Bismillahirrahmanirrahhim..

Ramai orang mencari makna di dalam kehidupan dan erti kehidupan dalam menongkah arus kehidupan ini, tetapi mereka tidak menjumpainya. Kerna mereka tidak pulang kepada sumbernya yang sebenar, itulah dia Allah Subhanahu Wa Ta'ala...

Sunday, July 8, 2012

Aku ingin bahagia

Ya ALLAH, Maniskan hatiku dengan iman, Cukupkan aku dengan bekalan sabar, Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH, Bantuku atasi amarah ini, Dengan iman dan taqwa, Kerana kata Luqmanul Hakim, Taqwa adalah perahu yang utuh, Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH, Teguhkan hatiku, Untuk terus melangkah dalam hidup ini, Yang kurasakan saban hari memeritkan, Jadikan ia kembali salju, Kerana sabda Rasulullah s.a.w., Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH, Aku ingin bahagia seperti mereka, Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH, Maka layakkanlah aku, Dengan bekalan iman dan taqwa itu, Yang kuyakini hanya itu, Yang dapat menyelamatkan daku, Dari berputus asa dengan rahmatMU…

Aku ingin bahagia, Dalam dakapan kasih-MU ya ALLAH…Ya ALLAH, Maniskan hatiku dengan iman, Cukupkan aku dengan bekalan sabar, Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH, Bantuku atasi amarah ini, Dengan iman dan taqwa, Kerana kata Luqmanul Hakim, Taqwa adalah perahu yang utuh, Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH, Teguhkan hatiku, Untuk terus melangkah dalam hidup ini, Yang kurasakan saban hari memeritkan, Jadikan ia kembali salju, Kerana sabda Rasulullah s.a.w., Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH, Aku ingin bahagia seperti mereka, Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH, Maka layakkanlah aku, Dengan bekalan iman dan taqwa itu, Yang kuyakini hanya itu, Yang dapat menyelamatkan daku, Dari berputus asa dengan rahmat-MU..

Aku ingin bahagia, Dalam dakapan kasih-MU ya ALLAH..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Image