Sunday, December 14, 2025

Siapa pergi dulu

Salam.

Lama sungguh tak menulis dek tuntutan urusan doniaa 

Hari ni, ada jiran yang kembali ke negeri Abadi. 

 Never expect. 

 Tak pernah pun terbayang dia akan pergi dulu. 

 Aku ingat lagi, dia datang ziarah abah masa abah kena stroke. Abah aku yang banyak sakit macam2 dan mungkin takde harapan pulih pun. 

 Dia pulak sihat2 je masa tu. 

 Tapi sebulan yang lepas, dia jatuh motor depan rumah je. Ada luka. Tapi tak baik. 

 Kesihatan dia mula merosot. Tak makan, tak minum. Perut sakit. Pergi hospital, macam-macam penyakit tiba-tiba. 

Kesian dia. 

 Masuk hospital 3 4 hari, dia keluar. Then masuk hospital lebih besar dengan harapan dapat rawatan yang lebih baik. 

 End up, sebulan dia duduk hospital. 

 Sakitnya melarat. Kuman mula menyerang. Dia susah nak bernafas. Dia tak boleh bangun. 

 Kesian sangat kat dia... 

 Rabu lepas dia balik rumah. Terlantar. Oksigen on. Tiub susu pun on sebab dia dah tak boleh makan. I don't know why. Sebab yang aku tahu, orang yang kena stroke je kena pakai tiub makanan tu. 

 Kesian sangat dia. 

Tiub oksigen, tiub makanan. 

 Abah aku pergi tengok dia pagi khamis. Dia boleh juga nak bercakap. Cuma abah kata, dah tak jelas sangat dah. Dia terbaring je. 

 Semalam, mak aku pergi tengok lagi dengan abah. Dia dah tak bercakap dah. Baring je. Mata tertutup. Tapi mulut, macam tarik nafas. 

 Dari semalam, tak putus saudara mara datang bacakan yassin untuk dia. 

 Tapi sebelum azan tadi, dia pergi mengadap Ilahi. 

 Terlepas dah urusan dia kat dunia ni. Terlepas dah dari sakit yang dia tanggung dalam sebulan ni. 

 Moga Allah merahmati dia, ampunkan segala dosa-dosanya, letakkan dia bersama orang-orang beriman... 

******

Sebenarnya, semalam aku ada mimpi dia pergi mengadap Ilahi. Mimpi yang tak best sampai satu hari semalam mood aku tak betul. Ada je yang tak kena. 

Tapi sebab cuma mimpi, mainan syaitan semata2. Aku ignore je. Sebab pernah juga mimpi sebelum ni. Pakcik aku. Tapi, alhamdulillah dia sihat2 je. 

Tapi yang semalam, aku tak rapat pun dengan jiran tu. Tapi selalu nampak. Selalu lalu depan rumah. Selalu pergi beli kuih nasi lemak wife dia..

Bila mimpi macam tu, aku rasa takde apa2. Aku harap dia mungkin makin sihat. Cuma tak sangka dia pergi jugak hari ni 🥺

 ******* 

 Bila hidup ni di luar jangkaan kita... 

 Siapa sangka, orang yang sihat2 ni boleh pergi dulu dari kita yang ada sakit kronik ni huarghhh 😭😭😭

 Ajal kita, takde siapa pun tahu. Macam mana pengakhiran kita pun, kita tak tahu... 

 Banyak sangat dosa ni... Banyak sangat... huwaa 😭😭😭

Saturday, April 26, 2025

Eh makngah!

Salam. 

Dah hujung2 raya dah. 

I'm okey.

Takdela dapat soalan makcik2 kepoci pun. Alhamdulillah. Dah bertahun2 tak pernah pun dapat soalan "bila nak kawen?" tu. Alhamdulillah. Baiknya Allah. 

Aku je yang tak baik selalu huu

Tapi tadi....

"Eh makngah! Makngah dah banyak dah rambut putih." 

Me : Dah tua dah..

"Tapi Makngah tak kawen."

Me ; Memanglah tak kawen.. nak kawen dengan sape?

Itu budak 8 tahun umur dok gelak2 sendiri sebab tak boleh jawab jugak. 😆

Takpe Maya. Makngah maafkan. Ada jugak orang nak tanya 🤭

Makngah ko ni dah tak bayang dah semua tu. Dah tak rasa apa dahh. Biarlah. 

Ada hikmah banyak. 

Tapi yang tak best,.. 

Hujung2 umur nanti, harap tak susahkan orang je. 
Mati pun harap tak susahkan orang jugak. 
Tak taula ada orang nak doakan ke tak nanti. 
Yang penting sekali, jangan susahkan orang, jangan susahkan orang lain even keluarga sendiri. 
Tujelaa.. 

Moga Allah perkenankan la nanti... 🥹

Argh. 

Sedih pulak. 

~selamat hari raya yang dah nak habiss 🤭



Friday, February 14, 2025

Zaman TT

Salam. 

 Zaman blog ni dah makin lama makin hilang. 

Masa berubah, zaman berubah. 

Aku ni dah acik2 dah. 

Tapi sempatlah merasa, YM, Hotmail, Friendster, My Space, Blogspot, Wordpress, Facebook, Twitter, X, TIKTOK, Thread... 

 Paling femes sekarang, TT la. 

 Aku ingat, dulu ada kawan cakap media sosial ni senang buat kita ada penyakit hati. 

 Ya. Betul. Sangatlah aku percaya sampai aku bungkus akaun fb aku dulu sebab dah start lupa diri. ahah 

 Tapi sebab satu insiden, aku delete terus. Hilang dari radar fb. 

 Sampailah aku buat akaun fb baru, atas sebab 'kerja' yang aku buat. 

 Sampailahhh aku terjebak dengan akaun TT. Tu pun sebab 'kerja' tu jugak walaupun aku dah banyak buat kerja belakang tabir je sekarang. 

 Berbalik semula apa yang kawan aku cakap dulu, memang banyak yang buruk dari yang baiknya. 

 Lebih2 lagi, dah hujung zaman ni. Banyak yang rosak. Tapi sepanjang aku terjebak dengan TT yang awalnya buat untuk sopingg, aku terjebak dengan live orang. 

 Tapi aku terjebak dengan dua hamba Allah. 

 Dua orang yang berbeza pangkat, darjat, kedudukan juga warganegara. 

Tapi dua2 agama yang sama, suara sedap yang buat aku terjebak. Haha 

 Tapi content yang berbeza. 

 Pertama - Follower 86k+. Tak pernah tunjuk muka. Gaming. Kerja gah. travel. 

 Kedua - Follower 40k+. Tunjuk muka. Kerja biasa2 je. Duduk kampung.

 PERSAMAAN - Kedua-duanya 'TAK KOSONG' 

 Masing-masing 'pakar' dalam bidang masing2. 

 Sukalah ilmu yang bermanfaat. Jauhhhhhh dari content murahan lagi membodokan diri. 

Tapi tu la.. content sampah lagi ramai orang suka kan? 

 Generasi hari ni la yang banyak menyimpang. Scary untuk acik2 ni. Risauuu ada family yang terjebak. 

Berat tanggungjawab mak ayah hari ni untuk besarkan generasi sekarang. 

Aku yang takde anak ni pun dah pening. Inikan mak ayah. 

Moga dijauhkanlah dari yang aneh2 lagi menyesatkan. Aminn Insya-Allah. 

 okla. bai.

Sunday, January 26, 2025

Cermin Anak-anak

Salam. Salam tahun baru yang tak berapa baru. Macam biasa, ada benda yang aku nak luah tapi takde siapa yang patut dengar. Terutamanya sekali pasal family. Macam mana nak cakap dengan famili sendiri kalau apa yang kita nak cakap tu akan bagi kesan yang tak cukup baik? Here I am. Cerminan anak-anak. Anak-anak ni, depan mak ayah takkan buat benda yang tak elok. Mak ayah, akan percaya bulat2 pada anak. Tapi bila kat belakang, anak-anak ni berani buat benda yang luar alam. So, sebagai mak ayah, jangan nampak apa yang baik je. Jadilah mak ayah yang cakna peel anak-anak kat belakang. Aku ni, takde anak. Tapi bila anak orang lain buat hal depan aku, sakit jiwa jadinya bila mak ayah dia tak tahu perangai sebenar anak-anak dia. Anak-anak orang lain yang buat hal, aku yang pening. Haih.

Wednesday, September 4, 2024

Kenapa tak suka sakit?

Salam. Takde siapa suka sakit. Tapi tula. Manusia ni lemah. Ada masa sihat, ada masa sakit. Kali ni, giliran aku tiba lagi. ahah Kalau boleh elak, aku elak dah. Tapi tak mampu. Macam biasa, aku jarang sakit. Tapi sekali sakit, pakej lengkap aku dapat. Demam, batuk, selsema. Cuma kali ni, batuk tak sempat. Padahal sakit tekak kemain beberapa hari lepas sampai suara aku tak sedap. Alhamdulillah. Demam selsema pun azab juga. Nak tido payah. Hidung tersumbat. Telinga pun naik pekak aku dok hembus ingus tak keluar. Degup jantung pun boleh dengar. uhuu Lagi satu, bila dah sakit ni, aku cakap dah. Ubat nak kena telan tu azab. Harian je 5 biji. Dah tambah demam selsema, jadi banyak dah. Yang lepas, pakej dengan sakit2 badan. Berbiji2 pil masuk dalam badan. ahah. Kali ni, kurang sikit. Alhamdulillah. Tapi Allah ganti yang lain. Awal pagi2 lagi Allah bagi sakit yang lain. Takde ubat, selain doa. hm. Bila teringat, jadi hilang mood dah. Sambung tengok cerita kdrama la. sebab dua kali aku tidur siang hari ni. Entah bila boleh tidur. Tidur pulak dengan hewan berbulu itam yang datang menyebuk tiap malam. hm..

Thursday, July 25, 2024

Entah apa tak kena

Salam.

Semalam pergi check darah. 
Entah apa khabar. 
Harap baik2 jela macam sebelum ni.

Cuma kali ni, aku dah kurang bersenam. Berat pun naik balik. Hm. 

Last week pergi joging. 
4.6km je mampu.
Lari sikit. Jalan je banyak. Tu pun lari sikit rasa kaki tak jejak tanah dah. 

Tapi dah dekat seminggu ni, badan aku yang sakit2. Hari ni, dada pun rasa tak sedap dari semalam.

Pulak tu semalam lepas kena 4 kali cucuk jarum darah baru nak keluar, sampai lebam2, tangan aku sakit... Banyak noo dosa 😔 

Bila dah rasa tak sihat ni, mula la kepala ingat benda lain. Macam2 fikir. Banyak amanah, hutang tak settle lagi ni. 😔 

Moga ada lagi hari esok 😔 


Monday, July 22, 2024

ALLAH lagi sayang

Salam. 

Kisah semalam. 

Ada kematian. 

Lepas postmortem, result dia "PENDING LABORATORY INVESTIGATIONS" Terms medical ni, aku bukan bidang. Tapi tu la yang tertulis kat surat si mati. Budak 10 tahun. Lelaki. Asbabnya demam. Tapi tahun lepas, dia didiagnos DMD (Duchenne Muscular DYSTROPHY) - kalau aku tak salahlah.

 Nama penyakit pun aku tak pernah dengar. Dan doktor pun kata antara yang jarang2 la jumpa. 

 Penyakit yang boleh sebabkan budak ni akan paralayzed pada jangka masa panjang. 

Tapi simptom awal yang kita boleh nampak, perubahan otot2 dia. Mengecik semuanya. Jalan tak kuat. Naik tangga pun susah. Nak lari tak boleh. Kalau dia berjalan, boleh nampak dia macam melayang2. Senang jatuh. Dan baru2 ni, dapat tahu doktor dah start bagi ubat yang agak kuat untuk dia. Ikut info, budak2 ni takkan dapat servive. Sebab segala otot organ pun akan effect sama. Especially jantung. Otot nak pam jantung pun akan bermasalah. Nak telan makan pun perlu otot. 

 Masalah utama dia OTOT. Takde protein yang boleh bina otot dia. 

 Punca dia? 

 Genetik. 

 Tapi, untuk keadaan budak ni. Kesian sangat. 

 Famili susah. Makan pun tak cukup. Dia dah kurus. Adik dia yang 3 lagi tu pun kurus2 belaka. 

 Tak tahu nak cakap macam mana. Kesian je mampu. 

 Tapi tu la. Yang tengok ni, memang kesian. Tapi kalau mak ayah dia sendiri tak berapa kesiankan anak2, kita nak buat macam mana kan? 

 Allah mungkin nak ringkan ujian dia sekeluarga. Who knows? Kan? Mak ayah dia dah tak susah2 nak hantar checkup, fisio kat hospital jauh. 

 Hmm. 

 Teringat berapa lepas dia teringin nak makan ayam goreng. Alhamdulillah ada hamba Allah tunaikan. 

 Tapi tu la. ALLAH lagi sayang dia. Dia dah tak sakit dah. Tak payah makan ubat kuat2 tu. Moga syurga tempat mu wahai anak.

 Okla. Wassalam.