image
The Organizer...


Ada sorang lagi mamat yang uruskan Bas.. apa2 pun kredit to him gak la.. En Safuan Nizam.. yang telah membantu mendapatkan bas dengan harga yang paling murah...

Tp tu la.. Bas ni ada gak yang tak bestnya... Dijanjikan nak naik sampai atas.. Tp hari kejadian.. dia tak brani bawa.. Dia cuma mampu bawa sampai Cable Car Station.. Kami pun balun jela... Terima seadanya... Takkan nak paksa orang yg tak brani bawa.. Takkan kami nak membahayakan diri kami..

So, Kami Naik Awana Kereta Kebal.. eh.. Awana Cable Car pastu balik ngan Genting Skyway... At least kami dapat Merasa nikmat kedua-duanya Skali.. Hehehe.. Syabas..!!!

Ape2 pun untuk masa akan datang.. Aku merancang untuk pergi ke Terengganu plak.. Nak gi holiday kat Pulau.. Leh wat Snorkelling.. Best la skit.. Hehehe.. Lagipun dah lame tak wat.. hehehe.. Okey pe.. Tgk La.. Ape2pun Jumpa Lagi All OC..!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...