Ramai yang menentang idea kahwin muda ni. Tak sesuai. Mereka bimbang.
Bimbang pasangan tak dapat nak bagi komitmen sebab terlalu mentah, dan perkahwinan berakhir dengan perceraian.
Bimbang duit tak ada, tak mampu nak sara hidup keluarga.
Bimbang kalau ahli keluarga bertambah, pandai ke nak menguruskan rumahtangga.
Bimbang kalau salah seorang pasangan meninggal, tak ker jadi janda/duda muda.
Bimbang tak habis belajar, dan tak dapat kerja.
Bimbang tak dapat komitmen terhadap pelajaran.
Bimbang tak dapat didik pasangan ke arah keberkatan Ilahi....
Bimbang....
Bimbang....
Jika dibaca semula kebimbangan-kebimbangan di atas, macam boleh applikasi sebenarnya kepada semua orang, dari semua bangsa, pada semua umur, di semua negara.
Perceraian? Macamlah kalau kahwin lewat macam artis-artis tu kompem kekal ke hujung nyawa.
Duit takder? Macamlah kalau kahwin lewat duit kompem ada.
Meninggal? Errr.... Kalau kahwin lewat boleh panjang umur ker?
Tak habis belajar? Kalau kawen lewat kompem 4.0 flat yer?
Tak dapat didik pasangan? Wah~ Kalau kahwin lewat, harini bujang esok akad nikah, terus boleh jadi imam solat?
Semua tu sebenarnya alasan dan kebimbangan yang tidak berasas. Boleh atau tak kahwin muda, bergantung kepada diri-sendiri dan diri pasangan. Kahwin adalah sunnah dan melengkapkan keimanan seorang muslim. Kebimbangan yang tidak berasas ini sebenarnya baru sahaja berjaya diindoktrinasikan oleh atheist dan dunia barat ke dalam diri masyarakat malaysia/melayu.
Cuba pandang ahli keluarga kita. Nenek kita. Mak ayah kita? Bapa/ibu saudara kita. Mesti ramai yang kahwin awal kan?
Berapa percentage di antara mereka yang bercerai muda sebaik lepas kahwin? Adakah kita rasa mak ayah kita tak cukup makan? Tak cukup duit? Tak cukup pandai? Tak cukup berjaya dalam mendidik anak-anak mereka? Tak cukup beragama? Tak cukup bahagia?
Kita percaya sangat dengan idea-idea dari Barat bahawa perkhwinan adalah bebanan yang tak akan termampu ditanggung oleh pasangan muda. Kita jadi takut. Bimbang dengan sesuatu yang belum berlaku.
Sejujurnya, ketika mengambil keputusan untuk berkahwin dulu, saya juga bimbang. Banyaknya bisikan yang datang. Kebimbangan itu mengiringi sampai ke detik akad nikah, yang mana si bakal isteri yang belum matang ni "boleh" berdoa, "Ya Allah, kalau perkhwinan ini buruk dan bukan untukku, kirimkanlah seorang pemuda yang tiba-tiba muncul dan menjerit 'HENTIKAN PERKAHWINAN INI!'. Demi Allah, aku berkahwin ini semata-mata keranaMu, ya Allah."
(Ini image yang ada waktu berdoa tu, serious tak tipu :P)
Maka, tak perlulah saya huraikan ketidakmatangan waktu tu yer? Haha~ Apalah doa pun ada pengaruh anime.
Dan adakah rumahtangga kami bahagia? Aman makmur? Merdeka Berjaya? Perfectly PERFECT?
Tidak juga.
Ia adalah perkahwinan yang biasa.
Ada masa kecil hati.
Ada masa merajuk hati.
Ada masa jauh hati.
Ada masa hati-hati.
Ia adalah perkahwinan yang banyak cabaran - sama seperti perkahwinan mak dan ayah kami. We are just... perfectly imperfect.