Assalamualaikum
Dah lama berangan nak bawak cucunda sulung ni berjalan dan staycation berdua dengan dia akhirnya Allah izinkan juga. Tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Cepatnya masa berlalu.
Plan ke Aquaria juga last minute plan. Mula2 nak masuk berdua aje, eh tetiba2 pakcik dan makciknya nak join jugak sekali. Impromptu betul.
Jenuh la call dan menunggu daddynya untuk whatsapp kan Mykid, kalau tak ada mykid kena la bayar harga penuh, kalau tak silap RM75. Alhamdulilah, lama juga menunggu, akhirnya dapat la masuk.
Entrance fees, Adult RM58
Child - RM48 - for MyKad holder
Underwater world, memang suka sangat la dia tengok ikan2 tu
Laksa Sarawak kat Food Court area Aquaria. Sedap...dah lama craving Laksa Sarawak, nak buat sendiri tak berapa nak rajin.
Traders Hotel, bagi makcik Hotel ni biasa2 je compared to DoubleTree Melaka tu, lagi best. Yang woww locationnya je la dan ada bilik yang view KLCC.
Ingatkan connecting room, rupanya bilik sebelah menyebelah aje. Kalau nak connecting room kena add on lagi RM200 dan akan dapat KLCC View. Ermmm tak nak la makcik, 200 tu makcik boleh beli macam2....hahahaha.....
Couch ni besar boleh sorang lagi tidur sini tapi tak empuk macam tilam la
Biasa2 sahaja
favourite dia la ni, berendam dalam bathtub.
Favourite dia la lagi
Dinner dari Damascus, order Grab je. Semua malas nak keluar.
kemain lena tidurnya
View KLCC ni dari area swimming pool Traders. Dapat la lepak situ jap kebetulan tak ramai orang swimming.
Petangnya bawak siencem Nekbu ni main playground kat sebelah je. Kan main seronok la dia, kita ni risau takut terleka kejap boleh hilang dari pandangan mata. Dengan ramainya budak dan playground tu bersambung to each other. Aduihh...pening la orang tua ni tengok. Nasib baik la bodyguard sorang tu yang mengawasi. Dah nak maghrib baru jalan balik ke Hotel.
InsyaAllah ada rezeki kita staycation lagi. Alhamdulillah