Monday, October 31, 2011

Teh dan Strawberi

Image
Barangkali sejak dulu hingga kini tarikan Cameron Highland yang kekal hanyalah teh dan strawberinya.
Image

Pertama kali saya jejakkan kaki di sana adalah pada tahun 1981 atau 82. Saya terkesan sungguh dengan keindahan alamnya. Arwah emak, pencinta bunga-bungaan, bukan main lagi memborong segala macam pokok hiasan berbunga. Hawanya? Sehingga matahari terpacakpun masih dirasakan kedinginannya.

Saya ke sana lagi sekitar empat, lima tahun selepas itu. Kesan yang sama masih dirasai.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang pernah saya nikmati dulu telah tiada. Banyak bangunan terbina sehingga pemandangan bukit bukau di kiri kanan jalan hampir tidak dapat dilihat lagi. Hawanya - hanya dingin pada waktu malam sehingga awal pagi. Jam sembilan atau sepuluh pagi sudah tidak perlu jaket lagi!

Mmmm....kecewa bukan? Ya, kecewa juga, tapi tidaklah sampai terlupa membeli teh pelbagai perisa, juga strawberi beserta produk buahnya.

Inilah hasilnya! Puding kastad strawberi!

    Image


Friday, October 28, 2011

Segala-galanya kau biarkan......

Image
Jalar akarmu adalah gerak garis
Image
menindih cantik
Image
gerak garis mengujar detik
Image

Image
Kau biarkan
Image
sinar celahi ruang
daun-daunan
celahi ruang mencipta bayang.

Kau biarkan
angin berbisik
kabus mengusik
kenangan bercanda
antara rindu
yang luruh
ke hatiku!

Rositah Ibrahim
Hutan Simpan Bertam
Tanah Tinggi Cameron
26 Okt 2011

Tuesday, October 18, 2011

Topi....topi... topi...dan BJrians

Image
Untuk tatapan kawan-kawan BJrians.

Seperti biasa, BJrians sentiasa bersungguh-sungguh. Selain tugas lazim di sekolah, aktiviti koko di luar sekolah pun guru-guru BJ sentiasa aktif. Sesudah bertungkus-lumus dengan kerja, ayuh, redakan kesibukan buat seketika! Tradisi  sambutan hari guru dan majlis jamuan akhir tahun adalah  aktiviti tahunan yang menyaksikan guru-guru kita menampilkan kreativiti. Bagaimana kawan-kawan menterjemahkan tema kali ini?

Apa pilihan kawan-kawan? Sederhana?

Image

Gaya lanun....untuk peminat Johny Depp!

Image

Image

Ala-ala cowboy...
Image

Atau ada sesiapa yang berminat dengan topi chef?
Image
Mungkin gaya anggun dan penuh kewanitaan?
Image

Image

Image

Image

Image
Image
Bulu ayam dan kain net memberi sentuhan glamour dan tidak pernah ketinggalan zaman.

Image
Dan oh! Aiskrim?
Lagi gaya gila-gila!
Image
Rama-rama di atas kepala??
Image
Ini gaya menyusahkan diri!
Image

'Kek' sebagai topi?
Image
Atau gaya menyeramkan seperti di bawah ini...
Image
Gaya-gaya comel!
Image

Image

Image

Ini gaya selamat! Tukarkan saja muka kartun kepada kuntuman bunga comel!
Image

Memang dunia kreativiti tidak terbatas. 




Saturday, October 15, 2011

The Many Faces of BJrians

Image
Dalam majlis rasmi sekolah - semuanya sopan dan ayu, ala-ala wanita melayu terakhir...
Image

Image
Hebat Mercury! Bawa kuda ke padang untuk acara perbarisan rumah sukan!
Image

Image
Memang cikgu BJ lasak-lasak belaka, kalah anak murid!
Image
Bab bergaya menepati tema pun hebat juga! Victorian, Jepun, Korea, Bollywood...semua ada! 
(Hari Guru 2009 - Tema cross culture.)
Image
Majlis Hi T - Tema polka dots and stripes.
Image

Image
Bergaya dengan pakaian etnik tempatan - tema Hari Guru 2010

Image
Bersama-sama meraikan hari bahagia warga SMKBJ.

Image
Tak menang larian tak apa....tetap dapat hadiah untuk kumpulan paling kreatif.

Image
 Kumpulan yang menjuarai Larian 1Malaysia.

Image
 Hari Guru 2011 - Gamat! Tema retro tahun kelahiran.

Image
Pengetua kami yang sporting - ikut melakonkan aksi aci-aci buka pintu

Tema Hi T kami tahun ini, 'topi, kaca mata, kasut'. Hmm...bagaimanalah rupa kawan-kawan saya nanti.....
Agaknya ada yang bergaya seperti dalam ilustrasi di bawah?
Sumber : http://www.manyhattyreturns.com/2009/03/06/looking-for-inspiration-in-hat-styles-of-the-past/
Image

Thursday, October 6, 2011

Nostalgia....Chuchu Datok Merah

ImageSemasa saya kecil dahulu, tayangan gambar Melayu pada Sabtu malam Ahad (kalau tak salah), adalah program TV yang dinanti-nantikan oleh penonton. Waktu itu, awal tahun 70-an, amat sedikit bilangan rumah yang mempunyai set televisyen. Oleh yang demikian tidak menghairankan kalau rumah ini menjadi tumpuan peminat filem Melayu. Tidak pernah saya dengar hal ini tidak disenangi oleh tuan rumah!

Sewaktu saya masih belum bersekolah, rumah yang kami diami letaknya di jalan utama menghala ke pusat bandar. Dan rumah kami adalah antara rumah yang mempunyai set televisyen. Saya masih ingat, pada malam tayangan filem Melayu, ruang hadapan (ruang tamu) rumah kami jadi penuh sesak, melimpah sehingga ke luar rumah. Yang berada di luar, menjengah-jengah melalui pintu atau tingkap!

Keluarga kami berpindah apabila saya memasuki umur tadika. Di tempat baru, orang yang datang menonton tidak seramai di rumah lama. Dan yang datangpun adalah jiran-jiran yang merupakan kenalan baik orang tua saya. Adalah suatu kebiasaan juga, arwah emak menyediakan teh dan keropok sebagai kudapan semasa menonton.

ImageTayangan gambar pada waktu itu lama sekali. Ada pula waktu rehat untuk siaran berita. Saya dan budak-budak lain selaluya berasa terganggu dengan siaran berita kerana ketika itulah kemucak ceritanya! Waktu lain yang membosankan adalah sewaktu dendangan lagu mendayu-dayu.....

Sementara menantikan siaran berita selesai, kami biasanya berbaring-baring untuk menghilangkan penat. Kadang-kadang terlelap, tetapi bingkas bangun sebaik tamat siaran berita untuk menonton sambungan filem yang berakhir jam dua belas tengah malam.

Esoknya di sekolah kami rancak bercerita tentang filem yang kami tonton pada malam sebelumnya. Selalunya kami akan mengambil 'ulasan' yang kami dengar daripada penoton dewasa!

Sehingga kini saya masih suka menonton filem Melayu klasik. Dan usia telah membawa peralihan. Saya kini paling suka 'bab' lagu mendayu-dayu itu...!

(Mmmm.... kenapalah pengeluar tidak berhati-hati dengan ejaan! Chu Chu pulak jadinya!)

Tuesday, October 4, 2011

Cerita Buku lagi

ImageBuku ini saya baca sewaktu berada di bangku sekolah rendah - buku pinjam. Saya memesrainya kembali sewaktu dalam tingkatan tiga di perpustakaan sekolah.

Panjang jodoh saya dengan novel ini!
Di sebuah gerai buku terpakai, wajahnya menyambut salam saya. Saya perolehnya dengan harga RM 5.00!

Image