Lama betul tak menulis dalam blog ni. Nak kata sibuk tak juga, entah. Baru-baru ini seorang sahabat melahirkan rasa kegusaran hatinya tentang anaknya. Dan dia kata "untungnya awak anak belajar di maahad" (madrasah). Sebenarnya saya juga merasa risau dengan anak-anak saya. Dengan latarbelakang mereka yang berbeza-beza, saya sendiri confuse untuk 'berdepan' dengan mereka. Macam robot, ada button di mana-mana. Bila berdepan anak sulung, tekan button "Belajar, belajar" Bila berdepan dengan anak kedua, tekan button "bersahabatlah dengan saya". Bila berdepan dengan anak ketiga, tekan button "Remaja dan bola". Bila berdepan anak keempat, tekan button ".............." dan macam-macam button lagi.
Sebenarnya, tak kiralah anak kita di maahad ke, di sekolah biasa ke, kita kena terapkan nilai-nilai Islam dalam mendidik mereka. Walaupun ada anak saya di madrasah, saya masih juga perlu 'berleter' apabila berjumpa dengannya. Bukannya semua orang dari maahad akan masuk ke syurga, dan bukan semua orang dari sekolah biasa akan ke neraka. Ada je hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan ada di kalangan pendakwah yang akan dihumban di neraka kerana menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya.
Tetapi sebagai ibu, saya tidak akan berputus asa untuk menasihat, berleter, nasihat, berleter..... Pastikan anak-anak taat perintah Allah, tinggalkan laranganNya, saya rasa semuanya akan berada di jalan yang lurus. Jangan putus berdoa dan yang penting, diri kita sendiri mestilah berada di jalan yang lurus. Macam kata pepatah, ketam mengajar anaknya berjalan lurus memang takkan menjadi kalau mak ketam sendiri jalan bengkang-bengkok!






