Hari ni Teyn nak bercerita & share info tentang medical process yang teyn lalui sepanjang Teyn mengandung sampai bersalin. Mungkin ramai ibu-ibu mengandung yang nak tahu kan. Hehe. So dah ready nak baca panjang-panjang??? (yes, this is going to be a very very long post).
Ok here goes.
Sejak Teyn dapat tahu yang teyn pregnant, Teyn terus buat research & bincang dengan Syabil tentang hospital mana yang Teyn nak deliver nanti. Sebab senang, monthly checkup semua akan buat kat tempat yang sama.
Teyn pilih Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam. Teyn baca reviews, ramai ibu mengandung berpuas hati dengan servis dekat situ & hospital tu sangat dekat dengan rumah.
For monthly checkup, it costs me about RM70 - RM100+ per visit. Depending on what checkup & meds the doctor gave me. Masa 26 minggu mengandung, doktor buat 3D & 4D scan (detail scan) which costs RM200+. After certain weeks of pregnancy, ibu mengandung kena pergi check setiap minggu (i can't remember how many weeks. Tapi dah dekat-dekat nak bersalin tu) sama jugak between RM70 - RM100+.
Doktor & nurse di Hospital Umra suruh Teyn buat buku pink di hospital kerajaan juga. Dorang cakap sebab in case jadi apa-apa yang dorang tak boleh handle, dorang akan tolak ke hospital kerajaan.
Walaupun Teyn berat hati nak pergi ke hospital kerajaan (di atas sebab terlalu ramai orang, panas & bad reviews from people. Hehehe) tapi Teyn buat juga. Lepas dah buat kad merah, Teyn pergi checkup di hospital kerajaan 2 kali. Nurse kat situ cakap kena jugak buat check up, sebab senang nak pantau. Alhamdulillah sepanjang urusan di sana, semua pekerja ok & friendly. Tapi di Hospital Umra pun tetap pergi jugak untuk checkup.
Lepas tu, Teyn stop pergi hospital kerajaan sebab doktor kat sana cakap tak perlu datang check up dia situ dah kalau Teyn plan nak deliver di Umra. Ok doktor, masehhh. Hehehe. :D
Alhamdulillah, everything went well (darah, baby, urine semua ok) until 36 weeks and 5 days.
28 Jun 2015 (Ahad)
Teyn pergi check, doktor cakap Teyn ada darah tinggi. Doktor ambil darah & pada hari yang sama, Teyn kena tahan dekat ward setengah hari untuk monitor blood pressure. (Teyn ambil bilik yang share 2 orang pesakit sebab nak monitor darah je kan. Belum nak deliver lagi. So membazir je kalau ambik single room kan. Hehehe). Masa monitor tu, darah ok je. Tak tinggi pun. So Teyn keluar ward, keesokan hari baru dapat tahu result darah.
29 Jun 2015 (Isnin)
Esok tu pergi klinik lagi untuk blood test result. Tapi pergi dengan adik je sebab Syabil kerja. Teyn jumpa dengan doktor Niraj; a very friendly and nice doctor i could ever ask for. Doktor dapati yang Teyn ada preeclampsia. (A potentially dangerous pregnancy complication characterized by high blood pressure.) Agak pelik sebab baru seminggu check, semua normal lagi.
Doktor cakap "you don't have to worry about anything, sebab semua masih under control. Masih lagi preeclampsia (potential sahaja) belum lagi eclampsia. Biasa la, bila pregnant ni penyakit boleh tiba-tiba datang". Dengan itu, doktor sarankan untuk induce Teyn. "Bila nak kena induce tu, doktor?", Teyn tanya. Doktor jawab "memandangkan hari ni u dah 36 minggu, 6 hari (sambil tengok jam & calendar), ummm esok lah. Sebab bila u dah 37 weeks, baby u dah matang. I don't think it's a good idea to wait for too long. Esok means malam ni dah kena warded ye. Sebab untuk persiapan semua". Berderau darah Teyn dengar. Serious laaaaa malam ni kena tidur dekat ward??? Serious laaaa esok kena induce??? Hahahaha! Doktor bagi surat untuk tandatangan persetujuan, suruh bincang dengan Syabil.
Keluar bilik, terus call Syabil & mama. Lepas tu whatsapp bagitahu dekat both of families' group. Menitik air mata. Sebab takut kot. Teyn pun tak pasti. Hahahahaha. But i remember i couldn't keep my voice straight while explaining to them. I tried to keep it cool, but i lost it.
So yeah, i was warded that night. Syabil ambil two bedded non-sharing room. Selesa sikit sebab ada dua katil untuk kitorang & tak share dengan orang lain. Malam tu mama dengan Syabil tidur di sana, teman Teyn. Induce injection pun telah diberikan. Tapi tak rasa sakit sampai keesokan hari.
30 Jun 2015
Doktor suruh berjalan sekitar hospital untuk bagi baby turun & rasa sakit. Teyn bukan setakat berjalan tapi siap buat squat & jogging lagi dalam bilik tu. hahaha! Doktor check, baby masih lagi tak turun. Induce sekali lagi. Still no signs of delivery.
1 Julai 2015
Pukul 7 pagi doktor dengan nurse datang untuk check Teyn, pembukaan dah ada. Tapi tak rasa sakit & baby masih tak turun lagi. Doktor minta nurse bawa Teyn ke labour room. Teyn terus call pama, cakap kena naik ke labour room. Syabil teman Teyn dari awal sampai akhir. Thank you, syg. :)
Teyn dapat mid wife seorang untuk tunggu Teyn dalam bilik tu jugak. Her name is Mrs Kwan. Sangat baik & buat kerja sangat teratur. She gave me soothing words and even hugged me to keep me calm.
Teyn duduk dalam labour room tu dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Air ketuban dah pecah tapi tak rasa sakit jugak. Tunggu lagi, rasa sakit sekejap sampai pukul 6.45 petang akhirnya Aqil Syafi keluar melihat dunia. Alhamdulillah rasa sakit sekejap je. :)
Nurse tolak Teyn masuk dalam bilik, semua orang ada; Family Teyn & family Syabil, tengok sebelah kanan ada baby Aqil juga. I was so happy to see them! <3
So, how much did the Hospital charged me?
Hospital Umra adalah yang paling murah untuk bersalin di Shah Alam. Dalam kes Teyn ni, Teyn ada complication. Tu yang macam-macam ada kat dalam bil tu. Hahahaha! Sila tengok brochure Umra di bawah:
Not bad kan? I highly recommend for those who wants excellent services. Thank you to Doc Niraj, Doc Ummul, Doc Sumitra, Doc Nadiah, Doc Wan, their nurses and staffs for giving me a very good experience in Umra Hospital. :)
Aqil Syafi bin Ahmad Syabil, awak lah permata mama & papa. Membesar dengan baik ye, sayang. Kesian awak kena paksa keluar sebelum 40 minggu. Sepatutnya 21 Julai 2015 awak tengok dunia ni, tapi 1 Julai 2015 doktor dah bagi awak keluar. Alhamdulillah, mama dengan papa dapat pegang awak awal & boleh beraya sama-sama. (Walaupun mama dalam pantang lagi). Hahahaa!
Until then,
Fatin Athirah binti Aidi





































