Saturday, October 7, 2017

Anggur Yang Dilupakan!

Sesekali mengunjungi teratak usang....takkanlah tak tinggalkan jejak!

Image
 Walaupun gambar ini agak lama tersimpan, tapi ada nilainya yang tersendiri!
Gambar dirakam pada suatu petang ketika berjalan-jalan di belakang rumah dengan si kenit Firdaus!

Image
Budak kecil ini baru lepas mandi, dah pakai baju tidur pun! Mommynya minta dia jadi model buah anggur! Ambil gambar cepat-cepat takut ada semut atau kerengga di pokok!

Image

Image

Image

Image

Image


Image
 Lepas itu, model cilik pun beraksi bawah pokok mangga!

Image

Image
 Kebetulan ada buah mangga yang mencecah ke tanah! Rupanya dia duduk atas buah tu!

Image
Terkejut dia bila buah mangga terutus dari tangkainya! Haa.... dia pun terus pegang buah mangga yang bergetah tu!

Sunday, August 6, 2017

Ceri Oh! Ceri!

Lamanya tak berkunjung ke sini.
Rupanya sejak 2014 tak sempat jenguk....
Hari ini 'terselak' langsir dan singgah sebentar hantar buah ceri.

Image
 Cantikkan?

Image

Image

Image

Image
 Pokok ceri ini kami beli di pasar tani dua minggu lepas. Cepat berbuah dan cepat pula masaknya. Rasanya? Masaaaammmmm!

Tuesday, October 7, 2014

Pokok buah apa yang sudah berputik?

Macam lama benar tak pusing keliling rumah... ha hahah nak keliling apanya, tanah cuma sekangkang kera. Depan rumah sikit, tepi dapur dan belakang dapur sikit. Kalau gajah yang datang, tak sampai berapa langkah sudah terduduk... jadi gajah duduklah gamaknya! Kononnya nak tengok apa-apa pokok buah yang mula berbunga atau berputik...

Image
Mula-mula ternampak buah mangga ni... ya Allah! Lama benar tak pergi belakang dapur rupanya.Patutlah Fairuz asyik sebut buah mangga dah besar. Rupanya memang dah lama berbuah mangga udang kami ini.


Image
 Dah bergayut-gayut pun!

Image
 Biasanya buah mangga udang kami ini akan membesar sehingga 1.4 - 1.8kg setiap biji.

Image
 Memang nampak masih muda benar. Baru membesar dari putik!

Image
Dengar khabarnya Encik Suami nak bungkus. Sebelum ini tak pernah pulak dibungkusnya buah mangga ni.

Image
Wokeylaaa... cukuplah beberapa biji mangga ni... nak tangkap banyak gambar, takut kena gigit kerenggolah pulak nanti!

Image
Tengok pulak tanah sekangkang kera depan rumah. Oh! Buah mata kucing brazil pun dah mula berbuah. Ni yang selalu Encik Suami bising. bising sebab pokok ni kedudukannya bersebelahan dengan pokok epal bidara. Dia lebih sayangkan pokok mata kucing brazil daripada pokok epal bidara.

Image
Nampak tak... pokok epal bidara yang di belakang, dan di depannya pula pokok mata kucing brazil.

Image
 Pokok epal bidara pun tengah lebat berbunga dan berbuah.

Image
Rupanya Encik Suami bawa parang naik tangga tebang dahan pokok epal bidara! Hadoooiii....  walaupun kami tak berapa nak makan buahnya, tapi ramai yang datang minta daunnya untuk tujuan berubat dan sebagainya. Ada juga orang yang lalu lalang singgah minta buahnya bila epal bidara sudah matang!

Tuesday, September 16, 2014

Orkid @ Anggerik

Dulu, lebih 10 tahun yang lalu... waktu itu tengah gula-gila tanam & kumpul bunga orkid. Ke mana-mana pergi kalau terjumpa pokok orkid, entah spesies apa pun mesti beli punya! Terpikat sangat dengan bunganya yang cantik & warna-warni! Orkid bandar ke, yang kawin ke atau anggerik desa yang tumbuk di tanah atau atas pokok, semuanya kami kumpulkan! Akhirnya (sempat Amie kira), kami berjaya kumpulkan 117 jenis orkid! Sayang seribu kali sayang, setelah pembantu rumah berhenti kerja, orkid terbiar begitu saja... dan rupa-rupanya pandai merajuk ya! Tak mahu berbunga, dan ada yang mati!  .Itulah... padan muka kami kan, hanya tahu buat koleksi tapi tak rajin nak jaga. Encik Suami pun kumpulkan beratus-ratus pasu orkid dan letak di belakang rumah. Ada juga beberapa pokok yang masih hidup, Encik Suami pindahkan ke bahagian hadapan rumah kami. Sangkutkan di batang pokok epal bidara. Kadang-kadang bila keluar bunga, Encik Suami panggil Amie untuk melihatnya, tapi mood nak ambil gambar tadaaaaakkk mari!


Gambar ini diambil waktu tengahari. Dah layu ke bunga yang di bawah tu...

Image

Yang ini nampak kembang sempurna.

Image

Keesokan pagi... oh! Baru kembang rupanya yang bahagian bawah tu.

Image

Cantikkan! Basah... bukan kena embun atau baru disiram, tapi sebab disirami hujan di malam hari!

Thursday, April 10, 2014

Mawar oh! Mawarku

Lamanya tak datang ke sini..... 
Nampak gayanya memang kena kerja keras nak bersihkan segala sawang yang dah menutup hampir keseluruhan cottageku nan usang ini!
Jom kita serikan cottage ini dengan bunga ros @ mawar segar pelbagai warna!


Image

Nampak seri tak?

Image

Belum berseri lagi ke?
Meh kita bubuh bunga mawar warna oren pulak.

Image

Naik seri sikit kan?


Image

Kita tambah mawar oren yang mula mekar.
Lagi berseri kan?


Image

Apa pun mawar merah juga yang diminati ramai. 
Tapi... kita tunggulah kuntumannya  menjadi mekar!
Moga cottage ku yang semakin 'yatim piatu' ini makin berseri.

Wednesday, June 19, 2013

Sundal Malam atau Sedap Malam?

Dikatakan terdapat 12 spesies bunga sundal malam. Salah satunya bunga sundal malam yang kita lihat dalam filem Pontioanak Harum Sundal Malam.

Image

Keluarga sebelah Encik Suami mengatakan ini bunga sundal malam. Baunya sangat semerbak ketika senja menjelang!


Image

Kami pernah menanam sepokok di tepi longkang berhampiran dengan pintu dapur. Ia mudah ditanam, dan seingat Amie Encik Suami menanamnya secara keratan batang.


Image

Pernah sekali, jiran dihujung taman perumahan kami... rumah ke tujuh dari rumah kami, memberitahu aroma bunga sundal malam ini sampai ke rumahnya!


Image

Harum wangi itu datangnya bukan dari sekuntum tapi beratus-ratus kumtum!


Image

Ini sebahagian daripada pokok bunga sundal malam. Amie tangkap gambar ini semasa pergi ke kampung semalam.


Image

Ini sebahagian bunga sundal malam yang belum cukup masa untuk kembang. Beginilah gambarannya kuntuman sundal malam yang kuncup di waktu siang.


Image

Pokok bunga sundal malam di tepi longkang di hadapan  pintu dapur kami sudah Encik Suami tebang. Tempatnya digantikan dengan pokok lemon. Sayangnya, sudah bertahun lamanya pokok lemon tidak mengeluarkan hasil!
Amie minta Encik Suami tanam semula pokok sundal malam di tepi longkang di hadapan pintu dapur kami. Sebenarnya... teringin menikmati semerbak mewangi aroma sundal malam menjelang senja di rumah sendiri. 
Pernah pula terbaca paparan bunga di atas tu namanya Sedap Malam. Betul ke....

Wednesday, January 16, 2013

Epal Bidara di Musim Hujan

Assalamualaikum.
Buat pengunjung yang tersesat ke sini, belum terlambat rasanya  untuk Amie ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Memang agak lama juga Amie tidak mengemaskini Little Cottage ini. Walaupun cuti sekolah, tetapi Amie terpaksa menghabiskan sebahagian besar hari cuti tersebut untuk menyelesaikan tugas rasmi di luar daerah. Walaupun sebahagiannya Amie selesaikan di rumah, tetapi langkah Amie agak terhad untuk mencari bahan dan merakam perkara-perkara yang berkaitan untuk dipaparkan yang sebelum ini Amie ambil dari persekitaran rumah kami. Namun begitu, untuk tidak menghampakan pengunjung setia dan peminat buah epal bidara, di kesempatan ini Amie titipkan gambar-gambar kenangan yang dapat Amie kumpullam sepanjang musim hujan tahun lepas.

Image

Lihatlah gambar pohon epal bidara di atas. Buknnya epal bidara masak, tetapi epal bidara yang buruk akibat terlalu banyak air yang diserap akibat musim hujan!

Image

Pada peringkat awalnya, epal bidara berbuah dengan lebat sekali, dan buah-buahnya membesar dengan cepat kerana cuaca yang tidak berapa panas disertai dengan hujan.

Image

Namun begitu, tempoh pembesaran buah epal bidara ini rupanya tidak menjanjikan hasil seperti yang dijangkakan.

Image

Buah epal bidara yang hampir matang ini rupanya mengandungi terlalu banyak air akibat hujan yang berterusan.


Image

Memang buah epal bidara ini kelihatan cantik dan seakan-akan mulai masak. Namun begitu, cuba perhatikan sebiji buah epal bidara di bawah ini.... yang terletak di belakang daun....


Image

Perhatikan gambar di atas dengan gambar di bawah.


Image

Nampaknya kerana rosak epal bidara sebiji, akan membwa kerosakan kepada keseluruhan buah tersebut!


Image

Kalau rupanya sudah seperti gambar di atas, memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.


Image

Epal bidara akan memburuk dan membusuk di tangkainya atau seperti di bawah ini....


Image

Buah ini akan gugur ke tanah.


Image

Bekas gigitan pada buah epal bidara ini merupakan perbuatan tupai dan juga serangga malam.


Image

Nampaknya.... hanya dapat menikmati pemandangan epal bidara di musim hujan melalui celah jendela!