Saturday, January 16, 2010

Selamat tahun baru

Salam hormat buat semua.

Tahun baru azam pun baru, tetapi azam lama sudah tercapai atau belum, tepuk dada tanyalah hati masing-masing. SMKPA kian ceria ditahun 2010, banggunan dicat baru, pokok-pokok tua ditebang bilik komputer kian menarik.

Selamat datang kepada guru-guru dan pelajar baru ke SMKPA, semoga kehadiran 2010 menjadikan kita lebih cemerlang dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kepada guru-guru dan pelajar yang telah meninggalkan SMKPA semoga anda semua akan lebih berjaya.

Tahniah kepada pelajar yang mengambil PMR tahun lepas seramai 14 orang mendapat semua A, satu rekod buat SMKPA semoga tahun ini lebih cemerlang.

Selamat bertugas dan selamat bersekolah buat semua.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya

Salam buat semua warga SMKPA dan lain-lain.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin atas ketelanjuran bicara, terkasar bahasa dan lain-lain.

Kepada pelajar tingkatan 3, awas PMR kian menghampiri anda 7 Oktober 2009. Teruskan usaha anda demi sebuah kejayaan dikemudian hari. Insyallah pasti akan berjaya.
Apa-apa pun yang dilakukan ingat kepada Tuhan kerana Dia melihat segalanya.

Friday, August 21, 2009

Selamat bercuti

Mulai 22 Ogos 2009 pelajar-pelajar akan bercuti sehingga 31 Ogos 2009 dan SELAMAT BERPUASA buat semua umat Islam, semoga ibadat kita lebih baik daripada tahun lepas.

Seminar Pemikiran Islam

19 Ogos 2009 tealah tercatat dalam sejarah SMKPA dimana telah berlangsung Perasmian Penutupan Seminar Pemikiran Islam Perubahan dan Cabaran Pada Hari Esok. Majlis ini anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama JPWP Kuala Lumpur.
Majlis dirasmikan oleh En. Shahrin Md. Jamaludin, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan 29 buah sekolah menengah dari pelbaagai zon yang terpilih.
Program ini telah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yaang baik daripada pelajar SMKPA

Bulan Kemerdekaan

17 Ogos 2009, Bulan Patriotisme telah dirasmikan oleh Pn. Nazipah bt Nor, Pengetua SMKPA.
Perlbagai aktiviti telah dirancangkan sepanjang bulan patriotisme ini.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52......Merdeka, Merdeaka, Merdeka

Saturday, August 1, 2009

salam buat semua

Untuk mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran SEJARAH semua tingkatan sila ke link sejarah kat bahagian tepi ok. Banyak maklumat yang berguna kat situ. Cuba-cubalah masuk ok

Monday, June 29, 2009

Seminar Sejarah spm

Image

Image pelajar tekun membaca
Image Pn.Ruslina Darwish - pakar sejarah SMKPA
Image Juruacara - Pn. Bibi Kamar Kasim

Image Pelajar lelaki pun ada
Image Guru pengiring
Image Guru pengiring

Image Pengawas bertugas bersama Pn. Chin n Pn. Bibi
Image En. Shah n pengawas bertugas
Image Aktiviti dalam dewan
Image Tekun mendengar ceramah Pn. Normala
Image Masa makan
Image Sambung balik
Image Tekun dan berminat


Image Pendaftaran Pn. Che Robiah n Pn. Nurul


Image Pengawas bergaya jap
Image Minum pagi


Image Pendaftaran

Hari ini 29 Jun 2009, SMKPA telah menjadi tuan rumah Seminar Sejarah SPM bagi Zon keramat, Seminar ini disertai oleh 23 buah sekolah di Zon Keramat.

Alhamdulillah sambutan dari pelajar amat baik dan membanggakan. Seminar dimulakan oleh Pn. Ruslina Darwish, Guru Kanan Kemanusiaan SMKPA tentang teknik menjawab kertas 2.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Belajar Cara Belajar oleh Pn. Normala Ahmad dari SMK Wangsa Melawati KL.

Terima kasih kepada semua AJK dari SMKPA yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini.