Wan Saiful Wan Jan
YB Datuk Haji Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Ketua Portfolio Komunikasi PN dan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi. Juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sejak 1 Mac 2018 hingga 13 Oktober 2025.
Aspirasi
Prinsip-prinsip yang dipegang dan mendasari perjuangan.
Mendaulatkan Undang-Undang
Setiap lapisan rakyat adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama, tanpa sesiapa pun berada lebih tinggi atau di luar lingkungan undang-undang. Semua institusi mestilah menguatkuasakan undang-undang secara adil dan saksama, dan peranan kerajaan adalah terhad kepada apa yang dimaktubkan dalam undang-undang tanpa boleh menjadi terlalu berkuasa seperti sebuah negara authoritarian.
Mempertahan nilai-nilai tradisi
Adat, budaya dan sistem nilai yang secara tradisionalnya telah menjadi tulang belakang dalam pembentukan negara bangsa di Malaysia sejak sekian lama wajib dipertahankan. Nilai-nilai ini seperti budi bahasa, pegangan agama, kecintaan kepada budaya, keutuhan institusi keluarga, pembentukan identiti yang mapan, dan lain-lain lagi telah terbukti sebagai jaminan kestabilan negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Menghidupkan keusahawan dalam pasaran terbuka
Sumber rezeki utama bagi rakyat terbanyak adalah dari perniagaan, dan peluang-peluang pekerjaan yang dicipta melalui perniagaan dan perdagangan. Keusahawanan perlu dijadikan tunjang pembangunan ekonomi negara, dengan cara menggalakkan pembentukan usahawan, mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan, mempermudah pertukaran dan jual beli secara sukarela, serta meminimakan birokrasi dan halangan perdagangan, baik dalam pasaran domestik mahupun perdagangan antarabangsa.
Berita & Pandangan
Berita & Pandangan: Menjana Perbincangan Bermakna untuk Masa Depan yang Lebih Baik, Membawa Perspektif Segar dan Inovatif dalam Setiap Isu.
Ucapan & Tulisan
Himpunan rakaman video dan teks ucapan rasmi yang disampaikan oleh Wan Saiful Wan Jan dalam pelbagai majlis dan acara penting.
berita dari laporan luar
Kompilasi laporan media tempatan dan antarabangsa yang membincangkan isu serta pandangan terhadap dasar dan tindakan.