24 October 2016

Berubah

Assalamualaikum,

Image

Apabila anda mengubah diri anda ke arah keburukan, anda telah mencacatkan diri anda. Berubahlah ke arah kebaikan. Kelak, kecacatan itu akan tertutup.

Ada benarnya bukan?

Berubahlah demi kebaikan diri sendiri.
Bukannya berubah untuk mengundang keburukan.

Berubahlah untuk mendapat redha Allah.
Bukannya berubah untuk mendapat redha orang sekeliling.

Berubahlah untuk menutup kecacatan itu,
dan bukannya berubah untuk menambahkan lagi kepincangan.


Jika dahulu banyak dosa terbeban dibahu,
jadikan itu pengajaran,
jangan diulanginya.

Apabila orang lain berbeda dengan kita,
jangan kita turut mengikut mereka.
Tetapkan iman,
sesunggahnya keghairahan melakukan kejahatan itu lebih kuat.

Apabila orang lain berbeda dengan kita,
ajaklah mereka untuk melakukan kebaikan.
Sertaikanlah mereka bersama kita.

Apabila orang berkata buruk pada kita, mahu menunjuk.
peduli apa?
Janji anda tahu apa anda lakukan.
Mereka? Biarkan dengan kata-kata yang tidak tumpah seperti tin kosong.

Love.

24 July 2015

Jatuh bangun

Assalamualaikum,



Image

Apabila sudah senang
Jangan dilupakan tanahnya
Pahatkan dalam minda
Siapakah diri kita yang dulunya.

Jika sudah tinggi di awan
Usah gadaikan maruah
Tolaklah suapan manis
Gelengkan kepala, teguhkan diri.

Andai suatu hari nanti
jika kau tersembam menyembah Bumi
Kau tidak akan sakit teruk
Tetapi cuba untuk bangkit melawan arus.

Andai suatu hari nanti
Apa yang dipahatkan sudah berkarat
Ingatlah, ia tidak akan kekal
Suatu hari nanti, kau akan tersedar semula.

Jatuh dan bangun seseorang itu atas sikapnya sendiri.
Jatuh dan bangun seseorang itu atas dengki orang.
Jatuh dan bangun itu atas kekuatan diri sendiri.

Tetapi apa yang pasti
Lemahnya kita, berjayanya kita
Adalah daripada siapa?
Dia.

Dia yang sentiasa menemani
Maka, mohonlah pada yang Esa
Dia yang menentukan kehidupan kita
Berjaya atau gagalnya kita
Dan kita, perlu terus usaha, usaha dan usaha
Dan akhirnya tawakkal kepadanya.

*************

Sudah lama.

02 July 2013

Titis indah

Assalamualaikum,

Image

Setiap titisan itu penuh tenaga
Setiap titisan itu penuh pengharapan
Setiap titisan itu penuh kesakitan

Setiap titisan itu ada puncanya
Setiap titisan itu ada bayarannya
Setiap titisan itu ada gembiranya

Ketahuilah, setiap titisan itu berharga
Usahlah dibazirkan pada perkara yang sia-sia
Usahlah dirugikan pada orang yang tidak menghargai

Tetapi, titiskanlah pada Maha Esa
Saat kita merenung betapa berdosanya kita
Betapa kerdilnya kita di muka bumi Allah SWT ini

Ingatlah, betapa Dia menyayangi kita
Cuma kita yang sering alpa, buta
Tidak endah pada Dia yang sering ada

Love.

Followers