0

AKUKAH

Sejak kahwin ni, dah lama tak menulis blog. Menulis dari hati. Meluahkan apa-apa keinginan. Sejak ada Instagram dan Tweeter aku perasan dah jarang orang-orang yang dulunya rajin update blog, lagi rajin update Instagram dan Tweeter. Maklumlah, Instagram pun life journey jugakan.

Kahwin. Kalau orang tanya lepas kahwin seronok ke tak, aku jawab..orang gila pun kata kahwin tu seronok. Jadi janganlah tanya soalan tipikal untuk niat beramah mesra. Tanyalah macam mana kenduri. Macam mana arrange masa. Aku nak jawab pun tak terkulat-kulat. Apa pun menjadi teman sebilik kepada dia adalah kenangan terindah dalam hidup aku. Haha. Gaduh-perang mulut biasalah. Maklumlah aku ni kan tak penyabar. Lepas tu suka melawan. Bersyukur dapat dia yang sentiasa sabar melayan ketidak sabaranku. Walaupun tak sempurna tetapi saling melengkapi. Aku tetap kata dia sempurna sebab yang saling melengkapi itu yang menyempurnakan kehidupan suami-isteri. Lelaki paling penyabar pernah aku jumpa 🙂

Kerja. Aku balik 4.30 pm. Memang aku pilih balik awal. Senang. Kalau dia balik awal, boleh aku spend masa di rumah. Tapi tak ada lah hari-hari aku balik awal. Kadang-kadang ada juga 6.30 pm baru buka pintu kereta nak balik rumah. Kerja macam biasa walaupun ada masanya aku kecil hati juga dengan budak-budak office sebab macam-macam benda yang aku tak faham fikrah derang. Sebab tu aku tak ambil port sangat untuk bersosial. Aku memang tegas kat office. Kalau aku rasa benda tu salah, aku cakap salah. Aku tak suka nak berputar belit. Kalau rasa boleh buat, buat. Tak yah ko nak pusing bagi tahu itu ini etc. Cakap je kau malas nak buat! Aku paling tak suka orang lembap buat keje, orang senyap yang tak kena tempat dan orang yang sambil lewa. Mungkin 2,3 bulan aku boleh terima. Tapi kalau dah lama kualiti masih di takuk lama, aku malas nak layan. Lantak engkau lah. Kadang-kadang aku tak faham benda yang simple pun nak tanya bos. Walhal bos banyak lagi kerja lain nak buat. Bos pula selalu mengadu pasal yang senior officer ni buat kerja bla -bla-bla which is semua dia nak cater. Aku nak kata apa lagi. Senyum je lah. Sebab aku dah bosan!!!!! Benda yang sama masih berlaku setelah hampir 2 tahun kerja di bawah satu bumbung. Entahlah, walaupun orang kata kita kena help each other, itu teamwork. Tapi agak-agaklah teamwork kebenda kalau benda paling simple pun jadi macam tu. Sebenarnya aku tak nampak teamwork dalam research group aku. Masing-masing buat kepala masing-masing. Termasuklah aku. I means, bila orang buat derk, tak kan aku nak pergi menyibuk. Working culture in my office tak berjaya upgrade ke level yang diharapkan.  Aku dah tunjuk jalan, bagi hint, bagi contribution tapi lepas juga dari pandangan. Kadang-kadang sakit hati coz, benda yang sepatutnya perlu rujuk & bawa berbincang dengan aku tak buat. Bila aku nampak senario macam tu, aku buat tak kisah terus. Tapi bila aku fikir kena tunjukkan jalan kat derang ni, terpaksalah tebalkan muka. Bos pula suruh perturunkan ilmu..tapi nak turun macam mana kalau orang tu tak pernah tanya & minta bantuan. Working culture kat sini yang aku tak suka ialah, buat kerja tu kerana terpaksa, enforcement kena ada. Tipikal rakyat malaysia. Bila minta baru nak bagi. Bila tanya baru nak bagi tahu. Kalau tak ketuk, tak buatlah. Then itu ke namanya team work?????? Team work ni kita saling membantu & saling ingat. Aku tak pernah nak judge orang dan kutuk2 kalau tak pandai. Tapi ada effort, rajin tanya, proaktif, aku layan orang tu. Hmmm, tak taulah. Karang kalau kita asyik salahkan orang, orang kata kita tak nampak kesalahan sendiri. Asyik nampak salah orang je. Tapi itulah, penyudahnya aku yang muhasabah tanya ” AKU KE YANG TERLALU AMBITIOUS ATAU CEREWET”

Sekolah. Bila dah environment kerja macam tu, aku nak back to school. Pursue my PhD. Mak tak bagi pergi oversea. Aku pun tak kisah sangat sebab parents tak pergi haji lagi. Kalau aku pergi tahun 2015, nanti terlepas peluang nak hantar derang. Anyway aku prepare je mana yang patut. Alhamdullilah dapatlah feedback satu Brisbane, satu lagi Notts Semenyih. Cuma belum interview dan get more serious. Aku cuak juga nak sambung sebab aku beria-ia sedangkan giliran aku belum tiba. Tapi bila fikir environment kerja yang i gain nothing lepas boss besar naik atas, I think I should move. Cari ruang & peluang yang mengembangkan kemahiran dan bakat aku. Hmm istikarah pula tak buat lagi.

0

Ala …. sama macam orang lain

Aku dah kahwin! Ahaks. Alhamdullilah patutnya. Blog ni pun dah bersawang. Jadi kena ingat ulang tahun ialah bulan 3. 23.3.14. Eceh, maklumlah I ni cepat lupa tarikh-tarikh keramat. Fyi, mr a lagi hebat dalam bab ingat mengingat tarikh ni. Tapi … ada aku kisah??? Hahaha. 

Perkahwinan adalah perkara yang dituntut  agama. Tak sangka aku berjaya lengkapkan. Selepas setahun berkawan dan 4  tahun bercinta akhirnya ke jinjang pelamin. Macam -macam kenangan sepanjang bercinta. Suka duka geram sengal hampeh semua ada. Ala, macam orang lain juga.

Aku kenal mr a masa kami sama-sama jadi pengapit pada kawan masing-masing. Masa tu kenduri di kelantan sekitar tahun 2008. Masa tu aku tengok mama ni sangat tidak peramah dan eksyen. Jadi pengapit tak ada gaya langsung. Kipas macam kipas diri sendiri. Masa tu nampak sangat mr a nak jaga gengsi tak nak tegur aku. Ingat aku tak tahu kerrrrrrr! Haha. Aku yang tegur dulu itupun sebab nak tanya kena teman makan meja pengantin ke. Dia jawab entah. Memang tak pun. Akhirnya semua berakhir di situ tanpa sempat tukar nombor, tukar FB ID apatah lagi bertukar-tukar hati dan perasaan. Eh, cepat sangat tuh.

Sampailah suatu hari di bulan Ramadan yang mulia, kawan kami yang dah kahwin tu buat iftar berjemaah. Aku ada. Mr A and the gang pun ada. Masa tu  perli-perli aku cakap perak. Rupa-rupanya dia orang perak juga. Masa tu diam membeku juga. Lepas iftar tak ada apa-apa progress. Kawan aku kata, ko add je lah mamat ni kat FB. So masa raya, aku pun add. Atas desakan kawan. Hua hua hua. Jaga gengsi ler tu. Bila dah add FB maklum sajalah, kami pun rancak bersembang, tukar-tukar nombor telefon. Masa tu FB tengah sangat ‘IN’. Lepas habis raya, kami keluar kali pertama tengok wayang. Yer, aku ingat lagi cerita pertama kami tengok, masa tu kat GSC Mid Valley, Papadom. Thank u Afdlin! Hahaha. Gelak sampai pop corn terjatuh ke bawah. 1st date dah macam gitu. Ada aku kesah. Hari berganti hari, kami seluar keluar untuk tengok wayang. Dah katanya dua-dua orang suka tengok movie. Sampai aku kerja MARDI akhirnya kami saling bertukar hati dan perasaan. Tapi kami cooooool. Tak declare open, tak show off kat orang. Entahlah, sebab aku ada fobia bab-bab bercinta ni. So kali ni aku rilek-rilek saja.

Sampailah satu kejadian masa aku di Canada. Hidup ni tak selalunya indah. Nak kata kami lovey dovey tak sangat. Lovey dovey style kami le. Masa aku kat sana, mr a buat hal. Tak ada angin tak ada ribut dia nak break up. Perempuan mana tak sedih. Pulak tu dok jauh tinggal sorang-sorang. Jadi masa tu aku banyakkan istikarah & doa yang terbaik. Nak riangkan hati lagi aku bersosial dengan anak-anak ikan. Alhamdullilah aku berjaya menghadapinya.

Balik tanah air, entah macam mana, dia datang balik kat aku. Aku ni taklah kejam sangat. Tapi aku percaya pada jodoh, gerak hati dan janji Allah. Aku teruskan juga. Walaupun masa tu macam-macam masalah timbul yang aku rasa tak boleh nak cerita kat sini. Lama jugalah bercintaaaaa sampai ambil keputusan nak bertunang Mac 2013 dan akhirnya kahwin. Yeehhoooo!

Dugaan orang lain-lain. Macam tu jugalah kami. Walaupun aku ada sedikit berkecil hati dengan sesetengah orang pasal perhubungan kami tapi aku tahu, Allah dah susun yang terbaik untuk aku dan dia. Yang penting aku dah redho dan kami usaha yang terbaik. Tak semua benda dalam dunia ni indah-indah belaka. 

Sejak kahwin ni apa cerita? Hmmmm itu kita tunggu entri selepas ni. Emel tak hantar lagi nokkssss!

0

Februari dah pun!

Cepatnya masa berlalu kan. Dah habis Januari 2014. Hari ni dah masuk 1 Februari. Selamat hari wilayah, KL & Putrajaya. Dah masuk februari ni, kita pun menghitung hari dengan macam-macam benda. Pasti yang utama kerja-kerja kahwin dengan menulis. Alhamdullilah, rasa tak sempit ruang dan masa sebab Allah sentiasa beri kesempatan untuk aku menulis dan ilham yang terbaik. Kadang-kadang dalam sibuk kerja pejabat tu, teringat juga bila nak siapkan cerpen, bila nak siapkan novel. Hai, la. Nak menulis bila balik rumah rasa tak larat dah sebab otak dah tepu dengan kerja pejabat yang melibatkan idea-idea kreatif juga. Lama-lama fikir tak boleh jadi ni, kena bangun awal. Pukul 5.00 atau 5.30 pagi sebab nak mencapai cita-cita menulis buku tahun ni 🙂

Kalau orang tanya kenapa aku menulis, sebab wang, hobi atau lain2, aku akan senyum dulu. Jauh di sudut hati aku menulis bukanlah sebab wang yang utama, utamanya sebab rasa tanggungjawab. Kedua minat dan ketiga wang. Dah tak boleh jadi hobi. Sebab hobi tu kita buat bila kita lapang dan suka-suka. Sekarang ni bukan suka-suka dah. Tahap dh jadi pekerjaan nombor dua.

Aku pegang satu perkara ni, apabila kita mati yang tinggal hanyalah, doa anak yang soleh, ilmu yang berpanjangan dan amal-amalan kita. Doa anak yang soleh, aku tak tahu lagi samada boleh dapat anak atau anak tu soleh/solelah. Memanglah kita harap yang soleh/solehah. Tapi tak cukup juga tu untuk kita di sana nanti. Amal-amalan pula, tiap-tiap hari kita buat dosa tanpa sedar. Kadang-kadang kita geram kita mengata orang. Sikit sikit amalam kita pergi pada orang tu. Tak pasal-pasal jadi muflis di akhirat nanti. Jadi bila aku fikir balik- ilmu yang berpanjangan, aku tekad. Ya, apa lagi yang aku nak tinggalkan lepas aku mati kalau bukan cerita-cerita dan artikel yang aku tulis tu sebagai ilmu dan teladan untuk sesiapa yang membaca. Moganya ilmu yang ditulis itu dipraktikkan dan berpanjangan. Terus menerus pahala di sana nanti.

Gitulah ceritanya. Memang sejak akhir-akhir ni aku rasa tak sedap hati sangat masuk pejabat. Ada macam-macam persoalan dan prasangka yang berlegar-legar dalam fikiran. Tapi aku anggap benda tu sebagai ujian. Entah-entah tak ada apa pun. Perasaan aku sendiri je. Tapi kalau ada pun dah sifat manusia, tak boleh tengok manusia lain senang dan lebih sikit. Ye lah, aku kat pejabat tu tak lah peramah sangat. Bukan apa, takut terjebak dalam benda mengumpat dan menyebuk hal orang. Rasa lagi baik buat hal sendiri dan tak payah bergantung dengan manusia. Cuma kita senyum saja dengan orang. Memanglah hati tu sakit. Tapi tak apa, Allah sentiasa ada. Dan kena ingat selalu, jangan bergantung pada manusia dan buat sesuatu kerana manusia ….

0

Pengurusan Masa 2014

Sejak masuk 2014, aku sentiasa berharap aku akan lalui hari-hari yang berlalu dengan penuh ketenangan, tanpa celaru dan gopoh gapah. Jadi kunci dia dari sini ialah bangun awal, mandi awal, subuh awal dan segala-galanya awal. Supaya bila sampai pejabat aku akan tersenyum sebab aku rasa aku dah mulakan hari aku dengan awal. Sekarang ni dah ada masuk waktu anjal – 730 800 830. Aku ambil 800 buat masa ni dan nanti duduk ampang aku ambil 730. Pada aku lebih baik mulakan hari lebih awal. Masuk lambat segala-galanya lambat & delayed. Itu prinsip aku. Tapi bergantunglah pada manusia tu sendiri. Pada aku, aku rasa sempurna & tenang kalau datang awal. Mula-mula bos tak luluskan aku masuk 730, tapi aku appeal sebab cakap aku duduk jauh. Kalau keluar office lambat teruk rempuh jam. Kalau ada meeting habis lambat, then baliklah lambat. Tak apa. Lagipun bukannya hari-hari meeting lambat. Kalau tak ada apa, aku cabut awal. Sekarang ni pun aku stay back opis sebab balik rumah tak ada apa nak buat. Dah kahwin nanti lain ceritalah. Macam-macam benda nak buat.

Aku ada banyak deadline penulisan. Katanya tahun ni nak full swing dalam penulisan kan. Jadi macam-macam benda nak kena atur. Aku pun nak kurangkan perkara-perkara tertentu terutamanya tugasan yang bukan prioriti. Itu KPI tahun ini. Bulan 2 nak kejar deadline MPH. Bulan 6 nak kejar deadline Sains Fiksyen. Itu tak termasuk manuskrip segala bagai kerja-kerja saintifik. Dengan dilema nak sambung PhD lagi. Auchhhh. Banyaknya benda nak kena buat! Tapi itulah kena plan satu-satu. Itu tak masuk lagi nak adjust kehidupan selepas berkahwin. Huuuuu!

0

2013: Satu Pencapaian

Patik bersiaran dari Penang! Dua tahun dah berlalu, itu kali terakhir pergi sini. Kali ni pergi sebab ada kursus. Kursus tu memang berkaitan dan tak perlu pergi pun tak mengapa. Tapi patik kononnya nak buat networking dengan speaker. Kekdahnya esok dah last day, tapi tak tercakap-cakap lagi nak buat collaboration. Huah! Teruk betullah. Tapi dari kursus ni patik tengok molecular biologist berlumba-lumba nak belajar skills patik. Emm, patik adalah rasa sedikit tergugat. Tapi semua ilmu dan kepandaian tu Allah yang punya kan, so patik tak perlulah kisah. Lagi pun skills mereka tak advance macam patik yang memang dari bachelor belajar bidang bioinformatik ni. 

Waaa, 2013 dah nak berakhir. Apa achievement tahun ni? Hmmmm 🙂 Senyum, kerana bolehlah beberapa perkara yang patik rancangkan dan hajati Allah tunaikan. Tahun ni juga, dapat terbitkan 3 buah cerpen. Salah satu cerpen jadi antologi dan diterbitkan dalam bentuk naskah. Patik memang aim tahun ni nak full swing dengan kerja-kerja penulisan kreatif. Bukan apa, dah niat dulu lepas habis je kisah tesis master, patik memang nak hasilkan karya-karya seni patik yang tak seberapa ni. Oh ya, 2 artikel kembara juga berjaya diterbitkan dalam majalah DS. Patik bersyukur sangat !!!!

Lagi satu masa pergi Penang ni, ada MSTE, pertandingan anjuran office. Patik dan kawan-kawan prepare habis satu minggu sebelum competition. Lagi satu patik jadi ketua projek. Jadi kenalah kerja lebih sikit dan tinggalkan benda-benda bertanding ni kat budak-budak. Wakil patik budak-budak kontrak. Patik tak mengharap gold. Janji dapat bronze pun dah bersyukur pasal masuk ni suka-suka dan nak lengkapkan dalam CV saja. Nak pergi jauh taklah sebab masuk competition ni komitmen tinggi. Terima kasih juga dekat bos sebab banyak sangat tolong. Ye, bersyukur dan bertuah dapat bos yang bijak dan berfikiran jauh. Macam-macam ilmu boleh timba dari dia 🙂

Em…sambung di entri lain. Nak pergi layan nan cheese mapley Penang!

Aside
0

alhamdullilah syukur pada Allah atas segala peluang dan nikmat yang diberikan. akhirnya berjaya juga melengkapkan diri dengan ijazah sarjana sebagai sebahagian dari jambatan ilmu untuk terus maju di dunia & akhirat. ini hadiah utk mak, ayah dan arwah opah . hadiah juga buat guru-guru yg sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup aku. aku bukan lah pelajar pintar atau genius. kalau bukan berkat doa dan tunjuk ajar mereka tak mungkin aku berada di tahap begini.

dalam pada itu, aktiviti penulisan juga semakin berkembang dan mula mengorak langkah sedikit demi sedikit. aku belum cukup berpuas hati tetapi dalam pada itu sentiasa mahu mencari ruang memperbaiki dan meningkatkan kecemerlangan diri. yang pasti benda yang aku buat bukan hanya untuk aku tetapi niat untuk memberi nilai tambah pada orang lain. aku suka pada setiap artikel yang aku tulis menjadi inspirasi pada pembaca. dan lebih-lebih lagi seronok kalau ada yang memberi komen. bukanlah nilai ringgit menjadi keutamaan. tetapi kepuasan jiwa itu lebih bermakna. alhamdullilah, kpi tahun ini hampir tercapai. tunggu 2014, antologi cerpen diterbitkan 🙂

bila aku memaparkan status-status berita kemanisan yang ingin aku kongsi, tidak bermakna aku mendabik dada. ia cumalah sekadar perkongsian bagi mengisi hari hari supaya lebih gembira dan bersemangat. tak tahulah kalau yang tersalah tafsir. itu kau orang punya fasal. aku tak ingin bersangka buruk. pada aku, aku tak ada masa nak fikir apa komen dan kutukan orang terhadap tindakan aku sebab aku buat perkara yang aku rasakan betul. dalam doa, aku sentiasa minta supaya Allah tunjukkan aku dalam membuat pilihan yang terbaik, hatta sekecil zarah sekali pun.apa pun dalam hidup ini, tak perlu fikir sangat apa kata orang lain. buat sesuatu h anyalah kerana Allah. kalau kau dengar kata-kata keji manusia memang pedih, tapi biasalah. lambat laun orang yang mengutuk itu akan diam.

MS pun semakin berkembang. aku gembira. sekarang aku buat benda yang aku suka. oh, ya lagi satu. aku juga berharap, aku mendapat tawaran masuk ke unit baru di pejabat 🙂 kenapa? aku inginkan suatu unit yang mempunyai misi & visi yang jelas, pemimpin yang lebih pintar & berkarisma dari aku. aku mahu bekerja dikelilingi oleh mereka-mereka yang lebih pintar dan berpengalaman  supaya aku boleh belajar banyak perkara dan mempertingkatkan diri. aku dah tak ingin duduk dan dengar apa saja cakap-cakap dan omelan tanpa penyelesaian!

0

KPI

Blog ni dah lama bersawang gara-gara penulis lebih banyak habiskan masa dengan menulis kisah fiksyen. Mungkin sebab banyak memendam rasa, penulis menumpahkanb rasa melalui mata pena. Tapi sebenarnya apa yang ditulis tu banyak tak ada kaitan dengan diri penulis. Eceh.

Alhamdullilah, dua tahun kebelakangan ini beberapa cacatan peribadi berjaya dilakukan. Apa pun berkat doa mak ayah sedara mara dan dengan izin Allah. Maka nikmat Allah mana lagi yang ingin manusia dustakan. Bersyukur dengan apa yang dapat dan ada walaupun kita rasa benda tu taklah sesempurna mana. Tetapi Allah telah menetapkannya dan perancangan Dia lebih baik untuk kita. 

Walaupun di pejabat sedikit terluka dengan macam-macam kisah makan hati tapi aku anggap benda tu rencah kehidupan. Sebab itu kita perlu memandang perkara yang terjadi dengan persepsi yang lebih positif. Kurang-kurangnya kejayaan peribadi di luar bidang kerja dapat mengubat sedikit kedukaan di hati. Tapi apa sangatlah nak berduka-duka dengan manusia ni. Sebab manusia bukan apa-apa. Jadi tak perlulah nak berhiba-hiba. Pandang hadapan dan teruskan langkah.

Tahun ni mungkin banyak kenangan manis ……entri selepas ini akan saya senaraikan sebagai ingatan peribadi 🙂

0

Perihal Jogging

Jogging. I hate jogging. Rasa gegar gitu satu badan. Aku lebih suka bermain dengan alat dari berlari-lari. Rasa tak best langsung. Rasa in secure. Kat office dah start lari-lari tapi aku tak join the group. Don’t get me wrong. I kind of a person who reluctant to have close socialize time with colleague.  Entahlah, aku rasa weirdo. Then, heading to a part yang orang cakap aku tak suka bersukan. And I just smile. You don’t know me well, huh. Tak tahu malam-malam aku main futsal dengan member-member ukm. suatu ketika dulu …. hehehe. Kadang-kadang sakit hati juga bila people easy to judge. Tapi lantaklah. Tak jadi barah pun. Cuma how funny this person kan.

Last weekend ada bengkel penulisan sai-fai. This week no activity. I just lay down on my bed, watching the movie, tido, makan, and the list goes one. Talking about sai-fai workshop-it’s really brilliant workshop. Banyak sangat ilmu yang aku dapat. Terima kasih daun keladi pada penganjur. Sudahlah kursus percuma. Makan pun percuma. Sweet kan … So itulah, sebelum ni tulis cerpen sai-fai main tulis je kan tanpa ada garis panduan yang betul. Sekarang dah join bengkel ni kiranya dah tahu macam mana nak hasilkan masterpiece yang berkualiti. Mula-mula ingat tak naklah join sayembara. Tapi berkobar-kobar pula lepas habis kelas. Bila dah join workshop tu kita tahu kelemahan dan kelebihan kita. Insya Allah, will try my best. Dah ada sikit-sikit jalan cerita nak tulis apa. Semoga idea mencurah-curah!

0

Merdeka-Raya

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Merdeka. I am proud of being Malaysian. Dengar lagu Warisan by Sudirman, sebak pun bertamu di hati. Semalam pulak tu tengok Tanda Putera. Menghayati pengorbanan orang dahulu kala membangunkan negara. Sebab tu kadang-kadang emosi juga bila orang perlekehkan perjuangan orang dahulu. Bukan apa, setiap orang memanglah tak sempurna tetapi sekurang-kurangnya orang dulu sudah beri yang terbaik untuk kita dan kemakmuran negara. Janganlah jadi bangau put on the blame orang-orang dahulu. 

Sekarang dah bulan September. Counting days to become a bride. Tapi jadi aku ni tak suka nak buat benda pening-pening kepala. I’m not that perfectionist to handle everything in order. Tapi itu hak masing-masing kan. Cuma I feel sorry la to people yang suka lebih-lebih dalam marriage planning ni dan menyatakan rasa hati dia pada sang kekasih yang dicintai di khalayak ramai.

Pada akulah, sebagai perempuan kita kena jaga maruah kita. Nak pula profession kita tu dekat dengan masyarakat. Tak seharusnya kita berkongsi soal hati dan perasaan dengan khalayak ramai. Apa fungsinya? Adakah kita perlukan doa mereka untuk menyampaikan rasa hati kita? Adakah kita perlu komen-komen mereka untuk menjaga hati kita? Sebenarnya orang lagi nak kutuk adalah. Pada aku soal hati dan perasaan ni tak perlu buat macam budak sekolah yang baru bercinta. Be matured. Berdoa dengan Allah biar dia terbitkan juga rasa sayang dalam hati kekasih itu.

Cuti minggu ni aku memang tak kemana. Menghabiskan kerja-kerja penulisan yang tertangguh minggu ni. Boleh dikatakan mesyuarat setiap hari dan perlu ada tindakan dengan segera. Aku sedikit stress juga. Bukan apa, yang buat stress bila kena take over kerja orang yang stupid proud. Menghabiskan duit kerajaan je makcik ni. Memang aku marah betul. Bukan bermakna aku tak ikhlas, tapi aku sendiri ada kepentingan yang perlu aku usahakan untuk karier aku. Aku perlu sedikit rasa selfish supaya tidak dipergunakan sesuka hati. Aku ingat tahun depan nak pergi attachment jauh-jauh di luar negara. Nak focus in research. Tapi bos biasalah, tak bagi aku pergi lama-lama. Makna kata tak ada orang nak cover aku. Huh!

0

Idaman

Aku rasa wajib jadi idaman setiap orang perempuan tentang nak deko rumah. Tak kisahlah rumah sewa ke rumah sendiri ke. Dah jadi fitrah perempuan tu sukakan deko rumah ikut citarasa dia. Sekarang ni pun dah banyak blogger yang buat story pasal deko rumah & organizing thing. Sebenarnya dua perkara yang berbeza. 

Bab deko rumah ni, bergantung pada rezeki & bajet masing-masing. Ada orang rezeki dia murah, renovate rumah memang cantik. Ada orang rezeki dia belum cukup murah lagi, setakat organizing thing rumah & make use apa yang ada. 

Setiap orang ada citarasa masing-masing. Aku of courselah nak deko yang simple. Less perabot. Mudah nak kemas & tak banyak habuk. Al-maklumlah aku kan sensitif dengan habuk. Pulak tu busy kerja, minimal space & less furniture mudahkan kerja mengemas rumah.  Cuma satu je yang aku tak berkenan bab organizing thing. Aku paling tak suka bab melabel barang. Pada aku tak perlu label jar, tuppware isi barang dapur. Nampak chepo. Tak perlu juga nak hias laci & suis lampu dengan kertas warna lilit tepi. Nampak murahan. Entahlah, tak kena betul dengan jiwa aku. Pada aku, yang penting kekemasan. Tak kisah barang rumah mahal ata murah kalau ko dah jenis pengemas, memang kemaslah rumah ko.

Yang penting rumah aku nanti ada mini library. Because, i have so much in love with books! Sempat juga jenguk blog inspirasi yang deko rumah ada mini library. Memang awesome. Warna pun peaceful gitu. Aku tak ada warna tertentu. Cukup dengan warna yang sejuk dan bila masuk rumah rasa tenang. Dapur pun tak nak yang serabut. Dapur yang simple, banyak compartment, boleh sorok & organize barang dengan mudah. Bilik tidur aku dah bagi idea kat mr a nak konsep grey & pink. Tapi taulah kan knowing lelaki, bab pink ni dia alergic sket. Grey purple pun lawa kan. 

Hmmm, semoga rumah idaman jadi impian. Tapi tak tahu tahun bila. Sebab lepas kahwin aku kena tinggal serumah dgn PIL. erk T_______T