Pasangan yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama mesti tertanya-tanya apakah persiapan keperluan yang perlu dibeli untuk baby comel yang akan lahir nanti. Persoalan yang selalu dibenak fikiran ialah cukup ke barang ni? Perlu ke barang ni? Bila masa yang sesuai untuk beli? Papacomel akan berkongsi pengalaman dengan bakal pa & ma semua supaya boleh dijadikan pilihan dan panduan.
Pengalaman menyambut anak pertama sedikit sebanyak memberi papacomel pengajaran. Almaklumlah anak pertama, mestilah teruja dalam masa yang sama gelabah juga. Rata-rata bakal papa dan mama mesti rasa macam ni juga kan?
Dalam perasaan teruja membeli kelengkapan baby, jadi ada juga yang terbeli apa yang tidak perlu. Kadang-kadang tersalah percaturan dalam kuantiti. (Sebab fikir beli banyak lagi murah) Maka ada juga pembaziran. Oleh demikian,di sini papacomel nak kongsikan beberapa perkara atau barang yang tidak perlu dibeli pada awal kelahiran anak.
1) Pampers new born.
Pampers new born ni cukup beli yang pack kecil sahaja. Sebabnya baby ni cepat je besar. Belum lagi cerita kalau baby tu keluar je dah 3 - 4kg. Lagi lah terus upgrade ke pampers saiz S. Saiz satu hal. Kulit anak pun perlu lihat juga sesuai atau tidak dengan pampers tersebut. Jadi memadai hanya beli satu pack sahaja untuk permulaan. Orang kata asal ada je.
2) Susu formula
Seeloknya tidak perlu beli susu formula. Kalau di hospital kerajaan memang nurse tidak boleh nampak botol susu ada di katil. Sebab nak ibu2 menyusukan badan sepenuhnya. Jadi mindset ibu2 pun sudah set perlu susukan baby. Jadi sedikit sebanyak membantu pengeluaran susu badan. Tidak perlu risau jika lepas bersalin tu tak ada susu keluar. Susu badan ni akan keluar ikut keperluan baby itu sendiri. Cuma perlu galakkan baby tu hisap susu untuk stimulate pengeluaran susu badan. Biasanya hari ke dua dan ke tiga susu akan keluar. Kalau tak ada juga perlulah tambah dengan susu formula untuk elak kemudaratan atas baby.
Kalau nak beli atau standby juga susu, cari yang ada sample. Jadi boleh cuba dulu mana yang serasi dengan baby. Biasanya sample ni kita perlu request melalui laman sesawang produk tersebut. Jadi sebelum bersalin tu boleh dah google sample susu. Jimat bukan?
3) Stroller
Stroller di awal kelahiran bagi saya tidak perlu. Kebanyakkan mengeluh kerana beli mahal-mahal tapi pakai dua tiga kali sahaja. Baby wrap lebih praktikal buat baby yang baru lahir. Ini kerana baby lebih tenang apabila didakap. Cara memakai wrap juga perlu belajar ya. Jangan sampai memudaratkan baby.
4) Mitten
Mitten atau sarung tangan baby. Cukup ada dua hingga tiga pasang sahaja. Ini kerana mitten boleh ditanggalkan seawal baby seminggu. Tapi perlulah rajin periksa kuku. Ada beberapa pendapat pakar mengatakan mitten mengganggu ransangan baby untuk merasai sekelilingnya. Anda akan rasa bertambah seronok bila baby menggenggam erat jari anda. Jadi tanggalkan mitten seawal mungkin. Jimat. Tak perlu beli banyak. 😎
5) Barut
Barut carilah yang lebih lebar serta panjang saiznya. Nak mudah cari yang strap. Cepat siap pakaikan baby. Barut juga tidak perlu banyak. 5 helai cukup.
6) Set Bedak lotion
Untuk baby baru lahir, tidak perlu sabun mandi pun sebenarnya. Bedak losyen pun tidak perlu. Apa yang penting buat baby baru lahir adalah minyak telon atau minyak baby. Sekarang siap ada cologne untuk baby. Ha yang ini pun tak perlu. Bau masam anak bangun tidur itu sedap sangat tau. Jangan risau bau baby ni semua akan suka. Original.
Terima kasih kerana sudi membaca. Please share jika bermanfaat :)