
Promosi ini saya tujukan kepada semua pelajar luar negara (Australia, NewZealand, Tasmania, UK, Ireland, Rep Czech, Germany, France, Russia, USA, Canada, Mesir, Madinah, Jordan, Yaman, India, Korea, Jepun, Indonesia) yang pulang bercuti SUMMER di Malaysia antara Nov 2008 – Feb 2009.


Pickup disediakan dari Komuter Labu ke Kem pada Jumaat 16 Jan @ bermula 330 petang.
Bagi yang berminat bolehlah membalas dengan mengisi di ruang komen atau email kepada:
Kem Lepasan SPM di sana sini. Sebarkan kepada adik-beradik, saudara, jiran, kenalan, surau, masjid dll. Moga diberi ganjaran oleh-Nya.
Zon Utara: Kedah/Perlis, Penang: 18-20 Disember 2008
Zon Pantai Timur: Terengganu/Kelantan/Pahang: 18-20 Disember 2008
Zon Tengah: Lembah Klang/KL: 26-28 Disember 2008
Zon Selatan: Melaka/NS/Johor: 16-18 Jan 2009


Ditujukan khas buat adik-adik yang akan fly ke Hemisphere Selatan (Australia, New Zeland, dan Tasmania). Selamat meneruskan perjuangan!!
Mohon sebarkan kepada kenalan anda.

MADRASAH RAMADHAN MEMBENTUK KELUARGA YANG DIBERKATI ALLAH
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak,
Kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh seorang Mukmin yang berazam untuk melakukan sebanyak mana yang mungkin kebajikan dalam bulan yang dipenuhi dengan keberkatan ini. Mukmin muttaqin akan berusaha untuk mencapat matlamat yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam bulan ini sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW; awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.
Madrasah Ramadhan yang datang hanya setahun sekali, merupakan satu tempoh yang amat singkat bagi orang mukmin. Bilangan harinya adalah sama dengan bilangan hari bulan-bulan yang lain. Walaubagaimanapun, bulan ini amat berbeza dengan bulan-bulan lain apatah lagi ianya merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran tidak yang lainnya. Pada masa yang sama, kedatangan bulan yang diwarnai dengan peristiwa-peristiwa bersejarah kepada umat Islam ini, amat dinantikan agar ianya dapat mengembalikan semula “zikrayat” (kenangan) kehebatan dan kemenangan umat Islam. Justeru, umat Islam perlu merancang dan melaksanakan segala perancangan dengan teliti dengan mengkaji kehebatan umat Islam pada masa lalu.
![]()
“Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin”
Program tahunan yang diadakan untuk pelajar kolej persediaan INTEC, KMB, KMS, KDU, SUNWAY, IPBA dll yang akan fly ke UK, Ireland, Rep Czech, Germany, France, Russia, USA, Canada, Mesir, Madinah, Jordan, Yaman, India, Korea, Jepun, Indonesia, Australia dan NewZealand.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya menyertai program ini. Semoga diberi manfaat sebaik-baiknya orang yang ikhlas untuk bersama Islam!