30 April 2020
1. Mengemas sudut kat bilik nak dijadikan Mini Library, kemas punya kemas terjumpalah gambar-gambar yang mengimbau kenangan. Masa zaman belajar kat U, masa baru-baru jadi cikgu. Tersengih ja.
2. Lepas tu share la beberapa gambar kat group whatsapp "Blok D" dan cerita la macam-macam. Up and down masa zaman study
3. Terus baca post-post dalam blog ni. Sebab blog antara yang terawal ada masa zaman belajar dulu and Friendster pastu baru Facebook (2009). 1st time blogging 2008. huhu.. OMG.. Acah-acah gila.. hahahaha
4. Baru terasa nak blogging balik. Suka menulis sebenarnya. Tapi tak konsisten.
ShukStarz: Nak cerita tentang pemergian sahabat pada tahun lepas. Bila tengok post-post sebelumnya memang meninggalkan kenangan mendalam. So, hari ni nak kumpul cerita nya. Panjang kot. Hehehe
It's ALWAYS About You!
My views to EVERYTHING, ANYTHING and A LOT OF THINGS
Thursday, April 30, 2020
Monday, December 19, 2016
Best of the best (review from the journey across 3 countries)
Sewaktu kami dalam perjalanan balik dari Vietnam ke Malaysia, di dalam penerbangan tersebut kami sibuk bercerita pengalaman merentas 3 negara ni. Tiba-tiba idea untuk membandingkan perkhidmatan 3 negara dari sudut pandang kami pun terkeluar. 3 terbaik ini jugak adalah hasil pendapat kami berdua, bukan aku sorang je tau.. Perbandingan ni dibuat dari sudut apa yang kami alami dan rasa sendiri. Kalau anda rasa ianya tak patut dan melampau, itu terpulang kepada daya pemikiran anda terletak pada kelas yang mana. Hahahaha..
***************************************
THE BEST TRANSPORTATION
1) ETS
2) Sleeper Train
3) Executive Bus (Sawasdee Angkor)
ETS, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pemilihan ni bukan dianggap bias, tapi memang dah terbaik. Dengan kelajuan mencecah 140km/j dan ada coach cafe, musolla dan toilet yang selesa, kami pilih ETS berada ditempat pertama. Harga tiket juga sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan.
Kenapa kami tak pilih penerbangan Air Asia sebagai top3?? Kerana kami merasakan kerusi yang sempit tu macam tak selesa dan menjatuhkan ranking untuk top3 best transportation. hahahaha.. Kejam tak?
Antara pengangkutan lain yang kami naik masa menjelajah 3 negara ni adalah Sleeper Bus (Olympic Express), Thai Tuk Tuk, Siem Reap Tuk Tuk, Taxi HCM dan MRT
THE BEST HOTEL
1) Rimong Boutique and Spa Hotel, Siem Reap
2) Melody Hotel, HCM
3) At One Inn, Hualamphong
Rimong Boutique and Spa memang berbaloi. Walaupun jarak hotel dengan Bandar Siem Reap jauh sikit tetapi oleh kerana layanan dan perkhidmatan di sini baik, kami rasakan berbaloi kami letakkan nya di tangga pertama. Kami disambut dengan jus oren dan sapu tangan basah. Which hotel-hotel lain yang kami menginap, tak ada pun. Katil queen yang selesa, ruang bilik yang luas, ada balkoni, peti ais, heater, bath tab, wifi dan pemilik hotel yang sangat baik. Dengan harga serendah 16USD, pemilik hotel siap bagi kami letak beg besar kami dan mandi di bilik walaupun kami belum check out lagi selepas berjalan di Angkor Watt. Ok win!
Hotel lain yang kami jejak adalah River Inn Budget Hotel, Butterworth.
THE BEST ATTRACTION PLACE
1) Ben Tanh Market, HCM
2) Angkor Watt, Siem Reap
3) Ta Phromp Temple, Siem Reap
1) Ben Tanh Market, HCM
2) Angkor Watt, Siem Reap
3) Ta Phromp Temple, Siem Reap
Haahahha.. Nampak sangat kami gila shopping. Sebenarnya kami banyak shopping untuk souvenir ahli keluarga dan rakan-rakan. Jadi, bila kami dikaburi dengan harga-harga yang diluar dugaan, macam lupa sekejap status "backpacker". Pastu bila part tawar menawar yang paling tak boleh blah. hahaha.. Patutlah ramai peniaga dari Malaysia datang kat sini balik hari je. Untuk gambar-gambar yang mengujakan, memang Angkor Watt win, tp... nak jugak bagi Ben Tanh nombor 1. Sukati aku la!! hahahahaha...
Tempat lain yang kami pergi adalah Bayon Temple (Siem Reap), Terminal 21(Bangkok)
THE BEST IMMIGRATION BORDER CROSSING
1) Bavet (Cambodia) - Moc Bai (Vietnam)
2) Padang Besar (Malaysia) - Thailand
3) Aranyaphratet (Thailand) - Poipet (Cambodia)
Kenapa kami pilih Bavet-Moc Bai?? Sebab kat situ smooth je perjalanan melalui sempadan. Even kami kena buat sendiri cop-cop tu (tak macam kat Poipet yg blh suruh je pembantu pemandu bas tu pergi cop kan) dan bawak beg besar untuk di scan. Oleh kerana laluan keluar masuk tak sibuk dan tak ramai org macam kat Padang Besar dan Aranyaphratet, so Bavet - Moc Bai is the best. hahahaha.. And of course NO SCAM! Sorry no picture.. Photo cannot be taken at border.
THE BUZZIEST TOWN
1) Ho Chi Min City, Vietnam
2) Bangkok, Thailand
3) Siem Reap, Cambodia
Seminit tak dengar bunyi hon mmg tak sah kat bandar ni. Bandar ni banyak motorsikal. Tak kira la perempuan ke laki ke kalau dah naik motor tu dia main cilokkk ikut sukati. Hahaha.. Aku pulak yang seram. Lagi-lagi nak melintas jalan.. Hadoiiiii... Tapi yang salute nya, dalam kekalutan hon sana sini, macam ada pertandingan hon paling power, aku tak dengar pulak maki hamun carot segala kat dorang-dorang ni. Haaaa...
THE BEST RESTAURANT
1) Usman Muslim Food, Sukhumvit
2) D'wau Restaurant, Siem Reap
3) Musa Kariem Restaurant, HCM
Yess.. of course kami pilih tomyam gung Thailand sebagai "The best food of 3 countries". Mencari restaurant Usman Muslim food ni agak susah. Sebab dia macam terselit di lorong-lorong. Tapi dengan bantuan google maps kami berhasil untuk mendapatkan restoran ini. Dengan harga yang setimpal dengan makanan yang kami pesan, kami tanpa ragu-ragu meletakkan restoran ini ditempat pertama. Antara makanan lain yang kami cuba di sini adalah sotong tepung dan kerabu mangga. Walaupun kedengaran agak biasa dengan Malaysia, tapi percayalah.. Semuanya sedap-sedap belaka. Hahaha.. Keee.. Kitorg yang terlampau lapar ni???
Musa Kariem Restaurant pun not bad. Cuma Sup Seafood Vietnam tu tak menepati citarasa tekak aku yang sukakan sup. Bila aku belek, sup tu diletak dengan nenas??? Macam tak berapa serasi lak kalau ikut lidah aku. hahahaha.. Makanan kat Vietnam kemain mahal ye.. Bila di 'convert' ke duit Malaysia, jumlah makanan kami berharga RM130.00 ok. So, nak melancong ke Vietnam kena bawak siap-siap instant Nasi Beriyani Kambing from Brahim tu.. Mudah dan sedap.. hahahaha
ShukStarz: ini review dan perbandingan dekat tempat-tempat yang kami pergi je. Tak meliputi keseluruhannya.
Saturday, December 17, 2016
"Backpackers" ke Bangkok, Siem Reap dan Ho Chi Min City (13.12.2016) DAY 7: The Journey to Homeland
"Travel memang menyeronokkan, tapi harus diingat, bukan sepanjang masa ketika travel itu seronok. Dalam erti kata lain, travel itu bukan sentiasa yang indah-indah sahaja. Kadang-kala anda juga berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Apa pun cabaran, itulah sebenarnya sebab utama kenapa travel itu sangat seronok"
7th day (13.12.2016): Ho Chi Min City - Senai, Johor
Ok siap dah packing brg2 masuk beg. Selagi boleh sumbat,
sumbat je. Kami plan gerak dari hotel kul6.00 pagi memandangkan flight kul8.20
pagi. Untuk pengetahuan pukul6 pagi di sini dah macam kul7 pagi di Malaysia.
Jadi tak ada masalah! Set alarm dan tidur...
*********************************
Bangun seawall pukul5.15 pagi. Menjerit-jerit lagu Maher
Zain Insha Allah suruh bangun. Hehehe.. Kesejukan mandi hokay sebab tak ada air
panas kat shower dia. Perghhh.. Keluar menggigil-gigil. Terus check out dan
berjalan kaki menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Saigon.
Sampai ke lapangan terbang kami mencari kaunter Air Asia sebab kami belum check
in lagi. Bila sampai, pekerja Air Asia suruh timbang beg. OMG! Kantoi la kan beg dah berat. Memang overweight wei.
Hahaha.. So, dia suruh bayar ler 36USD for 15Kg. Hahahaha.. Tak teringat
langsung pasal benda ni.. wakakaka.. Selamat bawak magic card memandangkan cash
memang dah tinggal berapa je dan masa pun dah tak banyak.
Jalan sahajor pergi ke Lapangan Terbang
Jalan dan jalan. Tapi Nas dah tengok dulu laluan dari hotel ke Lapangan Terbang
Antara pemandangan bangunan semasa berjalan. Keadaan pagi tu macam baru lepas hujan.
Haaa.. nak kena cross jalan ni hati kena kering dulu. hahahaha... Seawal pagi jalan dah sibuk dengan banyak motor.
Sambungan daripada cerita di atas
Setel bab beg. Terus ke Imigresen untuk cop dan scan masuk
ke departure hall. Terus menapak menuju ke Gate 8 yang agak jauh dan menunggu
di situ. Tak lama pun. Kami ambil peluang untuk snap snap dan merayau sat beli
pape. Beli lagiiii.. hahahaha..
Pagi kat sini baru lepas hujan. So, awan kat atas tu tak berapa cantik.
Tengah setting nak amek gambar tetiba ada sorg budak ni tertarik dgn kamera I. hahaha.. Bila panggil ajak bergambar terus dia lari dapatkan mak dia.
Hahaha.. Kalau boleh setiap benda nak dirakam.
Masa duduk menunggu flight
Air Asia
Flight take off dalam pukul8.45 pagi. Smooth take off.
Tekak memang teringin nak makan nasi lemak Pak Nasier sebenarnya. Tapi, choiii
tak ada! So, makan je Chicken Rice. Boleh lah. Sepanjang perjalanan 1 jam 50
minit tu kami borak-borak pengalaman trip ni dan buat la sedikit review
“TERBAIK dari 3 Negara”. Hahaha..
Ni laluan udara kami dari HCMC ke Senai Airport
Wajib amek di setiap kenderaan yang kami naiki. Walaupun ada yg kecam asik gambar transport je.. hahahaha..
Jom breakfast uollss...
Pemandangan daripada dalam flight.
Tak terasa pun 1 jam 50 minit tu. Dan2 kapten pesawat buat
pengumuman nak landing. Huhuhu.. aku macam, “dah sampai ke?”.. Mungkin sebab
dah biasa dengan perjalanan yang makan masa yang lama, jadi perjalanan yang
sekejap bagaikan tak terasa. Hihihi..
Alhamdulillah safely landing.. Mendarat pada pukul11.30
(waktu Malaysia). The Journey is coming to an end. Bersyukur kepada Allah krn
memberikan kesihatan dan kemudahan dalam menempuh pengembaraan 7 hari ini.
Bersama Flight Attendance Air Asia. Tq uollss..
Haa... Bergambar dgn transport yang telah membawa kami dari Vietnam ke Malaysia.
The Readers
About Me
- Shukstarz
- A teacher, choreographer, dancer, actor, motivator, TRAVELLER and K.I.D.S Financial Manager.. Art performance is my passion.. You want to know me more, just FOLLOW my blog..
Blogger
Blog Archive
The Most Popular Entry
-
saya nak bertanya sesuatu ni... PERLU TAK KALAU... 1) DELETE semua akaun facebook students saya..(actually, saya mmg tak add students s...
-
"Travel memang menyeronokkan, tapi harus diingat, bukan sepanjang masa ketika travel itu seronok. Dalam erti kata lain, travel itu buk...
-
30 April 2020 1. Mengemas sudut kat bilik nak dijadikan Mini Library, kemas punya kemas terjumpalah gambar-gambar yang mengimbau kenangan. M...
NEWS
special link
Followers
Things To do!!
- Part Time? hehe
RED light GREEN
Advertisement




















