SYAFIQ
mengikut sahaja rentak langkah Sameer dan Shameena. Entah ke mana arah yang hendak dituju dua beradik
itu, langsung dia tak tahu. Matanya
ligat memerhati deretan kedai di dalam gedung membeli belah itu. Susunan barangan jualan yang sedikit sebanyak
menarik perhatian pengunjung, turut serta menarik perhatian Syafiq.
Shameena
meneroboskan dirinya ke dalam sebuah kedai buku. Sameer menoleh ke belakang. Dia tahu Syafiq agak jauh ketinggalan. Dia mencari kelibat Syafiq. Leka adiknya itu berdiri di hadapan sebuah
kedai alat permainan.
"Fiq,"
Sameer memanggil. Cukup untuk sampai ke
pendengaran Syafiq yang jaraknya hanya beberapa meter. Syafiq menoleh. SAmeer memberi isyarat supaya Syafiq
cepat-cepat datang kepadanya. Shameena
sudah masuk hampir ke hujung kedai yang agak besar itu.
Untuk
meninggalkan Shameena dan mendapatkan Syafiq yang sedang leka melihat alat
permainan yang tersusun itu, pasti tidak untuk Sameer. Shameena satu-satunya adik perempuannya. Shameena tanggungjawab dia dan Syafiq. Ke mana sahaja gadis itu pergi, dia tidak
akan dibiarkan sendiri.
Syafiq
melangkahkan kakinya lambat-lambat.
Hatinya sebal.
'Masuk
je lah! Sibuk je.' Hatinya merungut
sendiri. iPega PG-9025 yang selama ini
menjadi idaman hatinya, bagai melambai-lambai, tak mahu melepaskan Syafiq
pergi.
"Kita
settlekan urusan Kak Meen dulu. Lepas tu, baru kita cari apa yang kita
nak. Okey?"
"Kalau
sekaligus kan senang. Apa yang leceh
sangat nak sorang-sorang bagai. Dia tu
bukan kecil lagi. Dah besar dah!" Syafiq protes.
"Tapi
dia masih tanggungjawab kita." Syafiq merengus kasar.
***
"ABANG...,"
Shameena menegur abangnya yang sejak tadi termenung di sudut kedai. Senarai barang keperluan yang hendak
dibelinya dipandang sesekali, bergilir dengan susuk tubuh abangnya.
Sameer
senyum. Kelat.
"Are you okay?" Sameer mengangguk
lemah. Tak pernah selemah itu.
"Meen
tahu abang tak okey. Ignorelah apa yang mama cakap tu. Mama tu lebihkan sangat Fiq. Tak patut."
"Meen
tahu?" Shameena mengangguk.
"Meen
tak setuju dengan mama."
"Tapi
dia mama."
"Tapi
soal hati, tak boleh dipaksa. Lagipun,
abang rasa, Lydia nak ke kat Fiq tu? For sure dia dah ada pilihan hati dia
kan?"
"Alya
Shameenaku sayang, tak nampak ke apa reaksi Lydia masa dengan Fiq hari
tu?" Shameena memuncungkan bibirnya.
Kening diangkat semaksima boleh.
"Agak-agak, menjawab tak persoalan awak tu?"
Shameena
diam.
"Abang,
ni cantik tak?" Shameena cuba
mengalih topik sebaik sahaja terlihat kelibat Syafiq sedang menghampiri
mereka. Sameer cemberut. Tiba-tiba!
"Meen
nak yang ni boleh? Nak gantung kat handphone Meen. Boleh? Kan? Kan? Kan?"
Syafiq
berdiri betul-betul di sebelah Sameer.
Fahamlah Sameer mengapa tiba-tiba Shameena mengubah topik perbualan
mereka. Bagus juga kau datang, Fiq!
"Tapi
bukan Meen suka warna pink ke? Tu
hijau. Bukan Meen suka pun."
"Hijau
kan warna kesukaan abang Meen yang tersayang.
Warna favourite sepupu
kesayangan Meen juga," berkerut dahi Sameer. Entah apa motif Shameena sebut perihal Lydia,
dia pun tak tahu.
"Lama
lagi ke?" suara Syafiq yang mendatar memancing pandang Sameer dan
Shameena.
"Meen?"
"Siap
dah ni. Jom."
"Fiq
nak beli iPega tadi?"
"Nak
balik."
"Kita
pergi makan dulu. Hari ni mama tak masak
kan? Mama dan papa ada ada majlis di
rumah Datin Hasnah." Shameena mengangguk laju. Syafiq menggaru kepala yang tidak gatal. Rimas dengan permintaan dua beradik ini.
"Sekejap
je. Jom." Sameer memulakan
langkah. Dituruti Shameena dan Syafiq
yang masih bermalas-malas untuk berjalan.
***
SUASANA
di Warung Pak Shahabuddin agak hingar.
Ramai orang datang ke warung tersebut untuk menikmati makan
tengahari. Dari pintu utama, di sebelah
kanan kedai, kelihatan sepasang lelaki dan perempuan, mungkin pasangan kekasih
sedang menanti makanan mereka tiba di meja.
Pandangan
dikalihkan ke kiri sedikit. Kepulan asap
rokok dilepaskan beberapa orang individu tidak bertanggungjawab. Di tengah kesesakan orang ramai yang sedang
menikmati juadah, ada juga individu yang pentingkan diri mereka untuk kelazatan
nafsu mereka sendiri. Sameer geleng
kepala.
"Nak
duduk mana ni?" Sameer memeluk bahu
adiknya itu. Dia tahu gadis itu sudah
tak larat turun naik kereta untuk mencari kedai makan yang lain. Warung Pak Shahabuddin, warung kelima yang
mereka singgah tengahari itu. Semuanya
padat dengan orang.
"Tak
boleh ke kita pergi fast food restaurant je?
Entah apa-apa je makan kat sini.
Dengan orang yang tak ada manners, merokok sana sini. Kut nak bunuh diri, bunuh diri seorang dah
lah. Ini tak, orang lain pun terpaksa
sedut asap rokok dia." bebel Syafiq
panjang. Shameena mengangguk deras. Sameer kaku seketika.
"Takpe
la. Tu kat sana tu ada kosong. Jauh dari
orang. Boleh kut. Kan?"
Sameer meminta persetujuan.
Shameena
senyum. Setuju dengan Sameer. Syafiq hanya mengikut. Langkah mereka dihalakan ke arah meja yang
dimaksudkan Sameer. Syafiq duduk
berhadapan dengan Sameer sementara Shameena di sebelahnya.
"Apa
yang best kat sini?"
"Fiq
biasa makan roti tisu?" Sameer
menyoal. Syafiq tenung wajahnya
dalam-dalam. Apa punya soalanlah dia tanya
ni.
"Dah
tentu aku baru 3 bulan duduk sini kan.
Takkan semua makanan nak dilahapkan."
Shameena
terus mencemberutkankan wajah bila terdengar jawapan Syafiq. Langsung tiada rasa hormat terhadap
Sameer. Ditoleh ke wajah Sameer sekilas. Sameer senyum. Cemberutnya bertambah.
"Betul
juga cakap Fiq, kan? Lagipun Fiq
bukannya keluar rumah sangat. Asyik
dengan games je. Mana ada masa nak keluar." nada suara
Sameer perlahan tetapi sinis. Senyum
tetap terukir pada bibir. Shameena terus
keliru dengan senyuman itu.

