Hakikat kebenaran

Posted on January 6, 2009. Filed under: Menangani penyelewengan terhadap al-Quran, As-Sunnah dan berkaitan Islam, Tauhid |

Assalamualaikum dan salam hormat.

Kebenaran dan kepalsuan pada umumnya adalah sesuatu yang boleh dibuktikan. Kebenaran pada hakikatnyakebenaran adalah sesuatu yang menepati kewajaran kejadian dan dapat diterima oleh akal norma, dan jika ada cabaran ia dapat dipertahankan. Apakah definasi kebenaran yang lebih dapat diberikan selain dari hakikat tersebut?

Contoh kebenaran ialah seperti manisnya gula. Kita boleh mengatakan gula manis tetapi apa buktinya? Buktinya ialah lidah merasakan manisnya itu. Demikian juga apabila manusia itu ada mulut, maka nyatalah kebenaranya pada kejadian.

Berhujah dan berbahas adalah salah satu cara membuktikan kebenaran. Hujah haruslah bernas, menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni. Jika hujah itu menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni, itulah kebenaran. Dan jika sebaliknya, ia adalah satu kepalsuan.

Namun demikian, manusia adalah satu makhluk yang unik. Umumnya manusia menerima kebenaran apabila dapat dibuktikan. Terdapat segulungan manusia yang enggan menerima sesuatu yang terbukti itu sebagai kebenaran dan mereka menolaknya. Menolak kebenaran yang terbukti pada kejadian dan diterima oleh akal yang norma adalah suatu yang diluar norma kejadian pula. Mempercayai kepalsuan adalah suatu paksaan yang disengajakan. Akal dan hati nurani dipaksa mempercayai sesuatu yang diluar fitrah.

Banyak sekali kita jumpa pemaksaan yang tidak disedari kepada sesuatu yang di luar fitrah ini. Kita boleh ambil contoh mudah. Tumbuhan tidak akan dapat hidup tanpa air kerana air adalah satu dari elimen kehidupan tumbuhan selain dari haba atau cahaya matahari. Tumbuhan juga tidak akan hidup jika benihnya di tanam terlalu dalam ke dalam bumi sehingga sepuluh meter umpamanya. Demikian juga tumbuhan tidak akan hidup di musim salji di bawah liputaan ais yang setebal dua meter. Maka jelasnya jika ada yang mempercayai keadaan sebaliknya berlaku bagi dua contoh di atas, maka mereka adalah mempercayai kepalsuan dan memaksakan kepalsuan itu sebagai kebenaran.

Memaksakan kepalsuan untuk diterima sebagai kebenaran ini adalah pegangan kaum Atheis. Contoh utama kaum Atheis, mereka menolak alam yang ujud ini di cipta oleh Maha Pencipta. Namun mereka gagal membuktikan kejadian alam ini terjadi secara semulajadi. Mereka mengagungkan sains tetapi teori bing bang sains yang ditemui pada zaman moden ini telah dinyatakan dalam al-Quran empat belas abad yang lalu.

Demikian juga jika diambil contoh umumnya unggas berkaki enam. Ini adalah kenyataan kebenaran. Apakah dapat dipercayai jika ada yang menyatakan unggas berkaki empat. Jika ada, apakah unggas itu? Maka jika seseorang yang mempercayai unggas berkaki empat, dapatkah dia berdebat dengan Athies bagi membenarkan dakwaannya itu? Harus besar kemungkinan kaum Atheis akan menjadikan hujah itu sebagai bahan tertawaan. Bagaimana Athies tidak ketawa jika unggas berkaki enam dikatakan berkaki empat.

Persoalannya, apakah hal-hal ghaib dapat dibuktikan kebenarannya dengan kaedah kenyatan seperti di atas? Pastinya gulungam Athies akan bertanya apakah Tuhan dapat dibuktikan keujudannya? Jawabnya secara tegas ialah ya. Jika ya bagaiamanakah pula kaedah pembuktian kebenaran ujudnya Tuhan? Inilah soalan yang menjadi trade mark bagi gulunga Atheis dan gulungan menggunakan akal secara total tanpa sempadan.

Pembuktian zat peribadi Tuhan dengan mata kasar dari segi keujudanNya adalah menentang fitrah kejadian. Tuhan yang ghaib dari segi pandangan makhluk tetapi tidak ghaib pada diriNya. Maka mudah sekali analoginya. Pembuktian keujudan Tuhan adalah dari segi bekas ciptaanNya. Bekas ciptaan adalah menunjukkan ujudnya pencipta ciptaan itu. Namun harus dibataskan garis antara Tuhan dan ciptaanNya itu supaya tidak dikatakan pula Tuhan dan ciptaanNya adalah sama. Logika dan kewajaran kejadian membuktikan bahawa pencipta dan ciptaannya adalah dua perkara berbeza hakikat.

Wassalam..


Read Full Post | Make a Comment ( 171 so far )

Recently on Shahil's Weblog…

Bantahan kepada Ar-Razy Hashim yang berkata masuk syurga dengan kebenaran Nabi Muhammad.

Posted on July 22, 2025. Filed under: Menangani penyelewengan terhadap al-Quran, As-Sunnah dan berkaitan Islam |

Bantahan kepada ustadz Indonesia yang mengatakan merasakan diri wujud adalah syirik.

Posted on July 9, 2025. Filed under: Menangani penyelewengan terhadap al-Quran, As-Sunnah dan berkaitan Islam |

Filem bidaah: Ada persamaan dengan Ajaran sesat Ayah Pin

Posted on April 22, 2025. Filed under: Menangani ajaran sesat |

Filem bida’ah: Membongkar ajaran sesat berselindung atas nama sufi.

Posted on April 21, 2025. Filed under: Menangani ajaran sesat |

Respon terhadap neo-salafi tentang pendapatnya yang silap setiap yan g wujud mesti berjisim

Posted on December 9, 2024. Filed under: Isme, keyakinan dan amalan yang bertentangan dengan Islam. |

Makhluk tidak berbahagi Sifat dengan Allah

Posted on December 7, 2024. Filed under: Tauhid |

Aqidah ahlussunnah waljaama’ah dan sufiah.

Posted on September 18, 2024. Filed under: Tauhid |

Syariat membatalkan kepalsuan atas nama hakikat.

Posted on September 14, 2024. Filed under: Tasauf |

Bantahan kepada Dr Rusfi yang berkata manusia berbuat baik dan jahat Allah yang menggerakkan.

Posted on September 9, 2024. Filed under: Tauhid |

Maqam difaham dengan akal akan menghasilkan khayalan.

Posted on September 6, 2024. Filed under: Tasauf |

Hati adalah penentu baik atau buruknya jasad

Posted on September 5, 2024. Filed under: Tasauf |

Pertama dalam agama ialah mengenal Allah

Posted on July 9, 2024. Filed under: Tauhid |

Makrifat Aqli, makrifat haqiqi dan cawan hati.

Posted on November 23, 2023. Filed under: Tasauf |

Zindiq: Sebab2 munculnya zindiq

Posted on September 15, 2023. Filed under: Menangani penyelewengan terhadap al-Quran, As-Sunnah dan berkaitan Islam, Tasauf |

Faiz fingerstyle

Posted on August 3, 2023. Filed under: Keindahan seni |

Zindiq

Posted on June 23, 2023. Filed under: Menangani penyelewengan terhadap al-Quran, As-Sunnah dan berkaitan Islam |

Syariat, tariqat, haqiqat dan makrifah

Posted on August 26, 2022. Filed under: Tasauf |

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...