Pages

Thursday, December 25, 2025

Hari Ulang Tahun Kelahiran Nenek

Image
Hari ni nenek menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 76.

Ya Allah, di hari kelahiran ibuku ini, aku memohon kepada-Mu, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada-Mu. Kurniakanlah kepadanya kesihatan yang berpanjangan, afiyah (kesejahteraan), dan lindungilah dia daripada segala penyakit dan kesusahan. Ya Allah, muliakanlah dia sebagaimana dia memuliakanku sejak kecil.

Wafi Tengok Papa Zola I Benyek

Isnin malam mama Nayli whatsapp ibu tanya boleh tak Wafi join Nayli & adik² tengok movie Papazola. Ibu benarkan je. Nanti makcik Nayli akan hantar dan ambil di Setia City Mall. 

Semalam Rabu mereka berempat je di sana memandangkan makcik Nayli mengajar kelas tuisyen. Tengahari lepas kelas bolehlah ambil mereka. At least bila berempat takde lah mama Nayli risau sangat. Tiket dan makanan dalam cinema semua mama Nayli bayarkan.

Makcik Nayli jemput Wafi di rumah jam 8 pagi. Movie Papazola tu jam 9 pagi. Mungkin tayangan paling awal.

Image
Wafi, Nayli, Medina dan Lala.

Wafi kata dalam cinema dia tidur. Mengantuk.
Adehhhh.... macam dah agak dah... Wafi mana ada tengok kartun BoboiBoy😁

Wednesday, December 24, 2025

Buka Puasa Di SugarBun

Image
Cerita petang semalam... sampai rumah ibu solat Asar dulu kemudian terus bawa Wafi ke Watson. Adalah tu barang yang nak dibeli.

Monday, December 22, 2025

Lauk Untuk Wafi

Image
Petang semalam ibu masakkan lauk frozen untuk Wafi. 

  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Ayam Kicap
Ikutlah Wafi nak makan bila. Kalau jemu, nanti ibu masaklah lain atau orderkan grab.
Nasi nanti ibu masakkan sebelum pergi kerja atau Wafi masak sendiri.

Ayam tu memang ibu beli bahagian drumstick dan thigh. Senang nak kira sebab saiz sama. Kalau beli ayam seekor yang dah siap potong nak kena padankan saiz dan bilangan pulak.

Kentang lupa nak beli, jadi guna berapa yang ada. Terpaksalah potong 4. Dua² masakan tu ibu bubuh kentang.

Minggu ni Wafi kata nak straight puasa ganti. Haa.. elok lah tu.. ni pun dah lambat. Nampaknya ibu kena bangun awal lah prepare makanan sahur Wafi😫😫😫. Biasa kalau ibu puasa sorang-sorang, sahur minum air kosong je.. itu pun letak sebelah katil 🤭
 

Sunday, December 21, 2025

Sarapan Di Cathay Mee Stall, Ipoh

Image
11 pagi sudah check-out hotel. Lepas Subuh perut dah berkeroncong tapi dak kecik taknak bangun lagi. Bertahanlah perut.

Ayah suggest brunch di Cathay Mee Stall yang terletak 240m dari hotel. 

Gerbang Malam Ipoh I TKK I Semsoon Hotel

Masuk PLUS Highway tak lama tu hujan. Lebat juga. Pemanduan agak slow. Asar pun dah masuk jadi ayah berhenti di RnR Semanggol. Solat dan makan. Last makan jam 11 pagi jadi perut pun dah lapar.

Image
Ibu cari nasi.... kalau ada patin tempoyak sedap ni tapi kat RnR sini tal ada. Ambil je lah ikan goreng, telur masin dan taugeh goreng. Ayah pula ambil telur mata dan sayur taugeh. 2 hidangan ni RM17. Rasa cam mahal pula.

Wafi beli pastries di Harolds.

Image
Sampai Ipoh sudah jam 8 malam. Ayah terus ke Gerbang Malam, Ipoh. Peniaga baru nak setup business.

Ibu tukar screen protector HP ibu. Harga RM38 tak sure murah ke mahal. Nampak seller keluarkan film dari digital machine. Canggih pulak nengoknya.

Nak stay kat Ipoh ni pun last minute, jadi baju malam tak ada. Ibu belilah kaftan sehelai.

Baju balik memang ada extra, boleh lah pakai nanti. Mujur "adik²" pun ada lebih.

Image
Jumpa ni di tengah jalan Gerbang Malam.

Image
Ayah nak mengimbau kisah lama duduk di Ipoh. Jadi kenalah datang Taman Kanak-kanak (TKK). Di sekitar TKK ni adalah gerai penjaja yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Popiah SS Ali ni antara yang legend.

Image
Jomlah ke Semsoon Hotel yang ditempah sebelum keluar dari Penang.

Hotel ni bukan betul² ditengah bandar. Menyediakan parkir yang luas.

Image
Superior Twin Room, RM140.70 semalam

Image
Bilil air luas. 
Pancuran air kuat. Ada heater.

Image
Set minuman yang disediakan. Litans Coffee tu pertama kali ibu jumpa.

Litans Coffee ialah jenama kopi sihat premium Malaysia yang menawarkan adunan asli tanpa perisa tiruan, kaya antioksidan dan mesra diet.

Image
Pemandangan Ipoh dari tingkat 5 Semsoon Hotel.

Image
Sebelah kanan pula.

Puas dah berehat².

Jomlah balik....

Saturday, December 20, 2025

Batu Ferringhi I Pusing Pulau

Image
Turun dari Bukit Bendera kami hala pula ke Batu Ferringhi. Perjalanan mengambil masa sejam.