Dengan nama Allah yang sentiasa menyayangi saya,
Sedikit perkongsian daripada saya, perkara yang muncul dalam benak fikiran setiap kali saya melihat
album senior-senior, rakan-rakan di facebook. Ya, saya akui ramai yang tidak mengaku pelajar sekolah
agama setiap kali perubahan diri berlaku. Mungkin tidak mahu menjadikan sekolah agama sebagai fitnah,
maka lebih senang menyembunyikan nama sekolah. Saya tidak mahu berbicara soal anda sekolah agama
atau tidak. Apa yang saya mahu perkatakan adalah di mana jati diri yang ada dalam diri anda suatu ketika
dahulu. Mungkin, ini sekadar ujian yang Allah turunkan untuk mengenal pasti keimanan anda terhadapNYA.
Saya masih lagi boleh menerima dari segi penampilan, mungkin mahu mengikut peredaran fesyen semasa, atau
menjalinkan hubungan (couple) dengan seseorang. Tapi, saya sangat tidak dapat menerima jika tudung yang
anda pakai selama ini dibuka setelah keluar dari zaman persekolahan. Sungguh, terkesima saya setiap kali
melihat foto-foto di facebook. Apa anda sudah tidak takut pada azab Allah? Kita diasuh selama lima tahun,
kita diajar tentang aqidah, tentang tuntutan syariah. Kemana menghilang semua ilmu-ilmu ini? Inilah yang
dikatakan silapnya sistem pendidikan. Kita diajar untuk menerima ilmu, tapi penyerapan ilmu sebenarnya tidak
wujud sama sekali. Anggaplah ini sekadar luahan saya. Perasaan melihat mereka yang membuka tudung
lima tahun bertudung labuh sangatlah perit. Semoga Allah sentiasa melindungi saya dan semoga Allah akan
membuka kembali hati mereka.


