Aku dah rajin sikit ni nak update pasal trip ke NZ. Harapnya sampai habis la 🙂
Jom!
Auckland-Christchurch

Bermalam di Auckland 1 malam di Ibis Budget Hotel Auckland. Jalan kaki dalam 15 minit dari Auckland Airport. Tapi dengan beg segala tu nak dekat 30 minit jugak. Sampai je kat hotel, kami nampak troli airport tersusun di tempat park kereta :D. Nak marah diri sendiri rasanya :D. Bilik hotel kecik sangat. 1 Queen bed, 1 bunk bed. Berhampiran dengan pasaraya Countdown. Harga lebih kurang NZD112/night.
Flight Jetstar ke Christchurch keesokkan paginya jam 6.45 pagi. Kitaorang ambil shuttle bus NZD5/person dari hotel ke airport. Mesin tiket ada di sebelah receptionist hotel.
Surau di domestik airport di tingkat 1. Dalam peta macam senang je nak cari. Tapi punyalah susah. Rupanya terselit di lorong-lorong.
Christchurch – Lake Tekapo

Tiba di Christchurch Airport jam 8.10 pagi. Guna free phone di airport tu untuk call Jucy Car Rental minta dorang datang ambil kitaorang ke office Jucy.

Lama jugak urusan nak ambil campervan kat office Jucy tu. Ada demo untuk pasang snow chain. Kitaorang sewa jugak snow chain sebab dijangka sepanjang minggu kat di South Island tu, akan turun salji dengan lebat. Siap semua angkut beg masuk dalam campervan, kitaorang gerak ke McD dulu beli minuman panas. Sejuk sebab hujan tak henti-henti sejak dari airport. Aku drive untuk trip ke Lake Tekapo ni.
Ini Jucy Condo yang kami guna sepanjang di South Island. Berkenan betul dengan van ni. Warna yang terang dan gambar perempuan seksi :D. Dalam van ni ada segala macam, sofa bed, kelengkapan tidur, dapur, fridge, sinki, pinggan mangkuk segala barang :D. Harga NZD757 untuk 9 hari.
Seterusnya kitaorang ke pasaraya Countdown untuk beli barang-barang masak.
Dah sampai NZ ni, benda pertama yang dicari mestilah kambing biri-biri kan. Dah katanya populasi biri-biri lebih banyak dari manusia :D. Ini kami jumpa sebaik sahaja keluar dari bandar Christchurch.
Dah mula nampak view macam ni dah. Aku bawa van pun excited sangat.
Haiwan paling cantik yang kami jumpa :). Camera friendly kot dorang ni. Kitaorang stop nak ambil gambar gunung, tiba-tiba 4 ekor ni datang interframe :D. Comel! Pulak tu tak berganjak langsung. Sehingga kami naik van semula baru 4 ekor ni beredar. Ini Llama kan?
Ini jambatan 1 lorong pertama yang kami jumpa. Arrow merah bermaksud kita kena stop untuk beri laluan kenderaan dari arah bertentangan (arrow hitam) lalu dahulu.
Kira-kira sejam lebih perjalanan , kitaorang berhenti di Geraldine Information Centre. Untuk makan dan ke toilet. Sempat juga aku pos poskad dari sini. Poskad berharga NZD0.60, setem NZD2.20
Pokok kering, tasik, gunung dan salji. Perfect!


Hampir 4 jam perjalanan, kami sampai di Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ini view depan cabin kami. Salji!!!

Yang warna kuning tu kabin kami. Harga NZD139/night