Monday, March 28, 2011

BELUM CUBA BELUM TAHU

Pakatan Rakyat dengan kepimpinan DSAI akan jadi lebih bagus dari BN.


PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang : Daim


ImageKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Selepas Rahim, Daim pula dikerah UMNO..

BELUM CUBA BELUM TAHU...
Orang yang KORUP tetap KORUP.


ImageKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Saturday, March 26, 2011

Tunggu pakar sahkan aktor seks

Pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.
baca disini

Pakar video yang macamana akan menentukan sesuatu video tu tulin atau tidak. Biasanya kalau kita sendiri yang rekod video dari kamera murah atau pon kamera profesional sudah pasti video dalam tape atau hardisk itu tulin 100%. Bila kita mula menyunting video berkenaan, ia sudah tak tulin lagi.

Kita telah mendengar macam-macam cerita tentang video lucah keluaran Dato' T. Persoalannya adakah video ini TULIN? Bagi saya ketulinan sesebuah karya mestilah bermula dengan ILHAM, jalan cerita, konsep, storyboard dan skrip. Jika salahsatu dari perkara diatas tak ada sudah pasti ketulinannya akan dipertikaikan.

Video lucah Dato T tak mengikut etika yang saya sebutkan diatas. Contoh dalam video tersebut ada ternampak team produksi sedang menyediakan set pengembaran. Ada 4 orang jurukamera sedang bersedia untuk terima arahan dari pengarah. Suasana macam ni telan dirancang. Katakanlah jika saya sendiri masuk dalam bilik tersebut saya mesti bertanya kenapa ada semua ini. Otomatik kepala saya akan mengesyaki ada sesuatu yang tak kena. Saya pasti lari dari bilik tersebut. Jika diletakan CCTV secara rahsia, sudah pasti 'angle' kamera tak boleh rakam semua sudut, hanya satu sudut saja. Imej video (framing) adalah 'wide'. mesti kita dapat cam sapa AKTORnya. Dalam video lucah ini semua orang yang menonton tak berani nak mengatakan siapa pelakon berkenaan. Kenapa jadi begini? Adalah sebab 'angle' CCTV tak tepat pada sudut kedudukan pelakon.

Pakar-pakar video juga akan meneliti kandungan teknikal dalam video tersebut. Adakah video ni telah di sunting? Adakah video ni tokok tambah. Tarikh dalam video ini pon boleh ditambah. Pakar video tak boleh nak pastikan atau mengesahkan pelakon dalam video ni adalah tulin sebab dia tak betul2 kenal karekter aktor berkenaan. Orang yang rapat betul baru boleh kenal pasti.

Dari pandangan saya produksi video ini adalah dirancang. Bukan dari CCTV. Kita tunggu dan lihat bagaimana pakar video ni membuat kerja-kerja mereka. Adakah pakar video ni condong kepada TEAM DATO T?


Video Sex : Pengakuan blogger umNO


Image

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR


Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor

Monday, March 21, 2011

Alibi Awal Fitnah III ....kita lihat siapa yang kena...!!!

Image
Kesian aku tengok puak pencacai UMNGOK murahan yang otaknya pun lebih bebal dari otak lembu!

Salah satu bukti Anwar bukan pelakon dalam video. Masa rakaman video itu 21 feb 2011, jam 22.23 - 22.45, sama dengan dakwaan DSAI yang sedang update tweeternya dirumah bersama keluarga... Esok Persatuan Pendekar dan seluruh AMK Selangor akan menyerahkan beberapa bukti bukti untuk dijadikan evidence dalam dakwaan terbaru UMNO yang keji lagi laknat!

LAKNAT LAKNAT!!! LAKNAT FITNAH!!! HANCUR HANCUR!!! HANCUR UMNO!!! HIDUP HIDUP!!! HIDUP RAKYAT!!! REFORMASI!!! TAKBIIIIIIRRR!!!!

GESTAPO ISRAEL

dah tak boleh lagi dibuktikan DSAI dalam kes liwat 2 kini keluar pulak video lucah menuduh DSAI dengan skandel sex. depa kata DSAI ni GAY. habitat GAY tak suka perempuan. macamana pulak tuduhan skandel sex dengan perempuan kali ni. Datuk "T" pon tak berani nak komfirm. patutla muka dia sebelah jer. takut orang cam muke dia. takut apa kalau berani dedahkan. ini semua gara-gara GESTAPO ISRAEL dah menular dalam kepala otak dan hati orang yang nak menjatuhkan DSAI. lagi banyak tuduh lagi KUAT DSAI.

Hentikan Segera Politik Kotor Dan Lucah

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Friday, March 18, 2011

Rakyat sudah tahu siapa pengarah dan penulis skrip untuk lakonan Umi Hafilda



Image13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Kenapa dulu tak dedah di mahkamah : Dasar Penipu

Selepas Zulkifli Nordin kini seorang lagi selebriti terkenal dilihat "gila meroyan" dengan isu liwat Anwar Ibrahim. Tapi kali ini ialah pelakon lama yang sudah hampir 13 tahun menyepi tiba-tiba muncul semula.

Entah apa mimpi dan rasukan yang menimpa dirinya, itulah dia Ummi Hafilda Ali (foto) iaitu adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali


Kelibatnya kini seolah-olah tepat pada masanya iaitu disaat perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim masuk ke pusingan yang terakhir sekarang ini.

Maka, Ummi kini umpama satu "anugerah khas" yang tiba-tiba dibawa masuk untuk menyakinkan rakyat kononnya apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim selama ini bukanlah satu "teori konspirasi".

Berkokoklah Ummi Hafilda mengikut skrip yang telah diberikan kepadanya. Kali ini agak menarik kerana ia dimulakan dengan isu saman menyaman.
Ummi tiba-tiba membuat satu sidang media khas bagi menyaman pihak-pihak tertentu yang kononnya telah mencemar dan menjatuhkan maruahnya sejak 13 tahun yang lalu.
Malah, dalam beberapa siri ceramahnya termasuk ketika di PRK Kerdau dan Merlimau baru-baru ini Ummi begitu bersemangat waja mendedahkan satu persatu rahsia besar yang dikatakan berlaku antara Anwar dan abangnya Azmin Ali.
Termasuklah isu kononnya Anwar mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya sendiri iaitu isteri Azmin yang bernama Shamsidar. Satu persatu dibongkarkan dengan penuh keyakinan supaya rakyat mempercayai penjelasannya kali ini.
Kehadiran Ummi ke dua PRK baru-baru ini cukup menggemparkan orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana dimana sahaja ada ceramah Anwar maka Ummi Hafilda akan berada di situ bagi mendedahkan sikap sebenar mantan TPM itu.
Terkadang di sesetengah tempat, ceramahnya sengaja diadakan bagi tujuan untuk menganggu ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Siapa Yang Bayar Ummi Jelajah Seluruh Malaysia

Soalnya benarkah kehadiran Ummi itu tidak diundang seperti kata TPM Muhyiddin Yassin. Katanya Ummi datang dengan rela hati dan UMNO tidak melarang beliau berkempen mendedahkan rahsia peribadi Anwar.
Masalahnya, jika bukan UMNO BN yang mengatur jadual ceramah Ummi maka siapa lagi yang bertanggungjawab.
Bukankah JASA itu terletak dibawah UMNO?. Dan difahamkan juga pihak JASA yang mengundang dan membawa Ummi turun ke dua lokasi berkenaan.
Maknanya, UMNO yang mengatur jadual ceramah Ummi ketika itu. Anehnya, Muhyiddin boleh berdolak dalih kononnya Ummi tidak dibayar dan sebagainya.
Namun umum lebih mengetahui siapakah yang membayar Ummi Hafilda untuk menjelajah ke serata negara bagi membongkarkan apa yang dikatakan rahsia peribadi Anwar Ibrahim ini.
Anehnya, setiap pendedahan yang dibuat beserta dengan bukti-bukti kukuh itu langsung tidak dijawab Anwar. Malah, Ketua Umum PKR itu menganggap Ummi hanyalah seperti seekor nyamuk yang tidak perlu dilayan.
Masalahnya, kini ramai yang takut pendedahan yang dibuat oleh Ummi itu bakal memberi kesan yang mendalam kepada rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Jika sesuatu gagal dilaksanakan, maka sudah pasti akhirnya rakyat terutamanya pengundi atas pagar akan percaya segala kenyataan yang telah pun dibuat secara eksklusif oleh Ummi Hafilda itu sebenarnya.

Kenapa Dulu Dia Tidak Dedah Bukti Di Mahkamah

Soalnya sekarang, ramai yang terkejut kerana Ummi kini menjadi juara saman menyaman. Jika sebelum ini beliau dengan bangganya menyaman Anwar, Wan Azizah, Karpal Singh dan parti PAS sebanyak RM700 Juta atas berbagai pertuduhan.
Terbaru, semalam beliau memfailkan pula saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda (foto) dan juga portal Malaysiakini.
Sebelum ini Baginda pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan Ummi Hafilda dan wanita itu pernah menceritakan kepadanya tentang konspirasi yang dilakukan secara terancang untuk mensabitkan Anwar dengan pertuduhan liwat pertama dulu.
Pengakuan yang dibuat oleh Baginda telah menyebabkan Ummi menjadi marah dan terpaksa mengambil tindakan saman terhadap beliau.
Soalnya sekarang, kenapa Ummi Hafilda tiba-tiba begitu berselera menyaman pihak-pihak tertentu. Jika dicampur jumlahnya kini Ummi mempunyai RM800 juta kiranya beliau menang dan mendapat jumlah saman yang dinyatakan.
Cuma apa yang memusykilkan ialah jika benar segala dakwaan Ummi seperti yang diwar-warkan kepada media sekarang, kenapakah semua itu tidak didedahkan olehnya ketika menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat I dulu. Kenapa segala bukti dan dokumen berkenaan tidak dibawa ke mahkamah?.
Bukankah jika ketika itu dia berani seperti sekarang, maka tidak mungkin Anwar boleh dibebaskan sebenarnya. Dokumen-dokumen itu sudah cukup untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam sel penjara Sg.Buloh buat beberapa ketika lagi.
Tetapi, kenapa ini tidak berlaku dan baru sekarang mahu dikatakan "dia ada bukti"?. Bukankah ini sesuatu yang amat kontroversi.
Ramai yang tertanya-tanya kini, apa motifnya hinggakan Ummi mengambil masa yang terlalu lama untuk mendedahkan segala bukti-bukti berkenaan. Jika ini keadaannya, beliau jelas sekali telah menghina keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dulu.
Peguamnya juga boleh meminta mahkamah mengkaji semula keputusan membebaskan Anwar dulu. Itu pun jika beliau benar-benar mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dan Azmin atas apa yang dinyatakan dalam ceramahnya itu.
Jika tidak pasti rakyat tidak akan percaya segala pendedahan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, kerana bagi mereka wanita tersebut kini sudah dibeli untuk tujuan memastkikan Anwar kembali ke penjara sebelum PRU13 nanti agaknya?.
Justeru itu, Ummi tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya dia berada di pihak yang benar sekarang. Kerana jika dia benar, sepatutnya segala bukti dan dokumen berkenaan sudah pun dijadikan bahan bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar dengan segala tuduhan yang dikemukakan itu. Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang.
Jika tidak, Ummi boleh didakwa kerana menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dulu.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Thursday, March 17, 2011

Gempar: Henpon Sebabkan Lelaki Mati Pucuk

Quantcast

ImagePENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan

Benarkah telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

GEORGE TOWN – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.

Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya.

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan,” katanya.
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh.

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak.

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen.

ksm

HOT: Tandas Awam Melaka Bertaraf ‘Banglo’

Image

Tandas awam bertaraf ‘banglo’ dakwa ADUN Ayer Keroh

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja RM199,800 dianggap sebagai tidak masuk akal dan membazir, kata ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

NONEMalah, kata ADUN dari DAP itu, kos berkenaan juga dianggap sama nilai sekiranya hendak membeli sebuah rumah banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Dakwa Khoo, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

“Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

NONE“Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat,” katanya.

Beliau melahirkan perkara itu sebaik sahaja melakukan tinjauan di tandas awam terbabit yang letaknya berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

Pembaziran terlalu kerap’

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah sebagai jawapan yang diberi kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang DUN Melaka baru-baru ini.

NONEKatanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh
bangunan tandas berkenaan.

“Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

“Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ini dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini,” katanya.

Tahun lalu, ADUN sama pernah menyuarakan supaya siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), di Bukit Katil, Melaka berikutan mendakwa kos pembinaannya yang terlalu tinggi sehingga berjumlah RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang biasa.

NONEADUN berkenaan mendakwa, ada unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok-pondok bas berkenaan yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kos pembinaannya, didakwa terlalu mahal dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki.

Nilai sebenar jelasnya, sekira mengikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 sahaja.

Elissa Helmi mKini

mengeluh...mengeluh...mengeluh

kenapa kita selalu mengeluh apabila kita tak ada duit? kita mengeluh kerana duit habis. dalam simpanan bank habis. tak biasa takde duit. takut tak makan. semua jadi takut. menangis mengenangkan nasib. semua jadi beku. kepala otak jadi beku. persoalannya KENAPA JADI TAKUT?

hidup didunia mesti berani. berani kerana ALLAH. ada orang lain yang lagi susah. tak makan 3 hari pon ada. BERSYUKUR pada ALLAH kerana beri kita hidup sampai sekarang. beri kita rezeki secukupnya. alhamdulilah... alhamdulilah... alhamdulilah...

jangan takut kalau tak makan. ada HIKMAH disebalik dugaan ini. sabar dan selalu tawakal pada ALLAH. semuanya dari ALLAH. selalu BERSYUKUR. kuatkan semangat untuk dugaan ini. rasa kecil jer masalah ini. jangan rasa terlalu berat. semua masalah dapat diatasi. jangan sesekali minta pertolongan. orang lain pon ada masalah sendiri. cuba selesaikan dengan orang yang terdekat. percaya padanya. jangan pandang rendah padanya. jangan persangka yang bukan-bukan padanya. bawa bincang dulu. nyatakan hasrat, masalah yang dihadapi. mungkin dia boleh bantu. kadang-kadang kita buat rumusan terlebih dahulu. belum lagi bincang dah kata dia tak boleh tolong. macamana kalau tak percaya satu sama lain. susah la macam tu. jangan susahkan diri sendiri. sesama kita susah. sesuap nasi boleh kongsi berdua. apasalahnya?

jika takut ditelan BADAI jangan dirikan rumah ditepi PANTAI.

Ummi: Saya tak pernah bersetubuh dengan Beginda!

Image”Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!”

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

” Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

” Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

” Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya,” tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

” Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

” Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

” Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini,” tegasnya.

Oleh SYAHRIL A. KADIR

ROSMAH: 1st Lady of Malaysia

Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence

Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.

“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.
"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.

A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.

The clip (in Malay language) can be viewed on http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I

konspirasi Teoh Beng Hock