The Followers..!!

Tuesday, January 17, 2012

Kolej Yayasan UEM vs Bank Islam

Salam.. Hye everyone (Cam ramai je?)..

Hehehe.. Just wanna share something yang skarang ni I memang miserable giler...
To make a decision that will change my life once and for all..

Citenye... Skarang ni aku tengah TRAINING kat Kolej Yayasan UEM under Young Executive Scheme.. Aku dah start dari blan March 2011 dan akan menghabiskan tempoh 1 tahun training aku tak lama lagi... blan 2 last la bagiku... Aku diberi "keyakinan" oleh pihak HR bahawa diorang akan serap aku jadi PERMANENT yang bagi aku satu berita baik dalam blan 3.. Dengan tangga gaji yang ok.. Tempat tinggal dan juga fasiliti yang cukup... Cumanya.. Aku akan kekal lagi dalam "EDUCATION INDUSTRY"...

On the other hand.. Sedang aku lena dibuai mimpi petang.. Tiba2 dapat panggilan 032088xxxx.. Bile aku tgk je ade 2088 tu aku teringat Bank Islam.. Pehal plak dah.. Dengan selambernye.. die cakap interest tak untuk join Bank Islam sebagai Assistant Manager Operation kat Bank Islam.. Aku cakap what??? Is this real??? why the position is to higher??? I am confused and shock..!!!! Tp slamber la cakap... Ceritanya sbb dulu aku gagal utk jadi Young Leaders Programme dalam Bank Islam.. so sape yang gagal ni die shortlist kan.. untuk mana2 position open.. Aku ingat dah dekat sebulan dah.. so malas nak fikir2 tibe2 die call...

Yang jadi masalah skarang ni ialah aku nak kena fikir betul2 sbb dua2 ni ada kelebihan dan ada keburukan...


ADVANTAGE OF KYUEM
ADVANTAGE OF BANK ISLAM
1. Gaji yang agak best sebagai permulaan.
2. Kerja tak terlalu pressure. 
3. Rumah diberikan.
4. Bil air takyah bayar.
5. Ada link dengan UEM (GLC company)
6. Senang nak sambung belajar.
7. Fasiliti penuh giler. Tak yah bayar.

1. Pangkat yang agak besar.
2. Career Advancement (peluang cerah sbb dah mula ngan pangkat tinggi)
3. Bonus banyak.
4. Benefits selain gaji pun banyak.
5. Well known improving company.
6. Will gain a lot of experience.

DISADVANTAGE OF KYUEM
DISADVANTAGE OF BANK ISLAM
1. Education Industry - Small industry yg tak give banyak challenge. Less experience get.
2. Too complacent can trap you one day.
3. Career Growth (too little)
4. Bonus ciput.
5. Not much improvement on job scope.

1. Gaji tak sebanyak KYUEM. Amat banyak beza.
2. Kena cari rumah sendiri dan lain2 sendiri.
3. Kena start a new organisation and new industry. Back to basic.
4. Too much pressure (orang cite la)



Ni antara yang aku dapat fikir la.. Yang lain2 aku pun tak tau...

So folks.., Can you give me opinion and suggestion..!! Please..!! I want it from your pure heart.

Please guide me..!!

Monday, January 9, 2012

Pandangan aku tentang Mahasiswa dan AUKU

Salam..

Sebelum aku buka cerita ini. Ingin aku terangkan bahawa ini adalah pandangan peribadi yang tidak melibatkan mana2 parti politik mahupun puak2 tertentu. Aku taip ape yang aku rasa berdasarkan apa yang aku lihat.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.


Source - Wikipedia.

Akan tetapi.. Sepanjang karier aku menjadi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perlis, aku mendapati IPTA lain amat sibuk membincangkan tentang AUKU dan penghapusan AUKU... Aku menjadi musykil sampai ke hari ini.. Dengan gerakan SMM menunjuk ketidakpuashatian terhadap kerajaan dan sebagainya...

Aku menjadi hairan dan pelik.. Kenapa perlu sampai tahap macam tu?? Kenapa sampai nak bubarkan AUKU?? dan apakah yang membuatkan AUKU itu nampak tidak adil?? Selepas aku meneliti sendiri AUKU dan juga pandangan-pandangan mahasiswa mahupun cerdik pandai.. Aku telah mula faham dan mula membuat Analisa.

AUKU sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang dikatakan oleh puak2 minoriti mahasiswa nih. Ini kerana perkara yang betul2 diorang tak puas hati adalah Seksyen 15 sahaja.. Tp sampai nak mansuhkan kenapa??

Yang aku peliknya.. AUKU tak pernah atau tak kacau pun MAHASISWA untuk BELAJAR dan mencapai kejayaan dalam Akademik... Bila aku tgk reaksi yang lain.. Rupa-rupanya... Geng2 mahasiswa minoriti ni hanya nak BERPOLITIK..!! Damn..!! Memalukan...!! Maaf kalau aku cakap macam tu.. Sbbnya.. Korang sebagai MAHASISWA kena fikir.. kena sedar.. Apa tujuan korang datang ke Universiti??? Apa harapan mak bapak korang?? apa harapan keluarga korang apabila korang masuk Universiti.. Aku rasa amatlah jarang untuk kita melihat Mak Bapa suruh anak masuk Universiti untuk berpolitik..!!

Universiti ditubuhkan untuk memberi ILMU kepada Mahasiswa sekalian.. Dan untuk belajar menjadi pelajar yang cemerlang.. Sbb itu fokusnya banyak kepada pengisian ILMU dan AKADEMIK..

Selain itu juga.. AUKU ini menyentuh tentang perihal pentadbiran Universiti, cara gerak kerja Universiti, Hak - hak serta peraturan bagi kakitangan universiti, Persatuan pelajar, pergerakan pelajar.. Dalam erti kata lain.. Perkara menyeluruh tentang Universiti.. Jika dihapuskan.. Maka tiadalah Universiti.. tiadalah persatuan dalam Universiti.. Tiadalah pengiktirafan akademik yang dicapai oleh pelajar Universiti dan macam2 lagi.. Yg depa duk nampak.. Seksyen 15....

Selain itu.. yang aku pelik dan hairan... KENAPA hanya MELAYU.. Sebangsa ngan aku yang tak berpuas hati sangat ngan AUKU sedangkan bangsa lain bleh kira berapa kerat ja yang tak berpuas hati.. Kenapa Melayu yang beriya2.. Bangsa lain yang menjadi mahasiswa pun still bawah AUKU.. takde plak diorang tak puas hati... Tambahan aku ade bace blog other races yg gelakkan Melayu kerana memperbodohkan diri bergaduh sama-sama.. APA KEBENDA??? aku tak salahkan dia.. Sbb dia sendiri melihat reaksi Melayu ni.. Buat malu ja...

Skarang ni pasal tatatertib plak.. Si minoriti ni tak puas hati sbb tiada tindakan tatatertib tidak adil dan telus.. Aku tak tau la sangat.. tp kalau ikut aku selepas aku baca2 certain laman sesawang nih, sebenarnya.. aku melihat bahawa Sistem Sediaada itu cukup sebenarnya.. Kerana kita kena lihat dan paham bahawa Mahkamah Universiti ini adalah menggunakan AUKU yang mana merupakan Undang-undang utama sebagai rujukan.. Mahkamah ini terdiri daripada Kakitangan biasa  sehingga yang teratas.. Memadailah.. Ianya kerana mahkamah Universiti je pun.. Bkannya Mahkamah Civil. Lagipun kes2 yang dibicarakan bkanlah kes2 yang besar... Kalau kes besar.. Masuk Mahkamah Civil la..

lagi satu.. Mak aku cakap.. Kalau kita tak wat salah.. wat pe kite nak takut.. Ni pasal wat salah la yang geng2 ni takut.. Orang suruh masuk Universiti untuk belajar.. bkan wat kerja yang sebaliknya... Pastu dah kantoi.. mula nak salahkan AUKU la apa la.. Tak adil la.. Macam gak skolah.. yang nak bagi tindakan kat pelajar itu adalah PKHEM dan juga PENGETUA..Takdak peguam pun.. Takkan nak pakai polis kot.. Kesalahan dalam skolah ja.. Sbb tu Universiti guna kakitangan dia.. peguam pun takdak sebab kes2 yang dibicarakan kecik..!!

Aku kesal kadang2.. Aku pi sembang ngan orang yang tidak langsung diberi peluang untuk belajar di Universiti. Nak tau diorang cakap apa?? diorang cakap kat aku.. "BODOHLAH geng2 depa ni.. Aku kalau dapat masuk Universiti aku nak blajaq betui2.. Ni aku tak dapat peluang tu.. Depa dah dapat bleh plak duk wat perangai camtu".. Diorang ni seakan2 tidak mengerti kenapa peluang yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya.. Pastu nak berpolitik sahaja...

Tp aku kadang2 pahamla skit pasal diorang nih.. Sebabnya.. Bila aktiviti yang melibatkan Parti kerajaan sekarang.. Mahasiswa kena join la apa la.. sedangkan dalam AUKU sendiri cakap tak bleh itu mana2 parti politik. Tu antara yang depa marah.. Pastu plak.. Cakap tak serupa bikin.. Cakap AUKU nak dipinda.. Tp tak pinda2.. Kerajaan macam sengaja memperlambatkan pindaan AUKU.. Tu yang buat diorang ni marah.. nak join parti satu lagi kena denda.. tp bila kerajaan ok plak.. Hmmm.. Tp.. tujuan asal tu la..

Bkanlah aku tak bagi politik.. Bak kata Che Det
Pengorbanan(masa untuk belajar) yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.


Buat masa ini KERAJAAN yang ada sedang berusaha untuk meminda AUKU setelah banyak permintaan serta mencari relevan buat masa ini. Bersabarlah wahai anak-anak muda pewaris negara sekalian alam.. Sudah2lah dengan Politik.. Tunggu bila anda sudah ada ilmu dan pengiktirafan.. Ketika itu barulah orang akan pandang siapa anda... Antara yang akan dipinda ialah seperti (sila click disini untuk melihat perkara yang bakal dipinda)...

Ingatlah... Kita pergi mana2 Universiti adalah tujuan mencari ILMU.. mencari pengiktirafan.. Mencari keredhaan.. Tak perlu politik jika habis semua tergadai.. Politik ni tak bawa kemana-mana pun.. Malah hanya membawa kepada fitnah dan juga kemungkaran.. Kalau bleh elak.. kita elak... Cari persetujuan melalui sepakat. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita... 

Aku ada banyak lagi nak cakap.. Tp.. cukuplah setakat ini.. Aku bkan nak kata Minoriti tu tak brapa elok.. Tp mungkin belum sampai masanya lagi.. Bila dah penuh ilmu didada.. Lawanlah.. jika anda merasakan ia benar...!!!




Thursday, January 5, 2012

Kenduri Tok Wan & Nek Wan di Seremban.

Salam.. Peeps..! <- Tetibe aku pakai.. tak pernah2 aku pakai.. hahaha..
Apa2pun.. Hi everyone..!!

Just to share with u regarding my friends wedding..
Image

TOK WAN - SYED ZAHIR SYED JAMAL                                 NEK WAN - MAZIAH MAT AZIZ

Diorang ni Couple dari pt 1 Diploma.. Dari masa BTN.. huhuhu.. Tahun 2005. Alhamdulillah blan 12 2011 diorang dah diijabkabulkan.. Setelah 6 tahun bercinta.. Lama tuh.. hehehe...

Aku sebagai member yang dipercayai oleh si Tua nih.. Dipilih menjadi PENGAPIT untuk majlis Perkahwinan dia di Soromban.. Nak jadi cerita.. aku pun poei la Soromban.. Syok gak.. Nak wat lagu mana kan.. First time.. naik moto SYM250 kesayangan aku dari Lembah Beringin sampai ke Soromban..

Elok aku sampai diorang ngah buat Malam berinai.. Aku tak tau sangat.. Just tgk je la..

Image

 Time ni member die jadi Pengapit.. aku tak jadi lagi malam tu.. aku jadi pengacau je.. hahahaha

Keesokan harinya.. Hari Persandingan di Rumah Maziah @ Soromban.. Time ni aku jadi pengapit.. Gile nebes aku jadi pengapit.. first time dow.. takut aku yang spoil majlis diorang.. hahaha.. Tp kecelakaan still ada la.. hahaha... Time atas pelamin.. time duk lap2 si Tok Wan ni.. Terpelanting bantal paha dia tu jatuh ke bawah atas tempias aku.. hahaha.. wat bodo je...

Image
 Berjalan menuju ke Pelamin..

Image
 Pengantin Pompuan menunggu aku dan tokwan kena tahan untuk bagi tol.

Image
 Di atas Pelamin.. (Pengapit Lelaki tinggi dari pengapit pompuan.)

Image
Nie flower gurl.. Hehehehe..

Image

Sweet Tak diorang...


Tula serba sedikit pasal diorang ni kawin... Tu la.. Cinta yang lama dijaga.. dan dikawal.. Akhirnya menjadi Pasangan Suami Isteri.. Aku dah bagi target kat diorang.. aku nak 10 Orang anak buah.. hahaha.. Dia nak marah ke apa.. APE ADE HAL..!! hahaha.. ingat aku heran.. hahahaha...

Untuk aku.. hehehehe.. seperti ape yang telah aku cakapkan kat blog aku dulu.. hehheehehe.. Tak tahu bile nak kawin.. orang tanye aku.. Senang je aku jawab.. Tak awal tahun.. Hujung tahun... Tp tak tahu tahun ape.. hahahaha..

Image

As conclusion.. Sape pun tak tahu sape duk sbelah aku.. Hehehe..Hanya Allah yang tahu jodohku siapa.. Hehehehe.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...