Image

Friday, June 29, 2012

DIY spoon lamp

Laaaaaa senang je rupanya buat benda ni..Bahan pun semua yang murah dan mudah.Tapi kenapa bila jual mahal ya amat..Beratus gak camni

Image


cantik je tengok orang ni buat..Kalau aku buat agak-agak boleh jadi tak??Takut tak cukup gigih nak siapkan.Kalau tunjuk kat hubby ni mesti dia teringin nak buat...


MILO tabur..

Sedap.Nyaman.Menyejukkan.Mendamaikan..

Image
 Nikmat ooo dapat minum ni bila tekak tengah kering.
Sebab ni jugakla milo kat rumah ni cepat betul habis..Padahal yang minum MILO kat rumah ni aku sorang je.Tapi stok MILO beli tiap-tiap bulan cam untuk 6-7 orang minum..Hubby usahkan MILO,teh,kopi,nescafe dan yang seangkatan dengannya memang dia tak minum..

Image
Wajib order kalau gi minum kat maple a.k.a Kedai Mamak.(suka dengan kualiti gambar ipong..eh tetiba jer).

.
.
"Minum MILO anda jadi sihat dan kuat!!"

Seni dari tangan yang tak berapa nak seni

Aktiviti yang aku buat bila cuti sekolah(giler lama punya citer.cuti sekolah pun dah lama dah habis ni baru nak update).Lebih-lebih lagi kalau cuti panjang.Kalau orang lain cuti sekolah pegi bercuti ke mana-mana sepanjang cuti aku pulak harapkan hujung minggu je la kalau nak merayap.Ate husband kerja 6 days per week.kalau dia pun cuti sama memang dah panjang la langkah kami.Jadi untuk tak rasa boring duduk kat rumah haruslah ada aktiviti sampingan kan??Tapi ni pun dapat buat bila Danial tengah tidur je la.Kalau tak wajib nak kena melayan dia..



Image
usaha keras dalam masa 3 hari..nak siapkan kat bahagian leher dan lengan je pun..mujur cuti sekolah,boleh la nak mengadap lama sikit.Tu belum lagi Danial terbalikkan kotak storage manik-manik..
.
.
dah selamat pakai pun masa wedding my cousin..
Image
 .
.
dan ni new project.
Image
tak siap lagi.tergendala sebab weekend tak berkesempatan lagi nak menyambung..weekend busy dengan project deko-deko teratak kami dan busy merayap manala ada masa nak buat..

Thursday, June 28, 2012

kena gigit

Again!..last Friday kena dah sekali..ni lagi sekali..

Image

Image
kesian Danial..tapi hari ni memang depan-depan mata aku kejadian berlaku..

As usual tiap kali nak ambik Danial kat umah bs memang tengok Danial dah tercongok kat grille pintu.Macam tau je timing mama dia nak ambik..Tadi Danial and anak pengasuh lebih kurang sebaya Danial berdiri sama-sama kat grille tu.Sementara aku nak bukak gate umah bs,nak berjalan ke grille tu sambil tu aku agah la Danial..tiba-tiba si Rayyan anak bs tu gigit sepenuh perasaan lengan Danial..aku pun terjerit sama dengan suara Danial menangis..berlari terus meluru kat grille.Lama gak gigi Rayyan tu melekat kat lengan Danial.Cam taknak lepas.Cam geram sangat-sangat..ape kes ntah??Masa tu bs Danial pun tak perasan sebab dia nak ambik kunci grille..terkejut la bs dengar suara aku panggil nama Rayyan and suara Danial meraung..

adoiii la Rayyan..kenapa gigit Danial???berkali-kali la bs minta maaf dengan aku.But what to do?benda dah jadi..Jenuh jugakla pujuk anak bujang tu menangis.Sakit la kot.Kalau tak sakit,takdenya nak menangis..Nak sedapkan hati bs,aku cakap "rayyan nak tumbuh gigi kot,tu yang asyik menggigit je"..yela aku tengok muka dia dah lain dah..serba salah pulak rasa.

balik rumah cepat-cepat sapu minyak..Aku pun suka je gigit lengan dak kecik ni..Tapi gigit manja.Takla sampai ada kesan camni...

Bila hubby balik rumah,aku pulak yang kena torture sebab anak jadi camtu..huh sabar je la.Ada ke patut??

stickers..

lepas ni nak tambah koleksi stickers book untuk Danial..Seronok pulak main lekat-lekat..Bukan setakat Danial,mak bapak dia pun join sekaki

Image
 harga asal RM61.90.offer RM12.90..berbaloi-baloi
Image
ada 10 keping stickers..lekatla kat setiap page bagi meriahkan page tu

Image
 seronok bila dapat tanggalkan ape yang dah lekat..
Image
habis berterabur stickers tu..mamanya dah lekatkan dia tanggalkan balik.itu je la keje dia..
Image
 ikut suka la nak lekat camner yer Danial??
Image
 mata ke lain,tangan pulak syok cabut stickers tu
Image
 tonggang terbalik dah stickers cars tu..
Image
mentelaah hasil keje sendiri
.
.
ok this weekend kita beli buku lagi yer..

Wednesday, June 27, 2012

grrrrrrrrrr

Kejadian petang tadi..

Tengah syok layan final episode Rooftop Prince kat channel 393..

Image
 part meleleh air mata..
Image

 tiba-tiba
.
.
.
Image
 aisehman..
dah nak ending dah.sabar je la..
before tu memang guruh dah bagi sign hari nak hujan.tapi dalam hati duk mintak janganlah siaran tergendala.Tapi tergendala jugak.
Ngam-ngam ok bila dah habis.Tengok-tengok si 'Tuanku' dah pegang tangan Park Ha..ape cer???
.
.
dah la malam tadi tak dapat tengok.Ingatkan bila ulangan boleh la tengok.sabar je la
.
.
tapi mujur ada upload kat internet..
and baru lepas tengok..

happy ending..i likeeee..
 

Monday, June 25, 2012

Mimpi atau petunjuk??

Termenung aku pagi kelmarin memikirkan perihal mimpi.Disebabkan mimpi tu satu hari aku jadi serba tak kena.Bukan aku je,disebabkan mimpi tu hubby dan Danial pun terjaga sama.Mana taknya,hubby terkejut tengok aku menangis tersedu-sedan,teresak-esak.Bantal pun dah basah kena air mata..

Semua nampak real..Mainan syaitan ke ataupun petunjuk dari Allah??Kalau sebelum tidur kita ambil wuduk,baca doa tidur,3 qul dan ayat kursi kemudian kita bermimpi jugak adakah semua tu mainan syaitan??Kalau bukan disebabkan tengah kibar "bendera jepun" maybe aku dah bangun buat solat sunat.Ni tak suci.Lagi hubby pujuk lagi meraung plak..

Ntahla..hopefully itu hanyala sekadar mimpi..Maybe sebab aku dalam keadaan tak suci tu yang mimpi bukan-bukan.

Tapi kalau la ianya satu petunjuk ape yang patut aku buat?Nak elak,dah tentu mati itu pasti.


Andai kata ianya betul,apelah nasib Danial nanti..!_____!.Kalau la umur aku and hubby tak panjang,siapa nak jaga Danial??Andai kata ape-ape yang berlaku pada kami berdua,aku amanahkan Danial pada my parent(kalau aku tak sempat nak sampaikan pada my parent,anyone in my family yang baca entry ni tolong sampaikan yer)InsyaAllah,aku rasa mak and abah boleh jaga Danial sebaik mungkin.Nak harapkan harta,wang ringgit memang tak banyak yang kami tinggalkan untuk Danial..Tak pasti cukup atau tak untuk menampung persekolahan dia nanti..

Ya Allah,kau jauhkanlah kami dari perkara buruk.Tak sanggup aku fikirkan pasal ni.Bila fikir,berjuraila air mata ni turun..

"Abi Sa'id Al-Khudri ra. meriwayatkan bahawa dia mendengar nabi bersabda,"Apabila salah seorang di antara kalian bermimpi baik,itu adalah dari Allah dari Allah maka hendaklah membaca hamdalah dan memberitahukan kepada yang lain..

Dalam riwayat lain dikatakan,"Hendaklah tidak membicarakannya,kecuali kepada orang yang dia sukai.Dan apabila dia bermimpi buruk,itu dari syaitan maka hendaklah beristiadzah atau memohon perlindungan kepada Allah,dan hendaklah tidak membicarakannya kepada sesiapa pun.Dengan begitu,hal itu tidak akan membahayakannya,"(HR Bukhari(6470)

Abu Qatadah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda,"Mimpi baik-Dalam riwayat lain:mimpi indah-itu dari Allah,adapun mimpi buruk adalah dari syaitan.Barangsiapa mimpi buruk,hendaklah dia meniup tiga kali pada sisi kirinya dan beserta awwudz atau memohon perlindungan dari Syaitan,dengan begitu mimpi itu tidak akan membahayakannya."dALAM RIWAYAT LAIN DIKATAKAN,"mAKA HENDAKLAH DIA MELUDAH."(Hr Bukhari(3049,5306,6480),Muslim:IV/1772(4197,4198)

Jabir r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,"Apabila salah seorang di antara kalian mimpi buruk,hendaklah meludah pada sisi kirinya tiga kali,dan beristi'adzah atau memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan tiga kali lalu mengubah posisi tidurnya dari semula,"(HR Muslim:IV/1771(4199),Abu Daus(4368).Tirmizi meriwayatkan dari riwayat Abu Hurairah r.a. dalam hadith marfu',"Apabila salah seorang di antara kalian mimpi buruk,hendaklah dia tidak membicarakannya dengan sesiapa pun,dan hendaklah dia bangun lalu mendirikan solat."




Recipe Spicy Seafood Spaghetti

Request by Jer Jing..my old friend..untuk resepi baked macaroni tu I dah pernah post resepinya..Cuba klik kat link ni yer.. Recipe Baked Macaroni without cheese

Yang mana satu betul yer Spicy spaghetti seafood ke spicy seafood spaghetti???#oh my english!! :D

Whatever it is,ni resepi dia..simple je..

Spicy Seafood Spaghetti

Image
Pagi tadi baru buat untuk breakfast hubby dan juga bekalan Danial kat rumah BS.

Resepi ni untuk 2-3 orang makan.kalau nak masak lebih kena tambah kuantiti bahan-bahannya.

Bahan-bahan
Spaghetti - direbus 
5-6 ekor udang-lagi banyak lagi best
1-2 ekor sotong saiz XL.kalau takde,size ape pun takpe asalkan sotong
4 ulas bawang putih -chopped
1 biji lemon
daun parsli *kalau ada.kalau takde I pakai daun sup je..hihihi
1 sudu cili kering yang dah blend  (kalau nak more spicy tambah lagi kuantitinya)
1-2 sudu lada hitam yang telah dihancurkan(grind/tumbuh)
Minyak untuk menumis(kalau ada minyak zaitun guna minyak zaitun)
1 biji tomato-chopped
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Panaskan kuali.
2.Masukkan udang,masakkan selama 3 minit camtu kemudian angkat.
3.Kemudian masakkan sotong pulak.Sama cam udang tadi.Lepas masak ,angkat.
4.Tambahkan sedikit minyak.
5.Tumiskan bawang putih sampai kekuningan sikit,kemudian masukkan cili kering yang dah blend.Agak-agak cili tu dah masak masukkan lada hitam.
6.Kecilkan api,masukkan spaghetti yang dah direbus,udang,sotong,tomato,daun parsli dan juga garam.Gaul bagi sebati.
7.Bila dah sebati,dah cukup rasa semua bolehla tutup api dan hidang..


selamat mencuba...

Saturday, June 23, 2012

Resepi Mee Kari sempoi..

Ni request dari Ciare..aka Mama Yayen..


MEE KARI ala mama Danial..

Image
 Kalau ada kerang mesti lagi terangkat.Ok ni resepi versi takde kerang.

Bahan-bahan yang diperlukan
Sebungkus mee-kena basuh bersih-bersih.Then celur pastu toskan
Ayam-potong kecik-kecik
4-5 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
halia*

3-4 sudu serbuk kari-bancuh dgn air
santan -ikut kuantiti kuah nak banyak mana.
asam keping 2-3 keping- kalau nak masam tambah lagi
kulit kayu manis
bunga lawang
minyak untuk menumis
garam,gula secukup rasa
tauhu goreng yang cam span tu -ikut berapa banyak nak guna
fishcake
fishball

untuk hiasan
tauge-celur
kacang panjang-celur
sawi-celur
telur -direbus
hirisan cili merah,daun sup
limau kasturi

cara-cara nak masak kuah
1.Blend semua bahan yang bertanda *
2.Kemudian panaskan minyak,masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan daun kari.Pastu masukkan bahan-bahan yang dah blend.tumis sampai naik bau.
3.Masukkan bancuhan serbuk kari.tunggu sampai naik minyak.Then masuk ayam.bagi ayam tu sebati dengan rempah kari tu.Agak-agak air ayam tu cam dah keluar,masukkan santan.
4.Sentiasa kacau supaya santan tak pecah.Dah mendidih masuk tauhu,fishball,fish cake and  asam keping.kalau ada isi kerang masuk la sekali
5.Bila dah mendidih masukkan garam dan gula.rasa la ikut sesedap tekak masing-masing.
6.dah cukup semua masam,masin boleh la tutup api.

untuk hidang
1.masukkan mee yang dah celur.pastu letak sikit tauge,kacang panjang,sawi,cili dan telur rebus.Pastu tuang kuah dalam mangkuk.perah kan limau kasturi.Then boleh la makan..

renungan..

Image
.
.
.
tapi kalau si suami dah tegur,si isteri pulak tak buat adakah suami jugak yang akan menanggung dosa-dosa si isteri???

Resepi Ayam Percik ala Cik Siah

Kan dah terpengaruh dengan AA dalam masterchef celebriti..Letak nama resepi nama mak sebab resepi dari ibunda..Hopefully Hafiza dapatla lunaskan mengidam tu yer..resepi-resepi lain akan menyusul kemudian.Ape-ape kena dulukan ibu mengandung ni


AYAM PERCIK ALA CIK SIAH
 
Image

Bahan-bahan yang diperlukan..(agak-agak kuantiti dia yer pzah??)
Ayam..-ikut nak potong size macam mana
Santan
*4-5 ulas Bawang merah
* 2-3 ulas Bawang putih
*Halia
*Serai
*Jintan manis,jintan putih
 *cili kering
(*semua di blend.)
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan
1.Blend bawang merah,bawang putih,serai,halia,cili kering dan jintan2.kemudian perap pada ayam dalam 1/2 jam.Lagi lama lagi sedap.
2..Lebihan bahan-bahan yang dah blend tadi masukkan bersama santan pulak.Kacau sikit bagi sebati..Kemudian masukkan ayam.Perasakan dengan garam dan gula.
3.Masakkan ayam dalam kuah tadi sampai ayam tu masak separuh masak atau 3/4 masak.
4.Lepas tu keluarkan ayam then masuk dalam bekas pembakar.(kalau nak panggang atas bara pun ok.Tapi kak dina bakar dalam oven).
5.Bakar dalam masa 30-40 minit atau sampai ayam tu masak.Suhu set dalam 200darjah.Masa nak bakar tu siram sikit dengan kuah ayam percik tu bagi ayam tu bersalut..
6.Bila dah masak,masa nk serve tu siramkan lagi ayam tu dengan kuah dia..SIAP!!

SELAMAT MENCUBA...

Friday, June 22, 2012

Dukacita..

Memang dah agak dah pun..:D.Sape suruh jawab main-main kan dah tak dapat..

Image
Takpelah.Bukan rezeki aku lagi untuk menjawat jawatan ni..Tahniahlah pada sapa yang berjaya..
 .
.
.
Restu suami pun penting gak kan kalau ape-ape??
Hubby pun tak berapa bagi je masa aku nak gi interview ni.Siap merajuk-merajuk lagi.
Bila bagitau result ni dia boleh senyum sampai ke telinga..
ada ke patut????
 .
.
 


Thursday, June 21, 2012

20 perkara yang berubah selepas mempunyai anak!!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan


Betul tak???Setuju tak?? Amazing kan kuasa si anak??

Jacuzzi..

Last weekend gi Houz depot saja ushar-ushar Jacuzzi and bath tub..Berangan lebih nak buh bath tub /Jacuzzi kat dalam bilik air sekangkang kera ni..Heeee

Tapi ushar-ushar tetiba terkejut tengok yang ni.

Image
Cerrr zoom tengok berapa price dia??

Image
RM25000..
ada 3 zero yer..

cam best je jacuzzi ni tapi tengok harga,telan ayaq lioq je la..

food temptation..

Saja je nak up entry gambar makanan..:DPadahal aku puasa hari ni.Nikmat kot kalau tengok gambor makanan ni..

Gambar makanan kat bawah ni semuanya dari dapur comel aku..Bukan JJCM kat mana-mana yer..Syok bila masak untuk orang tersayang ni..Pahala pun dapat kan??


Image
 Hubby's feveret..Crab chillies with egg
 
Image
my feveret ever..Laksa Penang.
Image
ayam percik..

Image
Ni pun feveret hubby gak..kuewtion ladna
Image
both my hero suka makan ni baked macaroni
Image
Danial suka..Seafood spicy spagetti..tapi tak berapa spicy la untuk dia.mau cirit birit plak si kecik tu nanti

Wednesday, June 20, 2012

loves..

Entry saja-saja..suka suka..
Bukan senang nak ambik gambar yang molek dengan anak.harus dan wajib berpuluh-puluh snap baru dapat yang ok sikit.
Suka tengok mulut Danial..yang pasti bibir tu bukan diwarisi dari mamanya..

Image
 Bila pakai spek otomatik muka dia jadi serius.Sibuk nak pakai spek jugak bila duk dalam kereta
Image
 tak pandang camera plak..susah betul nak ambik gambar molek sikit

Image
 Abahnya pasang cd zikir terus suruh orang senyap.letak jari telunjuk kat mulut
Image
 ni pulak dah kemam bibir pulak..
Image
 yang ni dah nganga la pulak

Bila cakap kat Danial suruh dia buat gaya hensem..
camnila yang terhasil
Image
 dah macam tahan nafas je gayanya..


Image
yang ni baru la ok sikit.tu pun tak berapa ok pun.
.
.
tak sampai 5 minit pastu angkat spek budak ni mata dia dah pejam dah.hehehe terpaksa layan mama nak ber camwhore walaupun mengantuk..

Double celebration..

Memandangkan birthday aku jatuh hari Sabtu dan keesokan harinya adalah hari bapa so hari ahad tu celebrate dua-dua sekali..actually plan aku nak buat surprise kat hubby..tapi as usual tak menjadi.Pagi Ahad tu kami busy deko-deko teratak kami ni..(yang follow twitter and instagram aku mesti tau kan ape yang kami usahakan pagi tu)..Disebabkan tu langsung tak jadi nak buat cupcake untuk Hari Abah..heee.

Lepas Zohor hubby ajak keluar..nak gi Houz Depot.Before that hubby cakap kat Danial "jom celebrate birthday mama"..bila tanya mama nak makan ape??kepala ni fikir Pizza Hut je.Sebab ada kids meal,and Danial suka makan pizza.(see..ape-ape pun mak mesti fikir untuk anak dulu..).For the first year jugak aku request awal-awal taknak cake this time.Sebab selalu sangat dah makan cake lately ni..

As birthday girl..aku request nak try yang ni..

Image
the latest promo.tengok pada advertisement nampak menarik je..

Image
 si kecik ni pun nak jugak..kids meal free kalau spend more than RM20..order untuk beliau Kids Carbonara.He likes spagetti so much..(ker semua makanan dia suka?)
Image
 ni lah birthday girl..GIRL???/blurr hehehe budget muda remaja gitu..

sementara makanan sampai..jenuh nak melayan  hero kecik ni..
Image
Image
khusyuk 2 beranak ni mentelaah..
Image
Janganla kacau kalau dia tengah ralit tengok application kat hp tu..kalau orang tauch/slide pakai jari telunjuk.Tapi Danial slide pakai ibu jari..heee.canggih kan??

Image
boring duk atas kerusi duduk atas meja pulak
Image
lambatttt la sangat servis hari tu.Anak bujang dah tak boleh duduk diam dah.dah boring duduk,berjalan la dia keliling Pizza Hut tu..


Image
Finally sampai gak makanan yang ditunggu..emmm as usual advertisement vs reality..realiti mesti cam jauh panggang dari api dengan advertisement kan??

Bila dah ada makanan otomatik anak bujang aku ni duduk diam.lambat suap dia tarik tangan mamanya..Suruh suap cepat-cepat.Gaya cam lapor bebenor tapi sebelum keluar dia dah makan nasi dah /hmm

Image

Image
Sepinggan spagetti carbonara ni untuk danial sorang je.Tu pun tak cukup.tambah plak pizza sekeping,garlic bread and mushroom soup lagi..

Image
 kenyang sangat nak berjalan pun dia dah malas..
Image
tengok perut muncitt dia..
 .
.
.
Then baru gerak ke Houz Depot..tapi singgah jap kat Paradigm Mall..Kat situ beli hadiah for him sempena Hari Abah..Tu pun jenuh paksa suruh pilih.Malu-malu kucing plak dia bila wife nak belikan untuk dia..
.
.
and for me hadiah from hubby awal-awal lagi aku dah rasmi..tengah pakai pun sekarang ni.shining lip lap gitu..heee.Thanks abang..i really like it.
.
.
.

To abah ..
Danial and mama love you so much..
Selamat hari abah untuk tahun ke-2...
Image
Thanks abah for everything..