dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyanyang. Segala puji bagi Allah tuhan yang memiliki sifat-sifat yang maha SEMPURNA. Dia maha Mengetahui dan yang maha Mendalam PengetahuanNya. Segala yang terjadi atau yang dijadikan, Dia tahu apa kebaikan dan keburukan perkara tersebut Dia tahu kenapa Dia izinkan perkara itu untuk berlaku. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang tanpa usaha mereka tak mungkin kita dapat merasai kemanisan melaksanakan amal-amal islami. Alhamdulillah.
semalam,kami,ahli kokurikulum,diwajibkan untuk pergi menonton showdown champion(game tennis) antarabangsa…walaupun xkenal siapa lagenda tennis atau camne game ni sebenarnye.pergi jugak.untuk markah koko dan cop aktiviti katanya.xpe lah..lagipon,bas disediakan,makanan pon ade.insha Allah,tempat solat pon provided(assumption dibuat kerana ni kan malaysia,negara ISLAM).
then,lepas kelas pukul 5,solat asar..maka bertolak la keluar menuju ke destinasi.agak terkilan sebab xdapat hadir meeting yg diadakan disebabkan showdown yang sangat best ini..
smpai disane.bunkface tgh show….menyanyi+main instrumen musik diorg lah.penat jugak dengar!dengar pon penat oke!terase sangat sedih melihat keadaan anak muda masa kini.yang menjadi ikutan itu menyedihkan.dan yang mengikut itu jugak menyedihkan.anak muda kan tunjang negara masa depan.melihat keadaan tu semalam terasa ngeri nak membayangkan masa depan negara.
llebih kurang pukul 6.45,bru legend2 tennis tu masok.menandakan game dah nak start..oleh kerana maghrib masok pukul 7.04,kami masih stay dalam stadium.sempat la tengok diorng panaskan badan. dalam pukul7 kami kluar sebab ade sahabat yang puasa. lepas ambek makanan dan settle down nak duduk supaya bleh makan,
“eh,yang dudok kat atas tu buat ape lagi?korang xmakan lagi ke?”
“pakcik,kitorang nak bukak puase nih..”
“bukak puase ape dah 7.10…masok waktu 7.04 lagi!!cepat-cepat makan!”
dimarahi hanya kerana terlewat makan.kemudian nak turun g surau solat maghrib.
” hah,cepat sikit…lepas solat tu masok balik!!”
dengan muke saye yang sudah sangat bengang,berlalu depan pakcik tu…
mencari surau juga sangat senang di bumi malaysia ni..malang sekali surau dikunci.ade sahabat bertanya.dan jawapannya adalah:
surau ni untuk VIP saje..
ya Allah..ketika tu jam 7.30.kerana sudah sangat cuak,buat keptusan dgn kawan2 utk solat dii car park tu je..persoalan timbul,wudhuk?alhamdullillah..masing2 ade dapat air botol tadi..dengan air botol tu,kitorg berwudhuk berlindung di sebalik pokok dan kereta yg ada dicarpark tu..
kertas dan beg diletakkan sebagai alas untuk sujud.akhirnya.kami berjemaah di atas rumput, di car park…alhamdulillah.sekurang-kurang tidak terlepas waktu solat.
selepas tu, baru surau tu dibukak.
apa yang ingin dipersoalkan..
1) agama yang patot didulukan atau negara?
sebab,kononnye,kes kami xdibenarkan solat pada awal-awalnya adalah kerana game dah nak start..oleh sebab live, maka tak manis la nak keluar masok.nak jaga nama negara kat legend@org luar..nak solat pun xdibukak tempat solat…jika semalam ramai yang terlepas waktu solat,siapa yang akan menanggung dosa itu?
2)kan perlawanan ni buat kat malaysia,knape xbuat pada waktu yang proper?
pukul 8 ke.or even 7.30 sbb maghrib sekarang dah awal…lagi pon,kan malaysia negara ISLAM,mesti pemain-pemain faham dan menghormati apa yang dah kita(malaysia) tetapkan sebab kita tuan rumah.identiti kita sebagai negara islam letak kat mana?
akan bersambung..<study time>
Recent Comments