Monday, October 3, 2011

tersepit

tersepit diantara dua yang kusanjungi. yang ku rasa sebahgian dalam jiwaku. yang ku rasa sudah serasi dalam jiwaku. pada mula bermacam-macam dugaan datang. memang bagaikan duri menyucuk. bagaikan pisau menghiris. bagaikan tukulbesi menghentak kepalaku. menahan fitnah. menahan tohmahan. menahan hinaan. menahan segala-galanya. ku harungi dengan tenang. dengan tabah. ku redah walaupon sakit. ku tahu semua ini adalah takdir illahi. hinggalah sekarang. pejam celek mataku dah 5 tahun. adakala hatiku tenang. setenang air ditasik. seronok sungguhku rasa. beginilah aku hendak sebenarnya. adakala hati terbuku. sakit. aku tak tahu kenapa tak dapat rasa macam orang lain yang sama dengan aku. mereka gembira tak ada masalah. hidup bersama memahami masing2. berterusterang bersama. ikhlas bersama. aku ingin hidup macam mereka. entah bila?

kadang2 aku mengaku salahku. banyak salahku hingga mereka menangis. mereka penat dengan kerenahku. aku negatif. aku cemburu. semua berlaku spontan. aku tak tahu kenapa aku macamni. aku tak daya mengawal perasaanku. aku dengan ke egoanku. masa yang kritikal jika berlaku sesuatu bertegelagah jiwaku dan fikiranku jadi ganas. aku tak terdaya berfikir rasional. telingaku panas. hatiku tak boleh disejukan masa itu. taktau kenapa. mungkin diantara kami masing2 nak menang. taknak mengalah. itu yang sebenarnya ku rasa.

sudah 5 tahun ku kecapi semua ini. pada diriku pengalaman demi pengalamanku rasa. aku kumpul semua untuk jadikan tunjuk ajar seterusnya. ku juga mengaharap mereka juga berfikiran macam aku. tapi harapan ku tak menjadi. masing2 masih lagi macam dulu. tak perlulah aku ungkit apa yang perlu dibuat. aku tersepit diantara...cinta, kasihsayang, pengorbanan dan kejujuran.

aku tak tahu perjalanan takdirku sampai mana. adakah akan terkandas sebelum ajalku. ku pohon ampon kemaafan sekira aku menyakiti hati dan perasaan kamu sekelian. aku masih belajar kehidupan yang sebegini. sungguh rumit ku rasa. imbas kembali detik2 sejarahku. aku tak fikir panjang. aku redah. aku redah kerana takdirku begini.

mungkinkah kita terkandas disini. sudah tak tahan dengan dugaan dari ALLAH. aku redho. ni juga kehendakNya. sebak juga hatiku. semua sudah berlalu. pada diriku hanya satu ku pegang. "kalau takut ditelan badai usah dirikan rumah ditepi pantai".

Sunday, October 2, 2011

keliru

semalam kejutan yang amat menyentuh perasan. tiba2 ribut dalaman melanda. tak tertepis aku. otak jadi keliru kaku seluruh badan. tak dapat nak menilai atau adjust segala tomahan. tak sempat berfikir. tak sempat menganalisa. degan garang macam singa lapar terus meminta. jadilah perang saraf. bom-bom tekak berkeliaran. tepis menepis seluruh sudut. dari duduk, bangun, baring penuh beraksi. masing2 dgn ke egoan. xnak mengalah. semalaman x dapat tido. hati dan otak pula berperang. penat, lesu ku rasa. terpaksa ikut juga perasan.

subuh menyelang. otak dan badan lemah. paksa badan kebilik air. mandi. semasa minum masih tak puas. hati masih tak puas untuk berkata. perang berulang didepan rezeki. aku redho ya ALLAH. Amponkan aku. tak tahu sapa salah. sapa betul. dengan hati yang longlai aku keluar rumah. pegi ke rumah sahabat baik ku. dia nak naik haji. baca yassin untuknya. sejuk sikit hatiku. dalaman bercampur2 perasaan sedih. mengalir air mata. pilu.

balik rumah "1". berlaku juga apa yang berlaku semalam. berperang mencari sesuatu yang terpendam. berbuih mulut. masing2 menegak benang basah. tak selesai. tertidor kerana otak dah penat. bangun jam 4ptg keluar rumah tanpa arah. ikut gerak hati. pergi ke nilai square.
Image

Image

tengok gelagat manusia. terhibur jugak. lepak sampai jam 7ptg. otak masih serabut. ingat nak balik tapi kaki terus tekan minyak ke mines.



Image



makan laksa kat lemongrass. hati rasa xnak balik lagi. ambil tiket wayang. tgk wayang. mungkin hatiku terhibur dalam panggung.






SALAH SIAPA?


Saturday, October 1, 2011

carcamarba

carcamarba...
otak dan jiwa jadi carcamarba. banyak perkara yang berlaku. semua tak jadi. tak tentu haluan. mungkinkah jiwaku hitam hatiku hitam. tak sebersih orang yang warak. mungkin dosa-dosa aku belum tertebus. mungkin. pada ALLAH selalu meminta supaya dosa-dosaku diampun. masih menunggu.

semua yang dirancang jadi carcamarba. rezeki datang. seronok tak terkira. alhamdulilah kepada ALLAH. gembira hanya sebentar. bukan rezeki aku. mungkin rezeki orang lain. terkilan dengan apa yang menimpa. untuk memujuk diriku selalu aku berkata-kata..."takperlah aku redho" itulah selalu aku ucapkan. sejuk jugak hatiku. aku tetap berusaha untuk hidup. untuk menyara. walaupon kais pagi makan pagi kais petang makan petang aku tetap berusaha. rezekiku akan ku kongsi walaupon aku takde apa2. kadang-kadang aku percaya icon bintang aquarius aku. lambang seorang mencurah air dari pasu air kebawah. itulah aku. jiwa aku. perangai aku. aku lebih suka tengok orang lain gembira. biarkan aku takde apa2. mungkin telah ditakdirkan ALLAH begini. alhamdulilah.

carcamarba...
aku mencari-cari bagaimana nak uruskan diriku supaya sempurna. sempurna zahir dan batin. aku mengharapkan ada orang yang bersamaku meluruskan jiwaku yang carcamarba ni. buat masa ni tak nampak sesuatu bayang pon. biarkan aku cuba uruskan diriku sendiri dulu. semoga ALLAH merestui jalan yang aku pilih.

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri yang mulia

Muliakah kita di pagi aidilfitri ini?
Aidilfitri menyelma sesudah sebulan berpuasa. Suara takbir raya bermain-main ditelinga ku. Sayu dan terguris menyelumbungi perasaanku. Tahun ini aku memilih untuk beraya disini bersama keluarga-keluargaku. Memang terasa sayu mengalir airmata mengenang IBU ku dikampung. Sepatutnya aku pulang beraya dengannya tapi hati dan jiwaku kali ini berat beraya disini. Dalam kepala tertanya-tanya adakah sesiapa bersama ibuku dikampung? Tersedu dibuatnya. Hati melawan perasaan. Jiwa terpaksa melawan. Disini untuk keluarga-keluargaku. Disana IBUku. Jarang aku tak balik pada hari raya. Pagi raya tak mencium tangan ibuku. Tak mencium dahi ibuku. Terpaksa aku kuatkan hati dan perasaanku. Nampak aku gembira, tapi dalam hati aku menangis.

Tiada sapa yang faham hati ini. Terkejut dan sedih bila dengar keputusan yang tak diduga. Apa nak buat dan apa boleh aku buat. Biarkanlah aku jadi begini. Biarkan orang nak kata itu dan ini. Aku tetap aku. Pendirianku kena kuat. Jika terasa kecil hati atau sedih di hari raya ini itu pembawakan perasaan masing-masing. Buatlah apa yang difikirkan baik untuk diri. Aku tetap aku. Di hari raya ini memang sungguh sensitif. Kalau ikutkan hati boleh dibawa mati. Kecewa. Boleh lari jauh. Boleh lupakan peristiwa manis. Bagi aku apa boleh buat. Hati orang tak boleh dipaksa-paksa. Biarkan saja. Biarkan...supaya hati dan perasaannya tak terkonkong oleh sesiapa. Terbang BEBAS.

BEBAS dari segalanya.

Sunday, August 21, 2011

benda yang sama berulang

semalam dan hari ini terasa sungguh 'lompong'. sudah lama tak jadi tapi menjadi jugak. adakah aku yang tak faham atau orang lain yang tak faham. sesak nafas, panas telinga, jantung bergegar, penat dan macam-macam lagi terasa. benda yang sama berulang. sesuatu benda tu bila nak buat pakai hentam jer. taknak sikit pon berfikir sebelum buat. kalau dah berani buat beranilah tanggung. ikutlah kata hati, jangan ikut cakap orang. takut dan malu orang cakap diatas perbuatan sendiri. jangan hipokritkan diri sendiri. takde penyelesaian aku nampak. lagi banyak cakap lagi banyak otak jadi beku. taknak jadi pandai sikit untuk mengatasi perkara ini. masing-masing nak menang. tapi SALAH SIAPA?

jadilah DIRI SENDIRI.

lompong

lompong(kamus dbp) bermaksud kosong, hampa; bodoh, pandir; melompong; kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka.

terasa hidupku seumpama 'lompong'. aku yang dapat merasainya. jangan sesiapa menanya kenapa sebab 'lompong'. memang takda jawapan. jiwa aku hanya aku dan ALLAH sahaja tahu. takde siapa pon tahu. takda siapa yang dapat menolong. aku pon tak tahu nak luahkan perasaan 'lompong' ni. dalam hati. jiwa dan kepalaku dapat merasainya. meronta-ronta didalam untuk keluar dari tubuhku. terasa macam terseksa sungguh.

aku bayangkan jika ia dapat keluar apa akan jadi pada 'lompong'. mungkin ia akan pergi jauh mencari ufuk-ufuk ketenangan. pergi jauh dari sikap manusia yang tak faham erti kemanusian, erti kehidupan, erti kejiwaan.

kini hanya menunggu bilakah 'lompong' akan berjaya keluar.

Sunday, June 19, 2011

Ku Li: Gugur pemusatan kuasa di tangan PM, Peguam Negara

KUALA LUMPUR, [malaysianinsider]19 Jun — Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.


“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri."

“Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

seterusnya:
http://www.ustazcyber.com/2011/06/ku-li-gugur-pemusatan-kuasa-di-tangan.html

Saturday, June 18, 2011

PulakDah! Suami terkejut pelacur yang dilangganinya isterinya sendiri…

Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana si pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri.

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

“Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi,” ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja disalah satu kedai di pusat kota. “Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai,” tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

PulakDah!!! Kekasih cium penuh ghairah di telinga, wanita ini nyaris pekak

Ciuman tak selamanya membuat anda bahagia. Ada juga yang boleh mengundang sengsara. Seorang gadis muda dari China, misalnya, hampir pekak gara-gara dicium sang kekasih.

Image

Gadis asal Khuhai, Daerah Guangdong, China, berusia 20-an ini pergi ke hospital dan mengeluhkan telinga kirinya tidak boleh mendengar apa-apa. Doktor yang memeriksanya pun menanyakan bila dia merasakan pekak di telinga kirinya.

Si gadis itu menjawab semuanya terjadi setelah dia mendapat ciuman yang penuh ghairah dari kekasihnya. “Ciuman itu mengurangi tekanan di mulut, mendorong keluar gegendang telinga dan mengakibatkan kerosakan di telinga,” kata doktor yang merawat gadis itu kepadaChina Daily, Selasa. Gadis itu dijangkakan boleh sembuh dari pekak dalam waktu dua bulan.

Sunday, June 5, 2011

RAHSIA JAGA SUAMI

Kenapa suami tiba-tiba sahaja suka melakukan perkara yang pada peringkat awal perkahwinan tidak melakukannya? Kenapa suami secara tiba-tiba terlibat semula dengan amalan yang telah ditinggalkan sebaik sahaja berkahwin? Jawapannya tentu suami sahaja yang tahu.

Lazimnya isteri dalam keadaan itu tidak banyak soal sebaliknya membiarkan sahaja gelagat suami itu. Padanya kalau perkara itu adalah hobinya tidak boleh dihalang. Tetapi apabila suami sering melakukan amalan itu sehingga mengabaikan dirinya dan rumah tangga, barulah ketika itu isteri bising-bising dan marahkan suami.

Tanpa mencari puncanya, dia terus marah malah sering menuduh suami dengan pelbagai tuduhan liar. Kononnya suami sudah tidak sayangkannya. Malah ada yang menuduh suaminya ada orang lain. Ketika itu, suami tidak diberi peluang untuk menjelaskan sebab musababnya.

Bagi menyelesaikan masalah suka dijelaskan di sini bahawa kehidupan suami isteri yang paling indah hanyalah tiga bulan pertama perkahwinan. Pada waktu itu semua yang dilakukan oleh isteri adalah baik. Begitu juga bagi isteri, apa yang dilakukan oleh suami semuanya baik dan disukai. Walaupun hakikatnya mereka kurang bersetuju dengan perbuatan dan tindakan pasangan masing-masing.

Selepas tempoh itu, suami tidak boleh sabar lagi. Maka dia akan marah kepada isteri jika perkara yang sama terus dilakukan. Pada masa yang sama isteri juga akan marah kepada suaminya jika sikap suami yang tidak disukainya terus dilakukan. Di sinilah bermulanya permusuhan yang kadang-kadang berlarutan.

Sebenarnya, apa yang berlaku selepas itu adalah kerana kesilapan suami yang tidak pandai mentadbir dan mengurus kehidupan mereka. Suami tidak tahu berperanan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Maka suami lambat bertindak sehingga akhirnya nasi menjadi bubur.

Ajaran Islam


Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU). Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:


1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri
2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri
3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri
4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri
5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri
6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri


Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.

Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera.

Sebenarnya sikap suami yang membiar perbuatan buruk isteri diulangi beberapa kali akan menyebabkan teguran suami selepas itu tidak berkesan lagi. Oleh sebab itu, teguran mesti segera supaya ada kesan pengajarannya.

Dalam keadaan ini isteri mesti patut pada suami dalam hal yang dipersetujui bersama. Dia perlu sedar bahawa membantah kehendak suami adalah derhaka dan itulah yang boleh membawa pergaduhan rumah tangga. Pada masa yang sama kalau suami yang melanggar peraturan, isteri juga hendaklah secara sopan menegur suami. Isteri juga tidak boleh menangguh untuk menegur kesilapannya.

Jika semua itu dapat dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti mereka akan mengenali hati budi pasangan masing-masing. Suami pasti tahu apa kesukaan isterinya dalam soal makan dan pakaian. Begitu juga isteri, dia sudah tahu apa yang disukai oleh suami.

Bukan itu sahaja, isteri juga sudah tahu apakah hobi suami sebelum berkahwin, malah sesetengahnya dengan sebab hobi itu jugalah yang menyebabkan mereka dipertemukan. Mungkin mereka sudah berjanji sama ada ingin meneruskan hobi itu atau tidak.

Realiti Pada Hari Ini


Berdasarkan pengalaman lampau, kebanyakan pasangan tidak membuat sebarang perjanjian seperti yang disebut di atas. Lazimnya pasangan itu tidak ambil kisah tentang hal itu, masing-masing bawa diri dengan kesukaan dan hobi masing-masing.

Toleransi, itulah pendekatan yang diambil oleh mereka. Apa yang suami suka, isteri tidak kisah, dan kalau suami tidak suka, dibiarkan sahaja. Begitu juga dengan isteri apa yang diinginkannya tidak pernah diambil tahu oleh suami.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika keadaan ini berlarutan bulan ke bulan, tahun ke tahun. Bolehkah mereka hidup bahagia? Ya, kemungkinan kehidupan mereka akan mudah goyah dan lambat laun mereka akan bercerai.

Walaupun mereka sudah mempunyai anak yang ramai, namun kemesraan sudah tidak ada. Suami hendak menegur sikap isteri apa-apa yang tidak disukainya sudah tidak boleh lagi. Isteri juga tidak mampu menyayangi suami dalam keadaan itu kerana dia sudah tidak boleh menghormati suaminya sebagai ketua rumah tangga. Di sinilah berlakunya apa yang dikatakan retak mencari belah.

Hakikat yang Diabaikan


Sebenarnya lelaki apabila berkahwin dia mahu bermanja dengan isterinya dan mengharapkan dimanjai selama-lamanya. Apa yang menjadi idamannya pada waktu itu tidak pernah pudar apatah lagi pada usia tuanya.

Tetapi biasanya suami tidak mampu menyatakan rasa itu kepada isterinya sebaliknya dia mengharapkan isterinya faham rasa itu sendiri. Tetapi isteri mempunyai rasa yang lain, walaupun isteri juga mahu bermanja tetapi ada had tempohnya. Apabila sudah ada anak, tengok sebut kerja dan seumpamanya, maka rasa hendak bermanja sudah tidak ada.

Apabila keadaan ini berlaku, suami rasa kecewa, rasa keseorangan, dan rasa tidak diperlukan lagi. Demi mengisi kekosongan pada diri dan hati maka minat lama akan datang kembali. Kaki pancing akan mula mencari joran, kaki lepak akan bertemu kawan-kawannya. Itulah penghiburnya setelah isteri tidak mampu menjadi penghiburnya lagi.

Jadi, mana-mana pasangan yang menghadapi masalah yang sama, cuba betulkan kesilapan lampau. Isteri hendaklah memahami hati suami dan jangan biarkan jiwanya kekosongan walaupun di saat tua. Tetapi bagi mereka yang baru hendak kahwin, ambillah perhatian kepada semua maklumat di atas, semoga anda bahagia.

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Sunday, May 8, 2011

KULIT KHINZIR LEBIH BAIK DISENTUH DARIPADA AKHBAR INI

Image


Oleh: WFAUZDIN NS


Baru sekarang saya tahu mengapa sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini.

Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang disiarkan di dalam Malaysiakini berkenaan isu sensitif ini. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis.

Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa.

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu.

Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini.

Saya tidak akan merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya saya akan menyentuh kulit Khinzir./wfauzdin.blogspot.com

konspirasi Teoh Beng Hock