dah setengah abad aku hidup. berliku-liku dugaan takdir illahi ku tempuh dengan jayanya. adakala aku kecundang dalam meniti kehidupan harian. aku terpaksa teruskan jugak kerana jasad ku belum terkubur. masihkah perjalanan hidupku ini panjang atau sebaliknya. Hanya ALLAH yang MAHA kuasa menentukan.
aku teringat mula-mula mempunyai keluarga. satu demi satu anak-anak lahir ke dunia. aku jaga dan didik mereka hingga besar dan berjaya mengecapi alam dunia. dunia untuk mereka. untuk hidup dan menempuhi segala dugaan ALLAH. takdir ALLAH. nak atau taknak terpaksa lalui. segala keperitan dan kegembiraan akan mengajar untuk lebih berpengalaman dalam semua erti kehidupan. jangan undur. teruskan mencari jalan yang di REDHO. undur jika tersandul halangan yang tak nampak. pelajarilah apa halangan itu. memperbaiki kesalahan sendiri. hanya ALLAH yang lebih mengetahui.
hanya tinggal sejengkal kehidupan aku ini. aku tak berjaya seperti setengah orang yang berjaya. aku hanya hidup sederhana. cukup makan untuk keluarga. bercakap pasal harta rasa mual. aku takda harta. wang simpanan pon takda. hanya cukup makan. bagi aku semua itu rezeki. bukan semua yang bernasib baik. alam berputar. berputar-putar turun naik. kebawah keatas. bersyukur apa yang diberi. anak-anak sehat. boleh berdikari. gembira. itu cukup bagi aku. bila aku fikir nak jadi kaya pada umur sekarang...lupakan saja. dah terlewat untuk mengejar kekayaan harta. hanya pada anak-anak aku fikir kemungkinan. mereka boleh. mereka mampu. bukan untuk aku. untuk mereka. buatlah dari sekarang. jangan leka. agama mesti seiring jalan. jangan lupa ALLAH. seimbangkan kedua-duanya. duniawi dan akhirat mesti seimbang. hidup sederhana.
terimakasih ALLAH kerana beri aku kehidupan yang sederhana sampai sekarang. tiada penyesalan. aku akan terus hidup sampai kau ambil nyawaku. aku berdoa supaya keluargaku, anak-anakku berjaya didunia dan akhirat. yaALLAH berilah mereka apa yang mereka hajati. semoga mereka lebih beriman kepadaMU.