Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, November 14, 2013

benih sayur pertama

alhamdulilah, minat untuk bercucuk tanam dimulakan dengan membuat keputusan order set benih kailan dari tanamsendiri.com, punya banyak benih yang dijual sampai rambang mata nak beli yang mana..ni set kailan rm30, memang berbaloi2 siapa2 nak beli..

Image

dapat percuma! 
Image

selamat menyemai ;)

semaian kailan dan bendi

semaian kailan F1 day 4 - paling lambat perkembangannya berbanding jenis kailan yang lain
Image

sawi kailan jepun day 4 - ini antara kailan naik dulu no 1!! tapi alahai taugeh pun besar lagi..hihih
Image

sawi HK T85 day 5 - benih ni dapat percuma bila order set kailan dengan tanamsendiri.com. perkembangan pembesaran jugak agak lambat sikit
Image

kailan hong kong day 4 - agak lambat juga berbanding kailan jepun ;) antara yang terakhir naik juga..perlukan air pagi dan petang
Image

kailan tokyo day 4 - walaupun dia halus melidi, tapi keluar 2..3 pokok, nampaknya tidak semua lagi mengeluarkan anak pokok
Image

bendi day 4 - nampaknya inilah juara saya! membesar bagaikan johan ;) suka..suka.. alhamdulilah semoga semuanya membesar bagaikan johan ;)
Image


hasil semaian menggunakan bekas telur dari MIL. alahai comel2 kailanku pada day 4 ini.
Image




Tuesday, November 12, 2013

Membuat pot dari suratkhabar

Alhamdulilah berjumpa dengan laman web ini yang mengajar step by step membuat pot hanya menggunakan surat khabar. Sangat mudah dan menjimatkan! Bila dah tumbuh anak pokok nanti boleh masukkan terus ke dalam pasu :)Image
Sumber : Newspaper Pots Tutorial

Thursday, July 11, 2013

macaroni cheese baked

buka puasa 1 ramadhan dengan menu simple dan sangat mudah tp sedap! hihi selamat mencuba yer..

ok dua steps je nak wat.

1st step:
rebus macaroni dalam dua genggam je
pas dah kembang toskan yer

2nd step(sos bechamel)
1. cairkan butter dalam 2 sudu or potong 1/3 dari saiz asal. kalau boleh dice kecik2 sikit.
2. masukan 2 sudu tepung gandum ke dalam butter td dan kacau jangan sampai hangus tp sebati
3. Bila dah sebati masukn bawang holland yg dah didadu,
4. masukkan fresh milk agak2 sampai dia likat tak cair, kalau sekotak susu dutch lady yg besar tu, tuangkan dalam 2/3 dari saiz kotak.
5. seterusnya masukkan lah apa nak masuk mcm cendawan ke,sayur campur ke,
6. masukan 2 keping cheddar cheese
7. masukan oregano n black paper bagi bau harum dan rasa sikit.
8. garam n gula sebagai perasa

sos ni jugak boleh dibuat sos pizza mcm makan classfied chicken tu, senang je kan! pas sos dah siap masukkan macaroni yang dah ditoskan tadi dalam bekas n tuangkan je sos kat atas macaroni td. bagi yang suka rasa padat boleh pecahkan telur 2 biji kat atas macaroni sebelum tuangkan sos. kalau suka yg lembik2 n creamy x payah letak telur pun dah sedap, x muak tau! last sekali atas tu taburlah mozarella cheese kalau takde, parmesen or cheddar pun boleh, bakar dalam oven suhu 180c api bawah dalam 20 minit pastu dalam 10 minit lagi baru on api atas ye ;)
selamat mencuba resepi selera sendiri ;)
Image

Wednesday, September 5, 2012

puding roti bakar simple

resepi simple untuk anak2 yang suka makan dan ibu yang bz..resepi ni mudah je tak sampai 10 minit dah siap di dapur..ini kita buat untuk minum petang sikit2 je semangkuk kecik je untuk skali makan so panas2 leh makan habis terus..

bahan
2 keping roti di potong kecil

bahan a (blend together)
telur sebiji
gula sikit
susu pekat dalam setengah cawan
susu cair setengah cawan
(susu ni leh agak-agak penuh kan mangkuk je,kalau xnak manis susu pekat sikit je,kalau nak moist susu cair letak lebih)

cara masak
roti sapu ngan butter or planta mana yang ada kat dapur ye,
dah susun roti kat dalam mangkuk,bahan a di blend sampai kembang or sebati je then curahkan pada mangkuk yang telah disusun roti. taburkan kismis diatas..biarkan setengah jam or leh je bakar terus, biarkan setengah jam supaya roti mesra bersama bahan a.

bakar dalam suhu 150-180 c hingga nampak kekuningan atasnya. lebih kurang dalam 20 minit
kidos always love this!
Image
Image

homemade kuah bolognese

resepi ni sangat mudah dan berkhasiat untuk anak-anak makan. Rasa yang sama dengan yg dalam tin malah lagi sedap! amat mudah digunakan hanya menggunakan bahan fresh sahaja. resepi ni dari my auntie dari miri..ini resepi untuk 1 bungkus spagheti 500 gram.

kuah bolognese
bahan a

8- 10 biji tomato yang masak ranum
2 biji lada bangala (merah n hijau) apa colour pun boleh

olive oil untuk menumis
cendawan sesuka rasa
3 sudu cili merah blend ikut tahap kepedasan
6 sudu sos tomato ikut tahap kelikatan
ayam/daging kisar sesuka rasa

bahan b
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih

garam n gula sesedap rasa

cara masak
tumis cili merah blend hingga garing,masukan bahan b hingga naik bau. bahan a di blend skali dan tumis bersama daging/ayam dan biar hingga kuah naik minyak.
masukan tomato dan garam gula.masukan cendawan.saya suka pakai cendawan enoki sbb mudah untuk kidos telan saja..bila kuah dah naik minyak..hmm bau pun dah sedap..boleh masukan bebola daging dalam pan utk dimasukan didalam kuah. boleh makan ;)

Image

Monday, August 27, 2012

3 heroes

alhamdulilah syukur dikurniakan 3 heros yg comel dan bijak..semoga anak ummi menjadi anak yang baik mendengar kata dan anak yang soleh..abah dan ummi sayang sangat dekat kalaian bertiga

oh ye gambar ni gambar ondaway balik ke shah alam dari kerteh..3 heroes duduk belakang senyap2..alhamdulilah adam n aariz x muntah lagi ;)💋
Image

menu berpantang

dah hari ke 43 baru kita nak makan menu berpantang..

baru nak blend lada hitam..sedap rupanya ye makan nasi panas dengan lada hitam..badan pun jd berpeluh pas makan..

menu mudah utk dicuba semua
ikan bilis setengah gengam kecik
bawang besar separuh
lada hitam
ulam pegaga

ambil sesudu kecik minyak utk goreng ikan bilis n bawang bagi garing.
angkat dan taburkan lada hitam bersama ikan bilis yang dah di goreng dan nasi panas.pegaga petik depan umah je makan fresh slps dibasuh uer..

selamat mencuba!
Image

Monday, July 9, 2012

Nasi Ayam Madu

Image
hai hari ni nak share resepi ayam madu yang sangat mudah tapi sedap!

ayam madu
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang kecik
kicap dalam 5 sudu
halia sebesar ibu jari
semua bahan diatas di blander tanp air, dan dilumurkn pada 1kg ayam yg telah di potong. masukan garam
dan madu sesedap rasa. Perapkan di dalam fridge sementara nak memasak sup dan nasi.

sup ayam
masukan 2 liter air bersama ketulan tulang ayam dan sup bunjut.satu labu bawang dihiris halus dimasukkan bersama sehingga terbit minyak.bila dah keluar minyak,masukkan fish bal kegemaran anak2.

nasi
nasi direndam sekuarang2nya 2 jam,toskan dan masukkan sup kedalam beras dan masaklah nasi seperti biasa.

sambal nasi ayam
4 batang lada merah,cuka 5 sudu,perahan limau nipis 3 biji,2 sudu soa tomato,2 ulas bawang putih dan sedikit air diblend semua dan
dimasakkan ke atas api sehingga masak.nak pedas campurkan sedikit cili api semasa blend.masukan gula dan garam sesedap rasa.

siap dah nasi ayam
senang dan simple untuk hidangan tersayang

Wednesday, December 7, 2011

Aura Chef wan

Hai alhamdulilah, akhirnya dapat juga ketemu sama idolku..huhuhutak dapat jadi mcm dia..dapat amik aura dia sikit pun jadilah..rajin masak mcm dia :))

Kesempatan join seminar AKRAB mendengar pengalaman hidup Dato Chef yang sangat tidak disangka..beliau seorang yang sangat gigih!very wonderful man! Ya Allah ko panjangkan umurnya dan berikan kesihatan yang baik kepadanya...

Image

sempat gaklah beli beli buku masakan beliau, menu yang biasanya beliau masak untuk family beliau! i like it..pasni lehlah cuba ye..

Thursday, November 10, 2011

Skin Food 12 Day Challenge - Our Challengers

Image
Hai lama dah tak berblog, mohon pendapat kawan2 semua..nak join ke tak yer.isk..cam berdebar2 plak rasa nak join..maklumlah challengers sangat kuat..hmm still thinking about it!

Source : Skin food
We're proud to announce the 20 contestants in the Skin Food 12 Day Challenge! These lovely people will get special invites to our concept store reopening, and will be blogging their experiences on the Egg White Pore line.

The 20 Skin Food 12 Day Challengers are:

1. Juli1202 - Just JuLi
2. Chishein - Eat, Pray, Love
3. Zuhairenaz - To be love..must be loveable
4. Joanne Lim - Feelings Flow Here
5. Kimberly Low - Koreacutecute.blogspot.com
6. Teoh Chooi Pheng - 寻找飞翔的翅膀
7. KathynotPerry - KathynotPerry
8. 恶魔的婷婷 - ~恶魔的婷婷~
9. SSK - Ska Is The New Black
10. Jean - fashion expressions
11. Joey Yee - ♥LITTLE MISS ANIME/PINKAHOLIC♥
12. Ariel - Siewlee
13. Tiffany Ooi - Findinparadise.blogspot.com
14. PIPI - pink ribbon
15. Cheewei - cheewei
16. FARAHFARLY - Farah Liyana-My Side of Story-
17. Shneep - Life and Lies Through My Eyes
18. Inspiredmom - Footprints In Our Life Journey
19. xoxoKylie - In Fiction
20. Inthang - inthang's sanctuary

Remember to come for the launch and claim your packs, everyone--we look forward to seeing you all there!

Wednesday, October 5, 2011

Apam Balik

Image
Resepi minum petang yang sangat mudah, hihi ni fav abah adam ni..nak..nak letak jagung lebih! senang je uols nak buat..blend je!selamat mencuba yer
Sumber: My Resepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

* 2 cawan tepung gandum
* ½ cawan gula
* 1 sudu teh soda bicarbonate
* 1 sudu teh baking powder
* Sedikit pewarna kuning
* 1 biji telur
* 1½ cawan air
* Sedikit mentega/planta untuk mengoles
* Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Monday, October 3, 2011

Ikan caru bakar

Hihi..ni resepi org malas masak,senang je..semua blend je, perap pastu nk masak tinggal letak kat kuali je utk di bakar.
Bahan
1.ikan caru
2.daun pisang utk membungkus
3.blend(cili boh,sedikit belacan,2 ulas bwg kecik,2 ulas bwg putih,sedikit halia,sedikit belacan,sesudu kecil serbuk kunyit & minyak masak,sedikit garam dan gula.

Cara
Belah tepi ikan caru agar bahan blend boleh dilumur pada keseluruhan ikan. Bungkuskan ikan kemas, dan bakar je atas kuali sehingga garing.
Image

Bayam merah dan bebola daging

Bayam merah dan bebola daging
Bahan
1.bayam merah
2.bebola daging
3.tumbuk(2biji bawang kecik,2 ulas bawang putih,)
4.cili hiris

Cara
Tumis bahan tumbuk bersama cili hiris, masukkan air bersama bebola daging.setelah mendidih masukan bayam..
Image

Saturday, October 1, 2011

Nyenyak.

Dia beradik kepenatan tido
Image
Image
Blog Widget by LinkWithin

Islamic Swimsuit

Google